FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PENGGUNAAN LOGO HALAL DAN SIJIL PENGESAHAN HALAL DI KALANGAN PENIAGA MAKANAN: KAJIAN DI UTM, SKUDAI.

Similar documents
HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN KONSEP KENDIRI DALAM KALANGAN IBU TUNGGAL TIDAK BEKERJA DI JOHOR BHARU HELENA REMEO

MODEL STATISTIK BERSEPADU PELBAGAI ARAS BAGI TRIGLISERIDA DAN TEKANAN DARAH MANUSIA: KAJIAN KES DI HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KESAN PERSONALITI SEBAGAI PENYEDERHANA TERHADAP HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI (EQ) DAN BUDAYA KESELAMATAN

PUSAT PEMBELAJARAN DIGITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

USING TAM TO STUDY THE USER ACCEPTANCE OF IT IN THE YEMENI PUBLIC SECTOR (MINISTRY OF SOCIAL AFFAIRS AND LABOUR-YEMEN) ESMAT ABDULMAJID WAHDAIN

EFFECT OF PATTERN RECOGNITION ABILITY TRAINING ON JUDGING PERFORMANCE OF MALAYSIAN RHYTHMIC GYMNASTIC JUDGES

THE NEEDS OF HALAL TRANSPORTATION CONTROL IN MALAYSIA: A MULTIPLE CASE STUDY APPROACH ZUHRA JUNAIDA BINTI IR MOHAMAD HUSNY HAMID

Answer all questions. Jawab semua soalan.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

THE EMPLOYABILITY MODEL FOR THE MULTIPLE INTELLIGENCE OF PEOPLE WITH EPILEPSY NUR SOFIA NABILA BINTI ALIMIN

THE IMPACT OF SAFETY AWARENESS TO MODERATE THE RELATIONSHIP OF EMPLOYEE PARTICIPATION ON SAFETY PERFORMANCE AT PERODUA, RAWANG

AN OPTIMIZATION OF MIXING PROCESS PARAMETERS FOR SOY SAUCE PRODUCTION

TAHAP PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH PENGENDALI MAKANAN DALAM MENGENDALIKAN MAKANAN SECARA BERSIH DAN SELAMAT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KEKUATAN MENTAL PEMAIN BOLA SEPAK PIALA MALAYSIA MUSIM 2007/2008

To My Parents. My father, EsmaeelArzani My mother, Zahra Asadizadeh. My brother, Parham Arzani. & My beloved son SahandRoudpishi

MATHEMATICS GRADUATES PERCEPTIONS ON SUITABILITY OF EMPLOYMENT USING LOGISTIC REGRESSION HEIRNIZAH MELATI BINTI JAMRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVING SOCIAL RESPONSIVENESS OF CHILDREN WITH AUTISM SPECTRUM DISORDER THROUGH NEURO-PHYSICAL EXERCISE WONG SIAO YEN

COMPARATIVE STUDY ON THE DIFFERENT RANGE OF NIR SENSOR MEASUREMENT FOR GLUCOSE CONCENTRATION MUHAMMAD HANIS BIN AZMI ALI


Abstract of thesis presented to the Senate of University Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy.

ROLE OF LENGTH SPECIFICITY, VELOCITY SPECIFICITY AND NEURAL ADAPTATIONS IN STRENGTH TRAINING

FACTORS INFLEUNCING KNOWLEDGE SHARING AMONG UNIVERSITY ADMINISTRATORS SITI NOR HADIJAH BINTI MD SUPAAT

MUHAMMAD FARIHIN KATIMIN

DETERMINATION OF CHARACTERISTICS OF DISGUISED SIGNATURES AMONGST MALAYSIAN NORMAH BINTI MOHAMMED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INTEGRATION OF MEDIAN FILTER AND ORIENTATION FIELD ESTIMATION FOR FINGERPRINT IDENTIFICATION SYSTEM

PM502: MARKETING RESEARCH

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN. Nama : Mohd Nawawi bin Omar (No. K.P: )

RADIAH BINTI ALI MASTER OF SCIENCE 2014 UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MOVE ANALYSIS OF PHARMACY RESEARCH ARTICLE DISCUSSION SECTIONS

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENYAKIT ALZHEIMER NORIDAYU KAMARULZAMAN

MODIFICATION OF INTERVAL TYPE-2 FUZZY TOPSIS AND ITS APPLICATION TO FLOOD CONTROL PROJECT SELECTION NURNADIAH BINTI ZAMRI

NORMA DAN KECENDERUNGAN PELAJAR IPT ISLAM MENGENAI PRODUK MAKANAN HALAL

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KONSEP MAKANAN HALAL MENURUT ISLAM NURISHAH BINTI LOKMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE INFLUENCE OF PERSONALITY TRAITS ON KNOWLEDGE SHARING IN THE CONTEXT OF RESEARCH SUPERVISION MUMTAZ ALI MEMON

