Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Peribadi-i

Size: px
Start display at page:

Download "Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Peribadi-i"

Transcription

1 Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK (Baca Lembaran Maklumat Produk ini sebelum anda memutuskan untuk menerima Pembiayaan Peribadi-i. Pembiayaan Peribadi-i Sila pastikan juga untuk membaca terma di dalam surat tawaran / nota jemputan. Dapatkan penerangan daripada institusi anda sekiranya anda tidak memahami mana-mana bahagian dalam dokumen ini atau terma-terma umum). 1. Apakah kemudahan Pembiayaan Peribadi-i Bank Islam? Kemudahan Pembiayaan Peribadi-i Bank Islam adalah satu pembiayaan bercagar/tidak bercagar bagi memenuhi keperluan kewangan individu yang dikira berdasarkan sama ada kadar tetap atau kadar boleh ubah. 2. Apakah konsep Syariah yang diguna pakai? Konsep Syariah yang diguna pakai adalah Tawarruq. Ilustrasi struktur product adalah seperti gambarajah dibawah: Pelanggan membeli komoditi daripada Bank berdasarkan kontrak Murabahah pada Harga Jualan Bank. Dalam proses ini, pembelian akan dilakukan oleh Bank sebagai Ejen Pembelian bagi pihak pelanggan. Sebagai Ejen Jualan untuk pelanggan, pihak Bank bertanggungjawab untuk menjual komoditi kepada pembeli komoditi pada harga kos. Hasil daripada urus niaga itu akan diberikan untuk kegunaan pelanggan. Pelanggan bertanggungjawab untuk membayar jumlah yang perlu dibayar daripada transaksi Murabahah mengikut terma-terma yang dipersetujui. Komoditi bermaksud apa-apa komoditi yang diterima oleh Bank contohnya minyak kelapa sawit, resin plastic, getah, biji koko, kacang soya, kayu balak dan logam (tidak termasuk emas dan perak) yang diurusniagakan di mana-mana platform komoditi yang diluluskan oleh Bank. Pembelian dan penjualan komoditi tersebut dibuat berdasarkan mandate yang diberikan oleh pihak pelanggan, di mana Bank Muka surat 1 dari 7

2 sebagai Agen Pembelian dan Agen Penjualan berurusniaga menggunakan komiditi yang sedia ada dan dibekalkan oleh pembekal komoditi tertakluk kepada polisi-polisi Bank yang terpakai. 3. Apakah yang saya perolehi daripada produk ini? Jumlah Amaun Pembiayaan Pembiayaan minimum sebanyak RM 10,000 dan maksimum sebanyak RM 200,000 atau lebih sekiranya dijamin dengan cagaran. Jumlah pembiayaan akhir yang diluluskan adalah berdasarkan penilaian kredit Bank. Tempoh Kadar Keuntungan Dari 1 tahun (12 bulan) sehingga 10 tahun (120 bulan). Anda boleh memilih salah satu dari dua jenis kadar: Kadar Tetap atau Kadar Terapung Kadar Keuntungan Efektif Kadar Tetap 1-10 tahun dari 4.20% hingga 8.00% setahun. Kadar Terapung 1-3 tahun Kadar Asas (KA) %% setahun atau Kadar Asas (KA) tahun - Kadar Asas (KA) % setahun atau Kadar Asas (KA). Dari 5.70% hingga 13.12% bergantung kepada tempoh pembiayaan. 4. Apa itu Kadar Asas (KA)? Kadar asas untuk produk ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu penanda aras Kos Dana (COF) kami dan juga kos Keperluan Rizab Berkanun (SRR) yang dikenakan oleh Bank Negara Malaysia. Penanda aras Kos Dana (COF) kami merupakan kos bagi mendapatkan dana baharu dan adalah berdasarkan kepada KLIBOR untuk 3 bulan sebagai kadar rujukan ditambah dengan pelarasan kos dana. 5. Apakah kebarangkalian keadaan yang menyebabkan perubahan Kadar Asas Kadar Asas (KA) kami boleh menaik ataupun menurun akibat dari perubahan kepada penanda aras (COF)dan juga perubahan ke atas keperluan rizab berkanun (SRR). Perubahan ke atas penanda aras (COF) mungkin akan berlaku akibat perubahan ke atas Kadar Dasar Semalaman (OPR) seperti yang ditentukan oleh Jawatankuasa Polisi Kewangan, Bank Negara Malaysia dan juga faktor-faktor lain seperti keadaan dana pasaran disebabkan perubahan pasaran global dan ekonomi domestik. Muka surat 2 dari 7

3 6. Rujukan penanda aras Kos Dana (COF) untuk 3 tahun kebelakangan Nota: * Rujukan penanda Aras Kos Dana (COF) di atas adalah dari Disember 2014 bagi mematuhi kehendak Kadar Asas yang diperkenalkan dari polisi Bank Negara Malaysia iaitu Rangka Kerja Kadar Rujukan (berkuatkuasa dari 2 January 2015).Bagi Kadar Asas pada 2 Januari 2015, penanda Aras Kos Dana (COF) adalah berdasarkan kepada KLIBOR untuk 3 bulan pada 26 Disember Apakah tanggungjawab saya? Jumlah ansuran bulanan Ansuran bulanan dikira mengikut formula di bawah: Kadar Tetap : ((P x R x T) + P) / t, di mana: P = Jumlah Pembiayaan Diluluskan R = Kadar keuntungan setahun T = Tempoh kemudahan dalam tahun t = Tempoh kemudahan dalam bulan Kadar Terapung: P R * T 12 * T R Di mana: P = Jumlah pembiayaan yang diluluskan R = Kadar keuntungan setahun T = Tempoh kemudahan dalam tahun Anda adalah diminta untuk memilih sama ada Potongan Gaji atau Pindahan Gaji dengan pindahan dana auto atau Arahan Tetap untuk bayaran ansuran bulanan. Muka surat 3 dari 7

4 Anda adalah diwajibkan untuk membayar ansuran bulanan sehingga pembiayaan selesai. Sekiranya tempoh pembiayaan dianjakkan melangkaui umur persaraan, anda masih lagi diwajibkan untuk membayar ansuran bulanan. Walaubagaimanapun, anda boleh memilih untuk membuat penyelesaian penuh pembiayaan pada bila-bila masa. 8. Apakah jenis-jenis yuran dan caj yang perlu saya bayar? Duti setem (sebagaimana yang diperuntukan di bawah Akta Duti Setem 1949 (Semakan semula 1989). Fi Wakalah atau agensi berjumlah RM % GST termasuk dalam yuran/caj di mana berkenaan. Pembatalan kemudahan yang diberikan Anda perlu membuat bayaran kos kepada Bank (jika ada) untuk penyediaan dan pendaftaran dokumen sekuriti yang telah ditanggung oleh Bank berkenaan dengan kemudahan pembiayaan ini termasuk sebarang perbelanjaan yang ditanggung oleh Bank semasa proses tuntutan jika kemudahan ini dibatalkan. 9. Adakah Bank Islam memerlukan bayaran pendahuluan? Ya. Bank Islam memerlukan 2 bulan ansuran bulanan sebagai bayaran pendahuluan. 10. Bagaimana sekiranya saya gagal memenuhi tanggungjawab saya? Jika anda gagal untuk memenuhi tanggungjawab anda tepat pada masanya:- 1. Caj Pembayaran Lewat Bank akan mengenakan Ta widh (ganti rugi ke atas caj pembayaran lewat) kepada anda seperti berikut:- Sebelum tarikh matang kemudahan pembiayaan Jumlah yang bersamaan dengan satu peratus (1%) setahun dikira ke atas tunggakan ansuran sehingga tarikh penyelesaian penuh; Formula: Bayaran tertunggak x 1% x Jumlah hari tertunggak / 365 Selepas tarikh matang kemudahan Jumlah yang bersamaan dengan kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam dikira ke atas baki Kemudahan iaitu baki Harga Jualan setelah ditolak ibra' (jika ada); Formula: Baki Harga Jualan (tolak ibra/rebat) x Kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam x Jumlah hari tertunggak / 365 Hutang selepas penghakiman Jumlah yang bersamaan dengan kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam ke atas jumlah asas penghakiman dikira dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh. Formula: Baki Harga Jualan (tolak ibra/rebat) x Kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam x Jumlah hari tertunggak / 365 Muka surat 4 dari 7

