KESEDARAN PELAJAR 4 SPH (PKPG) TERHADAP AMALAN PEMAKANAN DENGAN KESIHATAN MISSURIYATI BINTI MASNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Similar documents
HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN KONSEP KENDIRI DALAM KALANGAN IBU TUNGGAL TIDAK BEKERJA DI JOHOR BHARU HELENA REMEO

MODEL STATISTIK BERSEPADU PELBAGAI ARAS BAGI TRIGLISERIDA DAN TEKANAN DARAH MANUSIA: KAJIAN KES DI HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PUSAT PEMBELAJARAN DIGITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

KESAN PERSONALITI SEBAGAI PENYEDERHANA TERHADAP HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI (EQ) DAN BUDAYA KESELAMATAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TAHAP PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH PENGENDALI MAKANAN DALAM MENGENDALIKAN MAKANAN SECARA BERSIH DAN SELAMAT

KAUNSELING. Newsletter Title B U S I N E S S N A M E D PUNCAK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MATHEMATICS GRADUATES PERCEPTIONS ON SUITABILITY OF EMPLOYMENT USING LOGISTIC REGRESSION HEIRNIZAH MELATI BINTI JAMRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EFFECT OF PATTERN RECOGNITION ABILITY TRAINING ON JUDGING PERFORMANCE OF MALAYSIAN RHYTHMIC GYMNASTIC JUDGES

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MOVE ANALYSIS OF PHARMACY RESEARCH ARTICLE DISCUSSION SECTIONS

COMPARATIVE STUDY ON THE DIFFERENT RANGE OF NIR SENSOR MEASUREMENT FOR GLUCOSE CONCENTRATION MUHAMMAD HANIS BIN AZMI ALI

PM502: MARKETING RESEARCH

Abstract of thesis presented to the Senate of University Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy.

IMK NUTRITION [PEMAKANAN]

IMPROVING SOCIAL RESPONSIVENESS OF CHILDREN WITH AUTISM SPECTRUM DISORDER THROUGH NEURO-PHYSICAL EXERCISE WONG SIAO YEN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

DETERMINATION OF NUTRIENTS AND METALS CONTENT IN LIQUID GENERATED FROM COMPOSTED FOOD WASTE. NUR HANISMAHIZA BINTI MUDA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERPUSTAKAAN UTHM * *

DETERMINATION OF CHARACTERISTICS OF DISGUISED SIGNATURES AMONGST MALAYSIAN NORMAH BINTI MOHAMMED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH KURANG BERAT BADAN DI EMPAT BUAH TADIKA KEMAS DI SKUDAI IBRAHIM BIN DAUD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMILIHAN MAKANAN DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA: SATU TINJAUAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

vii KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN / SIMBOL SENARAI LAMPIRAN

AN OPTIMIZATION OF MIXING PROCESS PARAMETERS FOR SOY SAUCE PRODUCTION

To My Parents. My father, EsmaeelArzani My mother, Zahra Asadizadeh. My brother, Parham Arzani. & My beloved son SahandRoudpishi

Answer all questions. Jawab semua soalan.

IMK NUTRITION [PEMAKANAN]

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

EXPORT PERSONNEL PERCEPTIONS OF EXPORT PERFORMANCE TO CHINA MARKET FARSHID MOVAGHAR MOGHADDAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EMPLOYABILITY MODEL FOR THE MULTIPLE INTELLIGENCE OF PEOPLE WITH EPILEPSY NUR SOFIA NABILA BINTI ALIMIN

A STUDY OF GENERATION Y TRAVEL BEHAVIOUR IN MALAYSIA TAN LAY YEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HEART MURMUR DETECTION AND ANALYSIS USING MULTIPOINT AUSCULTATION SYSTEM KAMARULAFIZAM BIN ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tandangan : Nama Penyelia : En. Syahrul Ridhwan Morazuki

INTEGRATION OF MEDIAN FILTER AND ORIENTATION FIELD ESTIMATION FOR FINGERPRINT IDENTIFICATION SYSTEM

1 of 8. Gransea (M) Sdn. Bhd. O'Kim Compound GC300 (Magnesium Calcium)

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENYAKIT ALZHEIMER NORIDAYU KAMARULZAMAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KEKUATAN MENTAL PEMAIN BOLA SEPAK PIALA MALAYSIA MUSIM 2007/2008

