FACT SHEET PENYAKIT DIABETES. Wanita dan Diabetes: Kesihatan Kita, Milik Kita, Hak Kita

Similar documents
Stroke Prevention. Adding years of healthy life. A Public Education Guide to. National Healthcare Group Adding years of healthy life

Abstract of thesis presented to the Senate of University Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy.

CALL for ACTION" UITLINE. MONDAY-FRIDAY [9.00am TO 4.30pm]

KAUNSELING. Newsletter Title B U S I N E S S N A M E D PUNCAK

MODEL STATISTIK BERSEPADU PELBAGAI ARAS BAGI TRIGLISERIDA DAN TEKANAN DARAH MANUSIA: KAJIAN KES DI HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Kandungan Alpha Lipid LifeLine

The Bahasa Melayu version of the Global Physical Activity Questionnaire (GPAQ-M)

PATIENT INFORMATION LEAFLET. Prevention of Malaria Information for Travellers. Pencegahan Malaria - Maklumat untuk Pelancong

PUSAT PEMBELAJARAN DIGITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH

Project Saringan Status Kesihatan (L.D):Layout 1 1/9/14 4:06 PM Page 1. Saringan Status Kesihatan (Lelaki Dewasa) BSSK/ LD/ 2008 Pind 1/ 2013

Project Saringan Status Kesihatan (W.D):Layout 1 1/15/14 10:03 AM Page 1. Saringan Status Kesihatan (Wanita Dewasa) BSSK/ W/ 2008 Pind

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

IMK NUTRITION [PEMAKANAN]

CHOOSE HEALTHY. BE REWARDED.

Peralihan Rawatan. Klinik dewasa. Klinik pediatrik

EFFECT OF PATTERN RECOGNITION ABILITY TRAINING ON JUDGING PERFORMANCE OF MALAYSIAN RHYTHMIC GYMNASTIC JUDGES

HakCipta Irfan Khairi Sdn. Bhd.

HEALTH EXAMINATION REPORT

APLIKASI KENDIRI DIABETES JENIS II AMIRA WAHIDA BINTI OSMAN ASSOC PROF DR. MARYATI BINTI MOHD YUSOF DR KAILAVANI CHELLAPPAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA POTENTIAL HYPOGLYCEMIC PROPERTY OF ALBIZA MYRIOPHYLLA BENTH. IN STREPTOZOTOCIN-NICOTINAMIDE INDUCED DIABETIC RATS

CHRONIC KIDNEY FAILURE DATA MANAGEMENT SYSTEM WITH AUTOMATIC CLASSIFICATION KHOVARTHEN A/L MURUGIAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PM502: MARKETING RESEARCH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

INTERNALIZED STIGMA AMONG PATIENTS WITH DEPRESSION: COMPARISON BETWEEN EMPLOYED AND UNEMPLOYED GROUP DR. NAEMAH BINTI ABDUL RAHIM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Answer all questions. Jawab semua soalan.

IMPROVING SOCIAL RESPONSIVENESS OF CHILDREN WITH AUTISM SPECTRUM DISORDER THROUGH NEURO-PHYSICAL EXERCISE WONG SIAO YEN

IN VITRO STUDY OF POLYGONUM MINUS EXTRACT EFFECT ON SKIN CELLS HEALING CAPACITY NAEMA YOUSRI FATTHALLAH ELNEHRAWY

MEDICAL CHECK-UP FORM (for Malaysian Students)

ROLE OF LENGTH SPECIFICITY, VELOCITY SPECIFICITY AND NEURAL ADAPTATIONS IN STRENGTH TRAINING

15 TIPS - SLIM & FIT

Norlaila Mustafa, MD Pakar Perunding Endokrinologi. Hospital Serdang, 10 hb Mei 2016

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH LAPORAN PEMERIKSAAN PERUBATAN MEDICAL EXAMINATION REPORT

Cambridge International Examinations Cambridge International General Certificate of Secondary Education

IMK NUTRITION [PEMAKANAN]

Cambridge International Examinations Cambridge International General Certificate of Secondary Education

Diabetes Mellitus Type 2, albuminuria, survival analysis.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

COMPARATIVE STUDY ON THE DIFFERENT RANGE OF NIR SENSOR MEASUREMENT FOR GLUCOSE CONCENTRATION MUHAMMAD HANIS BIN AZMI ALI

1 of 8. Gransea (M) Sdn. Bhd. O'Kim Compound GC300 (Magnesium Calcium)

To My Parents. My father, EsmaeelArzani My mother, Zahra Asadizadeh. My brother, Parham Arzani. & My beloved son SahandRoudpishi

UNIVERSITI MALAYA LAPORAN PEMERIKSAAN PERUBATAN MEDICAL EXAMINATION REPORT

Berapa lamakah kesan dapat dilihat selepas mengambil Cyclophosphamide?

PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP CIRI-CIRI PERSAHABATAN KANAK-KANAK AUTISME (Parents' Perception Towards Friendship Characteristics Of Children With Autism)

USING TAM TO STUDY THE USER ACCEPTANCE OF IT IN THE YEMENI PUBLIC SECTOR (MINISTRY OF SOCIAL AFFAIRS AND LABOUR-YEMEN) ESMAT ABDULMAJID WAHDAIN

IDENTIFICATION OF COMMONLY USED MEDICINAL PLANTS IN KANGKAR PULAI AND THEIR THERAPEUTIC EVALUATION AS ANTI-DIABETIC

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: SOK/BUM/BR03/PK BORANG PEMERIKSAAN KESIHATAN MEDICAL CHECK UP FORM

Project Saringan Status Kesihatan (W.E):Layout 1 1/15/14 10:01 AM Page 1. Saringan Status Kesihatan (Warga Emas) BSSK/ WE/ 2008 Pind 1/ 2013

Iibrary.utem.edu.my Perpustakaan Laman Hikmah Perpustakaan Laman Hikmah Perpustakaan Laman Hikmah

Register your product and get support at SPA1260. MS-MY Manual pengguna


Asian Social Work Journal, Volume 2, Issue 2, (page 26-35), Volume 2, Issue 2, November

KAJIAN INTERVENSI MENGGUNAKAN KAEDAH PENGURUSAN DIET DAN AKTIVITI FIZIKAL DALAM KALANGAN ORANG DEWASA YANG MENGALAMI SINDROM METABOLIK DI RAUB, PAHANG

Acknowledgements. In the name of Allah, the Most Beneficent and Merciful. Salutations to the Prophet Muhammad, his family and companions.

SET 1. Answer any four questions from this section. Jawab mana-mana empat soalan daripada bahagian ini.

- Sila gunakan borang yang disediakan SYARAT-SYARAT TAWARAN KEMASUKAN

IMG 203 CHEMICAL ANALYSIS OF FOOD [ANALISIS KIMIA MAKANAN]

INTEGRATION OF MEDIAN FILTER AND ORIENTATION FIELD ESTIMATION FOR FINGERPRINT IDENTIFICATION SYSTEM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MEDICAL EXAMINER S CERTIFICATE / SIJIL PEMERIKSA PERUBATAN

IMPACT OF PSYCHO-EDUCATIONAL GROUP INTERVENTION USING COGNITIVE BEHAVIORAL THERAPY ON IRANIAN MALE DRUG ADDICTS IN A REHABILITATION CENTER

PEMBANGUNAN LESTARI MELALUI PROGRAM KESIHATAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

IEK 314 Environmental Audit [Audit Persekitaran]

OF ARTEMIA f ED. H f. 'illl; HI SCICW UNiVHiKITl Mftlftyslft luil WWWJ. M/sl AY.SIA. y m ;':S iis lii5

SISTEM INFOGRAFIK INTERAKTIF WABAK H1N1. Aice A/P Emin. Puan Siti Aishah Binti Hanawi

Cholestin. Cholesterol Health Paras Kolesterol Yang Sihat. English / Bahasa Melayu

TIME SERIES SUPPORT VECTOR REGRESSION MODELS WITH MISSING DATA TREATMENTS FOR WATER LEVEL PREDICTION NORAINI BINTI IBRAHIM

PROMOSI PANDUAN DIET MALAYSIA 2010: TAHAP PEMAHAMAN KOMUNITI BANDAR DAN LUAR BANDAR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