5 Nota : Pengenaan Ta'widh hendaklah mengikut cara yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia. 2. Sekiranya berlaku kemungkiran Sekiranya berlaku kemungkiran pembayaran, Bank boleh melalui notis bertulis kepada pelanggan, meminta pembayaran segera terhadap jumlah tertunggak sama ada daripada pelanggan dan/atau penjamin. Bank berhak untuk mendebit sebarang baki kredit dalam deposit dan/atau akaun pelaburan pelanggan yang diuruskan oleh Bank terhadap sebarang bayaran tertunggak di bawah pembiayaan ini. Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya pelanggan gagal untuk memberi maklum balas terhadap notis peringatan. Sebarang sekuriti (cagaran) yang dicagarkan kepada Bank (seperti hartanah, jentera dan lain-lain (aset) boleh dirampas/ditarik dan anda perlu menanggung semua kos yang berkaitan dalam penjualan aset tersebut. Pelanggan juga bertanggungjawab untuk menyelesaikan sebarang kekurangan jumlah pembayaran selepas aset tersebut dijual. Tindakan undang-undang terhadap pelanggan boleh memberi kesan kepada penarafan kredit pelanggan yang membawa kepada penilaian kredit masa depan yang lebih sukar atau mahal untuk anda. Mencetuskan kemungkiran bersilang terhadap kemudahan lain dengan Bank. 11. Bagaimana sekiranya pelanggan melangsaikan pembiayaan sepenuhnya sepanjang tempoh Lock In? Lock-in period tidak terpakai untuk Produk ini. 12. Bagaimana sekiranya saya menyelesaikan pembiayaan sebelum tempoh matang? Sekiranya berlaku Penyelesaian Awal Pembiayaan, Bank berakujanji untuk memberi anda Ibra (rebat) yang bersamaan dengan Keuntungan Tertangguh semasa penyelesaian. Formula Ibra (rebat): Ibra /rebate ke atas penyelesaian awal = Keuntungan Tertangguh. Nota: i. Keuntungan Tertangguh = Jumlah Keuntungan Dikontrakkan Keuntungan Terakru. ii. Jumlah Keuntungan Dikontrakkan = Harga Jualan Harga Belian (atau Jumlah Pembiayaan). iii. Keuntungan Terakru dikira berdasarkan Kadar Keuntungan Efektif ke atas baki Harga Belian belum selesai (atau jumlah Pembiayaan) yang dikeluarkan (atau digunakan). 13. Adakah saya memerlukan perlindungan takaful? Ya. Pelan Takaful Pembiayaan Peribadi ( PFTP ) adalah disyaratkan bagi melindungi pelanggan sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal. Perlindungan ( PFTP ) ini boleh diperolehi dari Pengendali Takaful yang telah dilantik oleh pihak Bank. Walau bagaimanapun, pelanggan masih boleh memilih untuk melantik pengendali Takaful yang lain namun perlu diuruskan sendiri oleh pelanggan. Untuk kemudahan bercagar, perlindungan takaful adalah tidak diwajibkan. 14. Adakah saya memerlukan penjamin atau cagaran? Jika anda tidak memenuhi keperluan kredit minimum, Bank mungkin akan memerlukan seorang / lebih penjamin atau cagaran bagi membolehkan anda untuk menghantar permohonan. 15. Apa yang perlu saya lakukan sekiranya terdapat perubahan kepada butiran Muka surat 5 dari 7

6 perhubungan saya? Adalah penting bagi anda untuk memaklumkan kami dengan segera sebarang perubahan kepada butiran perhubungan bagi memastikan semua urusan surat menyurat sampai kepada anda dalam tempoh yang ditetapkan. 16. Di mana boleh saya dapatkan bantuan dan cara penyelesaian? Sekiranya anda menghadapi kesulitan dalam membuat pembayaran ansuran bulanan, anda perlu menghubungi kami dengan segera untuk membincangkan pilihan pembayaran. Anda boleh menghubungi kami di: Jabatan Khidmat Pelanggan 17 th Floor, Menara Bank Islam, No. 22, Jalan Perak, Kuala Lumpur. Tel: Faks: Sebagai alternatif, anda boleh mendapatkan khidmat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk memberikan khidmat percuma mengenai pengurusan kewangan, kaunseling kredit, pendidikan kewangan dan penstrukturan semula hutang seseorang. Anda boleh menghubungi AKPK di: Tingkat 8, Maju Junction Mall 1001, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Tel: Sekiranya anda ingin membuat aduan berkenaan produk atau perkhidmatan yang diberikan oleh kami, anda boleh menghubungi kami di: Jabatan Khidmat Pelanggan 17 th Floor, Menara Bank Islam No 22, Jalan Perak Kuala Lumpur. Tel: Faks: Sekiranya pertanyaan atau aduan anda tidak diselesaikan dengan memuaskan oleh kami, anda boleh menghubungi Bank Negara Malaysia LINK atau TELELINK di: Block D, Bank Negara Malaysia, Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur. Tel: Fax: Di mana saya boleh dapatkan maklumat lanjut? Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan berkenaan Pembiayaan Peribadi-i, sila rujuk kepada buku kecil bankinginfo berkenaan pembiayaan peribadi-i, yang boleh didapati di semua cawangan kami Muka surat 6 dari 7

7 dan di laman web Pakej-pakej lain Pembiayaan Peribadi-i yang ada? Selain pakej biasa yang ditawarkan, pakej lain yang boleh didapati adalah: i. Pembiayaan bukan pakej. ii. Pembiayaan bercagar. PERINGATAN PENTING: TINDAKAN UNDANG-UNDANG MUNGKIN DIAMBIL KE ATAS ANDA SEKIRANYA ANDA GAGAL UNTUK MEMBAYAR ANSURAN BULANAN KEMUDAHAN PEMBIAYAAN PERIBADI-i ANDA. Maklumat yang diberi di dalam Lembaran Maklumat Produk ini adalah sah diterima pakai dari (hh/bb/tttt) / The information provided in this disclosure sheet is valid as at (dd/mm/yyyy). Nota: 1. Maklumat di atas adalah untuk kegunaan ilustrasi sahaja. Keuntungan dan caj-caj mungkin akan berubah dan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat Bank. 2. Maklumat yang diberikan di dalam Lembaran Maklumat Produk ini adalah sah diterima pakai sehingga tarikh terkini. 3. KA yang ditunjukkan di dalam Lembaran Maklumat Produk ini adalah tertakluk kepada perubahan. Muka surat 7 dari 7

