segala perancangan yang dibuat? Ini adalah satu cabaran bagi anda. Saya pernah teliti sikap seorang

Similar documents
HakCipta Irfan Khairi Sdn. Bhd.

Nak Generate Extra Income RM200 Hingga RM1000 Sehari Secara Online?

Cambridge International Examinations Cambridge International General Certificate of Secondary Education

Gold Accumulation Program (GAP) with Public Gold Hafizul Hakim 2016

INTRODUCE OUR WEBSITE store.brophone.my

PM502: MARKETING RESEARCH

Hakcipta Irfan Khairi Sdn Bhd

BIZAPP SUPERB & PRO MENCETAK SLIP POSLAJU SECARA BERTERUSAN JAN 2017 / VERSI 1.0.0

Oleh: Sofinah Lamudin forex.mudahkaya.com. Edisi Newbie

Cambridge International Examinations Cambridge International General Certificate of Secondary Education

Cambridge International Examinations Cambridge International General Certificate of Secondary Education

The Bahasa Melayu version of the Global Physical Activity Questionnaire (GPAQ-M)

PROGRAM PENGUMPULAN EMAS PUBLIC GOLD

Kalau beli rumah, boleh bayar installment rumah harga RM300 ribu.

Cambridge International Examinations Cambridge International General Certificate of Secondary Education

JOM BELAJAR TEKNIK SEO BERSAMA SHOPIEVO

Panduan Langkah Pendaftaran DAN Kawasan Ahli. - Panduan Langkah -

enrr New User-First time login Where and how? Source file: P:\eNRR2\eNRR New user_enrr_first Time login_ ppt

Kaizen boleh diakses melalui internet di laman sesawang

5/27/2011 NOMBOR BULAT (WHOLE NUMBERS)


Autopilot Data Mobile & Closing power ID4U

CALL for ACTION" UITLINE. MONDAY-FRIDAY [9.00am TO 4.30pm]

Azsha Ali [RAHSIA BUAT DUIT DI RUMAH!!!]

Macam mana hidup anda mampu berubah 360 darjah, dengan hanya 4 hartanah?

IEK 314 Environmental Audit [Audit Persekitaran]

KETAHUI BAGAIMANA ANDA BOLEH KUMPUL MODAL UNTUK TRADE FOREX SECARA PERCUMA BERKALI-KALI! FAUZEY FX. modaltradepercuma.blogspot.com

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

CHOOSE HEALTHY. BE REWARDED.

Pemasaran Online Facebook Manfaat Media Sosial Untuk Buat Duit

Langkah Demi Langkah Membina Blog Dengan Blogger.com BINA BLOG DENGAN BLOGGER.COM. 1

2009:NAK BERNIAGA APA DI INTERNET? Ebook PERCUMA panduan perniagaan internet kepada bakal usahawan internet.

Stroke Prevention. Adding years of healthy life. A Public Education Guide to. National Healthcare Group Adding years of healthy life

DOKTOR DAN WANG KETAHUI PENGURUSAN WANG UNTUK DOKTOR. AHMAD SYUKRI JAMALUDIN doktordanwang.com


Answer all questions. Jawab semua soalan.

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Berkuatkuasa 1 Disember 2010 Ver 1.5 (Malay Version)

Soalan Lazim MARA Electronic Payment System (MARAeps)

KAUNSELING. Newsletter Title B U S I N E S S N A M E D PUNCAK

Manual Pembelajaran. Tajuk Kursus: Pengenalan kepada sistem OfficeCentral. Julai Authentic Venture Sdn Bhd

PUSAT PEMBELAJARAN DIGITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH

Module 1. Membina Perniagaan Anda di Facebook Via Fan Page. Prepared By: Eiman Haiqal Resources. Prepared For: One Stop Nur Iman Ent

TRENDLINE BREAKOUT STRATEGY[TLB]

fulfilling my family's dreams

Panduan Asas Paypal

7 TEKNIK ENTRY FAKEOUT

PATIENT INFORMATION LEAFLET. Prevention of Malaria Information for Travellers. Pencegahan Malaria - Maklumat untuk Pelancong

PANDUAN MEMBINA KEDAI ONLINE CARA MUDAH VERSI 1.0

UCLA SCTC GIT 2.0 SOAL SELIDIK

SET 1. Answer any four questions from this section. Jawab mana-mana empat soalan daripada bahagian ini.

