APLIKASI KENDIRI DIABETES JENIS II AMIRA WAHIDA BINTI OSMAN ASSOC PROF DR. MARYATI BINTI MOHD YUSOF DR KAILAVANI CHELLAPPAN

Similar documents
SISTEM E-DIABETES. Rezal Mhd Johan Dr Khairul Akram Zainol Ariffin. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

PUSAT PEMBELAJARAN DIGITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH

MODEL STATISTIK BERSEPADU PELBAGAI ARAS BAGI TRIGLISERIDA DAN TEKANAN DARAH MANUSIA: KAJIAN KES DI HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

APLIKASI MUDAH ALIH PENSKORAN PROSTAT Rima Shahfira Binti. Redzuan Dr. Afzan Adam. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia

CHRONIC KIDNEY FAILURE DATA MANAGEMENT SYSTEM WITH AUTOMATIC CLASSIFICATION KHOVARTHEN A/L MURUGIAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

USING TAM TO STUDY THE USER ACCEPTANCE OF IT IN THE YEMENI PUBLIC SECTOR (MINISTRY OF SOCIAL AFFAIRS AND LABOUR-YEMEN) ESMAT ABDULMAJID WAHDAIN

IMPROVING SOCIAL RESPONSIVENESS OF CHILDREN WITH AUTISM SPECTRUM DISORDER THROUGH NEURO-PHYSICAL EXERCISE WONG SIAO YEN

SISTEM PEMAKANAN PINTAR BERASASKAN WEB. Muhammad Fazrul Bin Romli Dr. Abdul Hadi Abd Rahman

A WEB-BASED TELEPRENATOLOGY PLATFORM FOR ANTENATAL CARE MANAGEMENT IN REMOTE AREAS NORAINI BINTI JALIL

EFFECT OF PATTERN RECOGNITION ABILITY TRAINING ON JUDGING PERFORMANCE OF MALAYSIAN RHYTHMIC GYMNASTIC JUDGES

ELEMENT OF WARRANTY OF IBS STRUCTURAL SYSTEM FOR CONSTRUCTION INDUSTRY ANNAN VESSINUK A/L SING

APLIKASI PENGESAN GETARAN UNTUK PESAKIT PARKINSON. Pang Xin Yi Maryati Mohd. Yusof Kalaivani Chellapan ABSTRAK

Aplikasi Pesanan Makanan Telefon Pintar

COMPARATIVE STUDY ON THE DIFFERENT RANGE OF NIR SENSOR MEASUREMENT FOR GLUCOSE CONCENTRATION MUHAMMAD HANIS BIN AZMI ALI

Abstract of thesis presented to the Senate of University Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy.

HakCipta Irfan Khairi Sdn. Bhd.

TIME SERIES SUPPORT VECTOR REGRESSION MODELS WITH MISSING DATA TREATMENTS FOR WATER LEVEL PREDICTION NORAINI BINTI IBRAHIM

APLIKASI GREENGROCERYGO UNTUK MENGATASI MASALAH PEMBAZIRAN MAKANAN NOR AQILAH NUR FAZIDAH ELIAS

APLIKASI CADANGAN MAKANAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

SISTEM INFOGRAFIK INTERAKTIF WABAK H1N1. Aice A/P Emin. Puan Siti Aishah Binti Hanawi

SISTEM PESANAN MAKANAN BERASASKAN WEB. Zareen Sufia binti Jafry Prof Madya Dr. Masnizah binti Mohd

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MOVE ANALYSIS OF PHARMACY RESEARCH ARTICLE DISCUSSION SECTIONS

HEART MURMUR DETECTION AND ANALYSIS USING MULTIPOINT AUSCULTATION SYSTEM KAMARULAFIZAM BIN ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAR CHART PLAGIARISM DETECTION MOHAMMED MUMTAZ MOHAMMED SALIH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

EVALUATING THE SURFACE PROPERTIES OF HA COATING ON TITANIUM-ALUMINUM SUBSTRATE ALI KARANDISH

A STUDY OF GENERATION Y TRAVEL BEHAVIOUR IN MALAYSIA TAN LAY YEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SISTEM TEMPAHAN MASAKAN DARI RUMAH MENGGUNAKAN TEKNOLOGI KEDUDUKAN SEJAGAT

