SISTEM INFOGRAFIK INTERAKTIF WABAK H1N1. Aice A/P Emin. Puan Siti Aishah Binti Hanawi

Similar documents
APLIKASI MUDAH ALIH PENSKORAN PROSTAT Rima Shahfira Binti. Redzuan Dr. Afzan Adam. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia

MODEL STATISTIK BERSEPADU PELBAGAI ARAS BAGI TRIGLISERIDA DAN TEKANAN DARAH MANUSIA: KAJIAN KES DI HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

APLIKASI CADANGAN MAKANAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

IMPROVING SOCIAL RESPONSIVENESS OF CHILDREN WITH AUTISM SPECTRUM DISORDER THROUGH NEURO-PHYSICAL EXERCISE WONG SIAO YEN

PUSAT PEMBELAJARAN DIGITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH

APLIKASI GREENGROCERYGO UNTUK MENGATASI MASALAH PEMBAZIRAN MAKANAN NOR AQILAH NUR FAZIDAH ELIAS

USING TAM TO STUDY THE USER ACCEPTANCE OF IT IN THE YEMENI PUBLIC SECTOR (MINISTRY OF SOCIAL AFFAIRS AND LABOUR-YEMEN) ESMAT ABDULMAJID WAHDAIN

HakCipta Irfan Khairi Sdn. Bhd.

MODIFICATION OF INTERVAL TYPE-2 FUZZY TOPSIS AND ITS APPLICATION TO FLOOD CONTROL PROJECT SELECTION NURNADIAH BINTI ZAMRI

APLIKASI PERMAINAN MATEMATIK UNTUK KANAK-KANAK SINDROM DOWN NURUL FATIN SHAZANA MAHARUDDIN AMIRAH ISMAIL

PM502: MARKETING RESEARCH

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination Academic Session 2009/2010. November BMT 217/3 Virology [Virologi]

DETERMINATION OF CHARACTERISTICS OF DISGUISED SIGNATURES AMONGST MALAYSIAN NORMAH BINTI MOHAMMED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAR CHART PLAGIARISM DETECTION MOHAMMED MUMTAZ MOHAMMED SALIH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A WEB-BASED TELEPRENATOLOGY PLATFORM FOR ANTENATAL CARE MANAGEMENT IN REMOTE AREAS NORAINI BINTI JALIL

Answer all questions. Jawab semua soalan.

EXPORT PERSONNEL PERCEPTIONS OF EXPORT PERFORMANCE TO CHINA MARKET FARSHID MOVAGHAR MOGHADDAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AUGMENTASI REALITI UNTUK ANGGARAN KALORI MAKANAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SISTEM PEMAKANAN PINTAR BERASASKAN WEB. Muhammad Fazrul Bin Romli Dr. Abdul Hadi Abd Rahman

Aplikasi Pesanan Makanan Telefon Pintar

APLIKASI KENDIRI DIABETES JENIS II AMIRA WAHIDA BINTI OSMAN ASSOC PROF DR. MARYATI BINTI MOHD YUSOF DR KAILAVANI CHELLAPPAN

SISTEM E-DIABETES. Rezal Mhd Johan Dr Khairul Akram Zainol Ariffin. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

APLIKASI MUDAH ALIH PEMBELIAN MAKANAN DARI FOOD TRUCK BERASASKAN ANDROID. Muhammad Faiz Bin Mohd Firdaus Kwong Siti Aishah Binti Hanawi

INTEGRATION OF MEDIAN FILTER AND ORIENTATION FIELD ESTIMATION FOR FINGERPRINT IDENTIFICATION SYSTEM

ELEMENT OF WARRANTY OF IBS STRUCTURAL SYSTEM FOR CONSTRUCTION INDUSTRY ANNAN VESSINUK A/L SING

5/27/2011 NOMBOR BULAT (WHOLE NUMBERS)

IEK 314 Environmental Audit [Audit Persekitaran]

To My Parents. My father, EsmaeelArzani My mother, Zahra Asadizadeh. My brother, Parham Arzani. & My beloved son SahandRoudpishi

ROLE OF LENGTH SPECIFICITY, VELOCITY SPECIFICITY AND NEURAL ADAPTATIONS IN STRENGTH TRAINING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

A STUDY OF GENERATION Y TRAVEL BEHAVIOUR IN MALAYSIA TAN LAY YEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Abstract of thesis presented to the Senate of University Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy.