PERSEPSI PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TERHADAP PERKHIDMATAN MAKANAN DI KAFETARIA KAMPUS UTM, SKUDAI. NURULAINI BINTI MOHD ARIF

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP CIRI-CIRI PERSAHABATAN KANAK-KANAK AUTISME (Parents' Perception Towards Friendship Characteristics Of Children With Autism)

EXPORT PERSONNEL PERCEPTIONS OF EXPORT PERFORMANCE TO CHINA MARKET FARSHID MOVAGHAR MOGHADDAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERPUSTAKAAN UTHM * *

THE FORENSIC ANALYSIS OF HUMAN CANINE TEETH FOR GENDER DETERMINATION NURUL HAZLEENA BINTI ABU BAKAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TIME SERIES SUPPORT VECTOR REGRESSION MODELS WITH MISSING DATA TREATMENTS FOR WATER LEVEL PREDICTION NORAINI BINTI IBRAHIM

MENTAL HEALTH, EMOTIONAL INTELLIGENCE AND SOCIAL SUPPORT AMONG MOTHERS OF CHILDREN WITH MILD INTELLECTUAL DISABILITY

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN BAGI JURUTEKNIK PROSTETIK/ORTHOTIK GRED J17

KESEDARAN PELAJAR 4 SPH (PKPG) TERHADAP AMALAN PEMAKANAN DENGAN KESIHATAN MISSURIYATI BINTI MASNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ELEMENT OF WARRANTY OF IBS STRUCTURAL SYSTEM FOR CONSTRUCTION INDUSTRY ANNAN VESSINUK A/L SING

Name of Candidate : SUBATHIRAH A/P MAYANDI

IMPACT OF PSYCHO-EDUCATIONAL GROUP INTERVENTION USING COGNITIVE BEHAVIORAL THERAPY ON IRANIAN MALE DRUG ADDICTS IN A REHABILITATION CENTER

REDEFINING HISTOGRAMS OF ORIENTED GRADIENTS DESCRIPTORS FOR HANDLING OCCLUSION IN PEOPLE DETECTION AHMAD SANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

EVALUATING THE SURFACE PROPERTIES OF HA COATING ON TITANIUM-ALUMINUM SUBSTRATE ALI KARANDISH

4.8 Penyenggaraan Bangunan 55

(Kertas soalan ini mengandungi 4 soalan dalam 6 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 4 questions on 6 printed pages)

IEK 314 Environmental Audit [Audit Persekitaran]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ANALYSIS OF DELETIONS IN THE AZOOSPERMIA FACTOR REGION IN SELECTED MALAYSIAN INFERTILE MALE SUBJECTS COPYRIGHT UPM

Abstract of thesis presented to Senate of Universiti Malaysia Terengganu in fulfillment of the requirement for the degree of Master Science

OCCUPATIONAL NOISE EXPOSURE AMONG CONSTRUCTION WORKERS STEPHANIE STELLA ANAK DAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

COMPARISON STUDY OF RELAY SELECTION SCHEMES IN LONG TERM EVOLUTION (LTE) NETWORK SELINA MATTHEWS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

INVESTIGATION REGARDING THE EFFECTIVENESS OF NITROGEN SOURCES AND CONCENTRATION ON PLANT CHARACTERISTICS IN TOMATO (LYCOPERSICON ESCULENTUM)

vii KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN / SIMBOL SENARAI LAMPIRAN

HakCipta Irfan Khairi Sdn. Bhd.

ORTHO-CRESOL AS INDICATOR FOR TOLUENE EXPOSURE AMONG WORKERS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CHARACTER TRAITS AND INVOLVEMENT IN IMMORAL ACTS AMONG ADULT MALAY PRISONERS IN KAJANG PRISON, MALAYSIA

NUMERICAL SIMULATION OF WIND PRESSURE DISTRIBUTION IN URBAN BUILDINGS OF RANDOM STAGGERED ARRAYS

Fakulti Psikologi dan Pendidikan Universiti Malaysia Sabah

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN EMOTIONAL AND SPIRITUAL INTELLIGENCES AND MENTAL HEALTH PROBLEMS AMONG IRANIAN HIGH SCHOOL STUDENTS

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECT OF PATTERN RECOGNITION ABILITY TRAINING ON JUDGING PERFORMANCE OF MALAYSIAN RHYTHMIC GYMNASTIC JUDGES

A STUDY OF GENERATION Y TRAVEL BEHAVIOUR IN MALAYSIA TAN LAY YEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SITI BALQIS CHE OTHMAN DOCTOR OF PHILOSOPHY 2015

FOOD CONSUMPTION, DEVELOPMENTAL

PERkKUAN KERJA KER'TAS PRO JEK (Certification of Project Paper)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

