APLIKASI PERMAINAN MATEMATIK UNTUK KANAK-KANAK SINDROM DOWN NURUL FATIN SHAZANA MAHARUDDIN AMIRAH ISMAIL

Similar documents
SISTEM INFOGRAFIK INTERAKTIF WABAK H1N1. Aice A/P Emin. Puan Siti Aishah Binti Hanawi

APLIKASI CADANGAN MAKANAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

APLIKASI MUDAH ALIH PENSKORAN PROSTAT Rima Shahfira Binti. Redzuan Dr. Afzan Adam. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia

HakCipta Irfan Khairi Sdn. Bhd.

PUSAT PEMBELAJARAN DIGITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH

SISTEM PEMAKANAN PINTAR BERASASKAN WEB. Muhammad Fazrul Bin Romli Dr. Abdul Hadi Abd Rahman

IMPROVING SOCIAL RESPONSIVENESS OF CHILDREN WITH AUTISM SPECTRUM DISORDER THROUGH NEURO-PHYSICAL EXERCISE WONG SIAO YEN

TEST CASE PRIORITIZATION TECHNIQUE USING SEQUENCE DIAGRAM AND LABELED TRANSITION SYSTEMS IN REGRESSION TESTING NUR FATIMAH AS SAHRA

Aplikasi Pesanan Makanan Telefon Pintar

APLIKASI KENDIRI DIABETES JENIS II AMIRA WAHIDA BINTI OSMAN ASSOC PROF DR. MARYATI BINTI MOHD YUSOF DR KAILAVANI CHELLAPPAN

PEMBANGUNAN WEB TANPA TUNAI DI HUKM SITI HAJAR BINTI HAMZAH PROFESOR DR. MOHAMAD SHANUDIN ABSTRAK

MODEL STATISTIK BERSEPADU PELBAGAI ARAS BAGI TRIGLISERIDA DAN TEKANAN DARAH MANUSIA: KAJIAN KES DI HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

APLIKASI GREENGROCERYGO UNTUK MENGATASI MASALAH PEMBAZIRAN MAKANAN NOR AQILAH NUR FAZIDAH ELIAS

PM502: MARKETING RESEARCH

INTEGRATION OF MEDIAN FILTER AND ORIENTATION FIELD ESTIMATION FOR FINGERPRINT IDENTIFICATION SYSTEM

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

APLIKASI MUDAH ALIH PEMBELIAN MAKANAN DARI FOOD TRUCK BERASASKAN ANDROID. Muhammad Faiz Bin Mohd Firdaus Kwong Siti Aishah Binti Hanawi

USING TAM TO STUDY THE USER ACCEPTANCE OF IT IN THE YEMENI PUBLIC SECTOR (MINISTRY OF SOCIAL AFFAIRS AND LABOUR-YEMEN) ESMAT ABDULMAJID WAHDAIN

CLASSIFICATION OF ELECTROENCEPHALOGRAPHY SIGNAL USING STATISTICAL FEATURES AND REGRESSION CLASSIFIER

SISTEM E-DIABETES. Rezal Mhd Johan Dr Khairul Akram Zainol Ariffin. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

CALL for ACTION" UITLINE. MONDAY-FRIDAY [9.00am TO 4.30pm]

THE NEEDS OF HALAL TRANSPORTATION CONTROL IN MALAYSIA: A MULTIPLE CASE STUDY APPROACH ZUHRA JUNAIDA BINTI IR MOHAMAD HUSNY HAMID

EFFECT OF PATTERN RECOGNITION ABILITY TRAINING ON JUDGING PERFORMANCE OF MALAYSIAN RHYTHMIC GYMNASTIC JUDGES

5/27/2011 NOMBOR BULAT (WHOLE NUMBERS)

COMPARISON STUDY OF RELAY SELECTION SCHEMES IN LONG TERM EVOLUTION (LTE) NETWORK SELINA MATTHEWS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ROLE OF LENGTH SPECIFICITY, VELOCITY SPECIFICITY AND NEURAL ADAPTATIONS IN STRENGTH TRAINING

SET 1. Answer any four questions from this section. Jawab mana-mana empat soalan daripada bahagian ini.

This examination paper consists of sections A and B. Kertas ini mengandungi Bahagian A dan Bahagian B.

PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP CIRI-CIRI PERSAHABATAN KANAK-KANAK AUTISME (Parents' Perception Towards Friendship Characteristics Of Children With Autism)

EXPORT PERSONNEL PERCEPTIONS OF EXPORT PERFORMANCE TO CHINA MARKET FARSHID MOVAGHAR MOGHADDAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MODIFICATION OF INTERVAL TYPE-2 FUZZY TOPSIS AND ITS APPLICATION TO FLOOD CONTROL PROJECT SELECTION NURNADIAH BINTI ZAMRI

Ummi Kalsum Mohamad a, Nazmin Abdullah b, Noratiqah Satari c & Hasnah Toran d. Makmal Pembelajaran Autisme, UKM, b. Kementerian Pendidikan Malaysia, d

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ANALYSIS OF DELETIONS IN THE AZOOSPERMIA FACTOR REGION IN SELECTED MALAYSIAN INFERTILE MALE SUBJECTS COPYRIGHT UPM

SISTEM PESANAN MAKANAN BERASASKAN WEB. Zareen Sufia binti Jafry Prof Madya Dr. Masnizah binti Mohd

ELECTRONIC AUTOMATIC TEMPERATURE CONTROL OF CRYOPRESERVATION FOR ARTIFICIAL INSEMINATION (PROTOTYPE) SANJOY KUMAR DEBNATH

APLIKASI PENGESAN GETARAN UNTUK PESAKIT PARKINSON. Pang Xin Yi Maryati Mohd. Yusof Kalaivani Chellapan ABSTRAK

ELEMENT OF WARRANTY OF IBS STRUCTURAL SYSTEM FOR CONSTRUCTION INDUSTRY ANNAN VESSINUK A/L SING

SISTEM TEMPAHAN MASAKAN DARI RUMAH MENGGUNAKAN TEKNOLOGI KEDUDUKAN SEJAGAT

A WEB-BASED TELEPRENATOLOGY PLATFORM FOR ANTENATAL CARE MANAGEMENT IN REMOTE AREAS NORAINI BINTI JALIL

SISTEM PENGURUSAN LEBIHAN MAKANAN BERASASKAN WEB

APLIKASI PERGILIRAN NOMBOR SECARA NYATA DI PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Seu Wei Jain Dr. Khairul Azmi Abu Bakar

HEART MURMUR DETECTION AND ANALYSIS USING MULTIPOINT AUSCULTATION SYSTEM KAMARULAFIZAM BIN ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

TARGET SELECTION USING SINGLE ELECTROENCEPHALOGRAM ELECTRODE BASED ON MENTAL TASK HUSNAINI BINTI AZMY

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination Academic Session 2009/2010. November BMT 217/3 Virology [Virologi]

BAR CHART PLAGIARISM DETECTION MOHAMMED MUMTAZ MOHAMMED SALIH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A STUDY OF GENERATION Y TRAVEL BEHAVIOUR IN MALAYSIA TAN LAY YEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CHRONIC KIDNEY FAILURE DATA MANAGEMENT SYSTEM WITH AUTOMATIC CLASSIFICATION KHOVARTHEN A/L MURUGIAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

To My Parents. My father, EsmaeelArzani My mother, Zahra Asadizadeh. My brother, Parham Arzani. & My beloved son SahandRoudpishi

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MOVE ANALYSIS OF PHARMACY RESEARCH ARTICLE DISCUSSION SECTIONS

EEG-BASED EMOTION CLASSIFICATION USING WAVELET BASED FEATURES AND SUPPORT VECTOR MACHINE CLASSIFIER NORMASLIZA BINTI M. RAZALI

IEK 314 Environmental Audit [Audit Persekitaran]

THE DEVELOPMENT OF STOCHASTIC SIR AND S(I m I f )R MODELS FOR HETEROSEXUAL HIV AND AIDS DISEASE MAPPING IN MALAYSIA SUFI HAFAWATI BINTI IDERIS

Cambridge International Examinations Cambridge International General Certificate of Secondary Education

ABSTRACT. and questionnaires from the participants to triangulate the results of study. The data

DETERMINATION OF CHARACTERISTICS OF DISGUISED SIGNATURES AMONGST MALAYSIAN NORMAH BINTI MOHAMMED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

The Bahasa Melayu version of the Global Physical Activity Questionnaire (GPAQ-M)

AUGMENTASI REALITI UNTUK ANGGARAN KALORI MAKANAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Answer all questions. Jawab semua soalan.