PEMBANGUNAN WEB TANPA TUNAI DI HUKM SITI HAJAR BINTI HAMZAH PROFESOR DR. MOHAMAD SHANUDIN ABSTRAK

CHRONIC KIDNEY FAILURE DATA MANAGEMENT SYSTEM WITH AUTOMATIC CLASSIFICATION KHOVARTHEN A/L MURUGIAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

COMPARISON STUDY OF RELAY SELECTION SCHEMES IN LONG TERM EVOLUTION (LTE) NETWORK SELINA MATTHEWS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MOVE ANALYSIS OF PHARMACY RESEARCH ARTICLE DISCUSSION SECTIONS

OF ARTEMIA f ED. H f. 'illl; HI SCICW UNiVHiKITl Mftlftyslft luil WWWJ. M/sl AY.SIA. y m ;':S iis lii5

DEVELOPMENT OF COLOUR-MARK SENSOR-BASED CALIBRATION SYSTEM FOR TIMING DEVICES WITH SEVEN-SEGMENT LIQUID-CRYSTAL-DISPLAY

SISTEM TEMPAHAN MASAKAN DARI RUMAH MENGGUNAKAN TEKNOLOGI KEDUDUKAN SEJAGAT

COMPARING THREE METHODS OF HANDLING MULTICOLLINEARITY USING SIMULATION APPROACH NORLIZA BINTI ADNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INVESTIGATION OF ROLLOVER PERFORMANCE FOR MALAYSIA BUS SUPERSTRUCTURE MOHAMMAD AMIRUL AFFIZ BIN AFRIPIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ANALYSIS OF DELETIONS IN THE AZOOSPERMIA FACTOR REGION IN SELECTED MALAYSIAN INFERTILE MALE SUBJECTS COPYRIGHT UPM

CLASSIFICATION OF ELECTROENCEPHALOGRAPHY SIGNAL USING STATISTICAL FEATURES AND REGRESSION CLASSIFIER

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

IMK 421 Primary Products Technology [Teknologi Produk Primer]

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

BIZAPP SUPERB & PRO MENCETAK SLIP POSLAJU SECARA BERTERUSAN JAN 2017 / VERSI 1.0.0

APLIKASI PERGILIRAN NOMBOR SECARA NYATA DI PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Seu Wei Jain Dr. Khairul Azmi Abu Bakar

BOI 109/4 Biostatistics [Biostatistik]

CALL for ACTION" UITLINE. MONDAY-FRIDAY [9.00am TO 4.30pm]

TEST CASE PRIORITIZATION TECHNIQUE USING SEQUENCE DIAGRAM AND LABELED TRANSITION SYSTEMS IN REGRESSION TESTING NUR FATIMAH AS SAHRA

SmokeHarm! : APLIKASI AUGMENTED REALITI UNTUK MENYEBARKAN MAKLUMAT TENTANG KESAN MEROKOK

IMG 203 CHEMICAL ANALYSIS OF FOOD [ANALISIS KIMIA MAKANAN]

MOLECULAR DYNAMIC SIMULATION STUDIES OF Q212H, V203G AND N173K MUTATIONS IN PRION DISEASES SARA AMIDIAN

Kaizen boleh diakses melalui internet di laman sesawang

SISTEM PESANAN MAKANAN BERASASKAN WEB. Zareen Sufia binti Jafry Prof Madya Dr. Masnizah binti Mohd

APLIKASI MUDAH ALIH PENEMPAHAN JUAL BELI MAKANAN (GO FOOD) Nurfilzah Hanum binti Mohd Fazi Dian Indrayani Jambari

FACTORS INFLEUNCING KNOWLEDGE SHARING AMONG UNIVERSITY ADMINISTRATORS SITI NOR HADIJAH BINTI MD SUPAAT

TIME SERIES SUPPORT VECTOR REGRESSION MODELS WITH MISSING DATA TREATMENTS FOR WATER LEVEL PREDICTION NORAINI BINTI IBRAHIM