APLIKASI MUDAH ALIH PEMBELIAN MAKANAN DARI FOOD TRUCK BERASASKAN ANDROID. Muhammad Faiz Bin Mohd Firdaus Kwong Siti Aishah Binti Hanawi

THE NEEDS OF HALAL TRANSPORTATION CONTROL IN MALAYSIA: A MULTIPLE CASE STUDY APPROACH ZUHRA JUNAIDA BINTI IR MOHAMAD HUSNY HAMID

CLASSIFICATION OF ELECTROENCEPHALOGRAPHY SIGNAL USING STATISTICAL FEATURES AND REGRESSION CLASSIFIER

INTEGRATION OF MEDIAN FILTER AND ORIENTATION FIELD ESTIMATION FOR FINGERPRINT IDENTIFICATION SYSTEM

ELECTRONIC AUTOMATIC TEMPERATURE CONTROL OF CRYOPRESERVATION FOR ARTIFICIAL INSEMINATION (PROTOTYPE) SANJOY KUMAR DEBNATH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TEST CASE PRIORITIZATION TECHNIQUE USING SEQUENCE DIAGRAM AND LABELED TRANSITION SYSTEMS IN REGRESSION TESTING NUR FATIMAH AS SAHRA

SIGNAL INTERFERENCE TO ELECTROENCEPHALOGRAM AND ELECTROCARDIOGRAM SIGNAL NORAINI BTE ABDUL SAMAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DEVELOPMENT OF COLOUR-MARK SENSOR-BASED CALIBRATION SYSTEM FOR TIMING DEVICES WITH SEVEN-SEGMENT LIQUID-CRYSTAL-DISPLAY

SISTEM PENGURUSAN LEBIHAN MAKANAN BERASASKAN WEB

REDEFINING HISTOGRAMS OF ORIENTED GRADIENTS DESCRIPTORS FOR HANDLING OCCLUSION IN PEOPLE DETECTION AHMAD SANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

To My Parents. My father, EsmaeelArzani My mother, Zahra Asadizadeh. My brother, Parham Arzani. & My beloved son SahandRoudpishi

COMPARISON STUDY OF RELAY SELECTION SCHEMES IN LONG TERM EVOLUTION (LTE) NETWORK SELINA MATTHEWS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DESIGN VERIFICATION OF DRIVEN PILES IN SOFT GROUND USING MAINTAIN LOAD TEST AND HIGH STRAIN DYNAMIC LOAD TEST

1 of 8. Gransea (M) Sdn. Bhd. O'Kim Compound GC300 (Magnesium Calcium)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MODIFICATION OF INTERVAL TYPE-2 FUZZY TOPSIS AND ITS APPLICATION TO FLOOD CONTROL PROJECT SELECTION NURNADIAH BINTI ZAMRI

INDIKASI KUALITI BAGI PERKHIDMATAN DIETARI PESAKIT LUAR TEMPOH MENUNGGU DI KLINIK DIET RUKA (RAWATAN UTAMA KLINIK AM) 1 APRIL SEPTEMBER 2003

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

SISTEM PENGURUSAN MAKUMAT PENENTUAN KOS RAWATAN PESAKIT LUAR (SISTEM CODE ASSIST PPUKM )

PM502: MARKETING RESEARCH

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination Academic Session 2009/2010. November BMT 217/3 Virology [Virologi]

ROLE OF LENGTH SPECIFICITY, VELOCITY SPECIFICITY AND NEURAL ADAPTATIONS IN STRENGTH TRAINING

AN ANALYSIS ON SECURITY AWARENESS OF SOCIAL NETWORKS USERS

CALL for ACTION" UITLINE. MONDAY-FRIDAY [9.00am TO 4.30pm]

TARGET SELECTION USING SINGLE ELECTROENCEPHALOGRAM ELECTRODE BASED ON MENTAL TASK HUSNAINI BINTI AZMY

Answer all questions. Jawab semua soalan.