(Kertas soalan ini mengandungi 4 soalan dalam 6 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 4 questions on 6 printed pages)

A ROBUST AGAINST ROTATION ATTACK WATERMARKING TECHNIQUE BASED ON WAVELET TRANSFORM REZA AGHABABAEYAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AUDIO FORENSICS: A VOICE IDENTIFICATION INVESTIGATION ORYZA SAFUTRA BIN UMAR

COMPARING THREE METHODS OF HANDLING MULTICOLLINEARITY USING SIMULATION APPROACH NORLIZA BINTI ADNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Oleh: Sofinah Lamudin forex.mudahkaya.com. Edisi Newbie

APLIKASI MUDAH ALIH PENEMPAHAN JUAL BELI MAKANAN (GO FOOD) Nurfilzah Hanum binti Mohd Fazi Dian Indrayani Jambari

UJIAN BACTERIAL ENDOTOXIN

APLIKASI WEB PENGESANAN KESEGARAN MAKANAN

TIME SERIES SUPPORT VECTOR REGRESSION MODELS WITH MISSING DATA TREATMENTS FOR WATER LEVEL PREDICTION NORAINI BINTI IBRAHIM

FINITE-DIFFERENCE-TIME-DOMAIN SIMULATION OF INSULATED MONOPOLE IN BRAIN TUMOR HYPERTHERMIA TREATMENT LEE CHIA WUI

KAUNSELING. Newsletter Title B U S I N E S S N A M E D PUNCAK

EFFECTS OF PRESSURE GRADIENT ON STEADY FORCED CONVECTION USING HOMOTOPY ANALYSIS METHOD (HAM) Yahaya Shagaiya Daniel UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

1 of 8. Gransea (M) Sdn. Bhd. O'Kim Compound GC300 (Magnesium Calcium)

IMG 203 CHEMICAL ANALYSIS OF FOOD [ANALISIS KIMIA MAKANAN]

MATHEMATICS GRADUATES PERCEPTIONS ON SUITABILITY OF EMPLOYMENT USING LOGISTIC REGRESSION HEIRNIZAH MELATI BINTI JAMRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AN ANALYSIS ON SECURITY AWARENESS OF SOCIAL NETWORKS USERS

BAB 3 KERANGKA TEORI KAJIAN. Pendahuluan. tinjauan kajian lampau. Berdasarkan pendekatan yang digunakan oleh pengkaji

Penggunaan Rutin Berfikir Tumpuan untuk Pengajaran Kata Nama

OF ARTEMIA f ED. H f. 'illl; HI SCICW UNiVHiKITl Mftlftyslft luil WWWJ. M/sl AY.SIA. y m ;':S iis lii5

IMK 421 Primary Products Technology [Teknologi Produk Primer]

IMK NUTRITION [PEMAKANAN]

ZnO LIGHTNING ARRESTER EARTHING IMPEDANCE CHARACTERISTICS UNDER TRANSIENT OVERVOLTAGES MEHRDAD MOKHTARI

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Langkah Demi Langkah Membina Blog Dengan Blogger.com BINA BLOG DENGAN BLOGGER.COM. 1

EVALUATING THE SURFACE PROPERTIES OF HA COATING ON TITANIUM-ALUMINUM SUBSTRATE ALI KARANDISH

INVESTIGATION OF ROLLOVER PERFORMANCE FOR MALAYSIA BUS SUPERSTRUCTURE MOHAMMAD AMIRUL AFFIZ BIN AFRIPIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APLIKASI ANDROID MENGENAI SISTEM PESANAN DAN PEMBELIAN MUDAH ALIH TERHADAP MAKANAN MAKBEN RESTO. Ahmad Fauzan Dasri Mohd Zamri Murah

PATTERN OF WAYFINDING AND SPATIAL COGNITION FOR EFFECTIVE SPATIAL PLANNING OF THEME PARK MEGA SURIA BINTI HASHIM

FOOD CONSUMPTION, DEVELOPMENTAL

SISTEM PENGURUSAN MAKUMAT PENENTUAN KOS RAWATAN PESAKIT LUAR (SISTEM CODE ASSIST PPUKM )

PROGRAM PENGUMPULAN EMAS PUBLIC GOLD

BIZAPP SUPERB & PRO MENCETAK SLIP POSLAJU SECARA BERTERUSAN JAN 2017 / VERSI 1.0.0

Cambridge International Examinations Cambridge International General Certificate of Secondary Education