(Kertas soalan ini mengandungi 4 soalan dalam 6 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 4 questions on 6 printed pages)

ABSTRACT. and questionnaires from the participants to triangulate the results of study. The data

EFFECT OF PATTERN RECOGNITION ABILITY TRAINING ON JUDGING PERFORMANCE OF MALAYSIAN RHYTHMIC GYMNASTIC JUDGES

Oleh: Sofinah Lamudin forex.mudahkaya.com. Edisi Newbie

SET 1. Answer any four questions from this section. Jawab mana-mana empat soalan daripada bahagian ini.

IMPACT OF PSYCHO-EDUCATIONAL GROUP INTERVENTION USING COGNITIVE BEHAVIORAL THERAPY ON IRANIAN MALE DRUG ADDICTS IN A REHABILITATION CENTER

Fakulti Psikologi dan Pendidikan Universiti Malaysia Sabah

ELECTRONIC AUTOMATIC TEMPERATURE CONTROL OF CRYOPRESERVATION FOR ARTIFICIAL INSEMINATION (PROTOTYPE) SANJOY KUMAR DEBNATH

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

IMK 421 PRIMARY PRODUCTS TECHNOLOGY [TEKNOLOGI PRODUK PRIMER]

IN VITRO STUDY OF POLYGONUM MINUS EXTRACT EFFECT ON SKIN CELLS HEALING CAPACITY NAEMA YOUSRI FATTHALLAH ELNEHRAWY

EVALUATING THE SURFACE PROPERTIES OF HA COATING ON TITANIUM-ALUMINUM SUBSTRATE ALI KARANDISH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MUHAMMAD ANWAR BIN ALIAS

HEALTH AND SAFETY IN REFURBISHMENT PROJECTS INVOLVING DEMOLITION WORK MANSOOREH RAKHSHANIFAR

INFLUENCE OF CORE SELF-EVALUATIONS ON KNOWLEDGE SHARING BEHAVIOUR WITH EVALUATION APPREHENSION AS A MEDIATOR KHAIRULBAHIYAH BT YAAKUB

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

ENHANCING HUMAN BREAST CANCER CELLS DESTRUCTION USING COMBINATION OF ADENOVIRUS EXPRESSING P53 AND HYPERTHERMIA TREATMENT ASITA A/P ELENGOE

COMPARATIVE STUDY ON THE DIFFERENT RANGE OF NIR SENSOR MEASUREMENT FOR GLUCOSE CONCENTRATION MUHAMMAD HANIS BIN AZMI ALI

THE NEEDS OF HALAL TRANSPORTATION CONTROL IN MALAYSIA: A MULTIPLE CASE STUDY APPROACH ZUHRA JUNAIDA BINTI IR MOHAMAD HUSNY HAMID

IMK 308 FOOD PRESERVATION PRINCIPLES [PRINSIP PENGAWETAN MAKANAN]

IBG BIOANALYSIS 1 [BIOANALISIS 1]

UJIAN BACTERIAL ENDOTOXIN

FOOD CONSUMPTION, DEVELOPMENTAL

APLIKASI ANDROID MENGENAI SISTEM PESANAN DAN PEMBELIAN MUDAH ALIH TERHADAP MAKANAN MAKBEN RESTO. Ahmad Fauzan Dasri Mohd Zamri Murah

THE IMPACT OF SAFETY AWARENESS TO MODERATE THE RELATIONSHIP OF EMPLOYEE PARTICIPATION ON SAFETY PERFORMANCE AT PERODUA, RAWANG

MATHEMATICS GRADUATES PERCEPTIONS ON SUITABILITY OF EMPLOYMENT USING LOGISTIC REGRESSION HEIRNIZAH MELATI BINTI JAMRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ORTHO-CRESOL AS INDICATOR FOR TOLUENE EXPOSURE AMONG WORKERS

