TAHAP PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH PENGENDALI MAKANAN DALAM MENGENDALIKAN MAKANAN SECARA BERSIH DAN SELAMAT

Similar documents
COMPARATIVE STUDY ON THE DIFFERENT RANGE OF NIR SENSOR MEASUREMENT FOR GLUCOSE CONCENTRATION MUHAMMAD HANIS BIN AZMI ALI

HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN KONSEP KENDIRI DALAM KALANGAN IBU TUNGGAL TIDAK BEKERJA DI JOHOR BHARU HELENA REMEO

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PERPUSTAKAAN UTHM * *

MODEL STATISTIK BERSEPADU PELBAGAI ARAS BAGI TRIGLISERIDA DAN TEKANAN DARAH MANUSIA: KAJIAN KES DI HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

PUSAT PEMBELAJARAN DIGITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH

EFFECT OF PATTERN RECOGNITION ABILITY TRAINING ON JUDGING PERFORMANCE OF MALAYSIAN RHYTHMIC GYMNASTIC JUDGES

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KESAN PERSONALITI SEBAGAI PENYEDERHANA TERHADAP HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI (EQ) DAN BUDAYA KESELAMATAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI MAKANAN DI DEWAN MAKAN ASRAMA SEKOLAH MENENGAH DI BANDAR ALOR GAJAH

ERGONOMICS SAFETY APPROACH IN WELDING SHOP (A CASE STUDY IN UTeM)

vii KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN / SIMBOL SENARAI LAMPIRAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Name of Candidate : SUBATHIRAH A/P MAYANDI

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KEKUATAN MENTAL PEMAIN BOLA SEPAK PIALA MALAYSIA MUSIM 2007/2008

PERSEPSI PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TERHADAP PERKHIDMATAN MAKANAN DI KAFETARIA KAMPUS UTM, SKUDAI. NURULAINI BINTI MOHD ARIF

USING TAM TO STUDY THE USER ACCEPTANCE OF IT IN THE YEMENI PUBLIC SECTOR (MINISTRY OF SOCIAL AFFAIRS AND LABOUR-YEMEN) ESMAT ABDULMAJID WAHDAIN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

IMPROVING SOCIAL RESPONSIVENESS OF CHILDREN WITH AUTISM SPECTRUM DISORDER THROUGH NEURO-PHYSICAL EXERCISE WONG SIAO YEN

To My Parents. My father, EsmaeelArzani My mother, Zahra Asadizadeh. My brother, Parham Arzani. & My beloved son SahandRoudpishi

KESEDARAN PELAJAR 4 SPH (PKPG) TERHADAP AMALAN PEMAKANAN DENGAN KESIHATAN MISSURIYATI BINTI MASNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN. Nama : Mohd Nawawi bin Omar (No. K.P: )

THE RELATIONSHIP OF EMOTIONAL INTELLIGENE, THE BIG FIVE PERSONALITY AND LIFE SATISFACTION DING I LING

FACTORS INFLEUNCING KNOWLEDGE SHARING AMONG UNIVERSITY ADMINISTRATORS SITI NOR HADIJAH BINTI MD SUPAAT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PM502: MARKETING RESEARCH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MOVE ANALYSIS OF PHARMACY RESEARCH ARTICLE DISCUSSION SECTIONS

The Ergonomic Factor of a Flexible Writing Table Chair for Left Handed Student

INTEGRATION OF MEDIAN FILTER AND ORIENTATION FIELD ESTIMATION FOR FINGERPRINT IDENTIFICATION SYSTEM

IEK 314 Environmental Audit [Audit Persekitaran]

Abstract of thesis presented to the Senate of University Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy.

THE INFLUENCE OF PERSONALITY TRAITS ON KNOWLEDGE SHARING IN THE CONTEXT OF RESEARCH SUPERVISION MUMTAZ ALI MEMON

VOICE ACTIVATED DOOR CONTROL SYSTEM CHONG SHEK MOI

INFLUENCE OF CORE SELF-EVALUATIONS ON KNOWLEDGE SHARING BEHAVIOUR WITH EVALUATION APPREHENSION AS A MEDIATOR KHAIRULBAHIYAH BT YAAKUB

Answer all questions. Jawab semua soalan.