TIME SERIES SUPPORT VECTOR REGRESSION MODELS WITH MISSING DATA TREATMENTS FOR WATER LEVEL PREDICTION NORAINI BINTI IBRAHIM

THE IMPACT OF SAFETY AWARENESS TO MODERATE THE RELATIONSHIP OF EMPLOYEE PARTICIPATION ON SAFETY PERFORMANCE AT PERODUA, RAWANG

EVALUATING THE SURFACE PROPERTIES OF HA COATING ON TITANIUM-ALUMINUM SUBSTRATE ALI KARANDISH

PERSEPSI PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TERHADAP PERKHIDMATAN MAKANAN DI KAFETARIA KAMPUS UTM, SKUDAI. NURULAINI BINTI MOHD ARIF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP CIRI-CIRI PERSAHABATAN KANAK-KANAK AUTISME (Parents' Perception Towards Friendship Characteristics Of Children With Autism)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

USING TAM TO STUDY THE USER ACCEPTANCE OF IT IN THE YEMENI PUBLIC SECTOR (MINISTRY OF SOCIAL AFFAIRS AND LABOUR-YEMEN) ESMAT ABDULMAJID WAHDAIN

Fakulti Psikologi dan Pendidikan Universiti Malaysia Sabah

INTERNALIZED STIGMA AMONG PATIENTS WITH DEPRESSION: COMPARISON BETWEEN EMPLOYED AND UNEMPLOYED GROUP DR. NAEMAH BINTI ABDUL RAHIM

OCCUPATIONAL NOISE EXPOSURE AMONG CONSTRUCTION WORKERS STEPHANIE STELLA ANAK DAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

The Bahasa Melayu version of the Global Physical Activity Questionnaire (GPAQ-M)

RADIAH BINTI ALI MASTER OF SCIENCE 2014 UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

INFLUENCE OF CORE SELF-EVALUATIONS ON KNOWLEDGE SHARING BEHAVIOUR WITH EVALUATION APPREHENSION AS A MEDIATOR KHAIRULBAHIYAH BT YAAKUB

TEST CASE PRIORITIZATION TECHNIQUE USING SEQUENCE DIAGRAM AND LABELED TRANSITION SYSTEMS IN REGRESSION TESTING NUR FATIMAH AS SAHRA

FOOD CONSUMPTION, DEVELOPMENTAL

ROLE OF LENGTH SPECIFICITY, VELOCITY SPECIFICITY AND NEURAL ADAPTATIONS IN STRENGTH TRAINING

MENTAL HEALTH, EMOTIONAL INTELLIGENCE AND SOCIAL SUPPORT AMONG MOTHERS OF CHILDREN WITH MILD INTELLECTUAL DISABILITY

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

AIR KENCING KETIKA MELAKUKAN LARIAN JARAK JAUH NUR FATIHAH BINTI RAIMI

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN. Nama : Mohd Nawawi bin Omar (No. K.P: )

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ANALYSIS OF DELETIONS IN THE AZOOSPERMIA FACTOR REGION IN SELECTED MALAYSIAN INFERTILE MALE SUBJECTS COPYRIGHT UPM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ADAPTIVE ABDOMINAL FAT AND LIVER SEGMENTATION OF CT SCAN IMAGES FOR ABDOMINAL FAT-FATTY LIVER CORRELATION AHMED M.

PROMOSI PANDUAN DIET MALAYSIA 2010: TAHAP PEMAHAMAN KOMUNITI BANDAR DAN LUAR BANDAR

Kandungan Alpha Lipid LifeLine

ORTHO-CRESOL AS INDICATOR FOR TOLUENE EXPOSURE AMONG WORKERS

ANTI-MICROBIAL AND ANTI-INFLAMMATORY ACTIVITIES OF CRUDE AND ACIDIFIED FRACTION OF SELECTED MALAYSIAN HONEY SAMPLES

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

IMG 203 CHEMICAL ANALYSIS OF FOOD [ANALISIS KIMIA MAKANAN]

APLIKASI KENDIRI DIABETES JENIS II AMIRA WAHIDA BINTI OSMAN ASSOC PROF DR. MARYATI BINTI MOHD YUSOF DR KAILAVANI CHELLAPPAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