A ROBUST AGAINST ROTATION ATTACK WATERMARKING TECHNIQUE BASED ON WAVELET TRANSFORM REZA AGHABABAEYAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE INFLUENCE OF PERSONALITY TRAITS ON KNOWLEDGE SHARING IN THE CONTEXT OF RESEARCH SUPERVISION MUMTAZ ALI MEMON

SISTEM PENGURUSAN LEBIHAN MAKANAN BERASASKAN WEB

AMYLOSE CONTENT CALIBRATION MODEL FOR THE THREE TYPES OF SELECTED RICE GRAINS USING VISIBLE SHORTWAVE NEAR INFRARED SPECTROSCOPY SYAHIRA BINTI IBRAHIM

APLIKASI PENGESAN GETARAN UNTUK PESAKIT PARKINSON. Pang Xin Yi Maryati Mohd. Yusof Kalaivani Chellapan ABSTRAK

TARGET SELECTION USING SINGLE ELECTROENCEPHALOGRAM ELECTRODE BASED ON MENTAL TASK HUSNAINI BINTI AZMY

vii KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN / SIMBOL SENARAI LAMPIRAN

INVESTIGATION REGARDING THE EFFECTIVENESS OF NITROGEN SOURCES AND CONCENTRATION ON PLANT CHARACTERISTICS IN TOMATO (LYCOPERSICON ESCULENTUM)

This examination paper consists of sections A and B. Kertas ini mengandungi Bahagian A dan Bahagian B.

AUDIO FORENSICS: A VOICE IDENTIFICATION INVESTIGATION ORYZA SAFUTRA BIN UMAR

PATTERN OF WAYFINDING AND SPATIAL COGNITION FOR EFFECTIVE SPATIAL PLANNING OF THEME PARK MEGA SURIA BINTI HASHIM

THE FORENSIC ANALYSIS OF HUMAN CANINE TEETH FOR GENDER DETERMINATION NURUL HAZLEENA BINTI ABU BAKAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcription:

SISTEM INFOGRAFIK INTERAKTIF WABAK H1N1 PTA-FTSM-2018-029 Aice A/P Emin Puan Siti Aishah Binti Hanawi Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Pada tahun 2009, dunia telah dikejutkan dengan sejenis wabak iaitu H1N1. Wabak ini sangat berbahaya sehingga dapat meragut nyawa mangsa yang dijangkiti. Kini wabak H1N1 merupakan penyakit yang tidak bermusim dan boleh berlaku sepanjang tahun. Namun, masih ramai lagi yang keliru dengan wabak ini. Oleh itu, objektif kajian adalah membangunkan Sistem Infografik Interaktif Wabak H1N1 yang memudahkan dan menarik perhatian pengguna dalam mendapat maklumat tentang wabak ini. Metodologi yang digunakan untuk kajian adalah ADDIE. ADDIE mempunyai lima fasa iaitu fasa analisis, fasa reka bentuk, fasa implentasi dan fasa penilaian. Sistem ini dibangun dengan menggunakan Unity (2D) dan Adobe Photoshop. Sistem infografik interaktif ini berkeupayaan memberi maklumat H1N1 yang dapat dicapai dengan menggunakan komputer desktop dan komputer riba. Selain itu, sistem infografik interaktif ini menggabungkan elemen multimedia seperti teks, grafik, animasi dua dimensi (2D) dan juga audio bagi meningkatkan penyampaian maklumat. Di samping itu, sistem infografik interaktif ini dilengkapi dengan lima modul utama iaitu modul Log Masuk, modul Pengenalan Kepada H1N1, Tanda H1N1 dan modul Cara Pencegahan H1N1 serta modul Kuiz bagi menambahkan kefahaman kepada pengguna. Diharap pembangunan sistem ini berupaya menyampaikan informasi dengan berkesan kepada pengguna. 1 PENGENALAN Pada April tahun 2009 dunia telah dikejutkan dengan sejenis wabak penyakit yang sangat berbahaya sehingga dapat meragut nyawa mangsa yang dijangkiti. Wabak penyakit ini dipanggil sebagai influenza A dan lebih dikenali sebagai H1N1. Wabak H1N1 lebih berbahaya jika dijangkiti terhadap manusia. Di Malaysia, wabak H1N1 lebih dikenali sebagai selsema babi. Wabak H1N1 menyebabkan kematian kepada mangsa yang telah dijangkiti. Menurut Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Liow Tiong Lai sepanjang tahun 2010 jumlah mangsa yang dijangkiti oleh H1N1 adalah seramai 16 061 orang dan jumlah kematian pula adalah sebanyak 96 orang (Mohd Hilmi & Kamaliah 2013). Kini, wabak penyakit H1N1 merupakan penyakit tidak bermusim dan boleh berlaku sepanjang tahun kerana Malaysia merupakan negara tropika (BERNAMA 2017a). Kempen dijalankan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang wabak H1N1. Cara pencegahan H1N1 juga didedah kepada masyarakat. Di samping itu, maklumat terkini mengenai wabak tersebut dapat dicapai melalui laman web kesihatan dan juga boleh didapati