Kadar faedah = Jumlah kredit berputar yang digunakan x Kadar faedah x Bilangan hari / 365 hari

Kadar faedah = Jumlah kredit berputar yang digunakan x Kadar faedah x Bilangan hari / 365 hari HELAIAN MAKLUMAN PRODUK Sila baca Helaian Makluman Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk memohon kemudahan Pembiayaan Kredit Berputar dengan Hong Leong Bank Bhd. Kandungan yang tertera dalam

More information

b) BG adalah satu aku janji rasmi dan boleh dipercayai. Ia memberi sokongan kepada keperluan perniagaan.

b) BG adalah satu aku janji rasmi dan boleh dipercayai. Ia memberi sokongan kepada keperluan perniagaan. LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK Sila baca Lembaran Pendedahan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk mengambil kemudahan Jaminan Bank dengan Hong Leong Bank Bhd. Pastikan anda juga membaca terma dan

More information

Pengeluaran daripada bayaran lebihan di bawah Bayaran Pendahuluan dengan notis bertulis.

Pengeluaran daripada bayaran lebihan di bawah Bayaran Pendahuluan dengan notis bertulis. HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK Sila baca Helaian Pendedahan Produk ini berserta dengan terma dan syarat di dalam surat tawaran sebelum anda membuat keputusan untuk menerima Produk berikut: Hong Leong Branch

More information

Apa-apa bayaran lebihan selepas menolak bayaran ansuran anda dan sebarang caj yang perlu dibayar, akan dianggap sebagai Bayaran Pendahuluan.

Apa-apa bayaran lebihan selepas menolak bayaran ansuran anda dan sebarang caj yang perlu dibayar, akan dianggap sebagai Bayaran Pendahuluan. HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK Sila baca Helaian Pendedahan Produk ini berserta dengan terma dan syarat di dalam surat tawaran sebelum anda membuat keputusan untuk menerima Produk berikut: Hong Leong Branch

More information

<Nama Produk> Tarikh: <Tarikh Surat Tawaran ditawarkan> Sila hubungi kami untuk sebarang penjelasan lanjut, jika perlu. 1. Apakah produk ini?

<Nama Produk> Tarikh: <Tarikh Surat Tawaran ditawarkan> Sila hubungi kami untuk sebarang penjelasan lanjut, jika perlu. 1. Apakah produk ini? HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK Sila baca Helaian Pendedahan Produk ini berserta dengan terma dan syarat di dalam surat tawaran sebelum anda membuat keputusan untuk menerima Produk berikut: Sila tandakan mengikut

More information

b) ECR memberikan kemudahan kredit kepada pengeksport pada kadar faedah yang kompetitif.

b) ECR memberikan kemudahan kredit kepada pengeksport pada kadar faedah yang kompetitif. LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK Sila baca Lembaran Pendedahan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk mengambil kemudahan Pembiayaan Semula Kredit Eksport dengan Hong Leong Bank Bhd. Pastikan anda juga

More information

1. Apakah produk ini? 2. Apakah konsep syariah yang digunakan? 3. Apakah Kadar Asas (KA)? LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK VERSI BAHASA MALAYSIA

1. Apakah produk ini? 2. Apakah konsep syariah yang digunakan? 3. Apakah Kadar Asas (KA)? LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK VERSI BAHASA MALAYSIA LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK (Sila baca Lembaran Pendedahan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk memohon Affin Tawarruq Home Refinancing-i / Affin Tawarruq Business Premises Refinancing-i. Sila

More information

b) Bayaran pendahuluan daripada Bank akan mempertingkatkanaliran tunai untuk mengendalikan keperluan modal kerja anda.

b) Bayaran pendahuluan daripada Bank akan mempertingkatkanaliran tunai untuk mengendalikan keperluan modal kerja anda. LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK Sila baca Lembaran Pendedahan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk mengambil kemudahan Pembelian Bil Pertukaran Asing/Tempatan Autoriti Untuk Membeli dengan Hong Leong

More information

KAD KREDIT-i BANK ISLAM SEPTEMBER Apakah konsep Shariah yang digunakan? 3. Apakah yang saya akan dapat dari BIC-i?

KAD KREDIT-i BANK ISLAM SEPTEMBER Apakah konsep Shariah yang digunakan? 3. Apakah yang saya akan dapat dari BIC-i? LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK PENTING: SILA BACA LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK SEBELUM ANDA MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MENGAMBIL KAD KREDIT-i BANK ISLAM (BIC-i). SILA PASTIKAN ANDA JUGA MEMBACA TERMA DAN SYARAT UMUM.

More information

TAKAFUL IKHLAS BERHAD. IKHLAS FOREIGN WORKER COMPENSATION SCHEME TAKAFUL Tarikh: dd/mm/yyyy

TAKAFUL IKHLAS BERHAD. IKHLAS FOREIGN WORKER COMPENSATION SCHEME TAKAFUL Tarikh: dd/mm/yyyy HELAIAN PENERANGAN PRODUK (Sila baca Lembaran Pendedahan Produk ini sebelum anda membuat keputusan memilih IKHLAS Foreign Worker Compensation Scheme Takaful. Pastikan juga anda telah membaca terma-terma

More information

COLLECTION OF PERSONAL INFORMATION

COLLECTION OF PERSONAL INFORMATION PRIVACY POLICY (ENGLISH VERSION) Pursuant to the Personal Data Protection Act 2010 ( PDPA ), Atilze Digital Sdn Bhd ( Atilze ) is mindful and committed to the protection of your personal information and

More information

Kaizen boleh diakses melalui internet di laman sesawang

Kaizen boleh diakses melalui internet di laman sesawang Kaizen boleh diakses melalui internet di laman sesawang http://thphr.th-properties.com/kzhrweb USER ID : No K/P baru tanpa sengkang PASSWORD : No kakitangan (untuk kakitangan baru) Untuk log-in kali pertama,

More information

DUPLICATE EXAMINATION RESULT SLIP/PERFORMANCE ANALYSIS FORM

DUPLICATE EXAMINATION RESULT SLIP/PERFORMANCE ANALYSIS FORM DUPLICATE EXAMINATION RESULT SLIP/PERFORMANCE ANALYSIS FORM PLEASE PROVIDE ALL DETAILS REQUIRED AND WHERE APPLICABLE. Duplicate Result Slip Performance Analysis Name (According to NRIC) : Malaysian NRIC

More information

HakCipta Irfan Khairi Sdn. Bhd.

