KAJIAN MASALAH DAN PENCEGAHAN SERANGAN KULAT PADA BANGUNAN

Similar documents
PUSAT PEMBELAJARAN DIGITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH

MODEL STATISTIK BERSEPADU PELBAGAI ARAS BAGI TRIGLISERIDA DAN TEKANAN DARAH MANUSIA: KAJIAN KES DI HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

ELEMENT OF WARRANTY OF IBS STRUCTURAL SYSTEM FOR CONSTRUCTION INDUSTRY ANNAN VESSINUK A/L SING

ROLE OF LENGTH SPECIFICITY, VELOCITY SPECIFICITY AND NEURAL ADAPTATIONS IN STRENGTH TRAINING

EFFECT OF PATTERN RECOGNITION ABILITY TRAINING ON JUDGING PERFORMANCE OF MALAYSIAN RHYTHMIC GYMNASTIC JUDGES

USING TAM TO STUDY THE USER ACCEPTANCE OF IT IN THE YEMENI PUBLIC SECTOR (MINISTRY OF SOCIAL AFFAIRS AND LABOUR-YEMEN) ESMAT ABDULMAJID WAHDAIN

DETERMINATION OF CHARACTERISTICS OF DISGUISED SIGNATURES AMONGST MALAYSIAN NORMAH BINTI MOHAMMED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INTEGRATION OF MEDIAN FILTER AND ORIENTATION FIELD ESTIMATION FOR FINGERPRINT IDENTIFICATION SYSTEM

TIME SERIES SUPPORT VECTOR REGRESSION MODELS WITH MISSING DATA TREATMENTS FOR WATER LEVEL PREDICTION NORAINI BINTI IBRAHIM

EVALUATING THE SURFACE PROPERTIES OF HA COATING ON TITANIUM-ALUMINUM SUBSTRATE ALI KARANDISH

IEK 314 Environmental Audit [Audit Persekitaran]

NUMERICAL SIMULATION OF WIND PRESSURE DISTRIBUTION IN URBAN BUILDINGS OF RANDOM STAGGERED ARRAYS

HEALTH AND SAFETY IN REFURBISHMENT PROJECTS INVOLVING DEMOLITION WORK MANSOOREH RAKHSHANIFAR

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

HakCipta Irfan Khairi Sdn. Bhd.

COMPARING THREE METHODS OF HANDLING MULTICOLLINEARITY USING SIMULATION APPROACH NORLIZA BINTI ADNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MODIFICATION OF INTERVAL TYPE-2 FUZZY TOPSIS AND ITS APPLICATION TO FLOOD CONTROL PROJECT SELECTION NURNADIAH BINTI ZAMRI

EXPORT PERSONNEL PERCEPTIONS OF EXPORT PERFORMANCE TO CHINA MARKET FARSHID MOVAGHAR MOGHADDAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INTERNALIZED STIGMA AMONG PATIENTS WITH DEPRESSION: COMPARISON BETWEEN EMPLOYED AND UNEMPLOYED GROUP DR. NAEMAH BINTI ABDUL RAHIM

RADIAH BINTI ALI MASTER OF SCIENCE 2014 UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

THE IMPACT OF SAFETY AWARENESS TO MODERATE THE RELATIONSHIP OF EMPLOYEE PARTICIPATION ON SAFETY PERFORMANCE AT PERODUA, RAWANG

Kandungan Alpha Lipid LifeLine

A WEB-BASED TELEPRENATOLOGY PLATFORM FOR ANTENATAL CARE MANAGEMENT IN REMOTE AREAS NORAINI BINTI JALIL

TEST CASE PRIORITIZATION TECHNIQUE USING SEQUENCE DIAGRAM AND LABELED TRANSITION SYSTEMS IN REGRESSION TESTING NUR FATIMAH AS SAHRA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EVALUATION OF ANTINOCICEPTIVE AND ANALGESIC PROPERTIES OF TRAMADOL IN CATS BITA BASIRI

INDIKASI KUALITI BAGI PERKHIDMATAN DIETARI PESAKIT LUAR TEMPOH MENUNGGU DI KLINIK DIET RUKA (RAWATAN UTAMA KLINIK AM) 1 APRIL SEPTEMBER 2003

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

INSTRUCTION: This section consists of TEN (10) short questions. Answer ALL questions.

ANALYSIS ON THE FLOW AND PRESSURE DISTRIBUTION FOR ACTUAL STENOSIS IN TRACHEA ZULIAZURA BINTI MOHD SALLEH.

Abstract of thesis presented to the Senate of University Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy.

4.8 Penyenggaraan Bangunan 55

SITI BALQIS CHE OTHMAN DOCTOR OF PHILOSOPHY 2015

Definasi. Keperluan Fungsi Dinding

PM502: MARKETING RESEARCH

IMPROVING SOCIAL RESPONSIVENESS OF CHILDREN WITH AUTISM SPECTRUM DISORDER THROUGH NEURO-PHYSICAL EXERCISE WONG SIAO YEN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SIGNAL INTERFERENCE TO ELECTROENCEPHALOGRAM AND ELECTROCARDIOGRAM SIGNAL NORAINI BTE ABDUL SAMAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Kaizen boleh diakses melalui internet di laman sesawang

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination Academic Session 2009/2010. November BMT 217/3 Virology [Virologi]

APLIKASI MUDAH ALIH PENSKORAN PROSTAT Rima Shahfira Binti. Redzuan Dr. Afzan Adam. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SISTEM INFOGRAFIK INTERAKTIF WABAK H1N1. Aice A/P Emin. Puan Siti Aishah Binti Hanawi