daripada akhbar. Selain itu, infografik interaktif juga dapat dijadikan satu platform bagi menyebarkan maklumat H1N1 yang berkesan. Ini kerana, infografik boleh menjadi pendekatan yang berkesan untuk menyampaikan informasi dan menyokong pemahaman (Smiciklas 2012). Selain itu, kebanyakan orang lebih suka melihat informasi berbentuk visual di dalam surat khabar, buku atau laman web (Smiciklas 2012). Di samping itu, infografik sering digunakan apabila jadual, carta atau teks itu sendiri tidak dapat menyampaikan mesej yang jelas dan jitu (Zain & Ashikin 2016). Oleh itu, pembangunan infografik interaktif tentang wabak H1N1 adalah relevan untuk membantu dalam memberi maklumat yang menarik kepada masyarakat. 2 PENYATAAN MASALAH Berdasarkan kajian yang dijalankan, pelbagai masalah yang dapat menerangkan mengapa Sistem Infografik Interaktif Wabak H1N1 patut dibangun. Antara masalah yang didapati adalah: i. Sikap masyarakat yang tidak peka dengan masalah wabak penyakit H1N1. ii. Sehingga kini masih ramai dalam kalangan kita yang mengambil sikap sambil lewa dan kurang sedar dengan kewujudan virus influenza sehingga menimbulkan keadaan yang sangat rumit untuk membendung (Utusan Online 2015). 3 OBJEKTIF KAJIAN Ramai masyarakat masih keliru dengan wabak H1N1. Banyak penyebaran di media sosial dan aplikasi WhatsApp mengenai kekeliruan orang ramai antara H1N1 dan H1N5 setelah tersebar berita kematian seorang wanita hamil di Terengganu akibat H1N1 baru-baru ini (BERNAMA 2017b). Objektif kajian ini adalah seperti berikut: i. Membangunkan Sistem Infografik Interaktif Wabak H1N1 yang memudahkan dan menarik perhatian pengguna dalam mendapatkan maklumat tentang wabak H1N1.

ii. Menguji keberkesanan Sistem Infografik Interaktif Wabak H1N1 kepada pengguna. 4 METOD KAJIAN Metod yang digunakan untuk membangunkan projek ini adalah ADDIE. Model ADDIE merupakan singkatan daripada Analysis, Design, Development dan Evaluation. Model ADDIE merupakan model yang mudah difahami serta mempunyai fasa yang sistematik yang dapat membantu pembangunan Sistem Infografik Interaktif Wabak H1N1 berjalan dengan lancar. Fasa tersebut adalah fasa analisis, fasa reka bentuk, fasa pembangunan, fasa pelaksanaan dan fasa penilaian. 4.1 Fasa Analisis Pada peringkat ini, beberapa proses dilibatkan untuk menentukan masalah yang dihadapi oleh pengguna terhadap pengetahuan tentang penyakit H1N1. Permasalahan kajian dijalankan menerusi kajian perpustakaan melalui kaedah jurnal dan kajian lepas. Setelah sesuatu masalah dikenal pasti, analisis dijalankan untuk mendapatkan punca dan faktor yang menimbulkan masalah yang berkaitan dengan wabak H1N1. Proses analisis juga melibatkan pelbagai aspek seperti analisis isi kandungan sistem infografik interaktif ini. 4.2 Fasa Reka Bentuk Fasa reka bentuk dilakukan setelah fasa analisis selesai dilaksanakan. Fasa ini menentukan reka bentuk, struktur, pendekatan teori dan juga teknologi yang digunakan untuk pembangunan sistem. Selain itu, fasa ini juga fokus kepada pembentukan objektif, isi kandungan serta strategi pembangunan sistem infografik interaktif. 4.3 Fasa Pembangunan Sistem diuji dalam keadaan sebenar pada fasa pelaksanaan. Sistem diuji oleh pengguna untuk mengenal pasti kesilapan atau masalah yang berlaku semasa sistem ini dibangunkan. Jika terdapat kesilapan sistem, pembetulan dilakukan sebelum diserahkan kepada pengguna.