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

IMK 421 PRIMARY PRODUCTS TECHNOLOGY [TEKNOLOGI PRODUK PRIMER]

Kandungan Alpha Lipid LifeLine

REDEFINING HISTOGRAMS OF ORIENTED GRADIENTS DESCRIPTORS FOR HANDLING OCCLUSION IN PEOPLE DETECTION AHMAD SANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HEALTH AND SAFETY IN REFURBISHMENT PROJECTS INVOLVING DEMOLITION WORK MANSOOREH RAKHSHANIFAR

Transcription:

APLIKASI PERMAINAN MATEMATIK UNTUK KANAK-KANAK SINDROM DOWN NURUL FATIN SHAZANA MAHARUDDIN AMIRAH ISMAIL Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Sindrom Down adalah kecacatan sejak lahir yang disebabkan oleh kerosakan pada kromosom, yang dicirikan oleh daya berfikir yang lembap dan keadaan fizikal yang tidak normal seperti kepala dan muka yang lebar, mata yang sepet, hidung yang kemik, serta tangan dan kaki yang pendek. Tahap intelek bagi kanak-kanak ini juga berbeza jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal. Tahap kerencatan ini berbeza bagi setiap kanak-kanak yang mengalami Sindrom Down. Kanak-kanak ini mempunyai lebih daya kefahaman jika dibandingkan dengan daya ungkapan. Aplikasi Permainan Matematik Untuk Kanak-kanak Sindrom Down ini dibangun bertujuan untuk meningkatkan kemahiran nombor dan mengajar asas-asas pengiraan kepada kanak-kanak Sindrom Down. Kebanyakan alat bantuan untuk kanak-kanak ini menggunakan kertas dan pensil dan ini menyebabkan kanakkanak Sindrom Down ini mudah merasa bosan dengan sesi pembelajaran. Aplikasi ini dibangunkan bagi membantu ibu bapa mahupun guru-guru di sekolah untuk mengadakan sesi pembelajaran dengan lebih menarik dan efektif. Pembangunan projek ini dibangunkan mengikut sistem model Agile. Perisian yang digunakan dalam projek ini adalah seperti Unity, Mono Developer, Adobe Photoshop, dan Adobe Illustrator dimana aplikasi ini dibangunkan menggunakan perkakasan seperti komputer dan komputer riba. 1 PENGENALAN Sindrom Down adalah kecacatan sejak lahir yang disebabkan oleh kerosakan pada kromosom, yang dicirikan oleh daya berfikir yang lembap dan keadaan fizikal yang tidak normal seperti kepala dan muka yang lebar, mata yang sepet, hidung yang kemik, serta tangan dan kaki yang pendek. Tahap intelek bagi kanak-kanak ini juga berbeza jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal. Kanak-kanak Sindrom Down mengalami kerencatan dari segi tumbesaran dan tahap pembelajaran. Tahap kerencatan ini berbeza bagi setiap kanak-kanak yang mengalami Sindrom Down. Kanak-kanak ini mempunyai lebih daya kefahaman jika dibandingkan dengan daya ungkapan. Kebolehan kanak-kanak ini dari segi nombor dan pengiraan lebih terbatas berbanding dengan kebolehan untuk membaca. Malangnya, bimbingan atau alat bantu belajar yang khusus untuk mengatasi masalah tersebut sangat terhad. Maka itu, kemajuan teknologi yang sedia ada seharusnya dapat membantu kanak-kanak Sindrom Down ini mempelajari