HEALTH AND SAFETY IN REFURBISHMENT PROJECTS INVOLVING DEMOLITION WORK MANSOOREH RAKHSHANIFAR

5/27/2011 NOMBOR BULAT (WHOLE NUMBERS)

PEMILIHAN MAKANAN DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA: SATU TINJAUAN

ORTHO-CRESOL AS INDICATOR FOR TOLUENE EXPOSURE AMONG WORKERS

A PHYSICAL ACTIVITY INTERVENTION DEMONSTRATION PROJECT AMONG EMPLOYEES OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BOI 109/4 Biostatistics [Biostatistik]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PROGRAM REHABILITASI KARDIAK DAN KESANNYA TERHADAP KUALITI HIDUP PESAKIT INFARKSI MIOKARDIUM DI HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KELANTAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

(Kertas soalan ini mengandungi 4 soalan dalam 6 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 4 questions on 6 printed pages)

IMK 421 Primary Products Technology [Teknologi Produk Primer]

HEART MURMUR DETECTION AND ANALYSIS USING MULTIPOINT AUSCULTATION SYSTEM KAMARULAFIZAM BIN ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ANALYSIS OF DELETIONS IN THE AZOOSPERMIA FACTOR REGION IN SELECTED MALAYSIAN INFERTILE MALE SUBJECTS COPYRIGHT UPM

A WEB-BASED TELEPRENATOLOGY PLATFORM FOR ANTENATAL CARE MANAGEMENT IN REMOTE AREAS NORAINI BINTI JALIL

ELECTRONIC AUTOMATIC TEMPERATURE CONTROL OF CRYOPRESERVATION FOR ARTIFICIAL INSEMINATION (PROTOTYPE) SANJOY KUMAR DEBNATH

Post-Surgery Wound Care

SIGNAL INTERFERENCE TO ELECTROENCEPHALOGRAM AND ELECTROCARDIOGRAM SIGNAL NORAINI BTE ABDUL SAMAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

enrr New User-First time login Where and how? Source file: P:\eNRR2\eNRR New user_enrr_first Time login_ ppt

SISTEM E-DIABETES. Rezal Mhd Johan Dr Khairul Akram Zainol Ariffin. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

SULIT /3. Answer all questions. Jawab semua soalan.

SENARAI SEMAKAN PUSAT KESIHATAN MAHASISWA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PERKARA ADA TIADA. Tarikh : Pegawai Perubatan Universiti

EXPORT PERSONNEL PERCEPTIONS OF EXPORT PERFORMANCE TO CHINA MARKET FARSHID MOVAGHAR MOGHADDAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATING THE SURFACE PROPERTIES OF HA COATING ON TITANIUM-ALUMINUM SUBSTRATE ALI KARANDISH

ENHANCING HUMAN BREAST CANCER CELLS DESTRUCTION USING COMBINATION OF ADENOVIRUS EXPRESSING P53 AND HYPERTHERMIA TREATMENT ASITA A/P ELENGOE

IMK 421 PRIMARY PRODUCTS TECHNOLOGY [TEKNOLOGI PRODUK PRIMER]

THE EMPLOYABILITY MODEL FOR THE MULTIPLE INTELLIGENCE OF PEOPLE WITH EPILEPSY NUR SOFIA NABILA BINTI ALIMIN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination Academic Session 2009/2010. November BMT 217/3 Virology [Virologi]

Gold Accumulation Program (GAP) with Public Gold Hafizul Hakim 2016

APLIKASI MUDAH ALIH PENSKORAN PROSTAT Rima Shahfira Binti. Redzuan Dr. Afzan Adam. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia

Transcription:

FACT SHEET PENYAKIT DIABETES Wanita dan Diabetes: Kesihatan Kita, Milik Kita, Hak Kita Jabatan Kesihatan Awam KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA November 2017