APLIKASI GREENGROCERYGO UNTUK MENGATASI MASALAH PEMBAZIRAN MAKANAN NOR AQILAH NUR FAZIDAH ELIAS

A STUDY OF GENERATION Y TRAVEL BEHAVIOUR IN MALAYSIA TAN LAY YEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

To My Parents. My father, EsmaeelArzani My mother, Zahra Asadizadeh. My brother, Parham Arzani. & My beloved son SahandRoudpishi

TARGET SELECTION USING SINGLE ELECTROENCEPHALOGRAM ELECTRODE BASED ON MENTAL TASK HUSNAINI BINTI AZMY

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ANALYSIS OF DELETIONS IN THE AZOOSPERMIA FACTOR REGION IN SELECTED MALAYSIAN INFERTILE MALE SUBJECTS COPYRIGHT UPM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 3D SURFACE RECONSTRUCTION OF CORONARY ARTERIES FROM CARDIOVASCULAR ANGIOGRAPHY TO DETECT LOCATION OF HEART VESSELS

APLIKASI KENDIRI DIABETES JENIS II AMIRA WAHIDA BINTI OSMAN ASSOC PROF DR. MARYATI BINTI MOHD YUSOF DR KAILAVANI CHELLAPPAN

A ROBUST AGAINST ROTATION ATTACK WATERMARKING TECHNIQUE BASED ON WAVELET TRANSFORM REZA AGHABABAEYAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(Kertas soalan ini mengandungi 4 soalan dalam 6 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 4 questions on 6 printed pages)

SET 1. Answer any four questions from this section. Jawab mana-mana empat soalan daripada bahagian ini.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

DEVELOPMENT OF COLOUR-MARK SENSOR-BASED CALIBRATION SYSTEM FOR TIMING DEVICES WITH SEVEN-SEGMENT LIQUID-CRYSTAL-DISPLAY

MUHAMMAD ANWAR BIN ALIAS

Answer all questions. Jawab semua soalan.

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECT OF PATTERN RECOGNITION ABILITY TRAINING ON JUDGING PERFORMANCE OF MALAYSIAN RHYTHMIC GYMNASTIC JUDGES

THE NEEDS OF HALAL TRANSPORTATION CONTROL IN MALAYSIA: A MULTIPLE CASE STUDY APPROACH ZUHRA JUNAIDA BINTI IR MOHAMAD HUSNY HAMID

SISTEM E-DIABETES. Rezal Mhd Johan Dr Khairul Akram Zainol Ariffin. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

Asian Social Work Journal, Volume 2, Issue 2, (page 26-35), Volume 2, Issue 2, November

1 of 8. Gransea (M) Sdn. Bhd. O'Kim Compound GC300 (Magnesium Calcium)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MOVE ANALYSIS OF PHARMACY RESEARCH ARTICLE DISCUSSION SECTIONS

SISTEM PEMAKANAN PINTAR BERASASKAN WEB. Muhammad Fazrul Bin Romli Dr. Abdul Hadi Abd Rahman

OF ARTEMIA f ED. H f. 'illl; HI SCICW UNiVHiKITl Mftlftyslft luil WWWJ. M/sl AY.SIA. y m ;':S iis lii5

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

APLIKASI CADANGAN MAKANAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

IN VITRO STUDY OF POLYGONUM MINUS EXTRACT EFFECT ON SKIN CELLS HEALING CAPACITY NAEMA YOUSRI FATTHALLAH ELNEHRAWY

ELECTRONIC AUTOMATIC TEMPERATURE CONTROL OF CRYOPRESERVATION FOR ARTIFICIAL INSEMINATION (PROTOTYPE) SANJOY KUMAR DEBNATH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAR CHART PLAGIARISM DETECTION MOHAMMED MUMTAZ MOHAMMED SALIH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMG 203 CHEMICAL ANALYSIS OF FOOD [ANALISIS KIMIA MAKANAN]

OCCUPATIONAL NOISE EXPOSURE AMONG CONSTRUCTION WORKERS STEPHANIE STELLA ANAK DAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE DEVELOPMENT OF STOCHASTIC SIR AND S(I m I f )R MODELS FOR HETEROSEXUAL HIV AND AIDS DISEASE MAPPING IN MALAYSIA SUFI HAFAWATI BINTI IDERIS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA LIPID PRODUCTION IN MARINE MICROALGAE UNDER DIFFERENT SALINITY, TEMPERATURE AND NUTRIENT LEVELS

COMPARISON STUDY OF RELAY SELECTION SCHEMES IN LONG TERM EVOLUTION (LTE) NETWORK SELINA MATTHEWS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FACTORS INFLEUNCING KNOWLEDGE SHARING AMONG UNIVERSITY ADMINISTRATORS SITI NOR HADIJAH BINTI MD SUPAAT

CONSTRUCTION DEFECT ANALYSIS OF INSULATION PANELS FOR CARGO TANKS ON LIQUIFIED NATURAL GAS CARRIERS

HEART MURMUR DETECTION AND ANALYSIS USING MULTIPOINT AUSCULTATION SYSTEM KAMARULAFIZAM BIN ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CLASSIFICATION OF ELECTROENCEPHALOGRAPHY SIGNAL USING STATISTICAL FEATURES AND REGRESSION CLASSIFIER

Fakulti Psikologi dan Pendidikan Universiti Malaysia Sabah

vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

THE FORENSIC ANALYSIS OF HUMAN CANINE TEETH FOR GENDER DETERMINATION NURUL HAZLEENA BINTI ABU BAKAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Oleh: Sofinah Lamudin forex.mudahkaya.com. Edisi Newbie

COMPARATIVE STUDY ON THE DIFFERENT RANGE OF NIR SENSOR MEASUREMENT FOR GLUCOSE CONCENTRATION MUHAMMAD HANIS BIN AZMI ALI

REDEFINING HISTOGRAMS OF ORIENTED GRADIENTS DESCRIPTORS FOR HANDLING OCCLUSION IN PEOPLE DETECTION AHMAD SANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Register your product and get support at SPA1260. MS-MY Manual pengguna