DETERMINATION OF NUTRIENTS AND METALS CONTENT IN LIQUID GENERATED FROM COMPOSTED FOOD WASTE. NUR HANISMAHIZA BINTI MUDA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF SELECTED POLYSACCHARIDES ON PHYSICAL PROPERTIES OF FISH GELATIN-BASED EDIBLE FILMS COPYRIGHT UPM

APLIKASI KONSEP HALAL DALAM KALANGAN PENGUSAHA RESTORAN MELAYU DI JOHOR BAHRU DAYANG ANIZA BINTI ABANG HASNI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tandangan : Nama Penyelia : En. Syahrul Ridhwan Morazuki

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIPS BETWEEN DEFENSE MECHANISMS AND COPING STYLES AMONG RELAPSING ADDICTS

INTERNALIZED STIGMA AMONG PATIENTS WITH DEPRESSION: COMPARISON BETWEEN EMPLOYED AND UNEMPLOYED GROUP DR. NAEMAH BINTI ABDUL RAHIM

TAHAP KEPERCAYAAN TERHADAP JAKIM, JENAMA DAN TINGKAH LAKU PEMILIHAN PREMIS MAKANAN FRANCAIS HALAL

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

THE RELATIONSHIP BETWEEN FACILITATIVE LANGUAGE LEARNING AND ORAL PERFORMANCE AMONG IRANIAN LEARNERS MOHAMMAD JAHANGIRI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEFAHAMAN HALAL, NORMA SUBJEKTIF, SIKAP DAN KAWALAN GELAGAT DITANGGAP TERHADAP PENGUNAAN PRODUK KOSMETIK HALAL

KAJIAN PRESTASI PENYAHIKATAN LARUTAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TAGUCHI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

OVERCOMING TEST ANXIETY: PERSPECTIVES OF SENIOR STUDENTS OF THE FACULTY OF EDUCATION

FACTORS INFLUENCING ACHIEVEMENT MOTIVATION IN LEADERSHIP ROLE OF EXTENSION AGENTS IN IRAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGAMALAN NILAI-NILAI MURNI DALAM KALANGAN BELIA PELBAGAI ETNIK DI SELANGOR, MALAYSIA

TEST CASE PRIORITIZATION TECHNIQUE USING SEQUENCE DIAGRAM AND LABELED TRANSITION SYSTEMS IN REGRESSION TESTING NUR FATIMAH AS SAHRA

UNIVERSITITEKNOLOGI MARA

Aplikasi Pesanan Makanan Telefon Pintar

DETECTION OF LARD IN SELECTED FOOD MODEL SYSTEMS USING FOURIER TRANSFORM INFRARED SPECTROSCOPY

Oleh: Sofinah Lamudin forex.mudahkaya.com. Edisi Newbie

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Transcription:

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PENGGUNAAN LOGO HALAL DAN SIJIL PENGESAHAN HALAL DI KALANGAN PENIAGA MAKANAN: KAJIAN DI UTM, SKUDAI. SITI ROSNI BT. MAD HASHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PENGGUNAAN LOGO HALAL DAN SIJIL PENGESAHAN HALAL DIKALANGAN PENIAGA MAKANAN: KAJIAN DI UTM, SKUDAI. SITI ROSNI BT. MAD HASHIM Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan ( Pengajian Islam ) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia OKTOBER, 2007

iii Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang Syukurku atas segala kurniaan-mu Solawat dan Salam atas Rasul Junjungan Muhammad S.A.W Kajian ini didedikasikan khas buat insan-insan yang banyak membantu, memberi semangat dan dorongan yang tidak terhingga Buat Suami tercinta Effadmi bin Md. Mahmudi Anakanda kesayangan Fatin Nur Aisyah dan Muhammad Nur Amin Terima kasih atas pengorbanan Buat Ayah dan bonda yang dikasihi Mad Hashim bin Sudin dan Sumiah bt. Sirat Ayah dan bonda mertua yang dihormati Md. Mahmudi bin Suradi dan Maijah bt. Mansur Terima kasih atas dorongan dan nasihat Kak Ti dan Abg Sahar, Abang Dan dan Kak Zie, Abang Nor dan Kak Liza, Abang Nas dan Kak Mimie, Acem dan Rizal, Wan dan Nadiah Semoga tautan ukhuwwah ini menjalin kemesraan selamanya Penyambung warisan sekeluarga.. Husna, Safwan, Faiz, Zana, Azhad, Haziq, Aina Jangan dilupa pesan datuk dan nenek Kunci kesejahteraan adalah Al-Quran dan As-Sunnah Buat Penyelia yang dikagumi.. Ustaz Abdullah Sulong Syukran Jazilan Terima kasih atas tunjuk ajarmu Buat Pensyarah-pensyarah PPIPS dan Fakulti Pendidikan yang disanjungi Terima kasih atas bimbingan dan didikan Nasihat dan teguran kalian akan aku jadikan pedoman buat bekalan di masa hadapan.. Buat Sahabat-sahabat seperjuangan Terima kasih kerana bersama-sama ku mengharungi pahit getir sebagai Mahasiswa UTM Skudai

iv PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam. Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan Muhammad S.A.W. Setinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini hingga ke akhirnya. Setinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Abdullah bin Sulong selaku penyelia projek yang telah banyak membimbing, mendorong dan memberi tunjuk ajar serta nasihat sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) dan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dan ahli keluarga yang banyak memberi dorongan dan sokongan. Tidak lupa buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu menyumbangkan idea dan bahan sampingan. Akhir sekali ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga segala usaha yang dilakukan akan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Mudah-mudahan hasil kajian ini memberi manfaat kepada semua pembaca.