IMPACT OF PSYCHO-EDUCATIONAL GROUP INTERVENTION USING COGNITIVE BEHAVIORAL THERAPY ON IRANIAN MALE DRUG ADDICTS IN A REHABILITATION CENTER

INDIKASI KUALITI BAGI PERKHIDMATAN DIETARI PESAKIT LUAR TEMPOH MENUNGGU DI KLINIK DIET RUKA (RAWATAN UTAMA KLINIK AM) 1 APRIL SEPTEMBER 2003

SIGNAL INTERFERENCE TO ELECTROENCEPHALOGRAM AND ELECTROCARDIOGRAM SIGNAL NORAINI BTE ABDUL SAMAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA LIPID PRODUCTION IN MARINE MICROALGAE UNDER DIFFERENT SALINITY, TEMPERATURE AND NUTRIENT LEVELS

PENGETAHUAN, SIKAP DAN AMALAN PENGGUNA TERHADAP MAKANAN LESTARI

SITI BALQIS CHE OTHMAN DOCTOR OF PHILOSOPHY 2015

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS. rooll/, X>OS' (HURUF BESAR)

THE RELATIONSHIP BETWEEN FACILITATIVE LANGUAGE LEARNING AND ORAL PERFORMANCE AMONG IRANIAN LEARNERS MOHAMMAD JAHANGIRI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

(Kertas soalan ini mengandungi 4 soalan dalam 6 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 4 questions on 6 printed pages)

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI KURSUS PENYEDIAAN MAKANAN BAGI TAJUK DIET DAN DIABETES, DIET DAN HIPERTENSI

SISTEM PEMAKANAN PINTAR BERASASKAN WEB. Muhammad Fazrul Bin Romli Dr. Abdul Hadi Abd Rahman

SHADOW TEACHER TUGASAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MUHAMMAD ANWAR BIN ALIAS

PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI MAKANAN DI DEWAN MAKAN ASRAMA SEKOLAH MENENGAH DI BANDAR ALOR GAJAH

A PHYSICAL ACTIVITY INTERVENTION DEMONSTRATION PROJECT AMONG EMPLOYEES OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TARGET SELECTION USING SINGLE ELECTROENCEPHALOGRAM ELECTRODE BASED ON MENTAL TASK HUSNAINI BINTI AZMY


UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE INFLUENCE OF SELECTED FACTORS ON PROFESSIONAL COMMITMENT OF TECHNICAL SCHOOL TEACHERS IN SARAWAK

REDEFINING HISTOGRAMS OF ORIENTED GRADIENTS DESCRIPTORS FOR HANDLING OCCLUSION IN PEOPLE DETECTION AHMAD SANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INVESTIGATION REGARDING THE EFFECTIVENESS OF NITROGEN SOURCES AND CONCENTRATION ON PLANT CHARACTERISTICS IN TOMATO (LYCOPERSICON ESCULENTUM)

FACTORS INFLEUNCING KNOWLEDGE SHARING AMONG UNIVERSITY ADMINISTRATORS SITI NOR HADIJAH BINTI MD SUPAAT

4.8 Penyenggaraan Bangunan 55

THE FORENSIC ANALYSIS OF HUMAN CANINE TEETH FOR GENDER DETERMINATION NURUL HAZLEENA BINTI ABU BAKAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CALL for ACTION" UITLINE. MONDAY-FRIDAY [9.00am TO 4.30pm]

MEDICAL CHECK-UP FORM (for Malaysian Students)

NUMERICAL SIMULATION OF WIND PRESSURE DISTRIBUTION IN URBAN BUILDINGS OF RANDOM STAGGERED ARRAYS

5/27/2011 NOMBOR BULAT (WHOLE NUMBERS)

Transcription:

KESEDARAN PELAJAR 4 SPH (PKPG) TERHADAP AMALAN PEMAKANAN DENGAN KESIHATAN MISSURIYATI BINTI MASNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KESEDARAN PELAJAR 4SPH (PKPG) TERHADAP AMALAN PEMAKANAN DENGAN KESIHATAN MISSURIYATI BINTI MASNAN Laporan projek ini dikemukakan sebagi memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) MAC 2004

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan : Nama Penulis : MISSURIYATI BINTI MASNAN Tarikh :

DEDIKASI Buat suamiku yang tercinta dan dihormati Abdul Aziz bin Abdul Samad Terima kasih atas sokongan dan pengorbananmu. Buat anak-anak yang kusayangi. Ahmad Zubair bin Abdul Aziz Ahmad Zuhairi bin Abdul Aziz Anis Batrisyia binti Abdul Aziz Semoga kalian memperolehi kejayaan cemerlang di dunia dan akhirat serta menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Untuk keluarga dan rakan-rakan Segala jasa dan sokongan akan kukenang selama-lamanya.

PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya, akhirnya saya dapat menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pensyarah Pembimbing, Encik Mohd Zolkifli bin Abd. Hamid, yang telah banyak memberikan bimbingan sewaktu kajian ini dijalankan. Berkat dedikasi dan kesungguhan beliau segala kerumitan dan permasalahan dapat diatasi. Tidak lupa buat teman-teman 4 SPH (PKPG) yang telah sudi memberikan kerjasama sewaktu kajian ini dijalankan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada suami tersayang dan anak-anak yang sanggup membantu dan banyak berkorban untuk menjayakan penyelidikan ini. Akhir kata, semoga Allah s.w.t. melimpahkan rahmat dan rezeki ke atas mereka yang telah memberikan kerjasama bagi menjayakan Laporan Projek Sarjana Muda ini.

ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau kesedaran pelajar 4 SPH (PKPG), UTM, Skudai tentang amalan pemakanan dan kesihatan mereka. Memandangkan kajian ini dijalankan hanya kepada pelajar-pelajar ini maka, keputusan kajian ini adalah terbatas. Ianya bersandarkan kepada maklumat-maklumat yang diberikan oleh responden dengan menggunakan borang soal selidik. Seramai 57 responden yang diambil sebagai sampel kajian di mana terdiri daripada berlainan jantina, umur, taraf perkahwinan, tahap pendidikan dan bangsa. Kajian yang dilakukan adalah berbentuk deskriptif dan data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science, Version 10.0).

ABSTRACT This survey was carried out to know the awareness of 4 SPH (PKPG) students about their eating habit and health. Since this survey was carried out for this segment of students, the study was limited. It just only based upon the information given by the respondents from the questionaires. There were 57 respondents, who came from different gender, age, marital status, academic qualification and race, were chosen as sample. This survey is in descriptive manner and all data obtained were analysed using the SPSS (statistical Package for Social Sciences, Version 10.0) software.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xii xii BAHAGIAN SATU PENDAHULUAN BAB I PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 3 1.3 Pernyataan Masalah 5 1.4 Objektif Kajian 5 1.5 Persoalan Kajian 5 1.6 Kepentingan Kajian 6 1.7 Batasan Kajian 6 1.8 Definisi Istilah 6 1.8.1 Amalan 6

viii 1.8.2 Pemakanan 7 1.8.3 Kesihatan 7 1.8.4 Zat Makanan 7 1.8.5 Makanan Seimbang 8 1.8.6 RDA (Saranan Pengambilan Makanan) 8 1.8.7 Piramid Makanan 8 BAHAGIAN DUA BAB II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 10 2.2 Ciri-Ciri Amalan Pemakanan Harian Yang Sihat 10 2.3 Amalan Pemakanan Yang Patut Dielakkan 12 2.3.1 Makanan Segera 12 2.3.2 Makanan Ringan (Snek) 13 2.3.3 Makanan Tambahan (Suplemen) 13 2.3.4 Gula Berlebihan 13 2.3.5 Garam Berlebihan 13 2.4 Pemilihan Makanan 14 2.4.1 Pilih Makanan Yang Asli 14 2.4.2 Pilih Makanan Berketumpatan Nutrien Yang Tinggi 14 2.4.3 Tingkatkan Pengambilan Buah-Buahan Dan Sayur-Sayuran 14 2.4.4 Tingkatkan Pengambilan Serat 15 2.5 Makanan Seimbang 15 2.6 Penyakit Berpunca Daripada Makanan 18