A STUDY OF GENERATION Y TRAVEL BEHAVIOUR IN MALAYSIA TAN LAY YEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MATHEMATICS GRADUATES PERCEPTIONS ON SUITABILITY OF EMPLOYMENT USING LOGISTIC REGRESSION HEIRNIZAH MELATI BINTI JAMRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEDICAL CHECK-UP FORM (for Malaysian Students)

HEART MURMUR DETECTION AND ANALYSIS USING MULTIPOINT AUSCULTATION SYSTEM KAMARULAFIZAM BIN ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP CIRI-CIRI PERSAHABATAN KANAK-KANAK AUTISME (Parents' Perception Towards Friendship Characteristics Of Children With Autism)

ROLE OF LENGTH SPECIFICITY, VELOCITY SPECIFICITY AND NEURAL ADAPTATIONS IN STRENGTH TRAINING

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SET 1. Answer any four questions from this section. Jawab mana-mana empat soalan daripada bahagian ini.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECT OF PATTERN RECOGNITION ABILITY TRAINING ON JUDGING PERFORMANCE OF MALAYSIAN RHYTHMIC GYMNASTIC JUDGES

FOOD CONSUMPTION, DEVELOPMENTAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA COPYRIGHT UPM EFFECTS OF SPIRITUAL INTELLIGENCE-GRATITUDE TRAINING ON SPIRITUAL QUOTIENT OF IRANIAN ADOLESCENTS

OCCUPATIONAL NOISE EXPOSURE AMONG CONSTRUCTION WORKERS STEPHANIE STELLA ANAK DAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE RELATIONSHIP BETWEEN FACILITATIVE LANGUAGE LEARNING AND ORAL PERFORMANCE AMONG IRANIAN LEARNERS MOHAMMAD JAHANGIRI

4.8 Penyenggaraan Bangunan 55

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENYAKIT ALZHEIMER NORIDAYU KAMARULZAMAN

MUHAMMAD FARIHIN KATIMIN

SIGNAL INTERFERENCE TO ELECTROENCEPHALOGRAM AND ELECTROCARDIOGRAM SIGNAL NORAINI BTE ABDUL SAMAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tandangan : Nama Penyelia : En. Syahrul Ridhwan Morazuki

A STUDY ON HAND PRESS GRIP FORCE FOR PUSH ACTIVITY IN LAY UP PROCESS AT AEROSPACE INDUSTRY SITI NURATHIRAH BT MOHD ZULKEFLLE B

OF ARTEMIA f ED. H f. 'illl; HI SCICW UNiVHiKITl Mftlftyslft luil WWWJ. M/sl AY.SIA. y m ;':S iis lii5

Asian Social Work Journal, Volume 2, Issue 2, (page 26-35), Volume 2, Issue 2, November

AIR KENCING KETIKA MELAKUKAN LARIAN JARAK JAUH NUR FATIHAH BINTI RAIMI

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH KURANG BERAT BADAN DI EMPAT BUAH TADIKA KEMAS DI SKUDAI IBRAHIM BIN DAUD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMG 203 CHEMICAL ANALYSIS OF FOOD [ANALISIS KIMIA MAKANAN]

SENARAI SEMAKAN PUSAT KESIHATAN MAHASISWA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PERKARA ADA TIADA. Tarikh : Pegawai Perubatan Universiti

(Kertas soalan ini mengandungi 4 soalan dalam 6 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 4 questions on 6 printed pages)

COMPARING THREE METHODS OF HANDLING MULTICOLLINEARITY USING SIMULATION APPROACH NORLIZA BINTI ADNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INTERNALIZED STIGMA AMONG PATIENTS WITH DEPRESSION: COMPARISON BETWEEN EMPLOYED AND UNEMPLOYED GROUP DR. NAEMAH BINTI ABDUL RAHIM

RADIAH BINTI ALI MASTER OF SCIENCE 2014 UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Pengetahuan dan Pengamalan Sanitasi Makanan di Dewan Makan Asrama Sekolah Menengah di Bandar Alor Gajah

Cambridge International Examinations Cambridge International General Certificate of Secondary Education

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FACTORS AFFECTING COMPLAINT BEHAVIOR AMONG MOTOR VEHICLE REPAIR SERVICE CONSUMERS IN SHAH ALAM, MALAYSIA

AN ANALYSIS ON SECURITY AWARENESS OF SOCIAL NETWORKS USERS

KESAN PENGGORENGAN BERULANG KALI TERHADAP SIFAT-SIFAT FIZIKOKIMIA MINYAK MASAK OLEIN SAWIT LAILATUL SYEMA BINTI JURID


AN OPTIMIZATION OF MIXING PROCESS PARAMETERS FOR SOY SAUCE PRODUCTION

Stroke Prevention. Adding years of healthy life. A Public Education Guide to. National Healthcare Group Adding years of healthy life

FACTORS INFLUENCING KNOWLEDGE SHARING INTENTION IN HIGHER EDUCATION INSTITUTION LIM SIEW EN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MENTAL HEALTH, EMOTIONAL INTELLIGENCE AND SOCIAL SUPPORT AMONG MOTHERS OF CHILDREN WITH MILD INTELLECTUAL DISABILITY