v Faktor-faktor Yang Mempunyai Hubungan Dengan Penggunaan logo halal dan Sijil Pengesahan Halal Di Kalangan Peniaga Makanan: Kajian Di UTM, Skudai. Siti Rosni bt. Mad Hashim (SPI) Encik Abdullah bin Sulong ABSTRAK:Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempunyai hubungan dengan penggunaan logo halal dan Sijil Pengesahan Halal dikalangan peniaga makanan, iaitu meliputi faktor tanggungjawab sosial kepada masyarakat, mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, permintaan pengguna dan keyakinan pengguna. Satu set soal selidik yang mengandungi 44 item telah diedarkan kepada 75 responden yang dipilih. Walau bagaimanapun hanya 60 orang yang mengembalikannya. Ianya akan dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min menggunakan Statistical Package for Social Science 11.5 for Windows. Ia juga dianalisis secara statistik inferensi dengan menggunakan pekali korelasi Pearson untuk melihat hubungan antara penggunaan logo halal dan Sijil Pengesahan Halal di kalangan peniaga makanan dengan faktor-faktor yang dikaji. Secara keseluruhannya, hasil analisis menunjukkan bahawa responden mempunyai kecenderungan penggunaan logo halal dan Sijil Pengesahan Halal yang tinggi iaitu pada tahap min 4.55. Di samping itu, faktor tanggungjawab sosial kepada masyarakat, mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, permintaan pengguna dan keyakinan pengguna berada pada tahap nilai min yang tinggi iaitu masingmasing 4.76, 4.71,4.36 dan 4.51. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara faktor penggunaan logo halal dan Sijil Pengesahan Halal dengan tanggungjawab sosial kepada masyarakat iaitu r = 0.723, mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa r = 0.589, permintaan pengguna r = 0.446 dan keyakinan pengguna r = 0.479. ABSTRACT:The purposed of this study is to determine the factors that relate to the usage of halal certificates and labels among the food s seller. This research will be covered the factors of social responsibility to the community, adhering to the rules of an authority, the consumers demand and the consumers confidence. A set of questionnaire containing 44 items were distributed to 75 respondents and from there only 60 set been collected then it will be analyzed descriptively to obtain the frequency, percentage and mean using Statistical Package for Social Science Version 11.5 for Windows. The data is also analyzed using the inferential statistical method, namely the Pearson correlation to observe the relationship between the level of usage halal certificates and labels and the stipulated factors. Overall, the respondents have higher level of interest at the mean level of 4.55. Beside that the factor of social responsibiliy to the comunity obtained the mean of 4.76, adhering the rules of an authority obtained the mean of 4.71, the consumers demand obtained the mean of 4.36 and the consumers confidence obtained the mean of 4.51. The Results also showed that there were significant relationship between the usage of halal certificates and labels to the social responsibilty to the community at r = 0.723, adhering to the rules from an authority at r = 0.589, consumers demand at r = 0.446 and consumers confidence at r = 0.479.

vi ISI KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENDAHULUAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK ISI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI AYAT AL-QURAN SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi xi xiv xv xvi BAB I 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 3 1.3 Pernyataan Masalah 4 1.4 Persoalan Kajian 5 1.5 Objektif Kajian 6 1.6 Hipotesis Kajian 7 1.7 Kepentingan Kajian 8 1.8 Skop Kajian 8 1.9 Batasan Kajian 9 1.10 Definisi Istilah 9 1.10.1 Faktor 9 1.10.2 Mempengaruhi 10 1.10.3 Logo 10

vii 1.10.4 Halal 11 1.10.5 Produk 11 1.11 Penutup 12 BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 13 2.2 Latar Belakang Logo Halal 13 2.3 Makanan dan Minuman yang dihalalkan dan 16 diharamkan dalam Islam 2.4 Hikmah dilarang Memakan Makanan yang 26 diharamkan 2.5 Tujuan Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal 27 diwujudkan 2.6 Prosedur Permohonan dan Syarat-syarat yang Perlu 28 dipatuhi 2.6.1 Syarat-syarat Umum Persijilan Halal 28 2.6.2 Skop Pemeriksaan 29 2.6.3 Kadar Caj dan Saiz Premis 31 2.7 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Penggunaan Logo Halal dan SPH 32 2.7.1 Tanggungjawab Sosial Kepada Masyarakat 33 2.7.2 Mematuhi Peraturan Yang Ditetapkan Oleh 34 Pihak Berkuasa 2.7.3 Permintaan Pengguna 35 2.7.4 Keyakinan Pengguna 36 2.8 Kajian Lepas 37 2.9 Penutup 42 BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 43 3.2 Rekabentuk Kajian 43 3.3 Populasi dan Sampel Kajian 44 3.4 Instrumen Kajian 45