COLLECTION OF PERSONAL INFORMATION

DINORSHUHAIDI DR Solution

Aplikasi Pesanan Makanan Telefon Pintar

MEDICAL CHECK-UP FORM (for Malaysian Students)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

INTEGRATION OF MEDIAN FILTER AND ORIENTATION FIELD ESTIMATION FOR FINGERPRINT IDENTIFICATION SYSTEM

PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP CIRI-CIRI PERSAHABATAN KANAK-KANAK AUTISME (Parents' Perception Towards Friendship Characteristics Of Children With Autism)

IMG 203 CHEMICAL ANALYSIS OF FOOD [ANALISIS KIMIA MAKANAN]

(Kertas soalan ini mengandungi 4 soalan dalam 6 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 4 questions on 6 printed pages)

Shamshunnisah Abu Bakar*, Hasanah Che Ismail**

Anda membaca ebook ini adalah kerana anda sedang mengalami masalah ini :- Dengan menyediakan Template untuk anda fikirkan sejenak perihal hidup anda.

MEDICAL EXAMINER S CERTIFICATE / SIJIL PEMERIKSA PERUBATAN

MODEL STATISTIK BERSEPADU PELBAGAI ARAS BAGI TRIGLISERIDA DAN TEKANAN DARAH MANUSIA: KAJIAN KES DI HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

A STUDY OF GENERATION Y TRAVEL BEHAVIOUR IN MALAYSIA TAN LAY YEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Perlindungan Kesihatan Pelajar Luar Negara Sokongan apabila anda memerlukannya

EXPORT PERSONNEL PERCEPTIONS OF EXPORT PERFORMANCE TO CHINA MARKET FARSHID MOVAGHAR MOGHADDAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

USING TAM TO STUDY THE USER ACCEPTANCE OF IT IN THE YEMENI PUBLIC SECTOR (MINISTRY OF SOCIAL AFFAIRS AND LABOUR-YEMEN) ESMAT ABDULMAJID WAHDAIN

APLIKASI GREENGROCERYGO UNTUK MENGATASI MASALAH PEMBAZIRAN MAKANAN NOR AQILAH NUR FAZIDAH ELIAS

Panduan Pengguna Badan Pengurusan Bersama (BPB) / Perbadanan Pengurusan

MANUAL RAKAN PENGHANTAR Fleet Khas GrabExpress (MALAYSIA)

Register your product and get support at SPA1260. MS-MY Manual pengguna

IMPROVING SOCIAL RESPONSIVENESS OF CHILDREN WITH AUTISM SPECTRUM DISORDER THROUGH NEURO-PHYSICAL EXERCISE WONG SIAO YEN

15 TIPS - SLIM & FIT

Peralihan Rawatan. Klinik dewasa. Klinik pediatrik

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination Academic Session 2009/2010. November BMT 217/3 Virology [Virologi]

1 of 8. Gransea (M) Sdn. Bhd. O'Kim Compound GC300 (Magnesium Calcium)

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: SOK/BUM/BR03/PK BORANG PEMERIKSAAN KESIHATAN MEDICAL CHECK UP FORM

Lee Yoke Fah Wong Mui Hiong

APLIKASI MUDAH ALIH PENEMPAHAN JUAL BELI MAKANAN (GO FOOD) Nurfilzah Hanum binti Mohd Fazi Dian Indrayani Jambari

- No. Tempat Duduk: UNlVERSlTl SAlNS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik SeptemberlOktober 2003.

IBG BIOANALYSIS 1 [BIOANALISIS 1]

Kandungan Alpha Lipid LifeLine

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MOVE ANALYSIS OF PHARMACY RESEARCH ARTICLE DISCUSSION SECTIONS

Risiko rendah, hasil lumayan. berjaya. Kegiatan menjual rokok tidak sah pula 'digemari' kerana selain memberi keuntungan lumayan, risiko

UNIVERSITY OF CAMBRIDGE INTERNATIONAL EXAMINATIONS International General Certificate of Secondary Education

IMK NUTRITION [PEMAKANAN]

DETERMINATION OF CHARACTERISTICS OF DISGUISED SIGNATURES AMONGST MALAYSIAN NORMAH BINTI MOHAMMED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HEALTH EXAMINATION REPORT

IMK NUTRITION [PEMAKANAN]

MENGENAL PASTI FOKUS KAJIAN TINDAKAN. Nordin Tahir

HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION MALAY FOR BACKGROUND SPEAKERS 2/3 UNIT (COMMON) (80 Marks)

ROLE OF LENGTH SPECIFICITY, VELOCITY SPECIFICITY AND NEURAL ADAPTATIONS IN STRENGTH TRAINING

IMK 421 Primary Products Technology [Teknologi Produk Primer]

TARGET SELECTION USING SINGLE ELECTROENCEPHALOGRAM ELECTRODE BASED ON MENTAL TASK HUSNAINI BINTI AZMY

Sekalung Tahniah Hebatnya Allah, beri kekuatan saya menulis lagi.

