EQ UNTUK TRANSFORMASI INDIVIDU & KORPORAT RANGKA KURSUS PROGRAM LATIHAN DUA HARI
EQ UNTUK TRANSFORMASI INDIVIDU & KORPORAT INTRODUCTION Kejayaan tokoh-tokoh korporat dan usahawan sekiranya diukur oleh kepintaran (IQ) atau kemahiran individu tersebut sahaja tidak sah dan tidak memadai. Malah kejayaan dalam hidup dan kerjaya seseorang itu berpunca dari Kepintaran Emosi atau Emotional Intelligence (EQ). EQ merupakan satu set kemahiran yang membezakan setiap individu berdasarkan kebolehan mereka untuk mengawal emosi dan perasaan, berinteraksi dan berkomunikasi. Perkembangan Kepintaran Emosi atau EQ individu adalah berterusan dan saling berkait dengan pengalaman hidup individu tersebut. Demikian juga, pemahaman tentang Kepintaran Emosi (EQ) diri kita dan dengan mengambil usaha untuk meningkatkannya, nescaya kita akan memperolehi kejayaan dan juga meningkat dalam potensi penampilan diri kita sebagai seorang pemimpin. Maka, EQ bolehlah dianggap sebagai satu bentuk pengukuran keunggulan seseorang individu dalam apa jua kerjaya. Apakah itu Kepintaran Emosi (Emotional Intelligence)? Kepintaran Emosi (EQ) merupakan kebolehan untuk merasa, memahami dan mengaplikasikan kuasa di sebalik emosi dalam hidup kita seharian. EQ berpunca dari emosi, perasaan, gerak hati. Malah, ianya bukan sesuatu yang hanya boleh dirasional secara intelek. Untuk mengaplikasian EQ secara betul, kita seharusnya memahami dan menghargai perasaan dan emosi diri sendiri dan orang lain. Lanjutan kepada pemahaman ini, EQ menekankan cara membalas yang betul kepada setiap rangsangan persekitaran. Ini ditekankan supaya kita dapat menggunakan pemahaman kita tentang emosi secara betul dalam hidup kita seharian. Kepintaran Emosi merupakan pendorong kepada individu untuk berusaha ke arah mencapai matlamat hidup dan aspirasinya. Ia mengubah apa yang difikirkan oleh kita kepada cara kita hidup. Kepintaran Emosi (EQ) mempunyai beberapa komponen asas seperti: Kesedaran Diri yang merupakan kebolehan seseorang individu untuk menyedari dan memahami emosi dan pendorong diri sendiri dan kesannya terhadap individu yang lain. Pengawalaturan Diri yang merupakan kebolehan untuk mengawal emosi dan perasaan serta kebolehan untuk bertindak setelah berfikir. Empati yang merupakan kebolehan untuk memahami rangka emosi orang lain dan kemahiran untuk bertindak bersesuaian dengan reaksi emosi orang lain. Kemahiran Interpersonal yang merupakan skills which indicate the individual s proficiency in managing relationships and building networks. Interpersonal skills also involve the ability to find common ground and build rapport. 2003-2007 Leonard Personality Incorporated Sdn Bhd Page 2 of 5
Mengamalkan EQ di tempat kerja EQ membantu kita memahami bagaimana dan mengapa kita bertindak balas terhadap keadaan-keadaan tertentu dalam sesuatu organisasi. Ia juga membantu kita menghargai hakikat bahawa setiap pertembungan harian dalam hidup kita dipengaruhi oleh harapan dan tanggappan kita. Peranan EQ di tempat kerja kita adalah seperti berikut: Bagaimana kita menyambut kritikan? Bagaimana kita berurusan dengan kepelbagaian? Toleransi kita terhadap kelakuan dan situasi tertentu Bagaimana kita memotivasikan diri kita dan orang lain? Faktor-faktor yang menentukan kejayaan Individu dan Korporat menurut EQ Individu yang mempunyai EQ yang tinggi akan berusaha untuk mencapai matlamatnya melalui visi, ketekunan dan semangat yang tinggi. Kajian telah menunjukkan bahawa kemahiran emosi yang tersenarai di bawah menyumbang ke arah kejayaan di tempat kerja: Kesedaran diri Kebingkasan (Ketahanan) Emosi Tegas membuat keputusan Sensitif