ix BAHAGIAN TIGA BAB III METODOLOGI 3.1 Pengenalan 21 3.2 Rekabentuk Kajian 21 3.3 Tempat Kajian 22 3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 22 3.5 Instrumen Kajian 22 3.6 Prosedur Kajian 24 3.7 Kajian Rintis 24 3.8 Jangkamasa Kajian 26 3.9 Kaedah Pengumpulan Data 26 3.10 Analisis Data 27 3.11 Penutup 28 BAHAGIAN EMPAT BAB IV ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 29 4.2 Bahagian A :- Latar Belakang Responden 29 4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 30 4.2.2 Taburan Responden Berdasarkan Umur (Tahun) 30 4.2.3 Taburan Responden Berdasarkan Taraf Perkahwinan 31 4.2.4 Taburan Responden Berdasarkan Tahap Pendidikan 31 4.2.5 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 32

x 4.3 Bahagian B :- Analisis Deskriptif 32 4.3.1 Adakah Pelajar-Pelajar 4 SPH (PKPG) Mempunyai Pengetahuan Yang Baik Tentang Amalan Pemakanan Yang Sihat 33 4.3.2 Adakah Pelajar-Pelajar 4 SPH (PKPG) Menyedari Bahawa Sesetengah Penyakit Berpunca Daripada Makanan 35 4.3.3 Adakah Pelajar-Pelajar 4 SPH (PKPG) Mempunyai Kefahaman Yang Baik Tentang Makanan Seimbang 38 4.3.4 Taburan Responden Mengikut Peratus Bagi Keseluruhan Persoalan Kajian 41 4.4 Penutup 42 BAHAGIAN LIMA BAB V RUMUSAN, KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Rumusan 43 5.2 Kesimpulan 44 5.3 Perbincangan 45 5.3.1 Pengetahuan Tentang Amalan Pemakanan 45 5.3.2 Kesedaran Bahawa Sesetengah Penyakit Berpunca Daripada Makanan 46 5.3.3 Kefahaman Tentang Makanan Seimbang 46 5.4 Cadangan 47 5.4.1 Pengetahuan Dan Rujukan 47 5.4.2 Cadangan Lanjutan 47 5.5 Penutup 48

xi LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT Lampiran A Soal Selidik 55-60 Lampiran B Alpha Cronbach 61-62

xii SENARAI JADUAL NO. JADUAL MUKA SURAT 3.1 Bilangan Item Soalan Mengikut Dimensi Persoalan Kajian 23 3.2 Skor Skala Likert 23 3.3 Skor Skala 3 Markat 24 3.4 Pengkategorian Nilai Alpha Cronbach (Davis, 1971) 26 3.5 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratus 27 4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 30 4.2 Taburan Responden Berdasarkan Umur (tahun) 30 4.3 Taburan Responden Berdasarkan Taraf Perkahwinan 31 4.4 Taburan Responden Berdasarkan Tahap Pendidikan 31 4.5 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 32 4.6 Taburan Bilangan Dan Peratus Bagi Pengetahuan Tentang Amalan Pemakanan Yang Sihat. 33 4.7 Taburan Bilangan Dan Peratus Bagi Kesedaran Bahawa Sesetengah Penyakit Berpunca Daripada Makanan 35 4.8 Taburan Bilangan Dan Peratus Bagi Kefahaman Tentang Makanan Seimbang 38 4.9 Taburan Responden Mengikut Peratus Bagi Keseluruhan Persoalan Kajian 41

xiii SENARAI SINGKATAN SPH - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru RDA - Saranan Pengambilan Makanan SPSS - Statistical Package For Social Science UTM - Universiti Teknologi Malaysia

BAB I PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Malaysia telah mengalami pertumbuhan sosio ekonomi yang pesat sejak dua dekad lalu. Negara ini juga telah mencapai perkembangan ekonomi yang pesat dengan kadar inflasi yang rendah dan berjaya menurunkankan kadar kemiskinan di dalam masyarakat yang berbilang kaum. Perkembangan ini telah mewujudkan perubahan yang ketara di dalam gaya hidup rakyat Malaysia termasuk cara pemakanan dan corak pembelian dan penggunaan makanan. Oleh itu, perubahan-perubahan ini telah mengubah senario pemakanan dan nutrisi di dalam negara ini. Makanan merupakan keperluan asas yang perlu dipenuhi oleh setiap manusia yang bernyawa. Oleh itu, makhluk yang bernyawa memerlukan makanan secara berterusan. Namun begitu, makanan yang mencukupi sahaja tidak cukup untuk menjamin kehidupan yang sihat lebih-lebih pelajar lagi yang memerlukan penjagaan kesihatan yang baik. Justeru itu, pengambilan makanan yang baik dan sihat penting kepada golongan pelajar yang ingin mencapai kejayaan yang cemerlang.