ELEMENT OF WARRANTY OF IBS STRUCTURAL SYSTEM FOR CONSTRUCTION INDUSTRY ANNAN VESSINUK A/L SING

KIE 356 Food and Palm Oil Chemistry [Kimia Makanan dan Minyak Sawit]

Senarai Semak & Transkrip Penemuduga. Pengenalan

IMK 421 PRIMARY PRODUCTS TECHNOLOGY [TEKNOLOGI PRODUK PRIMER]

Transcription:

Panduan Mencari Pendapatan Sampingan 1.1. MERANCANG KEWANGAN Merancang kewangan adalah mudah tetapi berapa ramaikah di antara kita yang betul-betul mengikut segala perancangan yang dibuat? Ini adalah satu cabaran bagi anda. Saya pernah teliti sikap seorang rakan saya yang baru mula bekerja yang selalu mengikat perut semata-mata untuk membolehkan beliau melabur di dalam bidang hartanah. Jika orang semua bermewah dengan kereta Proton Waja, Persona, Satria Neo dan sebagainya, beliau hanya memakai sebuah kancil second hand. Jika orang semua asyik memanjakan diri dengan makanan hebat seperti satay, mee rebus dan sebagainya, beliau hanya makan di rumah dengan hidangan ibu beliau. Apa yang saya tahu baru-baru ini, sebelum sampai umur 30 tahun sahaja beliau sudah menjadi jutawan. Itu kisah beliau. Bagaimanakah pula kisah anda? Lebih-lebih lagi yang akan kahwin tak lama lagi? Mungkin anda tertanya-tanya kenapa saya tekankan hal perancangan kewangan dalam topik mencari pendapatan sampingan? Alasan saya adalah mudah. Kita mungkin senang mencari duit, tetapi untuk membelanjakannya juga lebih mudah. Jika belanja kita lebih besar dari pendapatan tambahan yang kita dapat, maka duit lebih yang kita dapat itu tidak akan ke mana! Langkah membina kekayaan bermula dengan tabiat berjimat. Tidak kiralah berjuta pendapatan anda sebulan, tetapi sekiranya anda tidak pandai merancang kewangan anda atau dalam erti kata lain boros, anda akan menjadi miskin dalam sekejap masa sahaja. Jika tidak masakan orang yang menang loteri jatuh seperti keadaan mereka seperti sebelum menang loteri dahulu dalam masa beberapa tahun sahaja. Disiplinkan diri anda dengan memastikan fikiran anda sentiasa memikirkan apa yang boleh ditinggalkan atau tidak penting. Hakcipta Terpelihara

Garis panduan utama dalam perancangan kewangan ialah: 1. Jangan belanja lebih daripada apa yang anda mampu! Pendapatan mestilah lebih dari perbelanjaan anda! 2. Membuat senarai perbelanjaan anda (yang perlu) dan juga pendapatan masuk anda pada setiap bulan. Pastikan bahawa anggaran perbelanjaan dan pendapatan ini realistik. Banyak buku panduang kewangan mencadangkan anda membuat catatan setiap kali anda berbelanja. Tetapi adakah di antara kita yang benar-benar melakukanini sepenuhnya? Cara ini amat mudah dipraktikkan jika anda mempunyai telefon bijak seperti iphone, android atau blackberry yang mengandungi program khusus yang boleh anda bawa ke mana-mana. Tetapi ingatlah kejayaan anda mengurangkan belanja bukan terletak kepada betapa efektifnya anda mencatat perbelanjaan seharian anda tetapi terletak kepada minda berjimat anda. Selalu bertanya kepada diri anda, adakah ini sangat perlu? Tidak bolehkah anda berkreatif sedikit dengan apa yang ada daripada membeli produk atau servis tersebut? Jika anda selalu suka keluar bersarapan dengan kekasih anda, apa salahnya jika anda berdua membuat potluck dengan makan sandwich atau nasi lemak yang dimasak oleh kekasih anda dan berkelah di taman? Namun begitu majoriti daripada kita merasakan bahawa cara ini amatlah rumit dan menyusahkan. Cara ini juga menampilkan diri kita kepada bakal isteri atau suami sebagai seorang yang selalu berkira atau Pak Kemut. Ada cara yang lebih baik untuk mengatasi masalah ini sebenarnya. Caranya ialah dengan memahami kategori perbelanjaan anda setiap bulan, contohnya, Hakcipta Terpelihara