FACT SHEET Diabetes 1. Pengenalan Diabetes ialah sejenis penyakit kronik yang menjadi masalah besar di kebanyakan negaranegara dunia. Pada tahun 2016, seramai 422 juta (8.5%) daripada penduduk dunia yang berumur lebih daripada 18 tahun ke atas adalah penghidap penyakit diabetes. 1 Daripada jumlah ini, 199 juta daripada mereka adalah wanita, Di Malaysia, seramai 3.6 juta (17.5%) penduduk berumur 18 tahun dan ke atas adalah penghidap diabetes, daripada jumlah ini, seramai 1.78 juta penghidap diabetes adalah wanita 2. Selain itu, diabetes telah menyebabkan kematian 1.6 juta orang di dunia pada tahun 2015 1. Lebih daripada 80 % daripada kematian diabetes berlaku di negara-negara berpendapatan sederhana dan rendah. Seseorang individu disifatkan menghidap diabetes apabila tahap gula di dalam darah adalah lebih tinggi dari normal. Ini berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin yang secukupnya atau badan tidak boleh menggunakan insulin dengan berkesan. Diabetes boleh menjadi risiko utama untuk mendapat penyakit jantung atau angin ahmar. Makanan yang dimakan bertukar menjadi gula di dalam badan dan insulin digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah ke dalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk membekalkan tenaga. Apabila badan kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, menyebabkan paras gula dalam badan meningkat. Ini mengakibatkan kerosakan pada sel yang memerlukan glukosa untuk tenaga serta kerosakan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi. World Health Organization (WHO) meramalkan bahawa diabetes akan menjadi salah satu daripada 7 punca utama kematian pada tahun 2030 3. Amalan pemakanan yang sihat, aktiviti fizikal, mengekalkan berat badan yang normal dan mengelakkan penggunaan tembakau boleh mencegah atau melambatkan serangan diabetes 4. 2. Tema Hari Diabetes Sedunia 2017 Tema tahun ini adalah Wanita dan Diabetes: Kesihatan Kita, Milik Kita, Hak Kita ( Woman and Diabetes, Our Right to A Healthy Future ) dan fokus diabetes pada tahun ini adalah lebih kepada wanita yang menghidap diabetes, pesakit diabetes wanita yang hamil dan diabetes sewaktu hamil (Gestational Diabetes Mellitus atau GDM). 1 WHO Fact Sheet, Updated July 2017 2 National Mortality and Morbidity Survey 2015 3 Mathers CD, Loncar D. Projections of Global Mortality And Burden Of Disease From 2002 to 2030. PLoS Med, 2006, 3(11): e442 4 Global status report on noncommunicable diseases 2010. Geneva, World Health Organization, 2011 Sambutan Hari Diabetes Sedunia 14 November 2017, Kementerian Kesihatan Malaysia 2

Tumpuan pada kali ini adalah akses penjagaan dan didikan yang cukup supaya para wanita mampu mengawal penyakit diabetes. Di samping itu, wanita mengandung juga akan diberikan fokus yang sama di dalam mendapatkan akses saringan, mendapatkan didikan dan penjagaan yang sebaiknya untuk kesihatan ibu dan anak di dalam kandungan. Boleh rujuk kepada Perkara 9 dan 10 untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai wanita dan diabetes. 3. Beban Penyakit Diabetes di Malaysia Diabetes adalah satu isu kesihatan awam yang penting di Malaysia. Survei Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health and Morbidity Survey atau NHMS) 2015 menunjukkan bahawa sejumlah 17.5% atau kira-kira 3.6 juta orang penduduk Malaysia dewasa berumur 18 tahun dan ke atas menghidap diabetes. Dari jumlah ini, dianggarkan bahawa satu dari dua (1:1) tidak mengetahui mereka menghidap penyakit diabetes. Jadual 1 memaparkan tren prevalen diabetes dari tahun 2006 hingga 2015 yang menunjukkan peningkatan. Jadual 1 Prevalen Diabetes di Malaysia 2006-2015 NHMS III (2006) NHMS 2011 NHMS 2015 Kumpulan umur 18 tahun 18 tahun 18 tahun Anggaran populasi Prevalen keseluruhan 11.6% 15.2% 17.5% 3,529,804 Known diabetes 7.0% 7.2% 8.3% 1,678,680 Undiagnosed diabetes 4.5% 8.0% 9.2% 1,851,124 Survei NHMS bagi faktor risiko penyakit NCD di Malaysia dilaksanakan setiap empat tahun dan survei seterusnya adalah pada tahun 2019. 4. Kesihatan kita, Milik kita (health ownership) Oleh itu, adalah penting untuk masyarakat sedar bahawa kesihatan mereka adalah milik mereka (health ownership). Masyarakat perlu mengambil langkah proaktif di dalam mengambil tanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri dan perlu memahami bahawa penjagaan kesihatan bukanlah menjadi tanggungjawab sepenuhnya staf kesihatan. Dengan kefahaman masyarakat mengenai kepentingan menjaga kesihatan mereka sendiri, masyarakat akan mula mengambil berat mengenai kesihatan mereka dan berusaha untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan seterusnya mereka berjaya mencegah atau mengawal penyakit diabetes. Sambutan Hari Diabetes Sedunia 14 November 2017, Kementerian Kesihatan Malaysia 3