THE IMPACT OF SAFETY AWARENESS TO MODERATE THE RELATIONSHIP OF EMPLOYEE PARTICIPATION ON SAFETY PERFORMANCE AT PERODUA, RAWANG

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI KURSUS PENYEDIAAN MAKANAN BAGI TAJUK DIET DAN DIABETES, DIET DAN HIPERTENSI

ORTHO-CRESOL AS INDICATOR FOR TOLUENE EXPOSURE AMONG WORKERS

HakCipta Irfan Khairi Sdn. Bhd.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPACT OF PSYCHO-EDUCATIONAL GROUP INTERVENTION USING COGNITIVE BEHAVIORAL THERAPY ON IRANIAN MALE DRUG ADDICTS IN A REHABILITATION CENTER

COLLECTION OF PERSONAL INFORMATION

TIME SERIES SUPPORT VECTOR REGRESSION MODELS WITH MISSING DATA TREATMENTS FOR WATER LEVEL PREDICTION NORAINI BINTI IBRAHIM

KAUNSELING. Newsletter Title B U S I N E S S N A M E D PUNCAK

Oleh: Sofinah Lamudin forex.mudahkaya.com. Edisi Newbie

1 of 8. Gransea (M) Sdn. Bhd. O'Kim Compound GC300 (Magnesium Calcium)

CALL for ACTION" UITLINE. MONDAY-FRIDAY [9.00am TO 4.30pm]

PEMILIHAN MAKANAN DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA: SATU TINJAUAN

ON THE PREVALENCE OF COMMUNICATION AND ENGLISH LANGUAGE ANXIETIES AS POSSIBLE ANTECEDENTS OF LIBRARY ANXIETY JANAKI SINNASAMY

EXPORT PERSONNEL PERCEPTIONS OF EXPORT PERFORMANCE TO CHINA MARKET FARSHID MOVAGHAR MOGHADDAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Fakulti Psikologi dan Pendidikan Universiti Malaysia Sabah

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA LIPID PRODUCTION IN MARINE MICROALGAE UNDER DIFFERENT SALINITY, TEMPERATURE AND NUTRIENT LEVELS

SITI BALQIS CHE OTHMAN DOCTOR OF PHILOSOPHY 2015

MODIFICATION OF INTERVAL TYPE-2 FUZZY TOPSIS AND ITS APPLICATION TO FLOOD CONTROL PROJECT SELECTION NURNADIAH BINTI ZAMRI

Transcription:

TAHAP PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH PENGENDALI MAKANAN DALAM MENGENDALIKAN MAKANAN SECARA BERSIH DAN SELAMAT MAZHAFIZNI BINTI MAT ZIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16(Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL : BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS TAHAP PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH PENGENDALI MAKANAN DALAM MENGENDALIKAN MAKANAN SECARA BERSIH DAN SELAMAT SESI PENGAJIAN : 2010/2011 Saya MAZHAFIZNI BINTI MAT ZIN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. ** Sila tandakan ( ) SULIT TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : PUAN NORNAZIRA BINTI NO. 91, FELDA JERANGAU BARAT, SUHAIROM 21820 AJIL, TERENGGANU (NAMA PENYELIA) DARUL IMAN Tarikh: 13 MEI 2011 Tarikh: 13 MEI 2011 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan PSM.

Saya akui telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Tandatangan :. Nama Penyelia : PUAN NORNAZIRA BINTI SUHAIROM Tarikh : 13 MEI 2011

TAHAP PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH PENGENDALI MAKANAN DALAM MENGENDALIKAN MAKANAN SECARA BERSIH DAN SELAMAT MAZHAFIZNI BINTI MAT ZIN Laporan Projek ini Dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MEI, 2011

ii Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan :. Nama Penulis : MAZHAFIZNI BINTI MAT ZIN Tarikh : 13 MEI 2011

iii DEDIKASI Buat insan-insan teristimewa di hatiku... Buat mak dan abah tercinta, Fatimah Binti Mohd Takir dan Mat Zin Bin Mat Uyob Yang sentiasa menjadi pembakar semangatku. Buat kakak-kakak, abang dan adik-adikku, Yang sentiasa bersamaku. Buat rakan-rakan seperjuanganku, Yang menempuhi suka dan duka bersamaku. Buat Penyelia PSM, Puan Nornazira Binti Suhairom Yang tidak pernah jemu mendidikku. Segala pengorbanan kalian akan ku sanjung hingga ke akhirnya. Semoga ikatan ukhuwah kekal terjalin dan dirahmati-nya sentiasa. Terima kasih yang tidak terhingga buat semua...

iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan izinnya, dapatlah saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Puan Nornazira Binti Suhairom selaku penyelia Projek Sarjana Muda saya kerana telah memberi bimbingan, bantuan dan nasihat serta tunjuk ajar sepanjang tempoh saya menjalankan kajian ini. Segala ilmu yang diberikan amat berharga dan akan dikenang sepanjang hayat. Tidak lupa juga sekalung terima kasih juga diucapkan kepada keluarga terutamanya bonda dan ayahanda yang tercinta kerana tidak jemu memberi dorongan dan semangat serta bantuan dari segala aspek sehingga tamatnya kajian yang dijalankan ini. Semoga mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Buat rakan-rakan yang dikasihi, terima kasih di atas bantuan dan sokongan yang diberikan selama ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak dalam menjalankan kajian ini. Allah sahaja yang dapat membalas budi baik kalian. Semoga dengan segala curahan dan perkongsian ilmu yang diperoleh sepanjang kajian ini dapat memberi panduan dan manfaat kepada semua. Amin. Mazhafizni Binti Mat Zin UTM Skudai, Johor

v ABSTRAK Pengambilan makanan yang bersih dan selamat dapat mengelakkan daripada berlakunya penyakit bawaan makanan. Oleh itu, pengendali makanan bertanggungjawab sepenuhnya dalam menyediakan makanan yang bersih dan selamat kepada pelanggan. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan, halangan yang dihadapi dan tahap amalan dalam pengendalian makanan secara bersih dan selamat oleh pengendali makanan di kafeteria UTM Skudai. Seramai 86 orang pengendali makanan dari 22 buah kafeteria yang telah terlibat sebagai sampel. Instrumen yang digunakan di dalam kajian ini adalah borang soal selidik. Item-item dalam borang soal selidik adalah berkaitan dengan tahap pengetahuan, faktor halangan masa, faktor halangan latihan, faktor halangan kemudahan dan tahap amalan dalam penyediaan makanan secara bersih dan selamat. Nilai kebolehpercayaan (alpha cronbach) bagi instrumen kajian mengikut setiap pembolehubah ialah melebihi 0.602. Data dianalisis menggunakan analisis secara diskriptif untuk mendapatkan nilai min, sisihan piawai, peratus dan kekerapan. Hasil kajian menunjukkan kebanyakan pengendali makanan mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi dan mengamalkan pengendalian makanan secara bersih dan selamat. Kebanyakan pengendali makanan bersetuju bahawa masa merupakan faktor halangan yang paling tinggi dalam penyediaan makanan secara bersih dan selamat berbanding halangan latihan dan halangan kemudahan.

vi ABSTRACT Intake of clean and safe food is initial in preventing from food borne illnesses. Therefore, food handlers are fully responsible in preparing clean and safe food to the consumer. This research has been carried out to identify the level of knowledge, barriers and practices of hygienic and safe food handling in UTM Skudai cafeterias. The study involves 86 food handlers from 22 cafeterias. A set of questionnaire has been used as an instrument for this research. Items in these questionnaires are measures the level of knowledge, time barrier, training barrier, facility barrier and practices in clean and safe food preparation. The reliability (alpha cronbach) for the instrument for every variable is more than 0.602. Data were analyzed using descriptive analysis to obtain mean, standard deviation, percentage and frequency. Results showed that most of the food handlers demonstrate a high level of knowledge and practiced the clean and safe food handling. Most of food handlers agree that time is the highest barrier in preparing clean and safe food compared to training and facility.

vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN MUKA DEPAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI ISI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN ii iii iv v vi vii xii xiv xv xvi BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan 1 1.1 Latar Belakang Masalah 3 1.2 Pernyataan Masalah 5 1.3 Kerangka Kajian 6 1.4 Objektif Kajian 7

viii 1.5 Persoalan Kajian 7 1.6 Kepentingan Kajian 1.6.1 Pengendali Makanan 8 1.6.2 Mahasiswa 9 1.6.3 Pihak Universiti 9 1.6.4 Kementerian Kesihatan 9 1.7 Skop Kajian 9 1.8 Terminologi 1.8.2 Pengendalian 10 1.8.3 Makanan 10 1.8.4 Bersih 10 1.8.5 Selamat 11 1.8.6 Pengendali 11 1.8.7 Kafeteria 11 1.8.8 Keracunan Makanan 12 1.8.9 Halangan 12 1.8.10 Pengetahuan 12 1.8.11 Masa 13 1.8.12 Latihan 13 1.8.13 Kemudahan 13 BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.0 Pengenalan 14 2.1 Tahap Pengetahuan Pengendali Makanan 14 2.2 Model Kepercayaan Kesihatan 17 2.3 Faktor Halangan Masa 19