nombor dan matematik yang bersesuaian dengan tahap pembelajaran mereka. Ini bersesuai dengan sesi pembelajaran yang telah berubah mengikut peredaran masa seperti daripada menggunakan pen, pensel dan kertas kepada penggunaan gajet seperti aplikasi di dalam telefon pintar. Visualisasi grafik merupakan penggunaan sebarang teknik untuk mencipta imej, rajah, atau animasi yang dapat menyampai sesuatu mesej dengan berkesan. Aplikasi berkaitan visualisasi bermula sejak zaman prasejarah lagi iaitu ketika zaman Greek. Kini aplikasi ini semakin berkembang ke dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, pembuatan dan perubatan. Keadaan bermula daripada perkembangan komputer grafik dan teknologi animasi. Kajian ini membincang visualisasi grafik bagi sistem letak kereta automatik. 2 PENYATAAN MASALAH Berdasarkan beberapa kajian yang telah dijalankan,sesetengah kanak-kanak Sindrom Down mempunyai tahap keupayaan untuk berinteraksi dengan keadaan sekeliling dan tahap kefahaman yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak Sindrom Down yang lain. Walau bagaimanapun terdapat beberapa masalah untuk mereka mempelajari nombor dan asas matematik seperti berikut: i. Kemahiran mengira kanak-kanak Sindrom Down kurang diberi perhatian. Ibu bapa yang mempunyai anak-anak Sindrom Down kebanyakannya tidak memberi perhatian kepada kemahiran mengira anak-anak mereka berbanding dengan kemahiran lain seperti kemahiran menulis dan membaca. Kemahiran mengira dapat membantu mereka di dalam kehidupan seharian yang melibatkan pengiraan ringkas seperti mengira gula-gula. Kebolehgunaan aplikasi dapat membantu mereka mengenal nombor serta melakukan pengiraan ringkas seperti penambahan dan penolakkan. ii. Tahap pengajaran yang tidak bersesuaian dengan tahap kefahaman dan pembelajaran kanak-kanak Sindrom Down. Sesi pembelajaran di dalam kelas kurang memberangsangkan kerana skop pembelajaran yang diajar oleh guru-guru adalah sama untuk kanak-kanak Sindrom Down yang berada di dalam

kelas walhal tahap kefahaman kanak-kanak Sindrom Down ini adalah berbeza. Oleh itu dengan kaedah ini hanya sebahagian kanak-kanak sahaja yang mampu untuk memahami apa yang disampaikan oleh guru-guru. iii. Tiada aplikasi telefon pintar yang khusus untuk mengajar secara langsung kepada kanak-kanak Sindrom Down untuk belajar dan mahir di dalam nombor dan matematik. Kemahiran mengenal nombor dan mengira ini pada awalnya hanya menggunakan pen atau pensel serta kertas. Kanak-kanak ini hanya berinteraksi dengan bahan pembelajaran yang kaku dan tidak menarik. Pendekatan ini kurang sesuai untuk kanak-kanak Sindrom Down kerana mereka mudah berasa bosan. Terdapat beberapa aplikasi telefon pintar berkaitan kanak-kanak Sindrom Down ini, namun tiada aplikasi yang membimbing kanak-kanak ini mengenal nombor dan mahir di dalam pengiraan. Kebanyakan daripada aplikasi-aplikasi tersebut hanya memberi maklumat mengenai Sindrom Down, dan manual penjagaan kanak-kanak Sindrom Down kepada ibu bapa. 3 OBJEKTIF KAJIAN Aplikasi Permainan Matematik untuk Kanak-kanak Sindrom Down ini dibangunkan untuk meningkat kemahiran dalam mengenal nombor dan asas-asas di dalam pengiraan yang bersuaian dengan tahap intelek kanak-kanak Sindrom Down serta berusaha untuk mencapai objektif-objektif seperti berikut: i. Menyediakan aktiviti pembelajaran yang mudah dikendalikan di mana-mana. ii. Menggunakan kaedah pembelajaran yang pelbagai dan sesuai dengan tahap intelek kanak-kanak Sindrom Down. iii. Membangun aplikasi permainan telefon pintar yang mempunyai elemen multimedia dan menarik minat kanak-kanak Sindrom Down untuk menguasai kemahiran mengenal angka dan asas-asas di dalam pengiraan.

