Newsletter Title KAUNSELING B U S I N E S S N A M E D PUNCAK N E W S L E T T E R D A T E Sekiranya tuan/puan ingin mendapatkan perkhidmatan kaunseling, tuan/puan boleh menghubungi talian berikut untuk maklumat lanjut:- Keluaran Mei 2018 PENGURANGAN SIMPTOM Attention-Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) MELALUI PEMAKANAN SIHAT 03-32584069 Pejabat Am UKK 03-32584084 Sulaiman Selamat 03-32584085 Mawaddah Fida Farid 03-32584094 Azila Bakri 03-32584074 Nurfatihah Aziz 03-32584081 Mohd Zulkhairi Ibrahim Pengenalan Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan ke-iii pada tahun 2006 telah menunjukkan bahawa telah wujudnya masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja sebanyak 20.3% (Info Kesihatan Mental, 2018). Antara penyakit yang mencatatkan peningkatan tertinggi dalam kalangan kanak-kanak dan remaja adalah ADHD. Attention-Deficit Hyperactivity Disorder (juga lebih dikenali sebagai ADHD) adalah salah satu penyakit mental yang biasa dialami oleh kanak-kanak (Parekh, 2017). Namun, penyakit ini juga boleh dialami oleh golongan dewasa. Menurut Parekh (2017) lagi, antara simptom-simptom umum yang ditonjolkan oleh pengidap ADHD adalah tidak dapat memberikan tumpuan terhadap sesuatu (Inattention), pergerakan yang terlalu banyak tanpa mengira tempat dan masa (hyperactive) serta sikap yang tiba-tiba berubah sehingga kadang-kadang menyebabkan tindakan yang kurang rasional. 1
Pengaruh Makanan Terhadap ADHD Sedar atau tidak, makanan yang dimakan setiap hari mempengaruhi bukan sahaja kesihatan fizikal malah kesihatan mental seseorang. Kesihatan otak perlu dijaga untuk mendapatkan kesihatan mental yang paling optimum. Salah satu penyakit yang boleh dipengaruhi oleh pemakanan adalah ADHD. Antara punca ADHD adalah bermula daripada kesihatan otak. Oleh itu, penjagaan pemakanan adalah sangat penting bagi semua orang terutamanya para pengidap ADHD. Seperti yang telah ditulis oleh Kingsley (2007), makan makanan yang sihat dan bernutrisi boleh membantu mengoptimumkan otak penghidap ADHD dan juga boleh mengurangkan simptom-simptom ADHD. Antara punca terbesar yang mempengaruhi masalah tingkahlaku ADHD adalah kekurangan nutrisi yang sewajarnya (Newmark, 2010). Di sini terdapat beberapa nutrisi penting yang diperlukan oleh kanak-kanak atau dewasa yang menghidap ADHD : 1. Makanan seimbang : makan makanan untuk melengkapi semua nutrisi dalam piramid makanan; protein, karbohidrat, buah-buahan dan sayur-sayuran. 2. Protein : menambah neurotransmitter (sejenis bahan kimia yang digunakan oleh sel-sel otak untuk berhubung). Hal ini dapat membantu mereka lebih fokus dalam melakukan sesuatu pekerjaan. 2
3. Lemak Omega-3 : lemak yang baik membantu membentuk 60% otak dan saraf-saraf yang ada dalam badan. 4. Sayur : sayur mengandungi pelbagai nutrisi. Sayur-sayuran tinggi dengan vitamin, fiber dan juga rendah kalori. Amalkan mengambil sayur dengan warna yang berlainan kerana ia menunjukkan perbezaan nutrisi di dalam sayur. 5. Buah-buahan : Buah-buahan mempunyai antioksidan yang tinggi yang melindungi badan daripada radikal bebas. Radikal bebas boleh menyerang sel-sel yang sihat dalam badan. Kajian mendapati bahawa, penghidap ADHD lebih sensitif dengan kemusnahan sel-sel yang sihat. 6. Air : otak mengandungi lebih daripada 80% air. Oleh itu, air yang mencukupi diperlukan untuk membolehkan otak berfungsi dengan baik. 3
Kesimpulan Konklusinya, memilih makanan yang sihat sebagai rutin harian boleh membantu mengurangkan simptom-simptom ADHD yang mereka hadapi. Ibu bapa dan penjaga seharusnya perlu mengambil serius akan penjagaan makanan anak-anak penghidap ADHD tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa. Hal ini kerana menjaga pemakanan adalah salah satu cara semulajadi yang boleh digunakan bagi mengoptimumkan otak mereka sekaligus mengurangkan simptom-simptom ADHD disamping penggunaan ubat-ubatan. Menurut Newmark (2015), kebergantungan terhadap ubat-ubatan mampu membawa kesan negatif kepada penghidap ADHD; kesan ubat hanya mampu bertahan dalam masa yang singkat, akan memberikan kesan sampingan secara fizikal atau mental dan juga ia mampu mengganggu perkembangan otak. Akhir kata, mengapa perlu menggunakan ubat-ubatan sekiranya masih ada cara yang lebih selamat untuk digunakan bagi membantu penghidap ADHD. 4
Rujukan 1. Diet Kurangkan Simptom ADHD. (2011). UTUSAN ONLINE. Sumber daripada: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2011&dt=0210&pub=utusan_malaysia&sec=keluarga&pg=ke_04.htm#ixzz4y8hqw4gd 2. Info Kesihatan Mental. (2018). Artikel Psikologi & Kaunseling. Sumber daripada : http://www.jpa.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2633:artikel-psikologikaunseling&catid=525:perkhidmatan-psikologi&lang=ms 3. Newmark, S. C. (2015). Why treat adhd without medication? Sumber daripada: www.psychiatryadvisor.com/adhd/why-terat-adhd-without-medication-/article/416841/ 4. Parekh, R. (2017). What is ADHD? Retrieve from : https://www.psychiatry.org/patients-families/adhd/what-is-adhd 5. Kingsley, E. (2007). A parents guide to ADHD, Diet & Nutritiom. ADDitude. New Hope Media : New York. 6. Newmark, S. (2010). ADHD without Drug : A guide to the natural care of children with ADHD. Center of the Difficult Child : US. Oleh : Nurul Azwa Syahida Binti Yusof Pelajar Internship Unit Kerjaya dan Kaunseling, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Puncak Alam. Editor & reka letak: Nurfatihah Aziz 5