APLIKASI PERGILIRAN NOMBOR SECARA NYATA DI PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Seu Wei Jain Dr. Khairul Azmi Abu Bakar

5/27/2011 NOMBOR BULAT (WHOLE NUMBERS)

AUGMENTASI REALITI UNTUK ANGGARAN KALORI MAKANAN

HEALTH AND SAFETY IN REFURBISHMENT PROJECTS INVOLVING DEMOLITION WORK MANSOOREH RAKHSHANIFAR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

The Bahasa Melayu version of the Global Physical Activity Questionnaire (GPAQ-M)

EXPORT PERSONNEL PERCEPTIONS OF EXPORT PERFORMANCE TO CHINA MARKET FARSHID MOVAGHAR MOGHADDAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Kandungan Alpha Lipid LifeLine

APLIKASI MUDAH ALIH PENEMPAHAN JUAL BELI MAKANAN (GO FOOD) Nurfilzah Hanum binti Mohd Fazi Dian Indrayani Jambari

Asian Social Work Journal, Volume 2, Issue 2, (page 26-35), Volume 2, Issue 2, November

PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP CIRI-CIRI PERSAHABATAN KANAK-KANAK AUTISME (Parents' Perception Towards Friendship Characteristics Of Children With Autism)

COMPARING THREE METHODS OF HANDLING MULTICOLLINEARITY USING SIMULATION APPROACH NORLIZA BINTI ADNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INVESTIGATION OF ROLLOVER PERFORMANCE FOR MALAYSIA BUS SUPERSTRUCTURE MOHAMMAD AMIRUL AFFIZ BIN AFRIPIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BIZAPP SUPERB & PRO MENCETAK SLIP POSLAJU SECARA BERTERUSAN JAN 2017 / VERSI 1.0.0

KAUNSELING. Newsletter Title B U S I N E S S N A M E D PUNCAK

MATHEMATICAL MODELLING OF PERSISTENT SPLICING SYSTEMS IN DNA COMPUTING

DETERMINATION OF CHARACTERISTICS OF DISGUISED SIGNATURES AMONGST MALAYSIAN NORMAH BINTI MOHAMMED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IEK 314 Environmental Audit [Audit Persekitaran]

IMPACT OF PSYCHO-EDUCATIONAL GROUP INTERVENTION USING COGNITIVE BEHAVIORAL THERAPY ON IRANIAN MALE DRUG ADDICTS IN A REHABILITATION CENTER

ANALYSIS ON THE FLOW AND PRESSURE DISTRIBUTION FOR ACTUAL STENOSIS IN TRACHEA ZULIAZURA BINTI MOHD SALLEH.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ADAPTIVE ABDOMINAL FAT AND LIVER SEGMENTATION OF CT SCAN IMAGES FOR ABDOMINAL FAT-FATTY LIVER CORRELATION AHMED M.

SET 1. Answer any four questions from this section. Jawab mana-mana empat soalan daripada bahagian ini.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA POTENTIAL HYPOGLYCEMIC PROPERTY OF ALBIZA MYRIOPHYLLA BENTH. IN STREPTOZOTOCIN-NICOTINAMIDE INDUCED DIABETIC RATS

PERPUSTAKAAN UTHM * *

4.8 Penyenggaraan Bangunan 55

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

IDENTIFICATION OF COMMONLY USED MEDICINAL PLANTS IN KANGKAR PULAI AND THEIR THERAPEUTIC EVALUATION AS ANTI-DIABETIC

Kesan sampingan ubat xanax

OF ARTEMIA f ED. H f. 'illl; HI SCICW UNiVHiKITl Mftlftyslft luil WWWJ. M/sl AY.SIA. y m ;':S iis lii5

PATTERN OF WAYFINDING AND SPATIAL COGNITION FOR EFFECTIVE SPATIAL PLANNING OF THEME PARK MEGA SURIA BINTI HASHIM

Stroke Prevention. Adding years of healthy life. A Public Education Guide to. National Healthcare Group Adding years of healthy life

WOUND HEALING IN DIABETIC RAT BY 808 NM LASER DIODE LAU PIK SUAN

UJIAN BACTERIAL ENDOTOXIN

PEMBANGUNAN WEB TANPA TUNAI DI HUKM SITI HAJAR BINTI HAMZAH PROFESOR DR. MOHAMAD SHANUDIN ABSTRAK

(Kertas soalan ini mengandungi 4 soalan dalam 6 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 4 questions on 6 printed pages)