2 Menurut Mohd Azhar (1985), makanan yang seimbang ialah makanan yang dimakan yang dapat membekalkan zat makanan pada kadar yang betul bagi keperluan tubuh. Zat yang dimaksudkan ialah bahan kimia yang diperlukan oleh tubuh badan manusia agar sentiasa sihat dan cergas. Oleh itu, pengetahuan makanan seimbang perlu diketahui khasnya kepada pelajar-pelajar. Bukan setakat mengetahui sahaja tetapi perlulah dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari. Kefahaman yang baik tentang makanan seimbang ini boleh membantu pelajar-pelajar dalam pemilihan makanan mereka sehari-hari. Tubuh manusia memerlukan lebih daripada 40 jenis zat makanan untuk kesihatan. Zat makanan yang diperlukan termasuk berbagai jenis vitamin, mineral, asidasid amino dan protein, beberapa jenis asid lemak dan sumber kalori untuk tenaga. Zatzat makanan perlu daripada pelbagai jenis makanan dan tidak ada satu pun makanan yang dapat membekalkan kesemua zat makanan dengan lengkap. Makanan mengandungi pelbagai bahan yang memberi khasiat untuk menjaga kesihatan. Mengambil 30 jenis makanan dalam seminggu boleh memastikan kepelbagaian tersebut. Amalan pemakanan yang baik akan menjamin kesihatan yang baik juga. Oleh itu, sebagai seorang pelajar sudah tentulah mengamalkan tabiat pemakanan yang baik dengan meningkatkan pengetahuan tentang pemilihan makanan yang seimbang dengan gaya masakan yang ringkas tetapi penuh berkhasiat. Kesedaran tentang penyediaan makanan yang seimbang di kalangan pelajar-pelajar adalah penting agar cenderung ke arah kualiti kehidupan yang sihat dan harmoni.

3 1.2 Latar Belakang Masalah Asra Shamsudin, Betty Lim dan Foziah Buang (1995), berpendapat bahawa perancangan menu yang sesuai untuk sajian makanan yang lengkap, cukup berkhasiat dan enak adalah sangat penting untuk mencapai tahap kesihatan yang baik, kepuasan selera dan keseronokan hidup. Shanaz Mawji (2000), dalam kajiannya membuktikan bahawa penyakit berbahaya banyak berpunca daripada pemakanan. Contohnya, penyakit berbahaya seperti koronari jantung yang disebabkan oleh pengambilan makanan berlemak dengan tahap kolesterol yang tinggi. Pengambilan garam dan gula secara berlebihan juga menyumbang kepada pelbagai jenis penyakit. Menurut Luqman Hakim (2002), kesihatan adalah satu daripada aspek kehidupan. Kesihatan amat penting bagi setiap manusia. Dengan kesihatan yang baik kita dapat meneruskan hidup, beribadah, bekerja, belajar dan sebagainya. Perjalanan hidup dan pemikiran seseorang dapat bergerak aktif dengan lebih lancar lagi. Bagaimana untuk mendapatkan kesihatan yang baik? Sudah pasti untuk mendapatkan kesihatan yang baik adalah dengan penjagaan kesihatan dan pemakanan atau menu yang seimbang. Baharam Husin et. al. (1996) menyatakan bahawa kepelbagaian dalam pemakanan adalah penting dalam konsep pemakanan yang sihat. Jeliffe (1969) pula, berpendapat bahawa pengambilan nutrien yang tidak mencukupi oleh seseorang itu dipengaruhi oleh faktor-faktor kurangnya pengetahuan tentang makanan. Pemakanan dikaitkan dengan kesihatan kerana daripadanya zat-zat seperti protein, vitamin, kalsium, karbohidrat dan lain-lain dihasilkan. Kesemua zat-zat ini diperlukan oleh tubuh kita. Makan makanan yang berzat untuk mendapat kesihatan yang baik dan mengikut menu yang ditetapkan di samping tidak mengambilnya secara berlebihan. Kekurangan makanan boleh mengakibatkan kelaparan manakala kelebihan makanan boleh mengakibatkan kegemukan. Kedua-duanya boleh menyumbang kepada pelbagai penyakit.