1. Makanan, minuman dan barangan dapur Panduan Mencari Pendapatan Sampingan 2. Pengangkutan, bayaran tempat letak kereta dan tol. 3. Hiburan 4. Bila air, elektrik dan telefon, sewa rumah, kereta dan kredit kad Kami telah mengkelaskan perbelanjaan anda kepada EMPAT kategori asas di atas untuk memudahkan anda mengawal perbelanjaan anda. Untuk perbelanjaan sewa rumah, kereta dan kredit kad, bil air, elektrik dan telefon, pastikan anda melangsaikannya dahulu sebelum anda berbelanja barangan yang lain! Untuk bayaran pengangkutan pula, sediakan tabung kecil di dalam kereta anda untuk perbelanjaan ini. Sekiranya sudah hampir habis kantung anda ini, displinkan diri anda supaya tidak menambahnya lagi tetapi pastikan anda mengurangkan perjalanan anda atau menaiki bas atau LRT untuk ke sesuatu tempat. Untuk perbelanjaan makanan, minuman dan barangan dapur sediakan juga tabung khas untuknya di rumah anda di tempat yang sulit. Jangan kacau duit lain sekiranya ia telah habis. Kalau baru separuh bulan sudah tinggal sedikit, faham-fahamlah anda mungkin kena makan mee segera atau roti sahaja untuk baki bulan tersebut! Jangan berhutang dengan menggunakan kad kredit pula untuk makan di restoran. Jangan tergoda dengan ajakan kekasih anda untuk makan di tempat yang mewah. Jangan cuba menunjuk yang bahawa kononnya anda mampu kerana ini akan terbawa-bawa sewaktu sudah berkahwin nanti. Bertegas kepadanya bahawa anda tidak mampu. Jika inginkan juga, anda perlu menabung sedikit demi sedikit! Bagi perbelanjaan hiburan pula, ini amat subjektif. Tegasnya ini bukan sesuatu yang perlu. Berkorbanlah menonton wayang untu sementara waktu. Kongsi menonton DVD dengan rakan-rakan pula. Jika ada baki barulah anda boleh berhibur. Jika tidak bersabarlah! Hakcipta Terpelihara

Jika ada duit lebih di penghujung bulan, nasihat kami ialah supaya anda laburkan di dalam Amanah Saham Bumiputra (ASB). Kalau boleh buat potongan terus setiap bulan ke dalam ASB. Keuntungannya agak baik berbanding unit amanah atau akaun simpanan tetap yang lain. Jika anda berjaya menyimpan sebanyak RM200 sebulan, setahun jumlahnya sudah menyamai RM2,400. Jika diditambah dengan faedah, jumlahnya akan lebih banyak lagi. 1.2 MENGAWAL ALIRAN TUNAI Senang sahaja jika anda benar-benar ingin mencari duit tambahan untuk berkahwin! Jika anda memang sudah buntu idea untuk kerja sampingan, apa yang paling mudah untuk anda lakukan adalah dengan berjimat! Hentikan sekarang juga segala perbelanjaan yang tidak perlu. Hentikan makan di luar. Hentikan aktiviti shopping yang tiada berkaitan dengan perkahwinan anda. Anda juga boleh mencuba berbincang dengan ahli keluarga perempuan supaya dapat mengurangkan bayaran hantaran maskahwin. Kadangkala pelik kami tengokkan, dah tahu pihak lelakinya tidak mampu, bayaran maskahwin masih melambung sehingga mencecah RM 15,000. Selepas itu sibuk si lelaki ini meminta derma sana-sini untuk berkahwin. Hentikan amalan yang tidak munasabah ini! Antara kaedah-kaedah segera yang dapat menjimatkan wang anda adalah: Berhenti menggunakan kad kredit sama sekali. Jika anda mempunyai hutang kad kredit yang belum langsai, pastikan anda menyelesaikan segera untuk mengelakkan kadar faedah yang tinggi! Mebuat pindahan baki kad kredit atau Balance Transfer ke kad kredit yang lain untuk mendapatkan faedah yang lebih rendah. Pergi ke laman sesawang bank-bank tempatan, kaji kadar faedah yang dikenakan untuk Balance Transfer ini. Setahu kami Maybank, Citibank dan juga Standard Chartered ada menawarkan kadar faedah yang agak rendah. Hakcipta Terpelihara

Panduan Mencari Pendapatan Sampingan Jalan kaki, naik bas atau tumpang kawan daripada naik kereta sendiri sekiranya tempat kerja anda berdekatan. Sekiranya anda memandu, jangan memandu dengan terlalu laju, kerana dengan memandu laju, penggunaan minyak anda akan meningkat sebanyak 10-15%. Jika waktu sesak dan jam lagilah penggunaan minyak anda akan melambung. Oleh itu amat perlu jika anda menggunakan kereta yang mempunyai kapasiti yang rendah. Kurangkan perbelanjaan untuk hiburan seperti menonton wayang atau bermain bowling. Jika dari 4 kali sebulan, kurangkan supaya menjadi sekali sebulan (RM10 x 3 x 12 = RM360 dapat dijimatkan untuk setahun, banyak tu!). Ada banyak aktiviti yang tidak mengeluarkan kos seperti bersiar-siar di taman, menonton vcd di rumah atau melawat rakan-rakan. Berhenti merokok sama sekali. Hentikan makan di luar. Cuba masak di rumah. Kurangkan bercakap di telefon dengan teman wanita anda. Jika anda mempunyai akses internet, gunakan perkhidmatan yahoo messenger atau skype yang percuma! Waktu sekarang ini semua orang sudah menggunakan sistem applikasi ChatOn, Whatsapp atau BBM yang PERCUMA. Anda sudah menggunakannya? 1.3 MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN Selepas tahu berjimat, sekarang tibalah masanya untuk mencari pendapatan sampingan atau meluaskan rezeki anda sekarang. Orang kata berapa banyaklah yang dapat anda berjimat sebulan jika gaji anda setakat itu sahaja. Amat betul penyataan ini. Oleh itu perlulah anda meningkatkan aliran masuk tunai anda dengan kerja-kerja sampingan. Banyak yang bertanya kepada kami bagaimanakah mereka boleh mencari duit untuk berkahwin. Kebanyakan mereka agak kekurangan idea dan juga yang mengatakan skim multilevel marketing agak Hakcipta Terpelihara