FACT SHEET PENYAKIT DIABETES. Wanita dan Diabetes: Kesihatan Kita, Milik Kita, Hak Kita

EEG-BASED EMOTION CLASSIFICATION USING WAVELET BASED FEATURES AND SUPPORT VECTOR MACHINE CLASSIFIER NORMASLIZA BINTI M. RAZALI

HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN KONSEP KENDIRI DALAM KALANGAN IBU TUNGGAL TIDAK BEKERJA DI JOHOR BHARU HELENA REMEO

CHOOSE HEALTHY. BE REWARDED.

THE IMPACT OF SAFETY AWARENESS TO MODERATE THE RELATIONSHIP OF EMPLOYEE PARTICIPATION ON SAFETY PERFORMANCE AT PERODUA, RAWANG

MUHAMMAD ANWAR BIN ALIAS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

ENHANCING HUMAN BREAST CANCER CELLS DESTRUCTION USING COMBINATION OF ADENOVIRUS EXPRESSING P53 AND HYPERTHERMIA TREATMENT ASITA A/P ELENGOE

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA PSM TITLE : DESIGN AND DEVELOPMENT OF TRAJECTORY FOR LOWER LIMB ASSISTIVE DEVICE USING CONTRALATERAL LIMB MOTION

Register your product and get support at SPA1260. MS-MY Manual pengguna

Transcription:

APLIKASI KENDIRI DIABETES JENIS II AMIRA WAHIDA BINTI OSMAN ASSOC PROF DR. MARYATI BINTI MOHD YUSOF DR KAILAVANI CHELLAPPAN Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Pesakit diabetes menghadapi masalah untuk membuat pemantauan kesihatan secara kompleks. Orang yang menghidap diabetes perlu menguruskan penyakitnya dengan secara teratur untuk kekal sihat. Dengan perkembangan teknologi aplikasi mudah alih ini, ianya tidak bermasalah lagi untuk pesakit membuat pemantauan menggunakan aplikasi telefon mudah alih. Pesakit dapat memasukkan maklumat mengenai tahap glukosa darah, kolestrol dan tekanan darah dengan hanya menggunakan aplikasi ini. Aplikasi ini telah membuka ruang kepada pesakit diabetes untuk memantau perkembangan kesihatan mereka secara real-time. Oleh itu, aplikasi ini membantu pesakit diabetes untuk memantau pergerakan harian mereka melalui cara mengawal pemakanan, senaman, ubat-ubatan dan sebagainya. Kaedah pembangunan yang digunakan untuk membangunkan aplikasi ini ialah Agile kerana kekangan masa dalam menyiapkan projek ini. 1 PENGENALAN Diabetes adalah salah satu penyakit kronik utama (Batool et al 2014),yang paling kerap berlaku di kebanyakan pelusuk dunia. Kajian yang dijalankan oleh Persekutuan Diabetes Antarabangsa menunjukkan bahawa epidemik jenis II diabetes mencapai 246 juta pada tahun 2006 dan 2007. Tahun 2013 menunjukkan kenaikan stabil sebanyak 1.7% daripada kajian 2010, iaitu 382 juta pesakit diabetes. Bilangan kes baharu dijangka meningkat melebihi 55%, sekali gus menjejaskan 592 juta dalam masa kurang daripada 25 tahun.rajah 1.1 menunjukkan jumlah bilangan pesakit diabetes di pelbagai kawasan.