5. Jenis-Jenis Diabetes a) Diabetes type 2 90% daripada pesakit adalah penghidap diabetes type 2 yang berlaku apabila pankreas tidak menghasilkan insulin yang cukup atau apabila badan tidak berkesan menggunakan insulin yang dihasilkan. Diabetes type 2 selalunya berlaku di kalangan orang dewasa, walaupun kini semakin ramai kanak-kanak dalam populasi berisiko tinggi turut mengidap diabetes type 2. b) Diabetes type 1 Diabetes type 1 biasanya didiagnosa di kalangan kanak-kanak dan remaja, berlaku apabila pankreas tidak dapat menghasilkan insulin. Insulin adalah hormon yang mengawal jumlah glukosa dalam darah. Baki 10% daripada individu yang menghidap diabetes mempunyai diabetes type. c) Diabetes Semasa Hamil (Gestational Diabetes Mellitus atau GDM) Diabetes semasa hamil, adalah keadaan sementara yang berlaku semasa mengandung. Ia memberi kesan kepada kira-kira 2 hingga 4% daripada semua kehamilan dan melibatkan peningkatan risiko diabetes untuk kedua-dua ibu dan anak. 6. Faktor Risiko Penyakit Diabetes Individu yang berumur 30 tahun dan ke atas mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes type 2 dan perlu diuji sekurang-kurangnya setiap tahun. Individu yang mempunyai mana-mana faktor-faktor risiko berikut perlu menjalani ujian saringan. Tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi iaitu: a) Berbangsa India b) Mempunyai berat badan berlebihan (terutamanya jika menghidapi central obesity ) c) Mempunyai sejarah: o Ibu bapa atau adik-beradik yang menghidap diabetes o Komplikasi kesihatan yang berkaitan dengan diabetes o Melahirkan seorang bayi yang beratnya lebih daripada 4 kg o Menghidap diabetes semasa hamil (Gestational Diabetes Mellitus) o Impaired glucose tolerance atau Impaired fasting glucose keadaan transisi/peralihan di antara sihat dan diabetes o Penyakit tekanan darah tinggi atau hipertensi o Masalah kolesterol atau lemak lain yang tinggi di dalam darah o Wanita yang didiagnosa dengan penyakit Policyctic Ovarian Syndrome Sambutan Hari Diabetes Sedunia 14 November 2017, Kementerian Kesihatan Malaysia 4

7. Tanda-Tanda Dan Gejala Diabetes Tanda-tanda dan gejala diabetes termasuk yang berikut: a) Dahaga yang luar biasa b) Kerap membuang air kecil c) Perubahan berat (berlebihan atau berkurangan) d) Keletihan melampau atau kekurangan tenaga e) Penglihatan yang kabur f) Jangkitan yang kerap atau berulang g) Luka dan lebam yang lambat sembuh h) Kebas di tangan atau kaki i) Bermasalah untuk menghasilkan atau mengekalkan ereksi Ramai juga individu yang yang menghidap diabetes type 2 yang tidak memaparkan sebarang tanda-tanda di atas. 8. Komplikasi Diabetes Jika tidak dirawat atau tidak diuruskan dengan baik, diabetes boleh menyebabkan pelbagai komplikasi, termasuk: a) Penyakit jantung b) Strok c) Penyakit buah pinggang d) Penyakit mata (buta) e) Masalah dengan ereksi (mati pucuk) f) Kerosakan saraf Langkah pertama dalam mencegah atau melambatkan permulaan komplikasi ini adalah menyedari faktor-faktor risiko, dan juga tanda-tanda dan gejala penyakit diabetes 9. Saringan untuk Diabetes sewaktu Hamil (Gestational Diabetes Mellitus) Semua wanita hamil seharusnya membuat saringan untuk Gestational Diabetes Mellitus (atau GDM). Saringan seharusnya dilakukan pada 24 hingga 28 minggu kehamilan dengan modified OGTT (mogtt). Secara umum, ujian saringan akan dilakukan kepada wanita hamil yang mempunyai risiko-risiko yang berikut: a) BMI >27kg/m 2 b) Bayi macrosomic yang beratnya 4 kg c) Menghidap GDM pada kehamilan sebelumnya d) Mempunyai saudara dekat (first degree relative) yang menghidap diabetes e) Sejarah kematian janin yang tidak diketahui sebabnya di dalam kandungan (intrauterine death) f) Sejarah bayi mempunyai masalah congenital g) Kandungan urine positif glucose sewaktu perjumpaan prenatal atau manamana perjumpaan Sambutan Hari Diabetes Sedunia 14 November 2017, Kementerian Kesihatan Malaysia 5