tidak sesuai dengan jiwa mereka. Mereka mengatakan bahawa mereka bukanlah seorang salesman atau jurujual! Sebenarnya untuk berjaya dalam sesuatu hal tidak semestinya perniagaan sahaja, anda perlu mampu menjual diri anda! Sama ada anda sedar atau tidak atau mahu atau tidak anda adalah sebenarnya seorang salesman dari lahir. Di pejabat misalnya anda perlu meyakinkan bos anda agar menerima idea anda. Begitu juga di rumah anda perlu meyakinkan suami anda supaya membelikan anda rantai emas di kedai emas yang baru dibuka di sebuah pusat membeli-belah elit ibukota pada hari jadi anda! Dalam hal ini, anda cepat membentangkan segala faedah dan beratus sebab mengapa anda berhak mendapat rantai emas tersebut. Antara alasan yang anda mungkin gunakan adalah: - Anda tidak pernah dapat seutas rantai emas dari suami anda; - Jualan ini murah susah hendak dapat di lain masa; atau - Suami anda perlu buktikan kasih sayang beliau kepada anda. Jika diteliti, bukankah sama alasan-alasan yang anda berikan ini seperti alasan yang diberikan oleh salesman atau salesgirl di kedai emas tersebut? Nah, bukankah anda seorang salesman atau salesgirl juga? Kemahiran anda di rumah dan di pejabat sebagai seorang salesman ini boleh dibawa ke dunia perniagaan anda sendiri. Untuk memulakan sebuah perniagaan secara sampingan, anda perlukan sebuah produk atau servis perkhidmatan untuk dijual. Cara yang paling mudah buat bisnes: 1) Kenal pasti "who."... Siapa yang kita mahu tolong. Kenali pasaran ini betul-betul. 2) Kenal pasti "what."... Apakah masalah mereka hadapi. 3) Kenal pasti "what."... Apakah produk atau servis yang boleh kita tawarkan. 4) Engage mereka.... Bagaimana kita boleh mendapat perhatian mereka? Di pasaraya? Di facebook dengan menggunakan fanpage atau Facebook Ads? Tarik pelanggan ini dari lubuk mereka dan kenalkan mereka dengan produk anda (hook). Hakcipta Terpelihara

Saya bagi contoh mudah yang menggunakan framework di atas: Panduan Mencari Pendapatan Sampingan 1) Who - Lelaki. 2) What (Masalah mereka?) - Tidak mempunyai "power" untuk puaskan isteri. 3) What (Apa yang kita boleh tawarkan?) - Minyak sensaoil atau spermax. 4) Engage Buat fanpage di facebook dan tarik mereka dengan menggunakan FB Ads. Kongsi tip dan strategi ehem-ehem di laman facebook anda. Begitu juga jika anda ingin menjual tudung, kuih-muih dan sebagainya. Pastikan ada pasaran. Pastikan ianya masalah besar yang perlu diselesaikan. Bukan sekadar masalah remeh temeh yang mereka pun tak sanggup nak keluarkan duit. Ada banyak masalah dalam dunia ini. Antaranya: Masalah kurang duit Masalah jerawat Masalah kegemukan Masalah tak tahu menggunakan facebook ads Masalah anak lemah dan degil dalam pembelajaran Masalah cinta Masalah tak tahu nak mengurat... dan pelbagai masalah lagi. Anda perlu menyelesaikan masalah mereka, bukan sekadar biasa-biasa sahaja tetapi dengan cepat, pantas dan pada kadar termurah di pasaran. Cari masalah ini dan dramatikkan impak jika mereka berterusan mempunyai masalah ini. Hakcipta Terpelihara