4.4 Fasa Pelaksanaan Sistem diuji dalam keadaan sebenar pada fasa pelaksanaan. Sistem diuji oleh pengguna untuk mengenal pasti kesilapan atau masalah yang berlaku semasa sistem ini dibangunkan. Jika terdapat kesilapan sistem, pembetulan dilakukan sebelum diserahkan kepada pengguna. 4.5 Fasa Pengujian Fasa penilaian dilaksanakan selepas setiap fasa dijalankan. Pada fasa penilaian, sistem infografik ini perlu dinilai oleh pengguna sasaran. Pengguna diminta memberi maklum balas terhadap kefahaman isi kandungan, grafik dan butang navigasi. Fasa ini dilaksana dengan menggunakan kaedah seperti soal selidik. 5 HASIL KAJIAN Bahagian ini membincangkan mengenai hasil kajian bagi Sistem Infografik Wabak H1N1 yang telah dibangunkan dengan menggunakan dua perisian iaitu Unity (2D) dan Adobe Photoshop. Sistem ini mempunyai 5 modul. Setiap modul mempunyai aset yang berbeza untuk dibangun. Oleh itu, terdapat dua langkah yang digunakan untuk membangun sistem ini iaitu langkah penyuntingan aset dan proses penghasilan fungsi aset atau navigasi antara muka dalam unity (2D). Bahasa pengaturcaraan yang digunakan untuk membangunkan sistem ini adalah pengaturcaraan C#. Ini kerana pengaturcaraan C# merupakan pengaturcaraan yang digunakan sepenuhnya dalam Unity (2D). 5.1 Antara Log Masuk Dan Daftar Masuk Antara muka Log Masuk dan Daftar Masuk merupakan antara muka bagi modul Log Masuk. Kedua-dua antara muka ini dihasilkan dengan menggunakan canvas yang sama tetapi menggunakan panel yang berlainan. SetActive() digunakan untuk memaparkan panel tersebut. Apabila butang Daftar Masuk di paparan Log Masuk ditekan, panel daftar masuk dipaparkan kepada pengguna. Rajah 1 hingga 2 menunjukkan proses antara muka modul Log Masuk.

5.2 Antara Muka Menu Utama Rajah 1 Antara Muka Log Masuk Rajah 2 Antara Muka Daftar Masuk Antara muka Menu Utama merupakan paparan untuk ke setiap modul. SceneLoader() digunakan bagi setiap butang yang terdapat pada paparan ini. Rajah 3 menunjukkan susunan butang pada paparan menu utama.

Rajah 3 Antara Muka Menu Utama 5.3 Antara Muka Pengenalan Kepada H1N1 Modul Pengenalan kepada H1N1 merupakan modul yang memperkenalkan H1N1. Info terkini mengenai maklumat kesihatan yang lain juga dapat dicapai pada paparan ini. Pembangun menggunakan grafik yang ringkas untuk menerangkan mengenai H1N1. Sekiranya pengguna tidak memahami grafik tersebut, pengguna perlu menekan grafik tersebut untuk mendapatkan penerangan. UIManager class digunakan pada grafik tersebut bagi memaparkan penerangan yang lebih lanjut. Application.OpenURL digunakan pada butang info terkini bagi mencapai laman web info kesihatan. Rajah 4 menunjukan antara muka modul Pengenalan Kepada H1N1.