4 METOD KAJIAN Pembangun telah memilih model pembangunan Agile kerana model pembangunan ini mempunyai proses pembangunan yang lebih pendek. Selain itu model pembangunan ini dapat memberikan pandangan daripada pengguna lebih awal dan proses penambahbaikan dapat dilakukan dengan lebih cepat dan terperinci. 4.1 Fasa Kajian Fasa ini dijalankan pada mulanya untuk memenuhi permintaan ataupun daripada idea sendiri. Pembangun akan mengkaji projek yang dicadangkan dengan lebih mendalam untuk mengetahui tahap kesesuaian projek itu dijalankan. Semasa proses ini risiko-risiko yang akan dihadapi serta jenis-jenis pengguna juga perlu dikaji. Penentuan skop kajian perlu jelas agar pembangunan berada pada landasan yang telah ditetapkan. Maklumat-maklumat ini akan diperoleh daripada temuramah dengan pengguna atau laporan kajian-kajian sebelumnya. Pembangun mencatat segala kelebihan dan kelemahan yang ada pada sistem-sistem sedia ada untuk kegunaan di fasa pembangunan nanti. Selain itu, pembangun mengenalpasti platform-platform yang boleh digunakan untuk membangunkan sistem tersebut serta kos yang akan ditanggung perlu dikenalpasti. 4.2 Fasa Perancangan Apabila projek yang dicadangkan sesuai dan mampu untuk dibangunkan, di fasa perancangan pembangun akan melakar idea-idea bagaimana projek itu akan dibangunkan. Risiko, pemasaran, ciri-ciri sistem yang akan dibangunkan akan dikenalpasti. Selepas idea-idea ditentukan, pembangun akan menentukan tahap kepentingan setiap idea yang telah dirancang. Rekaan-rekaan bagaimana idea-idea itu akan dilaksanakan serta jangkaan masa dan tahap kesusahan setiap satu idea tersebut akan diperincikan di fasa ini. 4.3 Fasa Pembangunan Jika sistem yang akan dirancang sudah dibangunkan oleh pihak lain, pembangun boleh memulakan pembangunan setelah fasa perancangan. Namun, jika sistem itu pertama kali dibangunkan, pembangun perlu memperincikan setiap kerja-kerja yang akan dilakukan.

Maklumat-maklumat yang tepat sangat penting di dalam fasa ini bagi mengurangkan kesilapan semasa projek ini dijalankan. Pembangun perlu melakar bagaimana sistem itu akan dibangunkan dengan bahasa atau kod yang mudah difahami oleh pengguna supaya pengguna dapat mengenal pasti keperluan yang diperlukan atau salah di dalam sistem tersebut. Pembangun dan pengguna akan bekerjasama di dalam fasa ini sehingga penentuan terakhir dilakukan. Setelah sistem siap dibangunkan proses pengujian akan dilakukan sebelum dikeluarkan. Semasa proses ini kekurangan atau masalah-masalah yang terdapat di dalam sistem tersebut akan dikenalpasti dan diperbaiki. Maklum balas daripada pengguna seperti maklumat baru atau ciri-ciri baru yang diinginkan akan ditapis oleh pembangun samada boleh dimasukkan ke dalam sistem ataupun tidak. 4.4 Fasa Perlaksanaan dan Pengujian Pembangun akan melatih beberapa orang pengguna dengan modul penggunaan semasa fasa ini di dalam jangka masa dua minggu. Maklum balas daripada pengguna akan didokumentasikan bersama-sama dengan proses-proses pembangunan. Kelancaran sistem atau aplikasi tersebut perlu dikenal pasti semasa digunakan. Sebelum sistem atau aplikasi dikeluarkan di pasaran atau diserahkan pada pihak pengguna pembangun akan memperbaiki kesalahan-kesalahan yang tidak dapat dikenalpasti semasa fasa pembangunan. 5 HASIL KAJIAN Fasa Pembangunan dan pengujian akan dibincangkan di bahagian ini. Fasa pembangunan aplikasi Permainan Matematik Untuk Kanak-kanak Sindrom Down ini penting kerana di dalam fasa ini terdapat proses reka bentuk aplikasi yang mempengaruhi hasil fasa pembangunan aplikasi ini. Seterusnya pengujian dilakukan bagi memastikan aplikasi yang telah dibangunkan menepati skop dan objektif kajian yang telah di tetapkan. Pembangunan dan rekaan reka bentuk aplikasi ini menggunakan perisian seperti Unity sebagai perisian untuk membangunkan keseluruhan projek. Perisian seperti Adobe Illustrator dan Adobe Photoshop digunakan bagi mereka bentuk karakter-karakter dan persekitaran

aplikasi. MonoDeveloper di gunakan sebagai perisian untuk merangka skrip atau bahasa pengaturcaraan yang digunakan di dalam setiap animasi di dalam aplikasi. Paparan antara muka Menu Utama seperti dalam Rajah (A) dan (B) ini bertujuan untuk memaparkan pilihan-pilihan permainan yang disediakan serta memaparkan butang untuk ke halaman tetapan permainan. Pengguna boleh memilih jenis permainan di halaman ini dengan menekan butang pilihan permainan yang disediakan. Pilihan permainan adalah Numbering, Writing, dan Counting. (A)

(B) Reka Bentuk setiap modul permainan pulak direka menggunakan tema Taman Permainan dan Bilik Darjah agar pengguna dapat mempraktikkan apa yang diajar di dalam kehidupan harian mereka.