HakCipta Irfan Khairi Sdn. Bhd. Panduan Setup Brochure Website. Langkah-Langkah : *Sebelum anda mula membina website, anda perlu install perisian wordpress terlebih dahulu pada website anda. Caranya adalah seperti dibawah: 1. Pertama

More information

MOTOR THEFT REPORT FORM

MOTOR THEFT REPORT FORM MOTOR THEFT REPORT FORM PRIVACY NOTICE Dear customers, This privacy notice for personal data ( Privacy Notice ) is issued to all customers of (which include all its related and/or associated companies)

More information

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK HELAIAN KETERANGAN PRODUK (Sila baca Helaian Keterangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai IKHLAS Capital Investment-linked Takaful Plus. Sila pastikan juga anda membaca terma dan

More information

1 2 3 Manfaat sepintas lalu Manfaat Kanser 1. Selepas Disahkan menghidap Karsinoma In Situ (CIS): Hanya dibayar ke CIS untuk Kanser Khusus Jantina. 25% daripada Jumlah Dilindungi akan dibayar. Walau bagaimanapun,

More information

IEK 314 Environmental Audit [Audit Persekitaran]

IEK 314 Environmental Audit [Audit Persekitaran] UNIVERSITI SAINS MALAYSIA First Semester Examination 2010/2011 Academic Session November 2010 IEK 314 Environmental Audit [Audit Persekitaran] Duration: 3 hours [Masa: 3 jam] Please check that this examination

More information

Melindungi kerugian atau kerosakan akibat kemalangan kepada bangunan anda disebabkan oleh punca yang tidak dikecualikan di bawah Polisi.

Melindungi kerugian atau kerosakan akibat kemalangan kepada bangunan anda disebabkan oleh punca yang tidak dikecualikan di bawah Polisi. LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK [Sila baca Lembaran Pendedahan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk mendapatkan Insurans Mortgage Home Secure Plus. Sila pastikan anda juga membaca terma dan syarat

More information

Source and type of personal data obtained

Source and type of personal data obtained PERSONAL DATA PROTECTION NOTICE Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad values your privacy and is committed to protecting your personal data. ARBM will only collect and process your

More information

Borang V (Peraturan 97) SURUHANJAYA TENAGA AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 PERAKUAN KELULUSAN

Borang V (Peraturan 97) SURUHANJAYA TENAGA AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 PERAKUAN KELULUSAN No. Resit : 170517IKE04005 Tkh Resit : 17-Mei-2017 Borang V (Peraturan 97) SURUHANJAYA TENAGA AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 PERAKUAN KELULUSAN Salinan Penerima ST(H)15-Pin. 2/94 SJT161105066462017 App Id

More information

HLM Takaful i-kudrat Hadiah Buat Yang Tersayang

HLM Takaful i-kudrat Hadiah Buat Yang Tersayang HLM Takaful i-kudrat Hadiah Buat Yang Tersayang Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-7650 1800 Layari www.hlmtakaful.com.my BestBrands in Takaful Solutions The Brandlaureate World Halal Best Brands Awards

More information

Notis Privasi (Untuk Pelanggan)

Notis Privasi (Untuk Pelanggan) Sila rujuk kepada peruntukan yang telah dipinda dan dikemaskinikan yang diwarnakan kuning di bawah yang akan berkuat kuasa dan mengikat pada 1 Januari 2017 Notis Privasi (Untuk Pelanggan) Di Kumpulan CIMB,

More information

For more information with regard to this Notice, you may reach us at

For more information with regard to this Notice, you may reach us at Dear Sir/Madam, Pursuant to the Personal Data Protection Act 2010 of Malaysia that came into force on 15 November 2013, we are writing to inform you that we will process your personal data in accordance

More information

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK HELAIAN KETERANGAN PRODUK (Sila baca Helaian Keterangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai IKHLAS Education Takaful Plus. Sila pastikan juga anda membaca terma dan syarat am.) 1)

More information

NOTICE UNDER THE PERSONAL DATA PROTECTION ACT 2010 NOTIS DI BAWAH AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

NOTICE UNDER THE PERSONAL DATA PROTECTION ACT 2010 NOTIS DI BAWAH AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 NOTICE UNDER THE PERSONAL DATA PROTECTION ACT 2010 NOTIS DI BAWAH AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 The Personal Data Protection Act 2010 (the Act ), which regulates the processing of personal data

More information

fulfilling my family's dreams

fulfilling my family's dreams Family First Solutions fulfilling my family's dreams Family comes first. Always. A PIDM member Your Bank. Malaysia s Bank. AmBank.TM Managing your finances to meet family goals and dreams isn t a one-off

More information

PROGRAM PENGUMPULAN EMAS PUBLIC GOLD

PROGRAM PENGUMPULAN EMAS PUBLIC GOLD PROGRAM PENGUMPULAN EMAS PUBLIC GOLD GOLD ACCUMULATION PROGRAM (GAP) AUTHORISED DEALER PG052491 ABDUL SHAHROM B ABDULLAH 1 Saya ingin lontarkan kepada anda beberapa soalan: 1. Adakah anda mencari-cari

More information

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda:

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda: Sebagai sebahagian daripada perniagaan hari-ke-hari Kumpulan AmBank, kami mengumpul Maklumat Peribadi anda apabila anda memohon untuk membuka akaun dengan kami, melanggan mana-mana produk atau perkhidmatan

More information

BIZAPP SUPERB & PRO MENCETAK SLIP POSLAJU SECARA BERTERUSAN JAN 2017 / VERSI 1.0.0

BIZAPP SUPERB & PRO MENCETAK SLIP POSLAJU SECARA BERTERUSAN JAN 2017 / VERSI 1.0.0 BIZAPP SUPERB & PRO MENCETAK SLIP POSLAJU SECARA BERTERUSAN JAN 2017 / VERSI 1.0.0 SELAMAT DATANG KE APLIKASI BIZAPP. Panduan pengguna ini dibuat secara ringkas. Terima kasih kerana membeli PAKEJ SUPERB

More information

FI & CAJ KAD KREDIT UOB Caj. Peringkat Setahun Kadar Kelayakan Kewangan (i) Transaksi Runcit (Berkuatkuasa

FI & CAJ KAD KREDIT UOB Caj. Peringkat Setahun Kadar Kelayakan Kewangan (i) Transaksi Runcit (Berkuatkuasa FI & CAJ KAD KREDIT UOB Caj Peringkat Setahun Kadar Kelayakan Kewangan (i) Transaksi Runcit (Berkuatkuasa Peringkat 1 (%) 15% Anda segera menjelaskan Bayaran Minimum Perlu Dibayar sebelum Tarikh Akhir

More information

CADANGAN UNTUK TAKAFUL KELUARGA

CADANGAN UNTUK TAKAFUL KELUARGA CADANGAN UNTUK TAKAFUL KELUARGA 1. Kenalpasti produk Takaful Keluarga anda Siapakah orang atau pihak yang terlibat? Orang yang akan Dilindungi Orang yang akan Dilindungi adalah orang yang dilindungi adalah

More information

Panduan Langkah Pendaftaran DAN Kawasan Ahli. - Panduan Langkah -

Panduan Langkah Pendaftaran DAN Kawasan Ahli. - Panduan Langkah - Panduan Langkah Pendaftaran DAN Kawasan Ahli - Panduan Langkah - PENDAFTARAN PENDAFTARAN Masukkan URL www.tradesto.com Klik Buka Akaun Langsung". Jika Rakan Kongsi (IB) ingin mendaftar klien mereka di

More information

Gold Accumulation Program (GAP) with Public Gold Hafizul Hakim 2016

Gold Accumulation Program (GAP) with Public Gold Hafizul Hakim 2016 Apa itu GAP? Singkatan untuk Gold Accumulation Program. Secara mudah, ia adalah cara terbaik untuk mengatasi masalah kekurangan tunai untuk membeli emas yang besar seperti 10 gram dan sebagainya. Tak semua