viii 3.5 Kaedah Pengumpulan Data 47 3.6 Kajian Rintis 48 3.7 Analisis Data 48 3.8 Penutup 50 BAB IV 4.1 Pengenalan 51 4.2 Bahagian A: Analisis LatarBelakang Peniaga 52 Makanan 4.2.1 Latarbelakang Peniaga Makanan Mengikut Jantina 4.2.2 Latar Belakang Peniaga Makanan di UTM Mengikut Umur 4.2.3 Latar Belakang Peniaga Makanan Mengikut Taraf Perkahwinan 4.2.4 Latarbelakang Peniaga Makanan Mengikut Bangsa 4.2.5 Latar Belakang Peniaga Makanan Mengikut Negeri 4.2.6 Latar Belakang Peniaga Makanan Mengikut Tempoh Berniaga 4.2.7 Latar Belakang Peniaga Makanan Mengikut Jenis Premis Perniagaan 52 53 53 54 55 56 57 4.3 Bahagian B: Analisis Deskriptif 58 4.3.1 Analisis Data Mengenai Penggunaan Logo Halal dan SPH dikalangan Peniaga Makanan 4.3.2 Analisis Data Mengenai Persepsi Peniaga Makanan Terhadap Faktor-Faktor Yang Penting Kepada Penggunaan Logo Halal dan SPH. 4.3.2.1 Taburan Kekerapan Mengikut Peratus Dan Min Bagi Faktor Tanggungjawab 58 65 65

ix Sosial Kepada Masyarakat 4.3.2.2 Taburan Kekerapan Mengikut Peratus Dan Min Bagi Faktor Mematuhi Peraturan Yang Ditetapkan Oleh Pihak Berkuasa 4.3.2.3 Taburan Kekerapan Mengikut Peratus Dan Min Bagi Faktor Permintaan Pengguna 4.3.2.4 Taburan Kekerapan Mengikut Peratus Dan Min Bagi Faktor Keyakinan Pengguna 70 76 81 4.4 Bahagian C (Analisis Inferensi) 86 4.4.1 Analisis Korelasi 86 4.5 Anlisis Keseluruhan 90 4.6 Penutup 91 BAB V 5.1 Pengenalan 92 5.2 Perbincangan 92 5.2.1 Maklumat Latar Belakang Peniaga 93 Makanan 5.2.2 Penggunaan Logo Halal dan SPH 95 Dikalangan Peniaga Makanan 5.2.3 Persepsi Peniaga Makanan Terhadap 96 Faktor-Faktor Yang Penting Kepada Penggunaan Logo Halal dan SPH Dikalangan Peniaga Makanan 5.2.4 Analisis Inferensi 102 5.3 Rumusan 103 5.3.1 Faktor Utama Yang Mempengaruhi 104 penggunaan logo halal dan SPH 5.3.2 Mengenalpasti Persepsi Peniaga Makanan 104 Terhadap Faktor Tanggungjawab Sosial

x Kepada Masyarakat, Mematuhi Peraturan Yang Ditetapkan Oleh Pihak Berkuasa, Permintaan Pengguna Dan Keyakinan Pengguna Yang Penting Kepada Penggunaan Logo Halal Dan SPH Dikalangan Peniaga Makanan Di UTM, Skudai 5.3.3 Hubungan Antara Faktor Tanggungjawab 105 Sosial Kepada Masyarakat, Mematuhi Peraturan Yang Ditetapkan Oleh Pihak Berkuasa, Permintaan Pengguna Dan Keyakinan Pengguna Dengan Penggunaan Logo Halal Dan SPH 5.4 Cadangan 105 5.4.1 Faktor Tanggungjawab Sosial Kepada Masyarakat 105 5.4.2 Faktor Mematuhi Peraturan Yang 106 Ditetapkan Oleh Pihak Berkuasa 5.4.3 Faktor Permintaan Pengguna 108 5.4.4 Faktor Keyakinan Pengguna 108 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 109 5.6 Penutup 110 RUJUKAN 111 LAMPIRAN 116

xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN Jadual 2.1 Kadar Caj Industri Mengikut Kategori 31 Jadual 2.2 Kadar Caj Restoran dan Hotel 31 Jadual 2.3 Kadar Caj Rumah Sembelihan Mengikut Saiz 31 Premis Jadual 2.4 Saiz Premis Rumah Sembelihan 32 Jadual 3.1 Jumlah populasi pengusaha makanan di UTM, 44 Skudai Jadual 3.2 Maklumat pembahagian soal selidik 45 Jadual 3.3 Skala Likert 46 Jadual 3.4 Nilai skor min 49 Jadual 3.5 Klasifikasi kekuatan korelasi (dari Rowntree, 49 1981) Jadual 4.1 Taburan jantina peniaga makanan 52 Jadual 4.2 Taburan umur peniaga makanan 53 Jadual 4.3 Taburan taraf perkahwinan peniaga makanan 53 Jadual 4.4 Taburan bangsa peniaga makanan 54 Jadual 4.5 Taburan Negeri peniaga makanan 55 Jadual 4.6 Taburan tempoh berniaga 56 Jadual 4.7 Taburan jenis premis perniagaan 57 Jadual 4.8 Taburan skor min bagi item satu 58 Jadual 4.9 Taburan skor min bagi item dua 59 Jadual 4.10 Taburan skor min bagi item tiga 59 Jadual 4.11 Taburan skor min bagi item empat 60 Jadual 4.12 Taburan skor min bagi item lima 60 Jadual 4.13 Taburan skor min bagi item enam 61 Jadual 4.14 Taburan skor min bagi item tujuh 61 Jadual 4.15 Taburan skor min bagi item lapan 62

xii Jadual 4.16 Taburan skor min bagi item sembilan 62 Jadual 4.17 Taburan skor min bagi item sepuluh 63 Jadual 4.18 Taburan skor min bagi item 11 63 Jadual 4.19 Taburan skor min bagi item 12 64 Jadual 4.20: Taburan min keseluruhan bagi penggunaan logo 64 halal Jadual 4.21 Taburan skor min bagi item 13 65 Jadual 4.22 Taburan skor min bagi item 14 66 Jadual 4.23 Taburan skor min bagi item 15 66 Jadual 4.24 Taburan skor min bagi item 16 67 Jadual 4.25 Taburan skor min bagi item 17 67 Jadual 4.26 Taburan skor min bagi item 18 68 Jadual 4.27 Taburan skor min bagi item 19 68 Jadual 4.28 Taburan min keseluruhan bagi faktor 69 tanggungjawab sosial Jadual 4.29 Taburan skor min bagi item 20 70 Jadual 4.30 Taburan skor min bagi item 21 70 Jadual 4.31 Taburan skor min bagi item 22 71 Jadual 4.32 Taburan skor min bagi item 23 72 Jadual 4.33 Taburan skor min bagi item 24 72 Jadual 4.34 Taburan skor min bagi item 25 73 Jadual 4.35 Taburan skor min bagi item 26 73 Jadual 4.36 Taburan skor min bagi item 27 74 Jadual 4.37 Taburan skor min bagi item 28 74 Jadual 4.38 Taburan min keseluruhan bagi faktor mematuhi 75 peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Jadual 4.39 Taburan skor min bagi item 29 76 Jadual 4.40 Taburan skor min bagi item 30 76 Jadual 4.41 Taburan skor min bagi item 31 77 Jadual 4.42 Taburan skor min bagi item 32 77 Jadual 4.43 Taburan skor min bagi item 33 78 Jadual 4.44 Taburan skor min bagi item 34 78 Jadual 4.45 Taburan skor min bagi item 35 79

xiii Jadual 4.46 Taburan skor min bagi item 36 79 Jadual 4.47 Taburan skor min bagi item 37 80 Jadual 4.48 Taburan min keseluruhan bagi faktor permintaan 80 pengguna Jadual 4.49 Taburan skor min bagi item 38 81 Jadual 4.50 Taburan skor min bagi item 39 81 Jadual 4.51 Taburan skor min bagi item 40 82 Jadual 4.52 Taburan skor min bagi item 41 82 Jadual 4.53 Taburan skor min bagi item 42 83 Jadual 4.54 Taburan skor min bagi item 43 83 Jadual 4.55 Taburan skor min bagi item 44 84 Jadual 4.56 Taburan min keseluruhan bagi faktor keyakinan 85 pengguna Jadual 4.57 Hubungan antara penggunaan logo halal dan SPH 87 dengan faktor tanggungjawab sosial kepada masyarakat Jadual 4.58 Hubungan antara penggunaan logo halal dan SPH 87 dengan faktor mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Jadual 4.59 Hubungan antara penggunaan logo halal dan SPH 88 dengan faktor permintaan pengguna Jadual 4.60 Hubungan antara penggunaan logo halal dan SPH 89 dengan faktor keyakinan pengguna Jadual 4.61 Nilai min bagi keseluruhan konstruk item 90 Jadual 4.62 Keputusan Korelasi 91 Jadual 5.1 Keputusan Korelasi 102

xiv SENARAI AYAT AL-QURAN AL-QURAN HALAMAN Surah Al-Baqarah: 168 2,16 Surah Al-Maidah: 3 17,18 Surah Al-An aam: 118 20 Surah Al-Maidah : 3 20,21 Surah Al-Maidah: 96 22 Surah Al-Maidah: 90 23