ix 2.4 Faktor Halangan Latihan 20 2.5 Faktor Halangan Kemudahan 22 2.6 Tahap Amalan Pengendalian Makanan 23 2.7 Kesimpulan 24 BAB 3 METODOLOGI 3.0 Pengenalan 25 3.1 Reka Bentuk Kajian 25 3.2 Lokasi Kajian 26 3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 27 3.4 Instrumen Kajian 3.4.1 Bahagian A: Latar Belakang Responden 31 3.4.2 Bahagian B: Persoalan Kajian 32 3.5 Kesahan Soal Selidik 33 3.6 Prosedur Kajian 33 3.7 Kajian Rintis 34 3.8 Analisis Data 35 3.9 Kesimpulan 36 BAB 4 ANALISIS DATA 4.0 Pengenalan 37 4.1 Analisis data Bahagian A 37 4.1.1 Jantina 38 4.1.2 Umur 38 4.1.3 Bangsa 39 4.1.4 Pendidikan Akademik 39

x 4.1.5 Pengalaman Mengendali Perniagaan Makanan 40 4.1.6 Penyertaan Kursus Mengendali Makanan 41 4.1.7 Kekerapan Penyertaan Dalam Kursus 41 4.2 Analisis Bahagian B 42 4.2.1 Tahap pengetahuan pengendali makanan 43 4.2.2 Faktor halangan masa terhadap amalan penyediaan makanan yang bersih dan selamat 47 4.2.3 Faktor halangan latihan terhadap amalan penyediaan makanan yang bersih dan selamat 48 4.2.4 Faktor halangan kemudahan terhadap amalan penyediaan makanan yang bersih dan selamat 50 4.2.5 Tahap amalan penyediaan makanan secara bersih dan selamat 51 4.3 Analisis Keseluruhan 54 BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.0 Pengenalan 56 5.1 Rumusan 56 5.2 Perbincangan 58 5.2.1 Demografi responden 59 5.2.2 Tahap Pengetahuan 60 5.2.3 Faktor Halangan Masa 61

xi 5.2.4 Faktor Halangan Latihan 62 5.2.5 Faktor Halangan Kemudahan 63 5.2.6 Tahap Amalan 64 5.3 Cadangan 66 5.3.1 Pengendali Makanan 66 5.3.2 Pengguna 68 5.3.3 Pihak Universiti 68 5.5 Cadangan lanjutan 69 5.6 Penutup 70 RUJUKAN 71

xii SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 3.1 Senarai Bilangan Pekerja Mengikut Kafeteria di UTM Skudai 28 3.2 Senarai Bilangan Responden Yang Terpilih Mengikut Kafeteria 29 3.3 Maklumat Demografi Responden 31 3.4 Pembolehubah dan Nombor Item 32 3.5 Skala Pemeringkatan Likert 33 3.6 Nilai Kebolehpercayaan 35 3.7 Analisis Skor Min 35 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 38 4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 38 4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 39 4.4 Taburan Responden Mengikut Pendidikan Akademik 39 4.5 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengendalikan 40 Perniagaan Makanan 4.6 Taburan Responden Mengikuti Kursus Mengendali Makanan 41 4.7 Taburan Responden Mengikuti Kekerapan 41 Penyertaan Dalam Kursus

xiii 4.8 Tahap pengetahuan mengenai penyediaan makana secara 43 bersih dan selamat 4.9 Faktor halangan masa terhadap amalan penyediaan makanan 47 Secara bersih dan selamat 4.10 Faktor halangan latihan terhadap amalan penyediaan makanan 48 Secara bersih dan selamat 4.11 Faktor halangan kemudahan terhadap amalan penyediaan 50 makanan secara bersih dan selamat 4.12 Tahap amalan penyediaan makanan secara bersih dan selamat 51 4.13 Taburan min keseluruhan bagi tahap pengetahuan, halangan 54 dan tahap amalan penyediaan makanan secara bersih dan selamat

xiv SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK HALAMAN 1.1 Tahap Pengetahuan dan Faktor-faktor Halangan Terhadap Pengendalian Makanan Secara Bersih dan Selamat 6 2.1 Empat Komponen Dasar Model Kepercayaan Kesihatan 17

xv SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL ISMP KKM PMR SPH SPM SPMV Isyarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kementerian Kesihatan Malaysia Penilaian Menengah Rendah Sarjana Pendidikan Kemahiran Hidup Sijil Pelajaran Malaysia Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional SPSS Statistical Package For The Social Science version 17.0 SS S KS TS STS STPM UTM f Sangat Setuju Setuju Kurang Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia Universiti Teknologi Malaysia Frekuensi % Peratus

xvi SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT Lampiran A Borang Soal Selidik 76 Lampiran B Surat pengesahan Pensyarah 85 Lampiran C Surat kebenaran dapatkan maklumat bilangan lot cafeteria di UTM Skudai 87 Lampiran D Surat kebenaran mendapatkan maklumat 89 Lampiran E Jadual Krejcie R.V dan Morgan D.W. 91

BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Mengikut teori Maslow, peringkat keperluan fisiologi merupakan keperluan yang paling asas. Keperluan ini adalah penting bagi kehidupan sesuatu organisma, apatah lagi manusia. Menurut Maslow (1970) telah menjelaskan bahawa keperluan-keperluan manusia itu berperingkat-peringkat dan sesuatu peringkat keperluan yang lebih tinggi tidak mungkin diperolehi sebelum keperluan yang lebih rendah peringkatnya dipenuhi terlebih dahulu. Keperluan asas ini merangkumi apa yang diperlukan untuk diri atau fizikal seseorang seperti keperluan mendapatkan makanan, minuman dan tempat tinggal. Namun, antara ketiga-tiga keperluan asas berikut, perkara penting yang ingin dibincangkan adalah keperluan manusia kepada makanan. Makanan merupakan keperluan asas kepada manusia untuk meneruskan kehidupan seharian. Makanan yang dimakan setiap hari haruslah bersih dan bebas daripada sebarang kuman dan bendasing bagi menjamin kesihatan tubuh badan. Pengambilan makanan yang selamat dan seimbang dapat memberi kesempurnaan kesihatan hidup kerana makanan boleh menjadi satu faktor pencegahan penyakit (Clayton, Griffith, Peters, & Price, 2002). Hal ini kerana, kesihatan tubuh badan manusia akan menjamin hidup yang lebih berkualiti dan dapat melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Menurut Fischer, Frewer & Nauta (2006) keselamatan makanan merupakan satu perkara yang sangat penting dan perlu diberi perhatian bagi mengelakkan pengguna daripada terkena penyakit bawaan makanan yang memberi kesan negatif kepada keadaan kesihatan seseorang individu yang terlibat. Pelbagai isu berkaitan keselamatan makanan telah dilaporkan semenjak beberapa dekad ini. Selain mempengaruhi kesihatan pengguna yang mendapatkan makanan di premis menjual makanan, hal ini juga memberi kesan kepada tahap kepercayaan seseorang individu terhadap keselamatan makanan yang disajikan (Janneke, Hans, Reint & Lynn, 2010). Oleh itu, menjadi satu kepentingan kepada premis menjual makanan agar sentiasa menitikberatkan soal kebersihan dan keselamatan makanan supaya pengguna sentiasa memberi kepercayaan terhadap keselamatan makanan yang disajikan kepada mereka. Bagi mengurangkan berlakunya penyakit bawaan makanan di kalangan pengguna, mereka perlu tahu perkara yang harus dilakukan jika berdepan dengan situasi keracunan makanan. Pengguna seharusnya bijak bertindak seperti membuat aduan kepada mana-mana pihak yang berkaitan supaya kes keracunan makanan tidak lagi berleluasa di kalangan pengguna (Fischer et al., 2006). Pendidikan tentang keselamatan dalam penyediaan makanan adalah penting kepada orang dewasa kerana setiap individu tersebut berpotensi menyedia dan mengendalikan makanan kepada orang ramai yang mungkin berisiko besar untuk mendapat penyakit bawaan makanan (Abbot, Byrd-Bredbenner, Schaffner, Bruhn & Blalock, 2009). Orang dewasa yang tidak mempunyai pendedahan berkenaan amalan pengendalian makanan secara bersih dan selamat mungkin akan menjadi penyebab kepada berlakunya keracunan makanan.

Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 (Akta 281), menjelaskan bahawa orang ramai diberi perlindungan daripada sebarang bentuk penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan bahan makanan supaya makanan yang disediakan oleh pengendali sentiasa selamat, berkualiti, bersih dan bebas dari sebarang pencemaran yang boleh menyebabkan keracunan makanan. (Sumber:Kementerian Kesihatan Malaysia) 1.1 Latar Belakang Masalah Keselamatan makanan kerap dipersoalkan dan menjadi isu kesihatan yang semakin membimbangkan. Penyakit bawaan makanan atau dalam kata lain, keracunan makanan kian menular di merata dunia, termasuk negara maju. Berjuta-juta orang jatuh sakit disebabkan pengambilan makanan dan penggunaan air yang tercemar dalam pengendalian makanan. (Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia) Menurut Motarjemi, Kaferstein, Moy, Miyagasawa & Miyagashima (1996) penyakit bawaan makanan merupakan salah satu masalah yang sering berlaku walaupun di sebuah negara yang telah membangun. Salah satu punca berlakunya penularan penyakit ini ialah kerana terdapatnya pengendali makanan yang tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menyediakan makanan secara bersih dan selamat. Kekurangan pengetahuan yang dimiliki oleh pengendali makanan dan amalan penyediaan makanan yang tidak mengikut garis panduan yang betul boleh menyebabkan penularan penyakit bawaan makanan yang serius kepada pelanggan. Keadaan ini memberi kesan yang negatif jika berlaku di tempat tumpuan seperti persekitaran sekolah dan kolej (Griffith, Worsfold & Molto, 1998). Pengendali makanan harus menyediakan makanan secara bersih dan selamat untuk dimakan kerana makanan yang tidak bersih boleh mengandungi bahan-bahan berbahaya atau

