PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENYAKIT ALZHEIMER NORIDAYU KAMARULZAMAN Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi Syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia FEBRUARI, 2004
ii Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan :. Nama Penulis : Noridayu Bt. Kamarulzaman Tarikh : 18 Februari 2004
iii Dedikasi Dia Yang Maha Esa, dengan limpah kurnianya dapatku menyiapkan projek ini Setulus ingatan diabadikan buat insan tersayang Ayahanda Kamarulzaman Omar Bonda Zainab Hamzah Ahli Keluarga Serta sahabat-sahabatku Heryana, Mas Nazliana, Siti Kamariah, Syamilah, Affizad Herwady, Mohd Hafiz, Nor Hafezah, Nur Syaziah Mastura, dan lain-lain. Tidak dilupakan juga buat seorang insan istimewa yang sentiasa memberikan sokongan dan galakan walaupun dari jauh Semoga Allah sentiasa memberkati hidup kalian.
iv PENGHARGAAN Bismillahir-Rahmanir-Rahim Syukur alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia dan izinnya projek sarjana muda ini telah dapat disempurnakan dengan jayanya. Dengan kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan buat pensyarah pembimbing saya iaitu Encik Yunos B. Hj. Dahlan yang telah banyak memberi tunjuk ajar, bimbingan, idea serta nasihat sepanjang menyiapkan projek ini. Tidak lupa juga ucapan penghargaan ini saya tujukan buat panel pemeriksa iaitu Dr. Mohd Anizu B. Hj. Mohd. Nor dan Encik Hj. Abdul Hamid B. Rahabah diatas segala teguran yang telah diberikan semasa pembentangan projek sarjana muda ini. Akhir sekali, tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih dan penghargaan ini ditujukan kepada semua rakan-rakan, individu serta pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan projek ini. Sekian terima kasih, Wassalam.
v ABSTRAK Alzheimer merupakan salah satu penyakit yang biasanya dihidapi oleh golongan tua. Kajian secara deskritif ini bertujuan adalah bertujuan untuk mengetahui persepsi masyarakat terhadap penyakit ini. Skop kajian ini adalah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai golongan samada golongan berada, pertengahan atau miskin.yang berada di sekitar Taman Universiti. Seramai 80 orang responden yang terdiri dari orang awam yang berada di sekitar Taman Universiti telah diedarkan borang soal selidik yang digunakan sebagai instrumen bagi kajian ini untuk tujuan mendapatkan data. Data yang diperolehi diproses dan dianalisis menggunakan perisian pakej statistik bagi sains social (The Statistic Package For Social Science, SPSS). Hasil analisis dapatan bagi kajian ini menunjukkan masyarakat mempunyai persepsi yang tepat mengenai penyakit Alzheimer berbanding hakikat sebenar penyakit tersebut. Cadangan juga telah diutarakan bagi perhatian pihak-pihak yang berkenaan, masyarakat dan pengkaji-pengkaji yang akan datang.
vi ABSTRACT Alzheimer is a disease that refers to elderly people. This is a descriptive survey to recognize societies perception on the disease. The scope of this study come from various grade of society that is rich, middle, and poor. 80 sets of questionnaire were distributed to the research population in Taman Universiti to collect data. The data was analyzed by using SPSS 11.5 (Statistical Package Social Science). The result of the study indicates that the majority of the societies perception to the disease are nearly accurate. Suggestions are given to relevant parties, society and future researcher for further knowledge in understanding the disease.
vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI GRAF SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xii xiii BAB I PENGENALAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Pernyataan Masalah 3 1.3 Objektif Kajian 4 1.4 Skop Kajian 4 1.5 Batasan Kajian 4 1.6 Kepentingan Kajian 5 1.7 Definisi Operasional
viii 1.7.1 Persepsi 5 1.7.2 Penuaan 5 1.7.3 Alzheimer 6 1.7.4 Dementia 6 BAB II KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 7 2.2 Proses penuaan 7 2.3 Dementia 9 2.4 Alzheimer 10 2.5 Peringkat-peringkat Alzheimer 12 2.5.1 Peringkat Awal Atau Peringkat Perkembangan 12 2.5.2 Peringkat Pertengahan Atau Peringkat Sederhana 12 2.5.3 Peringkat Akhir Atau Peringkat Teruk 13 BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 14 3.2 Reka Bentuk Kajian 15 3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 3.3.1 Populasi 16 3.3.2 Sampel 16 3.4 Prosedur 16 3.5 Instrumen Kajian
ix 3.5.1 Soal Selidik 17 3.6 Kajian Rintis 18 3.7 Kaedah Penganalisaan Data 19 BAB IV ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 21 4.2 Latar Belakang Responden (Bahagian A) 22 4.3 Analisis Data (Bahagian B) 23 4.4 Persepsi Masyarakat Terhadap Penyakit Alzheimer 24 4.5 Pengetahuan Masyarakat Terhadap Penyakit Alzheimer 28 4.6 Keprihatinan Masyarakat Terhadap Penyakit Alzheimer 32 BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 37 5.2 Perbincangan 5.2.1 Persepsi Masyarakat Terhadap Penyakit Alzheimer 38 5.2.2 Tahap Pengetahuan Masyarakat Tentang Penyakit Alzheimer 39 5.2.3 Tahap Keprihatinan Masyarakat Terhadap Penyakit Alzheimer 39 5.3 Kesimpulan 40 5.4 Cadangan
x 5.4.1 Cadangan Untuk Pihak Yang Berkenaan 41 5.4.2 Cadangan Kepada Masyarakat 41 5.4.3 Cadangan Kepada Pengkaji Yang Akan Datang 41 5.5 Penutup 42 RUJUKAN 43 LAMPIRAN Lampiran A-B 46-50
xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT 3.1 Contoh Skala Ukur Menunjukkan Tahap Persetujuan 18 3.2 Pembahagian Skala Likert 20 4.1 Analisis Mengikut Jantina 22 4.2 Analisis Mengikut Bangsa Responden 23 4.3 Ringkasan Skala Likert 5 Mata Kepada 3 Mata 24 4.4 Analisis Terhadap Persepsi Masyarakat Terhadap Penyakit Alzheimer 24 4.6 Analisis Terhadap Pengetahuan Masyarakat Tentang penyakit Alzheimer 29 4.8 Analisis Keprihatinan Masyarakat Terhadap Penyakit Alzheimer 33
xii SENARAI GRAF NO. GRAF TAJUK MUKASURAT 4.5 Purata Peratusan Keseluruhan Analisis Dapatan Terhadap Persepsi Masyarakat Terhadap Penyakit Alzheimer 28 4.7 Purata Peratusan Keseluruhan Analisis Dapatan Terhadap Pengetahuan Masyarakat Tentang Penyakit Alzheimer 32 4.9 Purata Peratusan Keseluruhan Analisis Dapatan Terhadap Keprihatinan Masyarakat Terhadap Penyakit Alzheimer 36
xiii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT A Borang Soal Selidik 46 B Surat Pengenalan Diri Daripada Pejabat Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Sepertimana yang kita ketahui,warga tua merupakan salah satu kelompok masyarakat yang mempunyai sumbangan dan kepentingannya yang tersendiri bagi sesebuah masyarakat dan negara. Namun begitu, warga emas ini sering dikaitkan dengan pelbagai jenis masalah kesihatan dan penyakit. Oleh kerana itu, dapat kita perhatikan sekarang terdapat ramai warga tua diabaikan dan dipinggirkan kerana dianggap menyusahkan serta membebankan. Salah satu penyakit yang dianggap sinonim dengan warga emas ini ialah penyakit Alzheimer iaitu satu daripada dua punca utama penyakit nyanyuk. Penyakit ini merupakan 70 peratus penyebab bagi semua kes nyanyuk.yang biasa dihidapi oleh warga tua. Lebih kurang 10 juta daripada penduduk dunia menghidapi penyakit Alzheimer dan ianya merupakan penyakit yang menduduki tempat ke tiga sebagai penyakit pembawa maut yang utama iaitu selepas penyakit kardiovaskular dan penyakit barah.