AZO DYES DECOLORIZATION BY BACTERIA ORIGINATED FROM TEXTILE WASTEWATER BAKHTIYAR AHMED MOHAMMED

FINITE-DIFFERENCE-TIME-DOMAIN SIMULATION OF INSULATED MONOPOLE IN BRAIN TUMOR HYPERTHERMIA TREATMENT LEE CHIA WUI

INVESTIGATION REGARDING THE EFFECTIVENESS OF NITROGEN SOURCES AND CONCENTRATION ON PLANT CHARACTERISTICS IN TOMATO (LYCOPERSICON ESCULENTUM)

THE EMPLOYABILITY MODEL FOR THE MULTIPLE INTELLIGENCE OF PEOPLE WITH EPILEPSY NUR SOFIA NABILA BINTI ALIMIN

ORTHO-CRESOL AS INDICATOR FOR TOLUENE EXPOSURE AMONG WORKERS

PATTERN OF WAYFINDING AND SPATIAL COGNITION FOR EFFECTIVE SPATIAL PLANNING OF THEME PARK MEGA SURIA BINTI HASHIM

CALL for ACTION" UITLINE. MONDAY-FRIDAY [9.00am TO 4.30pm]

Stroke Prevention. Adding years of healthy life. A Public Education Guide to. National Healthcare Group Adding years of healthy life

THE RELATIONSHIP BETWEEN FACILITATIVE LANGUAGE LEARNING AND ORAL PERFORMANCE AMONG IRANIAN LEARNERS MOHAMMAD JAHANGIRI

KAJIAN PRESTASI PENYAHIKATAN LARUTAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TAGUCHI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA INCREASING RESISTANT STARCH CONTENT IN FISH CRACKERS THROUGH VARIOUS COOKING-CHILLING CONDITIONS

KAUNSELING. Newsletter Title B U S I N E S S N A M E D PUNCAK

MUHAMMAD FARIHIN KATIMIN

Transcription:

KAJIAN MASALAH DAN PENCEGAHAN SERANGAN KULAT PADA BANGUNAN Mohd Nadzrie bin Ahmad 1 Politeknik Sultan Abdul Halim Mu adzam Shah, 06000 Jitra, Kedah. ( POLIMAS ) Tel : +60195589002 Email : nadzrieahmad@yahoo.com ABSTRAK Malaysia adalah negara yang mempunyai tahap kelembapan udara yang tinggi. Di mana, keadaan cuacanya sentiasa berubah iaitu musim hujan dan musim panas yang tidak menentu. Alor Setar secara amnya menerima cahaya matahari sebanyak 8.7 jam sehari secara puratanya. Faktor cuaca dan iklim sekitar menyebabkan antara kriteria yang perlu di beri perhatian dalam penentuan pemilihan bahan serta rekabentuk bangunan. Pemilihan bahan binaan serta kemasan yang berkualiti serta bersesuaian amatlah perlu kerana ini memberi kesan yang tinggi terhadap kualiti bangunan. Kelembapan yang menjadi faktor utama terjadinya kulat pada bangunan perlu di ambil kira. Oleh yang demikian kaedah kerja dalam pembinaan mestilah mengikut standard yang telah di tetapkan. Akibat dari cuaca yang panas penggunaan sistem penyamanan udara amatlah meluas di masa kini. Sistem ini secara tidak langsung juga telah menyumbang kepada kelembapan yang tidak sekata di dalam bangunan dan seterusnya menyebabkan terhasilnya kulat pada bahagian dalam bangunan. Penyelenggaraan yang berterusan amatlah perlu bagi menjamin kualiti sistem di tahap yang maksimum. Kesan dari serangan kulat yang berterusan akan lebih memcacatkan bahagian bangunan tersebut. Tindakan lewat bagi mengatasi kecacatan ini akan menyebabkan pemilik bangunan akan mengalami peningkatan kos yang lebih tinggi dari sudut pembaikan. Kerosakan pada struktur dinding berpunca dari permukaan bata yang berlumut yang secara tidak langsung akan menyumbang kepada keretakan dan boleh menybabkan kecacatan pada struktur dinding. Kerosakan seperti kereputan pada struktur kayu seperti struktur bumbung, pintu dan tingkap jika dibiarkan boleh menyebabkan kerugian yang lebih besaar akibat kerosakan yang lebih meluas. Penglupasan cat yang berpunca dari kelembapan atau faktor pemilihan bahan cat yang tidak berkualiti boleh menyebabkan keseluruhan bangunan perlu kepada pengecatan semula. Pemantauan yang berterusan merupakan satu faktor yang penting dalam pengurusan penyenggaraan. Tindakan yang segera seperti kerja- kerja pembaikan amatlah perlu bagi menggelakkan kerosakan yang lebih teruk atau meluas.. Oleh itu, bangunan perlulah dijaga dengan baik dan dikawal supaya keadaan persekitaran dalaman dan luaran bangunan tersebut akan kelihatan cantik dan bebas dari berlakunya serangan kulat Kata kunci : Pengurusan Penyelenggaraan Dalam Bangunan 1