xv SENARAI SINGKATAN Bil Ha Ho JAKIM JAIS JAJ KS r RA S SAW SPSS SS SPH STS SWT TS x y Bilangan Hipotesis Alternatif Hipotesis Nol Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jabatan Agama Islam Selangor Jabatan Agama Johor Kurang Setuju Pekali Korelasi Radhi Allah Anhu Setuju Sallallahu Alaihi Wa Sallam Statistical Package For Social Science Sangat Setuju Sijil Pengesahan Halal Sangat Tidak Setuju Subhanahu Wa Ta ala Tidak Setuju Pemboleh Ubah Bebas Pemboleh Ubah Bersandar

xvi SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK HALAMAN A Borang Soal Selidik 116 B Surat Kelulusan Fakulti Pendidikan 124 Untuk Menjalankan Kajian C Surat Pengesahan Menjalankan Kajian 125 (Perpustakaan Sultanah Zanariah) D Artikel Majalah: Orang Semakin 126 Berani Memperlecehkan Tanda Halal E Artikel Majalah: Bagaimana 129 Mendapatkan Sijil dan Logo Halal F Artikel Majalah: Usaha Meningkatkan 131 Pengeluaran Makanan Halal G Artikel Majalah: Pastikan Yang Halal 132 Benar-benar Halal H Keratan Akhbar: SMS Halal Disambut 134 Baik I Keratan Akhbar: Semak Halal Melalui SMS 135

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Islam mewajibkan umatnya mencari yang halal dalam kehidupan seharian. Begitu juga perihal makanan, ia adalah sebahagian daripada tuntutan agama yang wajib dipatuhi oleh semua umat Islam. Imam Al-Ghazali (2000:1) menjelaskan bahawa sesuatu benda atau perbuatan itu tidak terlepas daripada lima perkara iaitu halal, haram, syubhah, makruh dan harus. Allah SWT menyuruh umat Islam mengambil barang yang halal secara mutlak, manakala barang yang haram disuruh supaya kita menjauhinya. Ini kerana makanan yang halal itu dapat menambah cahaya iman dan membuat termakbulnya doa, dan makanan yang haram dapat menggelapkan hati serta terdindingnya doa kita. Halal dan haram merupakan dua perkara yang berlawanan. Halal ialah perkara yang Allah sukai, perkara yang baik dan suci di sisi agama. Sebaliknya perkara yang haram ialah perkara yang Allah benci, perkara yang keji dan merosakkan. Firman Allah Taala:

2 ÏN uθäüäz (#θãèî6 Ks? Ÿωuρ $Y7Íh sû Wξ n=ym ÇÚö F{$# Îû $ ϑïβ (#θè=ä. â $ Ζ9$# $yγ ƒr' tƒ î Î7 Β Aρß tã öνä3s9 çμ ΡÎ) 4 Ç süø ±9$# (Al-Baqarah 168) Maksudnya: Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Rasulullah S.A.W pernah bersabda ; Mencari yang halal itu adalah fardhu atas tiap-tiap Muslim. Pengertian halal itu berbeza bahkan bertentangan dengan pengertian haram. Halal dan haram adalah hukum dan ketetapan Allah. Allah yang membuat hukum, maka hanya Allah sahaja yang layak menentukan hukum halal atau haramnya sesuatu perkara. Seseorang individu yang makan dengan niat untuk memperolehi kekuatan bagi menuntut ilmu, beramal, bertakwa kepada Allah SWT., sudah tentu tidak akan membiarkan dirinya serta ahli keluarganya tersia-sia dan lepas bebas dikuasai oleh pemakanan yang menyimpang daripada hukum syarak. (Siti Norlina, et.al, 2005:1) Dalam industri makanan yang semakin meluas dan bertambahnya daya pengeluaran bermacam jenis barangan dan cara pengawetan yang pelbagai telah digunakan. Syarikat-syarikat pengeluar barangan makanan kini menggunakan pelbagai jenis bahan kimia, enzim, perisa, aroma, bahan pewarna, hormon dan lainlain lagi.