2 Penyakit Alzheimer ini merupakan masalah kemerosotan fungsi daya pemikiran seseorang individu. Penyakit ini menyebabkan kerosakan sel-sel otak dan saraf yang menjejaskan bahan neurokimia yang membawa maklumat dalam otak terutamanya penyimpanan maklumat. Penyakit ini biasanya berkemungkinan besar dihidapi oleh individu yang berumur 65 tahun ke atas. Penyakit Alzheimer ini biasanya sangat sukar untuk dikesan dari peringkat awal kerana tanda-tanda bagi penyakit ini biasanya sukar untuk dikenalpasti pada peringkat awal. Biasanya penyakit ini hanya akan disedari atau dikenalpasti pada peringkat yang boleh dikatakan agak kronik dan rawatan pemulihan amat sukar dijalankan. Antara tanda-tanda penyakit ini ialah hilang daya ingatan atau lupa, yang mana pesakit tidak dapat mengingati peristiwa-peristiwa yang baru berlaku (lost of recent memory). Contohnya seperti mereka terlupa menu sarapan yang mereka makan dan sebagainya. Bagaimanapun mereka masih ingat peristiwa atau perkara lama seperti nombor kad pengenalan mereka dan sebagainya. Namun begitu, ingatan ini juga akan hilang lama-kelamaan dari ingatan mereka secara sedikit demi sedikit. Mereka juga akan menjadi murung dan sukar untuk didekati walaupun ahli keluarga yang terdekat dan rapat dengan mereka. Kemudian,satu persatu otot badan pesakit akan mula merosot dan menyebabkan pergerakan mereka menjadi lambat. Kehidupan harian mereka juga terganggu apabila mereka juga hilang kawalan terhadap sistem pembuangan najis dan pengeluaran najis biasanya tidak disedari mereka. Pada peringkat yang lebih kronik,pesakit juga akan hilang rasa malu. Contohnya mereka tidak akan merasa malu apabila berbogel dan membuang najis dimerata-rata. Mereka akan kembali kepada perangai dan tingkah laku seperti kanak-kanak kecil. Kemahiran asas seperti mengira dan bercakap dengan lancar juga akan turut hilang.
3 Namun begitu, tidak semua pesakit Alzheimer mengalami dan menunjukkan tanda-tanda berkenaan. Oleh itu, amat penting bagi ahli keluarga bersikap prihatin dan merujuk kepada doktor bagi memastikan ahli keluarga mereka yang berumur dan menunjukkan kelainan dalam kehidupan seharian mereka bebas dari penyakit ini. Apabila seseorang individu menghidapi penyakit ini, perhatian dan kasih sayang dari ahli keluarga adalah amat penting dan perlu dititik beratkan. Kesimpulannya, warga tua adalah warga emas yang perlukan perhatian yang lebih terutama bagi mereka yang menghidapi penyakit Alzheimer. Walaupun rawatan yang spesifik bagi penyakit ini masih lagi belum ditemui, usaha terus dijalankan kerana penyakit ini benar-benar semakin meningkat dikalangan warga tua di negara ini. 1.2 Pernyataan Masalah Alzheimer merupakan salah satu penyakit yang menyebabkan nyanyuk dan merupakan penyakit dimensi pratua yang biasanya dialami oleh mereka yang berumur 65 tahun ke atas. Penyakit ini menyebabkan kerosakan sel-sel otak dan saraf yang mana menjejaskan bahan neurokimia yang membawa maklumat dalam otak. Ini menyebabkan pesakit menjadi cepat lupa dan sukar mengingati peristiwa atau perkara-perkara yang mereka lalui walaupun baru. Pelbagai tanda atau simptom-simptom yang ditunjukkan oleh pesakit Alzheimer. Namun begitu tidak ramai yang menyedarinya sehinggalah penyakit ini menjadi lebih kronik dan langkah perawatan semakin sukar dilakukan. Kurangnya sikap prihatin dari masyarakat adalah penyumbang terbesar kepada terjadinya pengabaian terhadap pesakit-pesakit Alzheimer. Oleh sebab itu, kajian ini dijalankan bagi mengetahui persepsi masyarakat yang sebenarnya terhadap penyakit Alzheimer.
4 1.3 Objektif Kajian 1) Mengetahui persepsi masyarakat terhadap penyakit Alzheimer 2) Mengenalpasti sejauh mana keprihatinan masyarakat terhadap golongan pesakit Alzheimer. 1.4 Skop Kajian Kajian yang dijalankan ini akan difokuskan kepada masyarakat yang terdiri daripada pelbagai golongan samada golongan berada, pertengahan atau miskin. Ia dijalankan di sekitar Taman Universiti. Kajian ini meliputi pandangan atau persepsi masyarakat kawasan berkenaan terhadap golongan pesakit Alzheimer dan sejauh mana keprihatinan mereka 1.5 Batasan Kajian Kajian ini dijalankan hanya bagi masyarakat di sekitar Taman Universiti.
5 1.6 Kepentingan Kajian Kajian ini penting untuk pengkaji bagi mendedahkan apakah persepsi sebenar masyarakat terhadap penyakit Alzheimer dan sejauh mana keprihatinan masyarakat masa kini terhadap golongan yang berisiko menghidapi Alzheimer terutamanya warga tua yang sering kali diabaikan. Kajian ini juga secara tidak langsung dapat membantu masyarakat mengetahui peringkat umur yang berisiko tinggi menghidapi penyakit Alzheimer dan simptom-simptom yang biasanya ditunjukkan oleh pesakit. Ini bagi memastikan masyarakat akan lebih prihatin dalam penjagaan mereka terhadap golongan warga emas ini.