(C) Rajah 3 Pemodelan 3D bagi model sistem letak kereta automatik dalam bentuk kerangka dawai(a) dan model pejal (B). Reka bentuk Butang kawalan navigasi aplikasi pulak menggunakan ikon-ikon yang melambangkan setiap fungsi butang. Jadual (A) akan menerangkan jenis ikon dan fungsinya.

Gambar/Ikon Jadual (A) Jenis Butang dan Fungsi Penerangan Menutup atau membuka muzik Memaparkan antara muka tetapan permainan Mamaparkan antara muka permainan Memaparkan antara muka menu utama Memaparkan antara muka soalan permainan Counting Memaparkan halaman sebelumya Memaparkan halaman seterusnya

Memaparkan antara muka permainan Numbering Memaparkan antara muka permainan Writing Memaparkan antara muka permainan Counting Penggunaan bahasa pengaturcaraan adalah untuk menggerakkan animasi dan menukar halaman dari satu halaman ke satu halaman. Bahasa pengaturcaraan yang digunakan adalah C# yang digunanakan di dalam perisian Unity. Rajah (D) Bahasa Pengaturcaraan Permainan Menulis

Rajah (E) Bahasa Pengaturcaraan Permainan Menulis 6 KESIMPULAN Secara ringkasnya, aplikasi Permainan Matematik Untuk Kanak-kanak Sindrom Down ini telah berjaya dibangun dengan menepati objektif dan skop kajian disamping memenuhi keperluan pengguna dan sistem. Aplikasi ini boleh digunakan oleh ibu bapa yang ingin mengajar kanak-kanak Sindrom Down mengenai nombor dan pengiraan di rumah atau dimana-mana sahaja. Pihak sekolah jugak digalakkan untuk menggunakan aplikasi ini semasa sesi pembelajaran bagi menarik minat pelajar untuk mempelajari kemahiran nombor ini. Pembangun telah memilih kemahiran nombor dan pengiraan sebagai konsep aplikasi kerana, kemahiran ini kurang di beri perhatian oleh penjaga kanak-kanak Sindrom Down. Ini kerana, mereka berpendapat kemahiran nombor ini tidak penting di dalam kehidupan kanakkanak ini. Walaupun kemahiran ini kurang diberi perhatian seperti kemahiran lain contohnya mambaca dan menulis, namun dengan kemahiran ini kanak-kanak ini mampu melakukan aktiviti harian dengan lebih mudah dan lancar. Walaupun pelbagai halangan dan rintangan yang dihadapi pembangun semasa proses pembangunan aplikasi ini, pembangun berjaya mengatasi masalah-masalah tersebut dan menyelesaikan projek ini seperti waktu yang telah

ditetapkan di dalam jadual aktiviti. Di harap, aplikasi ini mampu memberi kemudahan kepada semua pengguna terutama kepada kanak-kanak istimewa seperti Sindrom Down. 7 RUJUKAN Deanna Horstmeier. One-on-one math tutoring. http://gigisplayhouse.org/math-program [23 November 2016] Developing Numeracy Skills. Down Syndrome Ireland. https://downsyndrome.ie/developing-numeracy-skills/ [21 November 2016] Everybody counts: Maths teaching for children with Down Syndrome. https://rd.acer.edu.au/article/everybody-counts-maths-teaching-for- childrenwith-down-syndrome [22 November 2016] Number skills and mathematics. https://www.down-syndrome.org/information/number/[23 November 2016] Peter Crosta M.A. Down Syndrome: Facts, Symptoms, and Characteristics. http://www.medicalnewstoday.com/articles/145554.php [22 November 2016]. Pleasant, R., & Ritzhaupt, A. D. (2011). Video Games and Learning: Teaching and Participatory Culture in the Digital Age. International Journal of Gaming and Computer-Mediated Simulations, 6(1), 80 82. Wan Fatimah Wan Ahmad, Hidayatun Nafisah Binti Isa, Afza Shafie. 2014. Number Skills Mobile Application for Down Syndrome Children. Universiti Teknologi Petronas.