More information

Oleh: Sofinah Lamudin forex.mudahkaya.com. Edisi Newbie

Oleh: Sofinah Lamudin forex.mudahkaya.com. Edisi Newbie 1 PERHATIAN! SEBELUM ANDA MEMBUKA AKAUN ANDA, SILA CLEAR HISTORY KOMPUTER ATAU BROWSER ANDA TERLEBIH DAHULU! 2 PERHATIAN! PASTIKAN KOD EJEN YANG ANDA MASUKKAN ADALAH 20939859 3 ISI KANDUNGAN 1. PENAFIAN

More information

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination Academic Session 2009/2010. November BMT 217/3 Virology [Virologi]

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination Academic Session 2009/2010. November BMT 217/3 Virology [Virologi] UNIVERSITI SAINS MALAYSIA First Semester Examination Academic Session 2009/2010 November 2009 BMT 217/3 Virology [Virologi] Duration: 3 hours [Masa: 3 jam] Please ensure that this examination paper contains

More information

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Second Semester Examination Academic Session 2010/2011 April/May 2011 EBS 328/3 - Prospecting Geochemistry [Geokimia Carigali] Duration : 3 hours [Masa : 3 jam] Please ensure

More information

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk dan berkaitan:-

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk dan berkaitan:- Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia Tuan/Puan, MAKLUMAN KEPADA SELURUH WARGA UniMAP UniMAP FIT CHALLENGE 2015 Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk dan berkaitan:- Pusat Sukan UniMAP akan

More information

PruBSN UMMAH. Don t just plan for bigger things Prepare for higher purposes. Spiritual fulfillment, Protection and Savings - all in one.

PruBSN UMMAH. Don t just plan for bigger things Prepare for higher purposes. Spiritual fulfillment, Protection and Savings - all in one. PruBSN UMMAH Don t just plan for bigger things Prepare for higher purposes Spiritual fulfillment, Protection and Savings - all in one. THE TAKAFUL CONCEPT Takaful is a mutual assistance concept based on

More information

Manfaat premium untuk keperluan anda yang semakin bertambah.

Manfaat premium untuk keperluan anda yang semakin bertambah. Manfaat premium untuk keperluan anda yang semakin bertambah. Aliran pendapatan dengan Bayaran Tunai Tahunan & Simpanan Masa Hadapan Lebih Hayat Potensi Pulangan Pelaburan PruBSN Platinum Apa yang anda

More information

4. This Privacy Policy serves as a notice pursuant to the Malaysian Personal Data Protection Act 2010.

4. This Privacy Policy serves as a notice pursuant to the Malaysian Personal Data Protection Act 2010. PRIVACY AND PERSONAL DATA PROTECTION POLICY GENERAL 1. This Privacy and Personal Data Protection Policy ("Privacy Policy") is provided by Rainbow Paradise Beach Resort and its franchisees, associates,

More information

PERSONAL DATA PROTECTION POLICY AND NOTICE

PERSONAL DATA PROTECTION POLICY AND NOTICE PERSONAL DATA PROTECTION POLICY AND NOTICE BUSS CONSULTING (M) SDN BHD ( Buss ) respects the privacy of individuals with regard to personal data. This Personal Data Protection Policy and Notice ( Notice

More information

Kadar Kelayakan. (i) Transaksi Peringkat 1 15% Anda segera menjelaskan Bayaran Minimum Perlu Runcit (Berkuatkuasa

Kadar Kelayakan. (i) Transaksi Peringkat 1 15% Anda segera menjelaskan Bayaran Minimum Perlu Runcit (Berkuatkuasa FI & CAJ KAD KREDIT UOB Caj Kewangan Peringkat Setahun (%) Kadar Kelayakan (i) Transaksi Peringkat 1 15% Anda segera menjelaskan Bayaran Minimum Perlu Runcit (Berkuatkuasa Dibayar sebelum Tarikh Akhir

More information

Soalan Lazim MARA Electronic Payment System (MARAeps)

Soalan Lazim MARA Electronic Payment System (MARAeps) Soalan Lazim MARA Electronic Payment System (MARAeps) Singkatan: MARA MARAeps MRSM TVET IPMA PCI FPX E-mandate DDA PAYNET TAC OTP AMEX Majlis Amanah Rakyat MARA Electronic Payment System Maktab Rendah

More information

PruBSN UMMAH DON T JUST PLAN FOR BIGGER THINGS, PREPARE FOR HIGHER PURPOSES - EVERYTIME FOR EVERYONE

PruBSN UMMAH DON T JUST PLAN FOR BIGGER THINGS, PREPARE FOR HIGHER PURPOSES - EVERYTIME FOR EVERYONE PruBSN UMMAH DON T JUST PLAN FOR BIGGER THINGS, PREPARE FOR HIGHER PURPOSES - EVERYTIME FOR EVERYONE Savings, Protection and Spiritual fulfillment - ALL in ONE SAVINGS, PROTECTION AND SPIRITUAL FULFILLMENT

More information

Details of your visits to the Website and the resources that you access.

Details of your visits to the Website and the resources that you access. Omron Healthcare Privacy and Cookie Policy ( Policy ) Omron Healthcare Malaysia Sdn Bhd ("we" or "Omron") are committed to protecting and respecting the privacy of any person who makes use of the Website

More information

No (Hardcopy) Tidak (Penyata Bercetak) Hong Leong Bank Berhad (97141-X) Hong Leong Islamic Bank Berhad ( W) 1/5

No (Hardcopy) Tidak (Penyata Bercetak) Hong Leong Bank Berhad (97141-X) Hong Leong Islamic Bank Berhad ( W) 1/5 Yes Ya No (Hardcopy) Tidak (Penyata Bercetak) Hong Leong Bank Berhad (97141-X) Hong Leong Islamic Bank Berhad (686191-W) 1/5 Hong Leong Bank Berhad (97141-X) Hong Leong Islamic Bank Berhad (686191-W) 2/5

More information

The Hong Leong Group Privacy Policy ( Privacy Policy )

The Hong Leong Group Privacy Policy ( Privacy Policy ) The Hong Leong Group Privacy Policy ( Privacy Policy ) 1. Malaysian legislation controls the collection, use and storage of personal information ("data"). This Privacy Policy is being provided to existing

More information

IMK NUTRITION [PEMAKANAN]

IMK NUTRITION [PEMAKANAN] UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Second Semester Examination 2009/2010 Academic Session April/May 2010 IMK 104 - NUTRITION [PEMAKANAN] Duration: 3 hours Masa: [3 jam] Please check that this examination paper

More information

PRUmy child INSURANS BERKAITAN PELABURAN. Saya senang hati mengetahui bahawa segala harapan, hasrat dan impian untuk anak saya cukup terjamin

PRUmy child INSURANS BERKAITAN PELABURAN. Saya senang hati mengetahui bahawa segala harapan, hasrat dan impian untuk anak saya cukup terjamin PRUmy child INSURANS BERKAITAN PELABURAN Saya senang hati mengetahui bahawa segala harapan, hasrat dan impian untuk anak saya cukup terjamin Sediakan jaminan masa depan anak anda dengan pelan perlindungan

More information

Panduan Kumpulan Wood Pelan Saham Kakitangan - Soalan Anda. Pelan Saham Kakitangan Soalan Lazim