4 Harold Shryock (1992), menyatakan bahawa hampir semua penyakit pemakanan adalah penyakit yang biasanya disebabkan oleh kekurangan vitamin, mineral dan kadang kala protein dalam makanan. Menurut Phuah Kooi Ean (1984), penyakit dan gejala pemakanan adalah disebabkan sama ada oleh pengambilan makanan yang berkurangan atau berlebihan atau jenis makanan tertentu dan ketidakupayaan untuk mengasimilasikan makanan atau jenis makanan tertentu disebabkan proses-proses penyakit, kekurangan binaan struktur atau kekurangan penyelarasan bahan kimia. Berdasarkan kajian Tee E-Siong (1997), petunjuk-petunjuk kesihatan seperti kadar kelahiran bayi, kanak-kanak dan ibu telah menunjukkan peningkatan yang tinggi. Walau bagaimanapun, dari sudut lain, terdapat sebahagian besar di kalangan rakyat negara ini juga telah mengalami penyakit-penyakit yang berkaitan dengan kelebihan nutrisi seperti obesiti, darah tinggi, koronari jantung dan barah. Food and Agriculture Organisation (1994), telah membuat kajian dari tahun 1961 hingga 1992, mendapati perubahan di dalam corak penggunaan makanan berdasarkan jenis-jenis makanan yang boleh diperolehi dalam tempoh kajian tersebut. Hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa rakyat Malaysia telah kurang menggunakan karbohidrat kompleks terutamanya bijirin sebagai sumber utama tenaga. Dalam pada masa yang sama juga, makanan yang kaya dengan serat seperti sayur-sayuran tidak menunjukkan peningkatan. Makanan yang berasaskan minyak dan lemak, gula dan daging, ikan dan telur pula telah meningkat. Pelajar-pelajar khasnya 4 SPH (PKPG) hanya memperolehi gaji separuh dan pendapatan mereka ini terpaksa diagih-agihkan bagi keperluan keluarga yang mana rata-ratanya sudah berkeluarga. Oleh itu, pelajar-pelajar sering mengabaikan pengambilan sumber pemakanan yang berkhasiat. Bagi pelajar-pelajar yang bersuami/beristeri dan mempunyai pendapatan yang tinggi, faktor ekonomi tidak menjadi masalah kerana mereka mampu membeli makanan mengikut keperluan nutrien.

5 Menurut Krause dan Mahan (1990), pertengahan umur didefinisikan sebagai lewat dua puluhan hingga lewat enam puluhan. Peringkat ini merupakan peringkat yang paling produktif bagi manusia. Ini merupakan masa untuk berjaya dalam pekerjaan, membesarkan anak, menentukan corak kehidupan, nilai hidup dan sikap yang akan diwarisi oleh anak-anak. Di peringkat umur begini, kebanyakan mereka mempunyai kesihatan yang baik tetapi tabiat yang tidak baik seperti amalan pemakanan yang tidak sihat boleh mengganggu kesihatan. 1.3 Pernyataan Masalah Para pelajar adalah golongan yang perlu untuk mengetahui sumbangan pemakanan terhadap kesihatan kerana kepentingannya di dalam menjalani hidup dalam mencari ilmu pengetahuan yang mana kesihatan yang baik menyumbang kepada kejayaan yang cemerlang. Berdasarkan latar belakang masalah dan pernyataan di atas pengkaji bercadang menjalankan kajian berkaitan dengan kesedaran pelajar-pelajar mengenai amalan pemakanan dengan kesihatan. 1.4 Objektif Kajian Terdapat beberapa objektif kajian yang hendak dicapai. Kajian ini adalah bertujuan untuk : (i) (ii) (iii) Mengenalpasti pengetahuan pelajar-pelajar tentang amalan pemakanan. Mengetahui kefahaman pelajar bahawa sesetengah penyakit berpunca daripada makanan. Mengenalpasti kefahaman pelajar mengenai makanan seimbang. 1.5 Persoalan Kajian (i) Adakah pelajar-pelajar 4 SPH (PKPG) mempunyai pengetahuan yang baik tentang amalan pemakanan yang sihat?

6 (ii) (iii) Adakah pelajar-pelajar 4 SPH (PKPG) memahami bahawa sesetengah penyakit berpunca daripada makanan? Adakah pelajar-pelajar 4 SPH (PKPG) mempunyai kefahaman yang baik tentang makanan seimbang?