1.0 Pengenalan Di Malaysia industri pembinaan bangunan dengan pesat terutama di kawasan kawasan bandar. Oleh itu terdapat gangguan masalah yang di hadapi pada bangunan tersebut. Antaranya masalah ialah kelembapan pada bangunan yang dibina. Di Malaysia reka bentuk bangunan dibina sesuai dalam keadaan iklim panas dan lembap sepanjang tahun ( Zulkifli Hanafi, 1999 ). Menurut ( Abdul Hakim Bin Muhamed dan Wan Min Bin Wan Mat, 1991 ), iklim merupakan perkara penting dalam reka bentuk bangunan dalam semua kawasan. Oleh itu, kelembapan boleh mempengaruhi perubahan suhu pada persekitaran dalaman dan juga luaran bangunan tersebut. Masalah ini adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana dalam persekitaran bangunan mempunyai gabungan pengudaraan yang melibatkan pengudaraan luar dan dalam Ini akan mempengaruhi perubahan suhu serta kelembapan pada bangunan. Pembinaan bangunan mampan disifatkan umum sebagai satu set proses- proses bertujuan untuk menyediakan bangunan yang terbina bagi diguna pakai untuk suatu jangka masa yang panjang (Anuar Alias & Azlan Shah Ali, 2011). Atas faktor itu pelbagai perkara perlu di beri perhatian, sebelum, semasa dan selepas pembinaan agar kualiti bangunan terjaga dan kos penyenggaraan dapat di kurangkan. Kulat terjadi akibat kelembapan. Sifat ini mengakibatkan permukaan pada struktur-struktur itu bertompok-tompok basah dan lantai juga mengalami lembapan. Keadaan ini menunjukkan suasana yang kurang selesa bahkan menyebabkan berlakunya masalah serangan kulat pada bahagian-bahagian dalaman dan juga luaran bangunan. Menurut Tan Boon Tong ( 1991), terdapat dua (2) faktor yang menyebabkan kelembapan berlaku dalam bangunan. Antara faktor- faktor tersebut ialah : a. Kesilapan cara pembinaan dan kecacatan bahan-bahan yang digunakan. b. Keadaan geografi dan iklim cuaca tempatan. 2.0 Penyataan Masalah Menurut Ketua Unit Sains Kesihatan Persekitaran, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Juliana Jalaludin, kebanyakan kediaman dan bangunan hari ini dibina dengan aliran pengudaraan yang lemah menyebabkan bau dan pencemaran terperangkap di dalamnya, sekali gus menghalang proses pembersihan udara secara semula jadi. Habuk, cendawan, kulat, bakteria dan virus mampu mengisi udara dan dalam ruang kediaman kita. Ia mengakibatkan bau busuk, kerengsaan dan pelbagai respons alergi manakala pembebasan kimia daripada cat, pencuci, karpet dan bahan kimia lain turut disedut setiap hari, katanya. (Kosmo : Februari 5, 2017). Juliana memberitahu, keadaan sedemikian yang berterusan akan memberi kesan kepada tahap kesihatan sehingga menyebabkan sakit kepala, sakit mata, bersin, batuk, kesukaran bernafas dan tiada mood untuk bekerja. Kes serangan kulat juga boleh terjadi pada bangunan baru jika tidak mengikut aturan kerja yang betul contohnya bagi bangunan SPRM, biarpun masih belum digunakan sepenuhnya, bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tersergam di Alai, Melaka sudah mengalami masalah serangan kulat. Keadaan permukaan dinding yang berkulat itu boleh dilihat memenuhi ruang pejabat. Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor ketika melakukan lawatan ke bangunan berkenaan baru-baru ini berkata, akan menjalankan siasatan terhadap 2

punca berlaku kejadian tersebut termasuk langkah mengatasinya. Jelasnya, pihak konsultan dan Jabatan Kerja Raya (JKR) akan bekerjasama mengatasi masalah kulat dan air bertakung di dalam bangunan bernilai RM23.4 juta itu. (Malaysia Kini: 3 Mac 2012). Serangan kulat pada bangunan bukan hanya bagi bangunan lama tetapi boleh berlaku kepada bangunan baru jika tidak diurus dengan baik dan betul. 3.0 Objekif Kajian Terdapat tiga objektif yang telah digariskan dalan kajian penyelidikan ini iaitu : a. Mengenal pasti punca punca berlakunya kulat b. Mengenal pasti kesan kesan kulat c. Mengenal pasti kaedah kaedah atau rawatan untuk menghapuskan kulat. Oleh itu, menjadi matlamat utama kajian ini untuk melihat kulat dihapuskan supaya kesihatan penghuni bangunan terjamin dan dapat memberi keselesaan pada pemandangan. 4.0 Kepentingan Kajian Projek pembinaan merupakan satu perkara yang biasa dilihat dengan melihat peratus yang diperolehi daripada kajian awal yang dibuat. Bahagian penyataan masalah juga menunjukkan kesan yang akan di hadapi oleh pihak tertentu. Ia juga akan memberi kesan kepada kepentingan semua pihak yang terlibat dalam menyelesaikan masalah serangan kulat pada bangunan. ini akan mengambil masa yang agak lama bagi menyelesaikan masalah tersebut. Menurut Zulkifli Hanafi, 1999. Ini menyebabkan pihak pihak yang terlibat akan menanggung risiko yang tinggi dan memerlukan kos yang besar untuk menyelesaikan masalah yang timbul bagi sebuah bangunan yang mengalami serangan kulat. Masa yang di ambil untuk menyelesaikan masalah memakan masa yang agak lama. 5.0 Skop Kajian Kajian ini akan tertumpu pada bangunan hospital kerana terdapat banyak kerosakan yang berlaku terutamanya masalah serangan kulat. Ini akan merbahayakan penghuni atau pesakit dan orang ramai yang datang ke bangunan tersebut. Untuk memastikan keselamatan dan kesihatan penghuni dan orang ramai terjamin daripada bangunan tersebutbagi mengikut Undang-Undang kecil Seragam Bangunan,1984. Penyelidikan ini adalah untuk mengenalpasti punca-punca berlakunya serangan kulat pada bangunan tersebut. serta mengkaji cara-cara pencegahan serangan kulat yang sesuai dilakukan pada bangunan tersebut. Kajian ini akan dijalankan ke atas responden di kawasan Hospital Alor Setar, Kedah. Responden yang ditujui dalam penyelidikan ini termasuklah pihak hospital, penyenggaraan bangunan hospital, kontraktor penyenggara bangunan dan kontraktor pembinaan pelbagai kelas. Pemilihan Hospital Alor Setar adalah kerana fungsinya sebagai pusat rawatan bagi kes- kes penyakit TB atau bagi kes yang berkaitan dengan kes paru- paru. 3