Rajah 1.1 Jumlah pesakit diabetes di pelbagai kawasan. IDF (2013). Diabetes tahap II mempunyai banyak cabaran dan kesukaran yang dihadapi oleh pesakit dan organisasi penjagaan kesihatan dalam menguruskan penyakit ini. Cabaran dan kesukaran bergantung pada bidang utama aktiviti harian klinikal dan fizikal. Pemantauan klinikal diabetes merangkumi pengambilan ubat, ujian glukosa darah (BG) Ujian Glukosa Darah Puasa (FBG), Hemoglobin (HbA1c), Tekanan Darah (BP), Kadar Jantung (HR), profil lipid Lipoprotein Rendah LDL (LDL) Ketumpatan Tinggi Lipoprotein (HDL), Trigliserida (TG) dan pengurusan berat badan. Dua pemantauan fizikal diabetes yang paling penting termasuk pemakanan dan senaman Abidi et al (2014). Batasan masa bersama keluarga dengan gaya hidup moden dalam generasi sekarang telah menjadikan pemantauan aktiviti klinikal dan fizikal sebagai satu cabaran yang besar, terutamanya untuk orang dewasa yang bekerja. Oleh itu, teknologi boleh digunakan untuk membantu pesakit memantau tahap kesihatan mereka dengan lebih baik melalui penggunaan aplikasi yang boleh dicapai dengan mudah pada telefon pintar masing-masing. Teknologi komunikasi mudah alih adalah sektor industri komunikasi yang paling pesat berkembang dengan liputan geografi yang tinggi dengan banyak kemajuan dalam teknologi mudah alih. (Donner 2008). Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO 2009) menganggap mhealth sebagai komponen kesihatan elektronik (ehealth). Definisi ehealth mengikut WHO adalah "penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi untuk kesihatan" manakala mhealth

ditakrifkan sebagai "amalan kesihatan dan amalan kesihatan awam yang disokong oleh peranti mudah alih, seperti telefon mudah alih, peranti pemantauan pesakit, pembantu digital peribadi (PDA ), dan peranti tanpa kabel lain. Menurut (Fukuoka Y 2015) aplikasi mudah alih merujuk kepada aplikasi perisian yang direka untuk dilaksanakan pada peranti mudah alih seperti telefon pintar dan komputer tablet. Dalam kes ini, penggunaan aplikasi mhealth berfungsi sebagai sistem sokongan. (Wayne N, Ritvo P 2015).Salah satu teknologi yang digunakan pada masa kini ialah teknologi Bluetooth yang merupakan teknologi komunikasi tanpa wayar yang beroperasi dalam pita frekuensi 2.4 GHz. Bluetooth diciptakan bukan hanya untuk menggantikan penggunaan wayar dalam melakukan pertukaran maklumat, tetapi juga mampu menawarkan ciri-ciri yang baik untuk teknologi mobile tanpa wayar.dwi Agus Diartono (2009) Justeru itu, gabungan teknologi komunikasi mudah alih dan teknologi Bluetooth memainkan peranan yang penting dalam menyokong e-kesihatan. (Eysenbach 2001) menyatakan bahawa e-kesihatan sebagai bidang yang menjanjikan persimpangan informatik perubatan dan kesihatan awam merujuk kepada perkhidmatan kesihatan dan maklumat yang disampaikan atau diperbaiki oleh internet dan teknologi yang berkaitan. 2 PENYATAAN MASALAH Diabetes tahap II adalah penyakit yang kronik (Alhazbi et al 2012) yang semakin meningkat setiap tahun (Letchuman et al 2010),terutamanya di negara maju dan membangun (Shaheen & Khan 2009).Oleh itu, penyakit ini memerlukan pemantauan yang kerap untuk menguruskan tahap BG (Bin Sabbar 2012).Tambahan pula, (Alotaibi 2015) mencadang bahawa dengan pendidikan dan latihan diabetes yang cemerlang, pengurusan diri diabetes pesakit dapat ditingkat dan dengan itu mengurangkan komplikasi yang mungkin timbul akibat kelemahan penjagaan kesihatan. Penjagaan kesihatan penyakit ini adalah laluan jangka panjang, menyebabkan cabaran dan komitmen yang serius kepada pesakit itu sendiri (Zhao et al 2013). Oleh itu, pesakit perlu melakukan dan memahami bagaimana untuk membuat pengurusan diri yang betul pada masa yang tepat untuk mengamalkan gaya hidup sihat pada masa yang akan datang. Sebaliknya, jika pesakit tidak memahami atau mengikuti pengurusan penyakit yang sesuai, ia boleh membawa