Panduan Kumpulan Wood Pelan Saham Kakitangan - Soalan Anda. Pelan Saham Kakitangan Soalan Lazim Panduan Kumpulan Wood Pelan Saham Kakitangan - Soalan Anda Pelan Saham Kakitangan Soalan Lazim Panduan Wood Pelan Saham Kakitangan - Soalan Anda Contents 1. Apa itu Pelan Saham Kakitangan?... 2 2. Menyertai

More information

Agar anda sentiasa dilindungi. PruBSN Setia

Agar anda sentiasa dilindungi. PruBSN Setia Agar anda sentiasa dilindungi. PruBSN Setia PELAN LENGKAP PERTAMA UNTUK KEPERLUAN TAKAFUL ANDA Anda memiliki fleksibiliti untuk memilih perlindungan yang paling ideal, berpatutan dan mudah. Bagi menempuh

More information

enrr New User-First time login Where and how? Source file: P:\eNRR2\eNRR New user_enrr_first Time login_ ppt

enrr New User-First time login Where and how? Source file: P:\eNRR2\eNRR New user_enrr_first Time login_ ppt enrr New User-First time login Where and how? Source file: P:\eNRR2\eNRR New user_enrr_first Time login_23112017.ppt Selamat mengunakan enrr enrr mula berfungsi sepenuhnya pada 1hb December 2017. Anda

More information

Connect Online Soalan-Soalan Lazim

Connect Online Soalan-Soalan Lazim Connect Online Soalan-Soalan Lazim Am S1. Apakah Connect Online? J1. Connect Online adalah Perbankan Dalam Talian bagi Hong Leong Connect, jenama yang membawakan anda pelbagai perkhidmatan perbankan digital

More information

PERSONAL DATA PROTECTION POLICY NOTICE

PERSONAL DATA PROTECTION POLICY NOTICE PERSONAL DATA PROTECTION POLICY NOTICE Dear Valued Guests, The Hotels under the Everly Group are committed to complying with the Personal Data Protection Act 2010 (hereinafter referred to as "the Act").

More information

PRUcash premier. Inilah yang kami mahu memaksimumkan simpanan kami dan mendapat ganjaran pula! SIMPANAN. Wajah yang anda percayai

PRUcash premier. Inilah yang kami mahu memaksimumkan simpanan kami dan mendapat ganjaran pula! SIMPANAN. Wajah yang anda percayai PRUcash premier SIMPANAN Inilah yang kami mahu memaksimumkan simpanan kami dan mendapat ganjaran pula! Wajah yang anda percayai Khazanah emas di hujung pelangi. Sepintas Lalu: PRUcash premier membolehkan

More information

YAYASAN KOSSAN (Company No X)

YAYASAN KOSSAN (Company No X) YAYASAN KOSSAN (Company No. 1170924-X) PRIVACY NOTICE Introduction Yayasan Kossan ( we or us ) is committed to protect your personal data in accordance with the Personal Data Protection Act 2010 ( PDPA

More information

PM502: MARKETING RESEARCH

PM502: MARKETING RESEARCH ESSAY QUESTIONS: 100 MARKS SOALAN ESEI: 100 MARKAH INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) essay questions. Answer ALL questions. ARAHAN: Bahagian ini mengandungi EMPAT (4) soalan esei. Jawab SEMUA

More information

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK HELAIAN KETERANGAN PRODUK (Sila baca Helaian Keterangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan memilih IKHLAS Special Type Vehicle Takaful. Pastikan juga anda telah membaca terma-terma dan syarat-syarat

More information

KOSSAN RUBBER INDUSTRIES BHD (COMPANY NO W)

KOSSAN RUBBER INDUSTRIES BHD (COMPANY NO W) KOSSAN RUBBER INDUSTRIES BHD (COMPANY NO. 48166-W) PRIVACY NOTICE Introduction KOSSAN Website ( Site ) owned by Kossan Rubber Industries Bhd, the ( Owner ) (collectively refer to as our or us or we ) is

More information

BANK! TOLONG AKU MELASTIK BINTANG

BANK! TOLONG AKU MELASTIK BINTANG 2 3 BANK! TOLONG AKU Penulis : Melastik Bintang Blog : www.melastikbintang.com Facebook : @melastikbintang 4 ISI KANDUNGAN Penafian 5 Prakata 7 1.0 - Mukadimmah 10 2.0 - Profil Kewangan 27 3.0 - Tips Sebelum

More information

Cambridge International Examinations Cambridge International General Certificate of Secondary Education

Cambridge International Examinations Cambridge International General Certificate of Secondary Education Cambridge International Examinations Cambridge International General Certificate of Secondary Education *0953539061* MALAY 0546/42 Paper 4 Writing May/June 2018 1 hour Candidates answer on the Question

More information

PUSAT PEMBELAJARAN DIGITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH

PUSAT PEMBELAJARAN DIGITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH TP SA PU JA LA EM BE N RA H TA NA UL LS TA GI DI R NU ZA H IR AH - I, tesis 11000906 32 RC 902.N6 2013 1111111111111111111111111111111111111111111111111111111111II 1100090632 Evaluation in health-related

More information

GARIS PANDUAN DAN PROSEDUR BAGI TUNTUTAN PENGECUALIAN CUKAI DAN DUTI SETEM KE ATAS PERBELANJAAN BAGI MEMPEROLEHI PERAKUAN INDEKS BANGUNAN HIJAU

GARIS PANDUAN DAN PROSEDUR BAGI TUNTUTAN PENGECUALIAN CUKAI DAN DUTI SETEM KE ATAS PERBELANJAAN BAGI MEMPEROLEHI PERAKUAN INDEKS BANGUNAN HIJAU LHDN.01/35/42/51/84 GARIS PANDUAN DAN PROSEDUR BAGI TUNTUTAN PENGECUALIAN CUKAI DAN DUTI SETEM KE ATAS PERBELANJAAN BAGI MEMPEROLEHI PERAKUAN INDEKS 1. PENGENALAN Insentif pengecualian cukai diberi kepada

More information

Privacy Notice. What kind of personal data we capture and how we capture it; The purposes for processing your personal data;

Privacy Notice. What kind of personal data we capture and how we capture it; The purposes for processing your personal data; Privacy Notice We, TEO HANG SAM REALTY SDN. BERHAD (Company No. 2245-D),value your privacy and strive to protect your personal data in compliance with the laws of Malaysia. We will only capture and process

More information

PERLINDUNGAN MAKSIMUM UNTUK KESIHATAN ANDA

PERLINDUNGAN MAKSIMUM UNTUK KESIHATAN ANDA PERLINDUNGAN MAKSIMUM UNTUK KESIHATAN ANDA Apabila keadaan menduga, mereka yang dilindungi terus terpelihara. Satu insiden penyakit kritikal sudah cukup untuk melenyapkan simpanan seumur hidup anda. Akibat

More information

MAYBANK GROUP PRIVACY NOTICE

MAYBANK GROUP PRIVACY NOTICE MAYBANK GROUP PRIVACY NOTICE This Privacy Notice outlines how Maybank Group collects, uses, maintains and discloses your personal data in respect of commercial transactions and how Maybank Group safeguards

More information

Takaful Penyakit Kritikal. CancerCare

Takaful Penyakit Kritikal. CancerCare Takaful Penyakit Kritikal CancerCare ZURICH TAKAFUL DI SINI UNTUK KEPERLUAN TAKAFUL ANDA Sudah menjadi lumrah setiap insan untuk memastikan bahawa orang yang tersayang sentiasa selamat dan dilindungi.