6.0 Maklum Balas Keseluruhan Terhadap Punca-Punca Serangan Kulat Pada Bangunan Jadual 1 : Maklum Balas Keseluruhan Terhadap Punca-Punca Serangan Kulat Pada Bangunan Maklum Balas Keseluruhan Terhadap Punca-Punca Serangan Kulat Pada Bangunan Kekerapan Peratus % Penggunaan Bahan Yang Tidak Sesuai 37 10.3 Cuaca / Iklim Negara 34 9.4 Penggunaan Penyamanan Udara 33 9.1 Berlaku Pada Dinding 33 9.1 Unsur Persekitaran 30 8.3 Kelembapan Yang Tinggi Disertai Penyejukan 30 8.3 Berlaku Pada siling 27 7.5 Reka Bentuk Bangunan 24 6.7 Penyenggaraan Pada Bangunan 21 5.8 Berlaku Pada Bumbung / Atap 21 5.8 Berlaku Pada Lantai 21 5.8 Kelemahan Khidmat Perunding Profesional 20 5.5 Kondensasi Dalam Dinding Dan Bumbung 15 4.2 Penggunaan Perabot Dan Perkakasan 15 4.2 JUMLAH 361 100 Jadual diatas menunjukkan maklum balas keseluruhan terhadap kesan-kesan serangan kulat pada bangunan. Rajah 1 Maklum Balas Keseluruhan Terhadap Punca-Punca Serangan Kulat Pada Bangunan Berdasarkan rajah di atas menunjukkan 10.3% responden bersetuju bahawa penggunaan bahan yang tidak sesuai adalah punca utama berlakunya serangan kulat pada bangunan. Hal ini kerana kualiti bahan yang baik dan mengikut standard yang ditetapkan oleh pihak yang terlibat mampu mengurangkan masalah serangan kulat pada bangunan. Cuaca dan iklim negara memainkan peranan yang penting dalam masalah serangan kulat ini. Sebanyak 9.4% responden bersetuju dengan penyataan ini. Negara ini mempunyai iklim lembap dan panas sepanjang tahun. Maka ia adalah faktor utama mengapa berlakunya serangan kulat pada bangunan. 4

Punca yang ketiga tertinggi adalah daripada penggunaan penyamanan udara. Sebanyak 9.1% responden bersetuju dengan penyataan ini. Sebanyak 8.3% bersetuju dengan kelembapan yang tinggi dalam udara dan disertai dengan penyejukan akan menyebabkan berlakunya serangan kulat pada bangunan. Manakala 4.2% responden pula menyatakan bahawa kondensasi didalam komponen dinding atau bumbung adalah punca serangan kulat pada bangunan. Oleh kerana negara ini juga mengalami keadaan cuaca panas, maka sesetengah bangunan memerlukan penggunaan penyamanan udara bagi keselesaan penghuni dalam bangunan. Selain itu, penggunaan penyamanan udara merupakan taraf kualiti dan imej bangunan tersebut. Keadaan suhu didalam dan diluar bangunan yang berbeza menyebabkan berlakunya proses kondensasi dan akan menyebabkan berlakunya serangan kulat pada bangunan. Responden menyatakan bahawa serangan kulat selalu berlaku pada dinding. Hal ini dapat dibuktikan sebanyak 9.1% responden bersetuju dengan penyataan ini. Sebanyak 7.5% responden pula mengatakan serangan kulat berlaku pada siling manakala sebanyak 5.8% responden mengatakan bahawa serangan kulat berlaku pada lantai. 5.8% responden pula menyatakan bumbung atau atap adalah punca berlaku serangan kulat pada bangunan tersebut.hal ini disebabkan struktur-struktur tersebut terdedah kepada keadaan yang menyebabkan berlakunya serangan kulat dan apabila berlaku seperti kebocoran atau sebagainya. Air akan mengalir dari bumbung, siling dan melalui dinding sebelum turun ke lantai. Apabila terdapat lembapan maka akan terjadinya pertumbuhan kulat pada struktur bangunan tersebut. Sebanyak 8.3% responden mengakui bahawa unsur persekitaran merupakan punca serangan kulat pada bangunan. Terdapat anasir yang merosakkan terdapat dalam udara seperti habuk yang akan bertebangan. Apabila anasir ini melekat pada struktur bangunan akan menyebabkan berlakunya pertumbuhan kulat pada struktur bangunan tersebut. Reka bentuk bangunan perlu diberi penekanan kerana ia adalah punca serangan kulat pada bangunan. Sebanyak 6.7% responden mengakui bahawa punca ini penyebab berlaku serangan kulat pada bangunan. Reka bentuk perlu dilakukan dengan teliti semasa proses perancangan pembinaan lagi. Ini kerana jika tersalah reka bentuk kesannya akan terjadi pada bangunan tersebut dalam jangka masa yang singkat. Sebanyak 5.5% responden menyatakan bahawa kelemahan khidmat perundingan professional adalah punca berlaku serangan kulat pada bangunan. Khidmat perunding professional sebenarnya diperlukan pada masa perancangan, reka bentuk dan pembinaan. Kebiasaanya mutu khidmat perundingan professional akan bergantung pada jumlah yang dibayar bagi khidmat tersebut. Apabila khidmat perunding profesional tidak menjalankan kerja dengan baik kesannya akan terjadi kepada bangunan tersebut. Sebanyak 4.2% responden bersetuju bahawa serangan kulat juga terjadi pada peralatan perabot dan perkakasan. Selain pada struktur bangunan yang dinyatakan kulat juga membiak pada perkakasan perabot seperti almari, kerusi, meja dan sebagainya apabila faktor-faktor pertumbuhannya terdapat disitu. 5