Seperti masalah jerawat, anda boleh dramatikkannya dengan menakut-nakutkan target market anda dengan ayat-ayat seperti: Muka yang berjerawat akan susah nak dapat jodoh Jerawat batu akan meninggalkan kesan seumur hidup jika tidak dibendung Pernahkah anda dihina kerana berjerawat? Pergi di forum-forum, majalah dan sebagainya. Kenali masalah yang selalu muncul di forum atau majalah tersebut. Seperti masalah cik Abang kurang power. Sampai ada doktor pakar khas yang menjurus kepada hal ini. Mereka yang menghadapi masalah dan malu nak mendapatkan bantuan beribu jumlahnya. Sebab itu produk-produk dalam kategori ini laku keras dari dulu sampai sekarang. Begitu juga tudung. Sudah banyak orang jual tudung. Semua orang ingin nampak cantik. Mereka yang pandai buat tudung dengan fesyen terkini akan menjadi perhatian. Membuat inovasi penyelesaian kepada masalah Kadang-kadang idea penyelesaian masalah tidak datang di depan mata. Ia perlu diinovasikan. Contohnya diberi di bwah. 1. Masalah sukar mencari makanan fastfood barat yang sedap di Malaysia. Cari sesuatu yang sudah ada di pasaran luar negara tetapi belum lagi terdapat di Malaysia. Contohnya perusahaan hotdog 1901. Walaupun ada ayam goreng hebat KFC atau burger hangat McDonald s, tetapi Tengku Rozaidar, pengasas 1901 tahu bahawa terdapat market gap di pasaran hotdog di Malaysia. Pada masa itu, 1997, masih lagi tiada orang yang menjual hotdog secara komersil kecuali A&W. Itu pun produknya terhad kepada coney dog. Contoh yang lain ialah membawa francais dari luar negara atau dari dalam negeri ke tempat yang belum ada perniagaan ini. E.g. J & Hakcipta Terpelihara

Co. Bagi perniagaan donut atau yang paling dekat ialah membawa perniagaan nasi beryani gam Batu Pahat ke Kuala Lumpur, Kelantan atau Perak. Begitu juga dengan sate kajang Hj. Samuri, masih belum lagi terdapat di Kelantan atau Terengganu! 2. Masalah ubat yang pahit. Reka sesuatu yang mungkin hasil kombinasi beberapa idea atau konsep. E.g. tongkat ali dan minuman kopi. Ramai yang tahu ramai yang teruja dengan kehebatan tongkat ali, tetapi tidak ramai yang sanggup minum minuman tongkat ali asli yang berasa agak pahit. Oleh itu syarikat perniagaan minuman telah menggabungkan ekstrak tongkat ali dengan minuman kopi yang lazat dan selalu diminum oleh sasaran pasaran mereka iaitu mereka yang suka melepak di kedai kopi yang dari golongan berumur. Kini minuman ini telah menjadi kegemaran ramai dan syarikat yang mengeluarkan minuman tersebut telah untung berjuta-juta ringgit. Yang pasti anda perlu kaji permintaan di pasaran bukan cipta sesuatu sebab anda pandai membuat sesuatu dan anda fikir atau rasa akan mendapat sambutan! Bak kata orang sepatah Syok Sendiri!. Agak susah untuk memasarkan sesuatu jika pasaran tiada atau pasarannya tidak bersedia. Anda perlu modal yang sangat besar. Ini berlaku terutamanya dalam bidang teknologi. 3. Tukar atau memperbaiki idea yang sedia ada. Contohnya perniagaan nasi lemak. Banyak sudah orang berniaga nasi lemak. Tetapi ada orang yang bijak yang mempelbagaikan nasi lemak beliau dengan membuat nasi lemak kukus, ayam goreng panas atau ayam kampung dan menambah makanan sampingan yang lain seperti telur puyuh, sotong dan paru. Mengapa tidak anda memperbaiki rencah nasi lemak ini atau memikirkan sesuatu untuk dimakan dengannya yang mungkin digemari ramai. Contohnya hati, kerang, udang masak merah atau goreng, sotong goreng tepung. Masih lagi tidak ramai yang buat, tetapi kami dah cuba di rumah. Rasanya oomph..seedaaap!! Hakcipta Terpelihara