5.4 Antara Muka Tanda H1N1 Rajah 4 Antara Muka Pengenalan Kepada H1N1 Antara muka Tanda H1N1 dihasilkan dengan menggunakan grafik dan teks. Setiap grafik tersebut dianimasikan bagi menghasilkan antara muka yang interaktif. SceneLoader() yang digunakan pada antara muka menu utama juga digunakan pada paparan ini bagi menavigasikan butang menu utama dan butang seterusnya. Rajah 5 menunjukkan antara muka Tanda H1N1. Rajah 5 Antara Muka Tanda H1N1

5.5 Antara Muka Cara Pencegahan H1N1 Pada paparan ini pengguna dipaparkan dengan satu butang cara pencegahan. UIManager class juga digunakan pada paparan ini bagi memaparkan grafik mengenai cara pencegahan H1N1. Grafik yang digunakan adalah ringkas bagi memudahkan pengguna untuk memahami maklumat yang disampaikan. Rajah 6 menunjukkan antara muka Cara Pencegahan H1N1. 5.6 Antara Muka Kuiz Rajah 6 Antara Muka Cara Pencegahan H1N1 Antara muka bagi modul kuiz di bahagi kepada tiga iaitu antara muka persistent, antara muka menu utama dan antara muka kuiz. Antara muka persistent digunakan untuk menyimpan data seperti soalan dan jawapan kuiz dan ia tidak dipaparkan kepada pengguna. DataController class digunakan pada paparan ini bagi menyimpan data yang berkaitan dengan kuiz. Rajah 7 menunjukkan antara muka menu utama bagi modul kuiz. Pengguna perlu menekan butang mula untuk memulakan kuiz. Pengguna boleh menekan butang menu utama untuk kembali ke paparan menu utama. Rajah 8 menunjukkan paparan soalan kuiz bagi sistem ini manakala Rajah 9 menunjukkan paparan RoundOver. Paparan RoundOver dipaparkan apabila pengguna selesai menjawab soalan. Skor yang tertinggi dipaparkan pada paparan ini.

Rajah 7 Antara Muka Menu Utama Kuiz Rajah 8 Antara Muka Soalan Kuiz

6 KESIMPULAN Rajah 9 Antara Muka Soalan Kuiz Secara keseluruhan, Sistem Infografik Interaktif Wabak H1N1 dibangunkan bagi menyampaikan maklumat mengenai H1N1. Penggunaan Unity (2D) dan Adobe Photoshop dalam projek ini dapat memudahkan kerja penghasilan aset serta modul yang perlu diguna untuk membangunkan sistem ini. Objektif yang ditetapkan bagi sistem ini tercapai. Diharap sistem ini dapat membantu pengguna dalam mencari maklumat mengenai wabak H1N1. 7 RUJUKAN BERNAMA. 2017a. H1N1: Kumpulan berisiko disaran dapatkan vaksin. https://www.malaysiakini.com/news/380212 [30 September 2017]. BERNAMA. 2017b. Usah keliru antara H1N1 dan H5N1 - Pengarah Kesihatan Terengganu Astro Awani. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/usah-keliru-antara-h1n1-danh5n1-pengarah-kesihatan-terengganu-139904 [25 September 2017]. Mohd Hilmi Mahmud & Kamaliah Hj. Siarap. 2013. Kempen Pencegahan H1N1 : Kajian Tentang Pengetahuan, Sikap Dan Amalan Penduduk Di Timur Laut Pulau Pinang. Komunikasi 29(1): 127 140. Smiciklas, M. 2012. The Power of Infographics: Using Pictures to Communicate and Connect with Your Audience. The power of infographics. doi:10.4324/9780203075609

Utusan Online. 2015. Bahaya influenza manusia. Retrieved from http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/bahaya-influenza-manusia-1.166859 Zain, M. & Ashikin, N. 2016. Strategi Pengajaran Kefahaman dengan Menggunakan Bahan Visual 503 512.