7.0 Maklum Balas Keseluruhan Terhadap Kesan-Kesan Serangan Kulat Pada Bangunan Jadual 2 : Maklum Balas Keseluruhan Terhadap Kesan-Kesan Serangan Kulat Pada Bangunan Maklum Balas Keseluruhan Terhadap Kesan- Peratus Kekerapan Kesan Serangan Kulat Pada Bangunan % Permukaan Bata Berlumut 37 16.2 Bahagian Kayu Menjadi Reput 34 14.9 Cat Mengelupas Dan Tertanggal 34 14.9 Kesan Kepada Kesihatan 31 13.6 Lepa Pada Tembok Dan Siling Berperoi 31 13.6 Kemasan Tidak Lekat Pada Dasarnya 22 9.7 Pendawaian Elektrik Rosak 15 6.6 Bahagian Buatan Besi Berkarat 15 6.6 Faktor Bangunan Menjadi Lumpuh 9 3.6 JUMLAH 228 100 Jadual diatas menunjukkan maklum balas keseluruhan terhadap kesan-kesan serangan kulat pada bangunan. Rajah 2 : Maklum Balas Keseluruhan Terhadap Kesan-Kesan Serangan Kulat Pada Bangunan Graf diatas menunjukkan maklum balas keseluruhan terhadap kesan-kesan serangan kulat pada bangunan. Ia merupakan jawapan kepada objektif yang kedua. Hasil daripada kajian yang dilakukan didapati kesan serangan kulat pada bangunan yang paling tinggi ialah permukaan bata berlumut. Sebanyak 16.2% responden telah bersetuju dengan kenyataan ini. Ini kerana permukaan bata terdedah kepada keadaan seperti panas, hujan dan sebagainya. Apabila ianya terjadi, maka secara semulajadinya kulat mudah tumbuh pada permukaan tersebut. Sebanyak 14.9% responden telah bersetuju bahawa bahagian kayu menjadi reput kesan daripada serangan kulat pada bangunan. Hal ini kerana bahagian kayu yang lembap menyebabkan mudah dihinggapi kulat pada bahagian tersebut. Apabila kulat tumbuh maka menyebabkan kayu tersebut menjadi reput. Kesan serangan kulat pada bangunan yang ketiga tertinggi ialah cat mengelupas dan tertanggal. Sebanyak 14.9% responden bersetuju dengan kenyataan ini. Hal ini kerana apabila terdapat kulat pada permukaan struktur bangunan menyebabkan cat tidak melekat sepenuhnya pada struktur tersebut. Ini menyebabkan cat akan mengelupas dan tetanggal dalam masa yang terdekat selepas permukaan struktur itu di sapu cat. 6

Serangan kulat juga memberi kesan kepada kesihatan penghuni bangunan. Sebanyak 13.6% responden telah bersetuju dengan kenyataan ini. Kesan kepada serangan kulat ini akan menyebabkan bertambahnya pesakit rhumatisme iaitu pesakit yang mengalami sebarang gangguan yang melibatkan sakit pada otot-otot dan sendi-sendi. Berdasarkan kepada graf diatas peratusan kesan serangan kulat pada bangunan iaitu lepa pada tembok dan siling berperoi dan tanggal adalah sama dengan kesan kepada kesihatan iaitu sebanyak 13.6% responden telah bersetuju. Apabila kulat tumbuh pada tembok dan siling maka lepa pada bahagian tersebut akan tertanggal dn berperoi kerana lepaan itu tidak melekat sepenuhnya pada bahagian tersebut. Sebanyak 9.7% responden bersetuju bahawa kemasan tidak lekat sepenuhnya pada dasarnya. Hal ini kerana terdapat kulat pada permukaan struktur tersebut yang menyebabkan kemasan tidak dapat melekat sepenuhnya pada dasarnya. 6.6% responden menyatakan bahawa kesan serangan kulat pada bangunan akan menyebabkan pendawaian menjadi rosak dan bahagian buatan besi menjadi karat. Dengan adanya air dan udara maka bahagian besi akan berkarat manakala pendawaian elektrik akan rosak dan boleh membahayakan penghuni dalam bangunan. 3.6% responden pula mengatakan bahawa kesan serangan kulat pada bangunan akan menyebabkan bangunan menjadi lumpuh. Hal ini kerana tahap keupayaan bangunan tersebut akan berkurangan daripada usianya yang sebenar. Bangunan itu pula akan kelihatan usang berbanding dengan bangunan yang dibina sama waktu dengannya tetapi tidak mengalami masalah serangan kulat pada bangunan. 7.1 Maklum Balas Keseluruhan Terhadap Langkah-Langkah Mengatasi Masalah Serangan Kulat Pada Bangunan Jadual 3: Maklum Balas Keseluruhan Terhadap Langkah-Langkah Mengatasi Masalah Serangan Kulat Pada Bangunan Maklum Balas Keseluruhan Terhadap Langkah-Langkah Peratus Kekerapan Mengatasi Masalah Serangan Kulat Pada Bangunan % Kaedah Pemantauan Dalam Dan Luar Bangunan 38 17.4% Penyenggaraan Bangunan 35 16.1% Kaedah Pemerhatian Semasa Proses Pembinaan 33 15.1% Pemilihan Bahan Binaan 33 15.1% Strategi Reka Bentuk Bangunan 31 14.2% Menggunakan RawatanAlternatif 22 10.1% Penggunaan Cat 13 6% Pemasangan Papan Dinding Dan Kemasan Hamparan 13 6% JUMLAH 218 100 Jadual diatas menunjukkan maklum balas keseluruhan terhadap langkah-langkah mengatasi masalah serangan kulat pada bangunan. 7