Apabila di kepala anda tercetus sesuatu idea, pastikan anda menulisnya di suatu tempat atau paling senang di telefon bimbit anda. Contohnya sewaktu berjalan di pasaraya atau di pasar amalam dan anda nampak sesuatu yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan perbelanjaan operasi, meningkatkan jualan sekiranya sesuatu cara ditukar, pastikan anda merekodkannya. Di rumah anda mungkin boleh melakarkannya dalam bentuk peta minda ( mind map ). Asah idea-idea ini dengan menanyakan soalan-soalan berikut kepada diri anda! Kenapa ia harus diperbaiki? Siapakah yang akan mendapat manfaat sekiranya cara itu diperbaiki? Apa kurangnya pada waktu ini? Apakah masalah untuk perbaiki masa ini? (Jika ada masalah, jangan putus asa, teruskan pemikiran anda) Bagaimanakah anda boleh memperbaikinya? Apakah bahagian yang perlu diperbaiki? Apakah yang anda perlukan untuk memperbaikinya? Bagaimanakah dengan pasarannya nanti? Di mana anda akan bermula? Senaraikan cara-cara untuk meningkatkan jualan dan mengurangkan kos. Apakah yang akan anda lakukan untuk memuaskan hati pelanggan dengan lebih baik lagi? Dalam pada itu, ada juga cara berniaga yang tersedia ada yang anda boleh lakukan tanpa mengeluarkan modal. Caranya adalah dengan menyertai program Affiliate. Cara ini membolehkan anda berniaga tanpa mengeluarkan modal atau jika ada amat sedikit sahaja. Banyak usahawan internet yang pada permulaannya berniaga secara kurang risiko seperti ini. Perniagaan ini berjaya membolehkan seseorang mampu mendapatkan pendapatan lebih dari RM3,000 sebulan. Hakcipta Terpelihara

Lihat screenshot yang dilakukan oleh saudara Najib Asaddok. Beliau adalah seorang usahawan internet yang tegar dan telah menjana lebih dari RM5,625 hanya dengan mempromosikan produk orang lain (melalui sistem affiliate). Anda boleh ikuti kisah beliau di https://www.facebook.com/najibasaddok. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah itu sistem affiliate, anda boleh ikuti penerangan seterusnya. Hakcipta Terpelihara

RINGKASAN MENGENAI SISTEM AFFILIATE Panduan Mencari Pendapatan Sampingan Apakah itu Sistem Affiliate (Bagi ebook)? Sistem Affiliate adalah satu sistem yang menawarkan perkongsian keuntungan di antara pengusaha produk atau maklumat digital (ebook) dengan agen penjualnya. Ini bermaksud kita sebagai agen (orang tengah) akan mempromosikan produk pihak lain dan akan mendapat bayaran (komisen) jika ada orang membeli produk tersebut melalui link affiliate (url link) kita. Adakah sesiapa sahaja boleh menjadi agen penjual? Ya. Sesiapa sahaja, tidak kira lokasi dan umur boleh mendaftar sebagai agen penjual/affiliate. Pendaftaran dilakukan secara sukarela. Namun begitu, sewaktu pendaftaran, agen affiliate dikehendaki meletakkan check mark di atas perjanjian tidak rasmi untuk tidak melakukan email spamming. Sesiapa yang didapati/dilaporkan melakukan email spamming akan digugurkan dari program ini. Di manakah saya perlu daftarkan diri saya untuk menjadi ahli Affiliate? Anda boleh mula mendaftar dengan mempromosikan laman www.impianpengantin.com ini? Hehe.. Komisyen hebat akan diberikan anda (RM15 untuk setiap ebook yang dijual) Anda boleh mendaftar sebagai agen Affiliate kami di: http://www.impianpengantin.com/affiliates/index.php Hakcipta Terpelihara

Sebaik sahaja tiba di laman tersebut, sila klik butang Klik Di Sini Untuk Mendaftar di ruang tengah bagi membuat pendaftaran. Adakah perlu dibayar yuran pendaftaran? Tiada konsep yuran pendaftaran. Pengusaha produk atau maklumat digital tidak mengeluarkan kos tambahan bagi setiap pendaftaran yang dibuat. Oleh itu, pendaftaran adalah percuma. Oleh itu Pengusaha lebih suka jika lebih ramai orang mendaftar dan seterusnya sudi mempromosikan produknya. Hakcipta Terpelihara

Ruang pendaftaran bagi agen jualan (affiliate) impianpengantin.com di http://www.impianpengantin.com/affiliates/pwjafflite_register.php Di ruang pendaftaran, sila isikan butir-butir anda dengan sebetulnya terutama sekali maklumat mengenai bank anda agar memudahkan proses pembayaran komisyen kelak. Bagaimana komisyen dihasilkan? Konsep sistem affiliate ini dinamakan Pay-Per-Action. Ini bermaksud, komisyen akan berjaya dihasilkan HANYA sekiranya jualan berjaya dilakukan melalui link agen affiliate anda. AGEN (link affiliate) > LAMAN WEB > BELI PRODUK = KOMISYEN Contoh link affiliate adalah seperti berikut: http://www.impianpengantin.com/index.php?ref=securepymt Bilakah bayaran dilakukan? Bayaran komisyen di www.impianpengantin.com dilakukan sebanyak sebulan sekali. Hakcipta Terpelihara