h) Masalah obstektrik terkini (hipertensi, pregnancy induced hypertension, polyhydromnios, dan sedang di dalam rawatan steroid) Jadual 2: Kriteria Diagnosis untuk GDM Diagnosis FPG (mmol/l) 2-h Value (mmol/l) GDM 5.1 7.8 Mereka yang mempunyai factor risiko di atas dan ujian saringan pertama adalah normal, mogtt perlulah diulang semula selepas 4-6 minggu. Ibu yang mendapatkan keputusan mogtt yang tidak normal, sudah cukup untuk didiagnosis sebagai GDM. Ibu perlulah diberitahu mengenai risiko mendapatkan GDM untuk kehamilan seterusnya dan diberikan nasihat untuk membuat mogtt apabila membuat keputusan untuk hamil. Ibu yang pernah mempunyai riwayat GDM perlu membuat pemeriksaan gula darah setiap tahun selepas bersalin. Wanita yang mempunyai riwayat GDM mempunyai 3.2 lebih risiko untuk mendapat kencing manis daripada wanita yang tiada riwayat kencing manis. 5 10. Pesakit Diabetes yang Hamil Wanita diabetes yang mahu hamil perlulah diberikan kaunseling (pre pregnancy counselling) sebelum hamil supaya mereka mengawal paras gula dalam darah (glycaemic control) dengan lebih baik. Antara kaunseling yang perlu diberikan adalah: a. Kehamilan perlulah dirancang supaya ibu dapat mengawal paras gula mereka. b. Kepentingan untuk berhenti merokok c. Komitmen ibu untuk menjaga diri dan berjumpa dengan staf kesihatan sewaktu hamil d. Memberitahu awal kepada staf kesihatan apabila hamil 11. Kaedah Pencegahan Diabetes Langkah-langkah gaya hidup yang sihat telah terbukti berkesan dalam mencegah atau melambatkan permulaan diabetes type 2. Untuk membantu mencegah diabetes type 2 dan komplikasinya, kita perlu: 5 Type 2 Diabetes After Gestational Diabetes Mellitus in South Asian Women in United States, 2017, Meghana et al Sambutan Hari Diabetes Sedunia 14 November 2017, Kementerian Kesihatan Malaysia 6