Rajah 3 : Maklum Balas Keseluruhan Terhadap Langkah-Langkah Mengatasi Masalah Serangan Kulat Pada Bangunan Berdasarkan rajah diatas didapati sebanyak 17.4% responden menyatakan pemantauan dalam dan luar bangunan merupakan langkah utama mangatasi masalah serangan kulat pada bangunan. Bagi bangunan yang telah siap dibina pemantauan harus dilakukan secara berkala dan berjadual bagi mencegah serangan kulat daripada berlaku. Hal ini kerana pencegahan dari peringkat awal dapat menyekat kulat tersebut daripada membiak dengan lebih banyak selain dapat menjimatkan perbelanjaan penyelenggaraan. Ini dibuktikan sebanyak 16.1% responden menyatakan bahawa penyenggaraan bangunan secara berkala dan berjadual merupakan langkah mengatasi serangan kulat pada bangunan. Selain daripada kaedah pemantauan, kaedah pemerhatian semasa proses pembinaan bangunan dijalankan perlu dilakukan bagi mengatasi masalah serangan kulat ini. Sebanyak 15.1% responden bersetuju dengan penyataan ini hasil daripada keberkesanan yang dijalankan dan pengalaman pihak responden tersebut. Pemerhatian yang dilakukan dapat mencegah daripada penyalahgunaan bahan binaan yang tidak bermutu dan berkualiti selain dapat memerhati prosedur buruh binaan melakukan kerja. 15.1% responden memberi penyataan bahawa pemilihan bahan binaan yang ada jaminan, baik dan berkualiti dari pembekal dapat mengelakkan dari berlakunya serangan kulat pada bangunan tersebut. Apabila bahan binaan yang digunakan baik dan berkualiti maka ketahanan bangunan itu akan lebih lama dan kecacatan pada bangunan dapat dikurangkan. 14.2% responden pula mengatakan bahawa strategi reka bentuk bangunan yang sesuai dapat mengatasi masalah serangan kulat pada bangunan. Strategi yang betul semasa perancangan pembinaan dapat mencegah dari berlaku serangan kulat seperti rupa bentuk bangunan, kedudukan bangunan, ketinggian bangunan dan lain-lain lagi. 10.1% responden menggunakan rawatan alternatif lain dalam mengatasi masalah serangan kulat. Ia berdasarkan kepada pengalaman yang dilalui sepanjang mengendalikan proses pembinaan dan penyenggaraan bangunan. Kebanyakkan daripada mereka menggunakan bahan kimia bagi mengatasi masalah serangan kulat ini. 6% para responden mengatakan bahawa pemasangan papan dinding dan kemasan lantai membantu mengatasi masalah serangan kulat pada bangunan. Hal ini kerana apabila kemasan dinding dan lantai dipasang serangan kulat sukar terjadi pada bahan tersebut dan ini dapat mengatasi masalah serangan kulat pada bangunan. 8.0 Kesimpulan Dan Rumusan Kehadiran serangan kulat pada bangunan menyebabkan keadaan permukaan bahagian dalam dan luar bangunan terjejas. Dengan tindakan dan perancagan yang betul dapat mengelakan 8

kerosakan yang lebih teruk pada bangunan tersebut. Hasil kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa tiga (3) pun ca utama yang tertinggi berlakunya serangan kulat pada bangunan adalah disebabkan oleh penggunaan bahan yang tidak sesuai. Keadaan ini disebabkan oleh faktor untuk menjimatkan kos, tiada pemantauan dan penilitian dalam pemilihan bahan binaan dan sikap mementingkan keuntungan semata-mata. Di ikuti oleh keadaan cuaca yang tidak menentu, tahap kelembapan udara yang tinggi menyebabkan kehadiran serangan kulat. Satu lagi punca utama yang di kaji adalah penggunaan penyamanan udara. Keadaan ini disebabkan oleh tiada pengudaraan yang baik dalam sesuatu ruang dan menyebabkan udara terperuap dan tidak bebas. Begitu juga dengan lelehan air dari penyaman udara yang tidak di buat paip khusus untuk alirannya keluarnya. Akibatnya permukaan yang tidak dibuat paip saliran akan berlumut dan menambahkan kos penyelenggaraan. Objektif kedua yang dicapai dalam kajian ini ialah kesan-kesan serangan kulat pada bangunan. Berdasarkan kajian, didapati tiga (3) kesan tertinggi utama berdasarkan kajian yang dibuat melalui borang soal selidik. Kesan yang paling utama adalah permukaan bata yang berlumut. Bata akan berlumut akibat kelembapan yang berterusan punca dari penggunaan bahan yang tidak berkualiti, cuaca yang tidak menentu dan tiada penyenggaraan serta pemantauan. Kesan kedua pula adalah bahagian struktur kayu menjadi reput. Hal ini terjadi juga disebabkan penggunaan bahan yang tidak mempunyai kualiti dan kelembapan yang berterusan pada struktur itu. Kesan ketiga paling tinggi hasil kajian ini adalah cat mengelupas dan tertanggal pada struktur yang di cat. Kelembapan yang berterusan akibat struktur yang terdedah menyebabkan cat itu mengelupas dan tertanggal dari permukaannya. Kos untuk membaik pulih adalah tinggi dan menggunakan tenaga buruh yang ramai. Objektif ketiga dan terakhir dalam kajian ini adalah langkah-langkah mengatasi masalah serangan kulat pada bangunan. Secara umumnya objektif kajian ini tercapai berdasarkan analisis dan maklum balas yang diterima. Daripada lapan (8) langkah -langkah mengatasi serangan kulat yang dinyatakan, kajian ini mendapati terdapat tiga (3) langkah -langkah mengatasi yang tertinggi dipilih oleh pihak responden. Langkah-langkah mengatasi serangan kulat yang paling utama adalah dengan melakukan kaedah pemantauan dalam dan luar bangunan. Dengan adanya kaedah ini, keadaan fizikal bangunan akan terpelihara kerana jika terdapat kerosakan pada sesuatu struktur ia akan segera di baiki. Langkah kedua pula ialah penyenggaraan pada bangunan. Penyenggaraan amat perlu bagi bangunan supaya menjamin keselamatan dan keselesaan penghuni atau pengguna. Selain itu ia akan memanjangkan tempoh hayat bangunan itu sendiri. Langkah ketiga pula ialah kaedah pemerhatian semasa proses pembinaan. Kaedah ini adalah penting dimana semasa proses pembinaan awal dilakukan, segala bentuk pembinaan perlu diperhatikan agar tiada kesilapan terjadi. 9.0 Cadangan Cadangan yang boleh dibuat daripada kajian masalah dan pencegahan serangan kulat pada bangunan adalah mereka bentuk bangunan yang berdasarkan keperluan. Cara ini memerlukan pemahaman yang mendalam tentang cara untuk mengelakkan serangan kulat pada bangunan. Keadaan ini akan dapat dicapai jika data yang diperlukan telah tersedia, tetapi maklumat serangan kulat pada bangunan yang tepat bagi tujuan reka bentuk seni bina biasanya memang sukar didapati. Walau bagaimanapun, data-data serangan kulat pada bangunan boleh diperolehi 9