bakteria penyakit yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan seperti taun, tifoid, keracunan makanan, penyakit kuning (Hepatitis A) dan lain-lain. (Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia) Pengendali makanan bukan sahaja perlu menyediakan makanan yang berkhasiat dan seimbang, tetapi juga perlu berhati-hati dan mengelakkan daripada menyediakan makanan yang mendedahkan pelanggan kepada penyakit bawaan makanan. Oleh itu, menjadi satu kemestian bagi pengendali makanan mengamalkan amalan penyediaan dan penyajian makanan yang bersih dan selamat untuk dimakan. Kebanyakan penyakit berkaitan makanan berlaku akibat dari amalan penyediaan makanan yang tidak betul. Jadi, amalan kebersihan dan latihan merupakan langkah pertama yang dicadangkan bagi mengelakkan berlakunya amalan yang tidak betul dalam pengendalian makanan (Maria, Jose, Luis & Olga, 2008). Kebersihan merupakan kunci kepada kesihatan dan kehidupan yang harmoni. Apabila ditanya tentang kebersihan diri, semua orang mengetahui maksud kebersihan diri. Namun, masih ramai yang tidak mempraktikkan amalan kebersihan diri malahan menganggap kebersihan diri sebagai satu perkara kecil sahaja. Menurut kajian Roger & Angela (2007), amalan pengendalian makanan yang tidak selamat dalam penyediaan makanan merupakan penyumbang utama terhadap jangkitan penyakit bawaan makanan. Namun pengendali makanan yang mempunyai pengetahuan, pendidikan serta latihan menunjukkan kejayaan yang sederhana dalam mengubah tingkah laku pengendali makanan. Tambahan pula latihan yang diberikan kepada pengendali makanan tidak menjamin bahawa pengendali mengaplikasikan amalan kebersihan dan keselamatan dalam pengendalian makanan. Kebanyakan pengetahuan yang diperoleh tidak dipraktikkan dalam pengendalian makanan (Bolton, Meally, Blair, McDowell & Cowan, 2008). Menurut Egan, Raats, Grubb, Eves, Lumbers, Dean & Adams (2007), kebanyakan program yang disediakan kepada pengendali makanan hanya bergantung kepada perkongsian maklumat. Dengan perkongsian maklumat sahaja diharapkan dapat memberi perubahan yang besar kepada tingkah laku pengendalian

makanan yang selamat, namun perkara tersebut hanya menyumbang sedikit sahaja perubahan dalam kalangan pengendali makanan. Selain itu, program latihan bagi meningkatkan amalan keselamatan makanan di dalam penyediaan makanan tidak begitu berkesan memandangkan sebilangan rakyat Amerika yang terkena penyakit bawaan makanan semakin meningkat setiap tahun (Howells, Roberts, Shanklin, Pilling, Brannon & Barrett, 2008) bersih dan selamat meskipun telah menjalani latihan dan mempunyai pengetahuan asas. Kenyataan ini juga disokong oleh Angelillo, Viggiani, Rizzo & Bianco (2000) bahawa pengetahuan yang diperoleh tidak semestinya digunakan dalam amalan penyediaan makanan yang bersih dan selamat. 1.2 Pernyataan Masalah Kafeteria-kafeteria yang terdapat di kolej sekitar institusi pengajian merupakan sumber utama di mana para pelajar memperoleh makanan (Teoh, 2002). Dengan itu, secara langsung kafeteria-kafeteria ini memikul tanggungjawab untuk menyediakan pelbagai jenis makanan yang bersih dan kemudahan untuk keperluan fizikal dan emosi pelajar. Jadi, semua pengusaha kafeteria menyediaan makanan yang bersih dan selamat supaya tidak berlaku kes keracunan makanan dalam di kalangan pelajar dan pelanggan yang mendapatkan makanan di tempat tersebut. Oleh itu, dalam kajian ini penyelidik menjalankan kajian untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan faktor-faktor yang menghalang pengendali bagi menyediakan makanan yang bersih dan selamat. Pengendali makanan mempunyai halangan seperti keterbatasan waktu, kurangnya latihan dan kemudahan yang tidak mencukupi sebagai alasan untuk tidak mempraktikkan amalan pengendalian makanan secara bersih dan selamat (Howells et al., 2008).