a) Kesihatan kita, milik kita (health ownership). Pastikan anda menjalani saringan kesihatan secara berkala dengan memeriksa body mass index (BMI), tekanan darah, paras gula dalam darah dan juga kolesterol b) Ketahui risiko diabetes anda c) Kawal berat badan anda dan kekalkan berat badan unggul d) Makan secara sihat mengikut Pinggan Sihat Malaysia #SukuSukuSeparuh e) Kekal aktif sepanjang hari dan menjalankan aktiviti fizikal 30 minit dalam sehari f) Berhenti merokok 12. Kaedah Mengawal Diabetes Pesakit diabetes berpeluang untuk hidup aktif, bebas dan sihat jika mereka membuat komitmen sepanjang hayat untuk pengurusan diabetes yang teliti, seperti yang berikut: a) Kawalan paras gula: Pemeriksaan perlu dilakukan secara berkala bergantung kepada status paras gula semasa, sasaran, dan kaedah rawatan. Pemantauan kendiri paras gula dalam darah (self-monitoring blood glucose SMBG) boleh dilakukan sendiri di rumah menggunakan glucometer terutama di kalangan pesakit yang menggunakan insulin dan digalakkan juga untuk pesakit yang mengambil ubat lain. Kawalan Paras Gula Sasaran Berpuasa 4.4 7.0 mmol/l Selepas makan 4.4 8.5 mmol/l HbA1c 6.5% b) Kawal faktor risiko lain: Tekanan darah dan paras kolesterol yang tinggi dan boleh mengakibatkan komplikasi seperti penyakit mata, penyakit jantung, strok dan penyakit buah pinggang. Sasaran Tekanan Darah Sasaran Paras Kolesterol Triglyceride HDL LDL 135/75 mmhg Bacaan 1.7 mmol/l >1.0 mmol/l (lelaki) >1.2 mmol/l (wanita) 2.6 mmol/l c) Ubat: Diabetes type 1 sentiasa dirawat dengan insulin. Diabetes type 2 boleh dikawal melalui aktiviti fizikal dan diet seimbang. Ubat-ubatan dan/atau insulin juga diperlukan untuk membantu pengawalan glukosa darah dengan lebih berkesan. Sambutan Hari Diabetes Sedunia 14 November 2017, Kementerian Kesihatan Malaysia 7

d) Saringan komplikasi: Pesakit diabetes hendaklah menjalani saringan komplikasi akibat diabetes mengikut panduan yang ditetapkan seperti pemeriksaan kaki, BMI, fungsi buah pinggang, jantung, mata dan lain-lain. e) Aktiviti fizikal: Bersenamlah setiap hari selama sekurang-kurangnya 30 minit setiap sesi mengikut keupayaan individu. Selain bersenam, aktiviti fizikal seperti menggunakan tangga, berjalan kaki ke tempat kerja, membuat kerja-kerja rumah dan menggunakan kenderaan awam juga boleh dilakukan. Aktiviti fizikal membantu badan mengawal tahap glukosa darah, menggalakkan penurunan berat badan, mengurangkan tekanan dan meningkatkan kecergasan keseluruhan. f) Pemakanan: Jenis, kuantiti dan waktu pemakanan memainkan peranan penting dalam mengawal paras glukosa darah. Pengambilan jumlah kalori dan karbohidrat perlu dipantau bagi mengelakkan berat badan serta paras gula berlebihan. Pengambilan makanan yang sedikit tetapi kerap boleh membantu mengawal paras gula dalam darah. Ambil 5 hidangan sayur sayuran dan buahbuahan sehari. g) Pengurusan Berat: Seorang dewasa yang mempunyai BMI 30 atau lebih tinggi dianggap obes. Berat badan berlebihan adalah apabila BMI di antara 25 dan 29.9. Berat badan normal adalah BMI 18-24.9. Individu yang bermasalah berlebihan berat badan adalah disarankan untuk menurunkan berat sebanyak 5-10% dalam tempoh 6 bulan. Pengambilan diet yang teratur dan aktiviti fizikal yang kerap boleh membantu mencapai dan mengekalkan berat badan yang ideal. h) Pengurusan Gaya Hidup: Jika anda seorang perokok, dapatkan bantuan untuk berhenti merokok di klinik kesihatan atau hospital. Bagi bukan perokok, jangan mulakan merokok. Lindungi diri anda daripada asap rokok dan anda berhak menikmati udara bebas asap rokok. Elakkan mengambil alkohol secara berlebihan, dan tangani stress dengan baik. Semua ini membantu anda mencapai tahap kawalan diabetes lebih baik dan menikmati kehidupan yang lebih berkualiti. Sambutan Hari Diabetes Sedunia 14 November 2017, Kementerian Kesihatan Malaysia 8

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi: 1 Dr Khairul Hafidz Alkhair bin Khairul Amin Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit, KKM Tel: 03-88924529 Email: khairulhafidz@moh.gov.my 2. Dr Noor Raihan Khamal Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit, KKM Tel: 03-8892 4413 Emel: dr.noorraihan@moh.gov.my Sambutan Hari Diabetes Sedunia 14 November 2017, Kementerian Kesihatan Malaysia 9