kepada beberapa komplikasi yang berkaitan dengan kesihatan pada masa akan (Atkins dan Sharp 2015) dan kemungkinan kematian. (Alavi et al 2011). Pengurusan diabetes secara umumnya memerlukan strategi pemantauan kolaborasi sosial dan budaya yang disusun oleh rutin pengurusan diri harian yang ditetapkan untuk meningkatkan kesihatan pesakit. Walaupun, pada masa ini banyak pesakit dewasa yang bekerja mempunyai kesulitan untuk mengikuti tingkah laku pengurusan diri dengan berkesan, sama ada kerana kekurangan kesedaran penyakit, kurang galakan atau sokongan, dan mungkin kekurangan masa (Chen et al 2013). Yang penting, pesakit diabetes harus terlibat dalam rawatan diri yang berkesan, sangat disarankan untuk membantu mereka mengelakkan komplikasi yang berkaitan dengan kesihatan. Keperluan ini biasanya merangkumi hubungan kerja antara pesakit itu sendiri, ahli keluarga, rakan dan pasukan penjagaan kesihatan. Dalam keadaan sedemikian, pasukan penjagaan kesihatan boleh bertindak sebagai penjaga utama mereka sahaja. Selain itu, pasukan penjagaan kesihatan tetap mempunyai masa yang singkat untuk diberikan kepada pesakit mereka yang biasanya memerlukan pemantauan berterusan terhadap keadaan kesihatan mereka dalam kebanyakan masa (Klug et al 2011). 3 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian Diabetes Type 2 Self_Monitoring App ini adalah i. Untuk menilai dan mengukur item yang dibangunkan dengan kebolehpercayaan dan ii. iii. kesahihan yang betul. Untuk membangunkan model dan prototaip pengurusan pengetahuan kolaboratif untuk pengurusan diri diabetes tahap II. Menjana laporan pemantauan kesihatan pesakit. 4 METOD KAJIAN Diabetes Type 2 Self_Monitoring App ini dibangunkan menggunakan kaedah Agile. Kaedah Agile ini menggalakkan kerjasama dan keupayaan yang tinggi terhadap pelanggan dalam masa

yang singkat Seterusnya, Agile dengan pantas telah menjadi satu kaedah tried-and-test dalam pembangunan perisian. Kaedah Agile amat kerap digunakan dalam pembangunan dan rangka kerja. Scrum merupakan rangka kerja yang menggunakan prinsip Agile. Scrum menawarkan teknik seperti sktruktur pasukan, proses kerja dan dokumen yang membenarkan pasukan untuk menggabungkan prinsip-prinsip dan nilai-nilai Agile ke dalam pengurusan projek. Malah, kaedah yang dipilih lebih fleksibel dan boleh membuat sebarang perubahan sepanjang proses pembangunan sistem ini. Setiap perubahan yang dilaksanakan tidak akan menganggu perjalanan projek ini kerana perubahan yang dilakukan hanya akan tertumpu di sesetengah bahagian di dalam sistem. 4.1 Fasa Perancangan Fasa ini di mana perancangan seperti tempoh sesuatu skop itu diperlukan. Pembahagian tugasan juga dilakukan pada fasa ini. Fasa ini penting bagi memastikan skop kerja terlaksana mengikut tempoh waktu yang ditetapkan. Pelan perancangan dapat dilakukan dengan menggunakan carta Gantt di mana tempoh sesuatu skop dapat ditentukan dengan lebih jelas. 4.2 Fasa Analisis Pada fasa analisis, pengumpulan keperluan pengguna dilakukan. Permasalahan pengguna juga dikenal pasti pada fasa ini. Info penting seperti skop, objektif dan metod yang sesuai digunakan juga dikenal pasti di fasa ini. Setelah analisis dijalankan, pengguna tidak boleh mengubah sebarang keperluan tambahan lain. Sekiranya perubahan skop kerap berlaku ia boleh menjejaskan pembangunan dari yang sepatutnya. Oleh itu, keperluan pengguna hendaklah jelas dan tidak mempunyai pelbagai maksud. 4.3 Fasa Reka Bentuk Rekabentuk penting sebagai gambaran awal sesuatu sistem yang akan dibangunkan. Rekabentuk sistem mestilah mengikut keperluan pengguna. Terdapat dua jenis keperluan iaitu keperluan fungsian dan keperluan bukan