More information

IMK NUTRITION [PEMAKANAN]

IMK NUTRITION [PEMAKANAN] UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Second Semester Examination 2010/2011 Academic Session April/May 2011 IMK 104 - NUTRITION [PEMAKANAN] Duration: 3 hours [Masa: 3 jam] Please check that this examination paper

More information

Cambridge International Examinations Cambridge International General Certificate of Secondary Education

Cambridge International Examinations Cambridge International General Certificate of Secondary Education Cambridge International Examinations Cambridge International General Certificate of Secondary Education *1847752963* MALAY 0546/42 Paper 4 Writing May/June 2017 1 hour Candidates answer on the Question

More information

MEDICAL EXAMINER S CERTIFICATE / SIJIL PEMERIKSA PERUBATAN

MEDICAL EXAMINER S CERTIFICATE / SIJIL PEMERIKSA PERUBATAN MEDICAL EXAMINER S CERTIFICATE / SIJIL PEMERIKSA PERUBATAN PRULADY / PRUESSENTIAL MOTHER CARCINOMA IN-SITU OF BREAST OR CERVIX UTERI BARAH TIDAK MENYERANG PAYUDARA ATAU PANGKAL RAHIM Name of the Life Assured

More information

Pelan Perlindungan Applecare untuk ipad Asia/Pasifik. Bagaimana Hak Pengguna Mempengaruhi Pelan ini

Pelan Perlindungan Applecare untuk ipad Asia/Pasifik. Bagaimana Hak Pengguna Mempengaruhi Pelan ini Pelan Perlindungan Applecare untuk ipad Asia/Pasifik Bagaimana Hak Pengguna Mempengaruhi Pelan ini BAGI PENGGUNA-PENGGUNA DALAM BIDANG KUASA YANG MEMPUNYAI MANFAAT UNDANG-UNDANG ATAU PERATURAN-PERATURAN

More information

PERLINDUNGAN MAKSIMUM UNTUK KESIHATAN ANDA

PERLINDUNGAN MAKSIMUM UNTUK KESIHATAN ANDA PERLINDUNGAN MAKSIMUM UNTUK KESIHATAN ANDA Apabila keadaan menduga, mereka yang dilindungi terus terpelihara. Satu insiden penyakit kritikal sudah cukup untuk melenyapkan simpanan seumur hidup anda. Akibat

More information

Terma dan Syarat Perbankan Umum

Terma dan Syarat Perbankan Umum Terma dan Syarat Perbankan Umum Untuk pelanggan perbankan komersial Bank Malaysia Berhad Terma dan syarat umum ini terpakai pada akaun dan pelbagai jenis perkhidmatan perbankan yang disediakan oleh Standard

More information

ELEMENT OF WARRANTY OF IBS STRUCTURAL SYSTEM FOR CONSTRUCTION INDUSTRY ANNAN VESSINUK A/L SING

ELEMENT OF WARRANTY OF IBS STRUCTURAL SYSTEM FOR CONSTRUCTION INDUSTRY ANNAN VESSINUK A/L SING ELEMENT OF WARRANTY OF IBS STRUCTURAL SYSTEM FOR CONSTRUCTION INDUSTRY ANNAN VESSINUK A/L SING A project report submitted in partial fulfillment of the requirement for the award of the degree of Master

More information

INTRODUCE OUR WEBSITE store.brophone.my

INTRODUCE OUR WEBSITE store.brophone.my INTRODUCE OUR WEBSITE store.brophone.my Table of Contents I. HOME PAGE... 2 INTRODUCTION STEP PERTAMA! DAFTAR STEP KEDUA! CARA MENGGUNAKAN LAMAN WEB BRO PHONE STEP KETIGA! TAMBAH KE TROLI STEP KEEMPAT!

More information

PERATURAN-PERATURAN MAKANAN HAIWAN (PEMBUATAN DAN PENJUALAN MAKANAN HAIWAN DAN BAHAN TAMBAHAN MAKANAN HAIWAN) 2011

PERATURAN-PERATURAN MAKANAN HAIWAN (PEMBUATAN DAN PENJUALAN MAKANAN HAIWAN DAN BAHAN TAMBAHAN MAKANAN HAIWAN) 2011 WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN (tarikh) (date) P.U. (A) FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE PERATURAN-PERATURAN MAKANAN HAIWAN (PEMBUATAN DAN PENJUALAN MAKANAN HAIWAN DAN BAHAN TAMBAHAN MAKANAN HAIWAN) 2011 FEED (MANUFACTURE

More information

SHELL HELIX DRIVE ON CONSUMER ROADSHOW TERMS AND CONDITIONS

SHELL HELIX DRIVE ON CONSUMER ROADSHOW TERMS AND CONDITIONS SHELL HELIX DRIVE ON CONSUMER ROADSHOW 2017 - TERMS AND CONDITIONS 1. The SHELL HELIX DRIVE ON CONSUMER ROADSHOW 2017 ( Roadshow ) is jointly organized by Shell Malaysia Trading Sdn Bhd (Company No. 6087-M)

More information

Connect Online Soalan-Soalan Lazim

Connect Online Soalan-Soalan Lazim Connect Online Soalan-Soalan Lazim Am S1. Apakah Connect Online? J1. Connect Online adalah Perbankan Dalam Talian bagi Hong Leong Connect, jenama yang membawakan anda pelbagai perkhidmatan perbankan digital

More information

IMG 203 CHEMICAL ANALYSIS OF FOOD [ANALISIS KIMIA MAKANAN]

IMG 203 CHEMICAL ANALYSIS OF FOOD [ANALISIS KIMIA MAKANAN] UNIVERSITI SAINS MALAYSIA First Semester Examination 2010/2011 Academic Session November 2010 IMG 203 CHEMICAL ANALYSIS OF FOOD [ANALISIS KIMIA MAKANAN] Duration: 3 hours [Masa: 3 jam] Please check that

More information

Personal Data Processing Statement (Group Centralised Procurement) 1. Definition. 2. Provision of Personal Data. 3. Purposes of Processing

Personal Data Processing Statement (Group Centralised Procurement) 1. Definition. 2. Provision of Personal Data. 3. Purposes of Processing Personal Data Processing Statement (Group Centralised Procurement) This Personal Data Processing Statement ( PDPS ) is prepared in accordance with the requirements of the Personal Data Protection Act 2010

More information

CALL for ACTION" UITLINE. MONDAY-FRIDAY [9.00am TO 4.30pm]

CALL for ACTION UITLINE. MONDAY-FRIDAY [9.00am TO 4.30pm] " Educate smokers or former smokers or concerned individual who have family members or friends who are smokers. Caller will receive written materials tailored to their needs as well as one to one assistance

More information

- Sila gunakan borang yang disediakan SYARAT-SYARAT TAWARAN KEMASUKAN

- Sila gunakan borang yang disediakan SYARAT-SYARAT TAWARAN KEMASUKAN MAKLUMAT AM KEMASUKAN PELAJAR BARU PROGRAM DIPLOMA, IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (ISMP), DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI), PASCA SISWAZAH (MASTER DAN PhD) PERKARA Pemeriksaan Kesihatan CATATAN