1.3 Kerangka Kajian Faktor halangan merupakan salah satu pembolehubah yang terdapat di dalam Model Kepercayaan Kesihatan. Bagi kajian ini, penyelidik hanya menfokuskan kepada pembolehubah halangan sahaja. Menurut beberapa kajian lepas telah mengenalpasti faktor yang menjadi penghalang kepada amalan penyediaan makanan yang bersih dan selamat iaitu faktor masa, faktor latihan dan faktor kemudahan. Penyelidik juga mengkaji tahap pengetahuan yang dimiliki oleh pengendali makanan dan tahap amalan pengendalian makanan secara bersih dan selamat. Rajah 1.1 menunjukkan kerangka kajian bagi tahap pengetahuan dan faktor-faktor halangan terhadap pengendalian makanan secara bersih dan selamat. Faktor Latihan Faktor Masa Tahap Pengetahuan Faktor Kemudaha n Faktor penghalang terhadap pengendalian makanan secara bersih dan selamat Rajah 1.1: Tahap Pengetahuan dan Faktor-faktor Halangan Terhadap Pengendalian Makanan Secara Bersih dan Selamat. Amalan pengendalian makanan secara bersih dan selamat

1.4 Objektif Kajian Bagi menjalankan kajian ini, terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai oleh penyelidik. Antara objektif tersebut ialah: 1. Mengenal pasti tahap pengetahuan pengendali makanan di kafeteria UTM Skudai mengenai penyediaan makanan secara bersih dan selamat. 2. Mengenal pasti faktor halangan masa terhadap amalan penyediaan makanan yang bersih dan selamat dalam kalangan pengendali makanan di UTM Skudai. 3. Mengenal pasti faktor halangan latihan terhadap amalan penyediaan makanan yang bersih dan selamat dalam kalangan pengendali makanan di UTM Skudai. 4. Mengenal pasti faktor halangan kemudahan terhadap amalan penyediaan makanan yang bersih dan selamat dalam kalangan pengendali makanan di UTM Skudai. 5. Mengenal pasti tahap amalan penyediaan makanan secara bersih dan selamat dalam kalangan pengendali makanan di UTM Skudai. 1.5 Persoalan Kajian kajian iaitu: Dalam kajian ini pengkaji mengemukakan beberapa persoalan berdasarkan objektif 1. Apakah tahap pengetahuan pengendali makanan di kafeteria UTM Skudai mengenai penyediaan makanan secara bersih dan selamat?

2. Apakah faktor halangan masa terhadap amalan penyediaan makanan yang bersih dan selamat dalam kalangan pengendali makanan di UTM Skudai? 3. Apakah faktor halangan latihan terhadap amalan penyediaan makanan yang bersih dan selamat dalam kalangan pengendali makanan di UTM Skudai? 4. Apakah faktor halangan kemudahan terhadap amalan penyediaan makanan yang bersih dan selamat dalam kalangan pengendali makanan di UTM Skudai? 5. Apakah tahap amalan penyediaan makanan secara bersih dan selamat dalam kalangan pengendali makanan di UTM Skudai? 1.6 Kepentingan Kajian Kajian ini dijalankan dengan harapan agar dapat membantu banyak pihak daripada beberapa aspek iaitu: 1.6.1 Pengendali Makanan Membantu pengendali makanan mengenalpasti halangan-halangan yang dihadapi dan memberi panduan kepada pengendali-pengendali makanan agar sentiasa mengamalkan amalan penyediaan makanan secara bersih dan selamat. Selain itu, dapat memotivasikan pengendali makanan supaya memperbaiki dan meningkatkan usaha dan mutu dalam perkhidmatan mereka mengikut etika yang sebenar.

1.6.2 Mahasiswa Menyedarkan mahasiswa bahawa mereka mempunyai hak untuk mendapat perkhidmatan dan makanan yang bersih dan selamat bagi menjamin kesihatan diri dan kualiti hidup yang lebih baik. 1.6.3 Pihak Universiti Membantu pihak universiti memantau setiap cafeteria yang ada di dalam UTM Skudai supaya sentiasa mengamalkan amalan kebersihan dan keselamatan dalam pengendalian makanan. Di samping itu juga dapat membantu pihak university mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak kafetaria yang tidak mengaplikasikan amalan keselamatan dengan memberhentikan tender terhadap kafeteria tersebut.