fungsian yang perlu ditekankan semasa proses mereka bentuk. Rajah kelas, rajah jujukan dan reka bentuk antarmuka dihasilkan pada fasa ini bagi memudahkan proses pembangunan dijalankan. 4.4 Fasa Pengujian Proses pengujian merupakan satu fasa yang perlu dilalui bagi setiap pembangunan sesebuah sistem. Tujuan pengujian dilakukan ialah untuk memastikkan sistem yang dibangunkan berkualiti dan memenuhi kehendak pengguna. Proses pengujian yang dilakukan terhadap sistem dapat mengesan setiap fungsi supaya dapat berfungsi dengan baik serta ralat yang terdapat pada sistem tersebut dapat dikesan. Seterusnya,, proses pengujian ini dapat memperbaiki kualiti sistem dan dapat meningkatkan tahap kebolehgunaan sistem terhadap pengguna. 5 HASIL KAJIAN Bahagian ini membincangkan hasil daripada proses pembangunan sistem Aplikasi Kendiri Diabetes Jenis II. Penerangan secara keseluruhan tentang rekabentuk dan pembangunan sistem yang telah dihasilkan dalam projek ini diperihalkan. Rajah 1.1 menerangkan mengenai Rajah Kes Gina Aplikasi Kendiri Diabetes Jenis II. Skop pengguna ialah pesakit diabetes itu sendiri.

Rajah 1.1 Rajah Kes Guna Aplikasi Kendiri Diabetes Jenis II Pesakit perlu mendaftar akaun sebelum menggunakan aplikasi ini. Pesakit dikehendaki untuk memasukkan setiap maklumat mengenai tahap glukosa darah, tekanan darah dan kolestrol. Setiap maklumat yang dimasukkan oleh pesakit akan dimasukkan ke dalam pangkalan data. Paparan laporan graf pesakit akan dipaparkan berdasarkan tarikh berserta maklumat glukosa darah, tekanan darah dan kolestrol yang telah disimpan. Berikut merupakan gambar rajah antaramuka Aplikasi Kendiri Diabetes Jenis II.

Rajah 1.2 Antaramuka pendaftaran akaun pesakit Rajah 1.3 Antaramuka menu

Rajah 1.4 Antaramuka merekod maklumat glukosa darah pesakit Rajah 1.5 Antaramuka merekod maklumat kolestrol pesakit

Rajah 1.6 Antaramuka merekod maklumat tekanan darah pesakit Rajah 1.7 Antaramuka paparan laporan graf pesakit 6 KESIMPULAN Aplikasi Kendiri Diabetes Jenis II ini adalah sebuah sistem yang berasaskan mobile based yang dibangunkan bagi membantu pesakit diabetes untuk merekod maklumat glukosa darah, kolestrol dan tekanan darah mereka. Selain itu, aplikasi ini juga membantu pesakit diabetes untuk memantau tahap glukosa darah mereka melalui paparan graf setelah pesakit memasukkan maklumat mengenai glukosa darah

mereka. Dengan adanya aplikasi ini, pesakit diabetes tidak perlu lagi untuk mencatat tahap glukosa darah mereka secara manual. Dengan zaman yang serba moden ini, amatlah sesuai aplikasi ini digunakan kerana ianya berada dihujung jari dan pesakit hanya perlu merekod sahaja maklumat mereka. Namun begitu, terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan sistem ini yang memerlukan penambahbaikan pada kajian yang akan datang. 7 RUJUKAN AlMabrok S.A 2016. Collaborative Knowledge Management and Knowledge Discovery Framework to Support Diabetes Type II Self-Management for Malaysian Patients, Universiti Kebangsaan Malaysia. Dr.Mohd Zubair Asghar 2016. Android-Based Health-Care Management System, Gomal University John D.Piette, 2007. Interactive Behavior Change Technology to Support Diabetes Self-Management. 30(10): 2425-2432 Alhazbi, S., Alkhateeb, M., Abdi, A., Janahi, A., & Daradkeh, G. (2012). Mobile application for diabetes control in Qatar. Conference on Computing Technology and Information Management (ICCM). Kueh, Y, C. (2014). Modelling Knowledge, Attitudes, Self-Management, and Quality of Life in Type 2 Diabetes Mellitus.