daripada buku-buku, keratan akbar, majalah, internet dan temubual bersama pihak yang berkaitan dengan masalah ini. Bagi melakukan pencegahan dan mengatasi masalah serangan kulat bangunan tersebut harus menggunakan penggunaan penebat haba dalam bangunan. Ini adalah untuk mengawal pengaliran haba dalam bangunan serta dapat mengekalkan udara panas dan sejuk. Sistem reka bentuk yang baik perlu dijalankan pada setiap bangunan. Selain itu juga, penggunaan bahanbahan dan cara pembinaan yang di tentukan oleh kesan pengubahsuaian fabrik bangunan. Penyeliaan rapi semasa proses kerja pembinaan dijalankan. Tindakan-tindakan yang lazim di amalkan pada bangunan di Malaysia dan negara-negara tropikal ialah menggunakan lapisan kalis lembap secara mendatar atau menegak pada tempat-tempat tertentu dalam tembok, lantai dan bumbung dimana kemungkinan besar kelembapan akan berlaku. 10. 0 Saranan Dan Kajian Lanjutan Dicadangkan kajian lanjutan bagi kajian ini agar mendapat penjelasan yang lebih tepat dan menekankan tentang kajian serangan kulat pada bangunan. Kajian mestilah dilakukan berdasarkan pengurusan daripada pihak penyenggaraan bangunan, mengenai cara yang terbaik bagi menghindari bangunan yang diduduki dan dijaga supaya kehadiran kulat dapat diatasi. Pengurusan daripada pihak penyenggaraan bangunan amat penting, ini kerana bangunan yang dijaga dan dikawal dengan cara yang terbaik mampu mengurangkan dan menghindari bangunan daripada serangan kulat. Selain itu, pengujian suhu dalam dan luar bangunan iaitu dengan adanya penggunaan penyamanan udara, perlulah dikaji supaya keseimbangan suhu terkawal dan seimbang. Ini kerana jika suhu dalam yang terlalu dingin dan sejuk, situasi ini akan menyebabkan kesan yang amat serius pada bangunan. Justeru itu, penekanan penggunaan penyamanan udara perlulah diambil perhatian yang sewajarnya. Ini bagi mengelakkan berlakunya serangan kulat secara perlahan-lahan dan jika ini berlaku berkemungkinan bangunan tersebut akan terjejas ekoran kehadiran kulat yang sukar untuk dikawal. Disarankan agar kajian ini dibuat lebih kepada cara-cara rawatan yang dilakukan oleh pihak atau kontraktor yang menguruskan serangan kulat ini. Kajian kami ini hanya tertumpu kepada rawatan asas yang perlu dilakukan bagi mengelakkan serangan kulat dari menjadi serius. Terdapat juga rawatan alternatif lain yang tidak dinyatakan dalam kajian ini. Jadi diharap kajian seterusnya dapatlah sekiranya hanya kajian mengenai cara rawatan yang lebih baik dan berkesan di lakukan setelah serangan kulat terjadi. 10

RUJUKAN Buku Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514). Ab. Aziz Yusof dan Intan Osman (2002). Pengurusan Sumber Manusia: Konsep, Isu dan Pelaksanaan. Edisi Pertama, Petaling Jaya : Prentice Hall. Abdul Hakim Bin Mohammed & Wan Min Bin Wan Mat ( 1991 ). TEKNOLOGI PENYENGGARAAN BANGUNAN. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (2000). Malaysia: Kementerian Sumber Manusia Mohd Yazam Sharif (2001). Asas Pengurusan Sumber Manusia. Edisi Pertama. Utusan Publications : Kuala Lumpur Sumber Elektronik Elissa Helmii, Malaysia Kini 3 Mac 2012, Kurang setahun, bangunan SPRM Melaka sudah berkulat. Diambil dari www.malaysiakini.com/news/190950 Rosmalina Abd Kadir, Sindrom Bangunan Sakit, Kosmo 5 Februari 2017. Diambil dari www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010... BIBLIOGRAFI PENULIS-PENULIS Nama Asal Pendidikan Kepakaran : Mohd Nadzrie bin Ahmad : Alor Setar, Kedah. : Ijazah Sarjana Muda Sains (Bangunan), UTM : Pengurusan Penyelenggaraan Bangunan 11