3 1.2 Latar Belakang Masalah Kebelakangan ini banyak isu halal dan haram pada produk makanan ditimbulkan oleh masyarakat dan juga pihak berkuasa dan badan-badan tertentu. Sehubungan dengan itu, halal dan haram menjadi isu yang menakutkan kepada umat Islam di Malaysia khususnya. Bukan hanya di Malaysia sahaja bahkan umat Islam di seluruh dunia sangat peka dan sensitif dengan isu makanan yang haram. Penandaan makanan dengan logo halal dapat meyakinkan pengguna Islam terhadap produk makanan yang ingin dibeli. Sungguhpun begitu, penyelewengan sesetengah pengusaha makanan terhadap penggunaan logo halal dan Sijil Pengesahan Halal (SPH) dengan tujuan menarik perhatian pengguna dan melariskan jualan mereka kepada pengguna Islam semakin berleluasa. Akibatnya kepercayaan umat Islam terhadap pihak yang berkuasa semakin berkurangan dengan tindakan-tindakan yang tidak diambil dengan sewajarnya. Di samping itu juga, lambakan makanan import daripada luar negara banyak terdapat di pasaran sama ada dari segi produk makanan yang telah diproses atau belum. Ia termasuklah daging yang diimport, makanan dalam tin atau makanan yang telah diproses seperti daging burger, sosej dan sebagainya. Kekaburan status halal haram produk-produk pada industri pemprosesan makanan antara lain disebabkan penggunaan bahan asas dan aditif yang tidak jelas status kehalalannya serta komplikated sumber ingrediennya. Sesetengah individu atau pengguna berpendapat dengan membaca label makanan tersebut status makanan itu sama ada halal atau haram dapat diketahui. Tetapi sejauh mana pengguna terutama ibu bapa Muslim memahami bahan atau sumber yang dilabelkan.(siti Norlina et.al, 2005:3)

4 1.3 Pernyataan Masalah Isu yang ingin dibangkitkan ialah pengguna meragui status produk makanan tersebut walaupun terdapat logo halal padanya. Ini adalah hasil daripada keraguan tentang bahan campuran yang terdapat pada produk makanan tersebut dan juga berita-berita tentang ketidakbersihan proses pembuatan produk makanan tersebut. Pada 14 Mac 2005, pengguna digemparkan dengan serbuan ke atas dua kilang pengeluar sosej yang disyaki menggunakan sarung kulit sosej daripada usus babi dan SPH yang telah luput tarikhnya. Kesan daripada serbuan itu, kedua-dua kilang tersebut telah diarahkan tutup selama dua minggu (Berita Harian, 15 Mac 2005). Pelbagai spekulasi telah dibuat oleh masyarakat terhadap isu sosej ini hingga mengganggu industri makanan tersebut buat seketika. Namun begitu, setelah analisis dibuat oleh Jabatan Kimia ke atas sosej yang dirampas mendapati tidak ada sebarang bahan berasaskan babi dalam pembuatannya. Walau bagaimanapun kedua-dua kilang tersebut tetap dikenakan tindakan kerana menggunakan sijil halal yang sudah tamat tempoh berdasarkan Akta Perihal Dagangan 1972 (Berita Harian, 29 Mac 2005). Hasil daripada isu tersebut, dua perkara yang perlu diambil perhatian iaitu penggunaan unsur yang haram dalam makanan ataupun penggunaan SPH dan logo halal yang telah tamat tempoh. Sebagai pengguna, sudah pasti mereka inginkan kepastian dan mengetahui kesahan logo halal dan SPH yang dipamerkan oleh pengusaha. Adakah ia benarbenar telah disahkan oleh pihak yang berkenaan ataupun sekadar memenuhi keperluan pengusaha makanan dalam usaha menarik perhatian pengguna, lebih-lebih lagi pengusaha bukan Islam. Begitu juga dengan gerai-gerai yang bertaraf francais yang dimiliki sepenuhnya oleh pengusaha bukan Islam.

5 Oleh yang demikian, kajian ini adalah perlu bagi melihat apakah faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan logo halal ini di kalangan peniaga makanan atau ada terdapat faktor sampingan yang menyebabkan penggunaannya. 1.4 Persoalan Kajian :. 1.4.1 Apakah faktor utama yang mempengaruhi penggunaan logo halal dan SPH di kalangan peniaga makanan di UTM, Skudai? 1.4.2 Adakah faktor tanggungjawab sosial, mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, permintaan pengguna dan keyakinan pengguna mempengaruhi penggunaan logo halal dan SPH pada produk makanan di kalangan peniaga makanan di UTM, Skudai? 1.4.3 Adakah terdapat hubungan antara faktor permintaan pengguna, menambah keyakinan pengguna, sumbangan sosial kepada masyarakat, mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama dan meningkatkan keuntungan peniaga dengan penggunaan logo halal dan SPH pada produk makanan di kalangan peniaga makanan di UTM, Skudai?

6 1.5 Objektif Kajian Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif-objektif berikut: 1.5.1 Untuk mengenal pasti faktor utama yang mempengaruhi penggunaan logo halal dan SPH pada produk makanan di kalangan peniaga makanan di UTM, Skudai. 1.5.2 Untuk mengenal pasti persepsi peniaga makanan terhadap faktor tanggungjawab sosial, mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, permintaan pengguna dan keyakinan pengguna yang penting kepada penggunaan logo halal dan SPH di kalangan peniaga makanan di UTM, Skudai. 1.5.3 Untuk melihat hubungan antara faktor tanggungjawab sosial, mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, permintaan pengguna dan keyakinan pengguna dengan penggunaan logo halal dan SPH di kalangan peniaga makanan di UTM, Skudai.