kepada perasaan orang lain Kebolehan untuk Mempengaruhi dan Mempunyai sifat keyakinan Cermat dan Mempunyai Keikhlasan Motivasi EQ & Pemikiran Inovatif Individu yang mempunyai EQ yang tinggi boleh menggunakan kreativitinya di tempat kerja. Program latihan ini bertujuan untuk membangkitkan bakat kreativiti yang terpendam dalam individu dengan harapan potensi ini membolehkan individu tersebut memperolehi pencapaian di tempat kerjanya. OBJEKTIF PROGRAM LATIHAN Program ini akan membantu anda: Memahami konsep-konsep EQ dan aplikasinya di tempat kerja Meningkatkan kesedaran diri untuk perhubungan antara perorangan Menyedari misi korporat organisasi anda Menghargai kepentingan komitmen terhadap misi korporat Memahami dan meningkatkan kemahiran emosi seperti kebingkasan, kreativiti, mempunyai niat atau tekad dan perhubungan antara perorangan Mendapat pemahaman akan ketidaksedaran/ kelemahan emosi yang menyebabkan konflik antara perorangan Menggunakan EQ supaya lebih kreatif 2003-2007 Leonard Personality Incorporated Sdn Bhd Page 3 of 5
RANGKA PROGRAM: HARI 1 Time Schedule Outline Profil Personaliti (Sahsiah) Pemimpin 0900 1030 1030 1045 Rehat 1045 1230 1230 1330 Makan tengahari Kepimpinan berlandaskan Kepintaran Emosi (EQ). Kemahiran Intraperorangan & antara perorangan untuk Pemimpin yang Inovatif Memprofil Personaliti dengan Inventori Personaliti Leonard (LPI) Menentukan gaya kelakuan anda. Mari kita meneroka gaya-gaya kelakuan Kemesraan (Openness), Berkecuali (Neutral), Analitikal (Analytical), Peramah & Tegas. Memahami Model LEONARD bagi Kepimpinan Inovatif. Menyingkirkan kelemahan emosi yang tidak disedari. Mengamalkan pendedahan diri yang bersesuaian. Mengaplikasikan EQ Dalam Interaksi Kita Dengan Orang Lain Secara Berkesan 1330 1530 1530 1545 Rehat 1545 1700 Menerima idea-idea baru dengan hati terbuka. Memahami kesemua 22 gaya kelakuan Personaliti Leonard Gaya Kelakuan Berkecuali (Neutral) yang Introvert & Gaya Kelakuan Analitikal yang sentiasa mencari kesempurnaan Gaya Kelakuan Peramah yang Ekstrovert & Gaya kelakuan Tegas yang menggesa Pembantu yang peramah Pelaksana yang berorientasikan tugas Mengoptimumkan ciri-ciri kepimpinan asli seorang pemimpin. Transformasi individu untuk perkembangan diri. Transformasi Korporat melalui kepimpinan inovatif. 2003-2007 Leonard Personality Incorporated Sdn Bhd Page 4 of 5
RANGKA PROGRAM: HARI 2 Time Schedule Outline Ke Arah Transformasi Korporat Dengan Menguasai Prinsip-Prinsip Kecekapan & Kemahiran EQ 0900 1030 1030 1045 Rehat 1045 1230 1230 1330 Makan tengahari Pemimpin Yang Inovatif 1330 1530 1530 1545 Rehat 1545 1700 Kemahiran EQ Memperkembangkan prinsip-prinsip kecekapan EQ dalam pemimpin yang efektif. Memupuk kebingkasan dalam pemimpin. Mempunyai niat atau tekad untuk memotivasikan diri sendiri Kreativiti untuk Pemimpin yang Inovatif Perhubungan antara perorangan untuk kepimpinan yang meyakinkan Ketidakpuasan hati yang membina dalam konteks membawa perubahan yang positif kepada diri dan persekitaran. Kepimpinan yang bertanggungjawab dengan mengamalkan Kejujuran dan Perasaan belas kasihan Membangunkan gaya kelakuan Kemesraan EQ untuk kepimpinan yang inovatif Apakah yang dimaksudkan dengan Kemesraan EQ? Kreativiti & Tanggapan Menyingkirkan halangan kepada kreativiti Pemikiran Mencapah (Divergent Thinking Skills) untuk kepimpinan Inovatif Mewujudkan satu pasukan kerja yang mengamalkan budaya EQ yang tinggi Pemberian kuasa Mengimplementasikan Pelan Tindakan untuk prosestransformasi Memupuk & Mengekalkan Perpaduan dalam Organisasi Anda 2003-2007 Leonard Personality Incorporated Sdn Bhd Page 5 of 5