More information

THE NEEDS OF HALAL TRANSPORTATION CONTROL IN MALAYSIA: A MULTIPLE CASE STUDY APPROACH ZUHRA JUNAIDA BINTI IR MOHAMAD HUSNY HAMID

THE NEEDS OF HALAL TRANSPORTATION CONTROL IN MALAYSIA: A MULTIPLE CASE STUDY APPROACH ZUHRA JUNAIDA BINTI IR MOHAMAD HUSNY HAMID THE NEEDS OF HALAL TRANSPORTATION CONTROL IN MALAYSIA: A MULTIPLE CASE STUDY APPROACH ZUHRA JUNAIDA BINTI IR MOHAMAD HUSNY HAMID A dissertation submitted in partial fulfilment of the requirements for the

More information

Hakcipta Irfan Khairi Sdn Bhd

Hakcipta Irfan Khairi Sdn Bhd Panduan Setup Website - Jenis Shopping Cart Penting: Pastikan anda sudah mempunyai domain dan juga hosting. Dalam contoh ini, kami akan menggunakan domain ikwebhosting.com sebagai contoh. Anda perlu gunakan

More information

IMK 308 FOOD PRESERVATION PRINCIPLES [PRINSIP PENGAWETAN MAKANAN]

IMK 308 FOOD PRESERVATION PRINCIPLES [PRINSIP PENGAWETAN MAKANAN] UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Supplementary Semester Examination Academic Session 2009/2010 June 2010 IMK 308 FOOD PRESERVATION PRINCIPLES [PRINSIP PENGAWETAN MAKANAN] Duration: 3 hours [Masa: 3 jam] Please

More information

AFFIN Rewards Programme Terms and Conditions

AFFIN Rewards Programme Terms and Conditions AFFIN Rewards Programme Terms and Conditions CONTENTS 1. Definition 2. Eligibility & Participation 3. Accumulation of AFFIN Rewards Points 4. Redemption of AFFIN Rewards Points 5. Delivery of Redemption

More information

5/27/2011 NOMBOR BULAT (WHOLE NUMBERS)

5/27/2011 NOMBOR BULAT (WHOLE NUMBERS) MTE3109: TEACHING OF NUMBERS, FRACTIONS, DECIMALS & PERCENTAGES NOMBOR BULAT (WHOLE NUMBERS) Konsepbijak nombor Pengalaman pranombor Strategi membilang (counting) Perkembangan konsep nombor awal Reys,

More information

Manual Pembelajaran. Tajuk Kursus: Pengenalan kepada sistem OfficeCentral. Julai Authentic Venture Sdn Bhd

Manual Pembelajaran. Tajuk Kursus: Pengenalan kepada sistem OfficeCentral. Julai Authentic Venture Sdn Bhd Manual Pembelajaran Tajuk Kursus: Pengenalan kepada sistem OfficeCentral Julai 2014 - Authentic Venture Sdn Bhd TABLE OF CONTENTS 1 - PENGENALAN... 3 2 DAFTAR DAN LOG MASUK KE SISTEM... 4 2.1 LOG MASUK...

More information

KIE 356 Food and Palm Oil Chemistry [Kimia Makanan dan Minyak Sawit]

KIE 356 Food and Palm Oil Chemistry [Kimia Makanan dan Minyak Sawit] UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Second Semester Examination 2011/2012 Academic Session June 2012 KIE 356 Food and Palm Oil Chemistry [Kimia Makanan dan Minyak Sawit] Duration : 3 hours [Masa : 3 jam] Please

More information

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SKIM PENSIJILAN AMALAN PERKILANGAN YANG BAIK (GOOD MANUFACTURING PRACTICE - GMP) MULAI 1 SEPTEMBER 2016

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SKIM PENSIJILAN AMALAN PERKILANGAN YANG BAIK (GOOD MANUFACTURING PRACTICE - GMP) MULAI 1 SEPTEMBER 2016 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SKIM PENSIJILAN AMALAN PERKILANGAN YANG BAIK (GOOD MANUFACTURING PRACTICE - GMP) MULAI 1 SEPTEMBER 2016 Hak Cipta Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan

More information

Terma dan Syarat Hong Leong Connect

Terma dan Syarat Hong Leong Connect Terma dan Syarat Hong Leong Connect Untuk Perkhidmatan Perbankan Digital Peribadi Penggunaan dan akses Perkhidmatan Perbankan Digital Hong Leong Connect( Connect ) anda adalah tertakluk pada Terma dan

More information

Perlindungan Kesihatan Pelajar Luar Negara Sokongan apabila anda memerlukannya

Perlindungan Kesihatan Pelajar Luar Negara Sokongan apabila anda memerlukannya Bantuan Global Allianz Perlindungan Kesihatan Pelajar Luar Negara Sokongan apabila anda memerlukannya Selamat Datang ke OSHC Semasa anda jauh dari negara asal anda, kemalangan dan penyakit mungkin berlaku

More information

Anda tidak lagi mempunyai pilihan untuk mengemukakan salinan dokumen yang bercetak untuk memohon SAPC.

Anda tidak lagi mempunyai pilihan untuk mengemukakan salinan dokumen yang bercetak untuk memohon SAPC. Harap maklum bahawa terjemahan Bahasa Melayu ini adalah versi tidak rasmi, dan versi yang definitif adalah versi Bahasa Inggeris. Untuk membolehkan Sekretariat Majlis Peguam untuk mengendalikan permohonan

More information

MEDICAL LABORATORIES HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA REVIEW OF CONTRACTS

MEDICAL LABORATORIES HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA REVIEW OF CONTRACTS HUSM/LCD/QP-22 MEDICAL LABORATORIES HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA REVIEW OF CONTRACTS Prepared by: Assoc. Prof. Dr Rosline Hassan Approved by: Effective date: 01.11.2009 MEDICAL LABORATORIES HOSPITAL

More information

Notis Dan Penyerahan

Notis Dan Penyerahan Notis Dan Penyerahan Jika penama dalam notis enggan menerima atau tidak dapat menandatangani, penyampaian notis boleh dilaksanakan seperti berikut: i. Meletakkan satu salinan di pintu luar bangunan tempat

More information

CuepacsCare. Program Kesihatan Khas untuk Anggota Sektor Awam, Badan-badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan

CuepacsCare. Program Kesihatan Khas untuk Anggota Sektor Awam, Badan-badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan CuepacsCare Program Kesihatan Khas untuk Anggota Sektor Awam, Badan-badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan Utusan Presiden CUEPACS Skim Takaful CuepacsCare telah dilancarkan pada tahun 1999 oleh YABhg

More information

Introduction We are a company incorporated under Companies Act 1965 in Malaysia and listed on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad.

Introduction We are a company incorporated under Companies Act 1965 in Malaysia and listed on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad. PERSONAL DATA AND INFORMATION NOTICE Introduction We are a company incorporated under Companies Act 1965 in Malaysia and listed on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad. This Notice is given

More information

Penyataan Privasi Digi

Penyataan Privasi Digi Penyataan Privasi Digi 1. Am 1.1 Kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda. Oleh itu, adalah penting bagi kami agar anda memahami cara kami mengumpul dan memproses

More information