Bagaimanakah promosi dilakukan? Panduan Mencari Pendapatan Sampingan Promosi dilakukan menerusi banner atau logo yang disediakan. Agen affiliate hanya perlu cut and paste code yang disediakan ke laman web mereka. Jika anda tidakk mempunyai blog, anda boleh meletakkan link affiliate anda di Facebook Wall anda. Facebook Wall Feeds adalah aktif pada waktu siang..oleh itu pastikan anda meletakkan link anda pada waktu aktif ini bagi kesan yang maksimum. Banyak kisah menarik di mana pendapatan beribu ringgit telah berjaya dijanakan melalui Facebook sahaja. Jika tidak manakan muncul istilah Facebook Marketing. Tidak percaya google sahaja istilah ini. Jika anda boleh menjana lebih dari RM3,000 sebulan, bukankah ini satu pendapatan tambahan yang menguntungkan? Bayangkan apa yang anda boleh beli, hantaran kahwin, cincin dan juga pakej bulan madu yang anda impikan. Banyak lagi yang boleh anda capai. Oleh itu jangan lupa mendaftar di http://www.impianpengantin.com/affiliates/index.php ebook ini amat sesuai untuk mereka yang bakal mendirikan perkahwinan. Oleh itu bila anda promosikannya, akan lebih tinggi kredibiliti anda kepada kawan anda yang juga bakal berkahwin. Hakcipta Terpelihara

Tetapi jika anda rasakan jiwa anda bukan di bidang Perancangan Perkahwinan, anda mungkin boleh mencari produk atau servis lain untuk dipromosikan di sini: JOMNIAGA Jomniaga adalah pusat produk affiliates yang terbesar di Malaysia dan mempunyai pelbagai produk dalam banyak bidang yang boleh anda promosikan. Dari panduan pemikat hinggalah kepada cara untuk menjadi jutawan hartanah. Anda boleh daftar di http://www.jomniaga.com untuk mempromosikan produk-produk ini sekarang. Kata kunci mengenai pemasaran adalah targeted audience. Anda kena pastikan rakan-rakan di facebook anda adalah mereka yang perlukan produk tersebut. Tak kisahlah rahsia kecantikan atau sebagainya. Selesaikan masalah mereka dengan ebook anda dan kemungkinan anda untuk berjaya adalah amat tinggi. Untuk berjaya dalam perniagaan anda perlulah banyak membaca buku-buku mengenai motivasi dan teknik perniagaan dan pemasaran yang betul. Antara sumber-sumber yang amat berguna adalah di : http://www.facebook.com/fayzzabidy dan juga http://www.faisalzabidy.com atau https://www.facebook.com/aqifazizandotcom Banyak bisnes gagal kerana gagal menguasai ilmu berniaga dan pemasaran. Alasan yang mensabotaj anda Sungguhpun banyak idea dan cara yang diberikan namun, banyak juga alasan yang kami terima. Tahukah anda alasan-alasan beginilah yang mensabotaj kejayaan anda atau hasrat anda untuk maju kehadapan. Hakcipta Terpelihara

Pelbagai alasan kami terima apabila kami mencadangkan sesuatu kepada orang yang kami temui apabila kami menyuruh mereka membuat sesuatu untuk menambah pendapatan. Antaranya adalah kami tak tahu macamana, kami takde kereta, kami takde akses internet, kami tak pandai IT, kami pemalu, kami tak pandai jumpa orang, kami takde masa dan pelbagai seribu alasan. Anda biasa dengar alasan-alasan ini? Jika anda tergolong di antara orang-orang yang bersikap begini, kirim salam jelah buat anda. Anda sememangnya tidak layak untuk maju kehadapan dan mengecapi lebih daripada apa yang anda dapat sekarang. Minta maaf kerana kami terlalu keras dalam hal ini. Ini kerana kami tidak ingin membuang masa yang terhad kami dengan orang yang suka memikirkan alasan daripada memikirkan bagaimana untuk berjaya. Jika asyik melayan mereka, sampai bila tidak ke mana-mana. Anda juga rugi kerana masa banyak dihabiskan dengan mencipta alasan dari memikirkan segala kemungkinan. Teringat kami kepada kata-kata hikmat dari rakan kami, Mahadi Badrulzaman ( Mahadi BZ ) iaitu It s insane to expect different results if you keep doing the same thing over and over again! If things are not going well, you need to change your strategy, you need to do something different! Atau Jika pendapatan anda sekarang tidak memungkinkan anda menjadi jutawan atau mendapat apa yang anda inginkan, anda perlulah tukar strategi anda. Sama ada tukar kerja anda, membaiki prestasi kerja anda semoga lebih cemerlang dan diiktiraf majikan atau mengambil risiko membina perniagaan anda sendiri. Walau apapun, pastikan alasan tiada di dalam kamus anda, jika tidak tentunya anda akan kekal di takuk lama! Selalu bersikap yakin pada diri anda yang anda boleh melakukan apa sahaja. Jika suatu cara tidak sesuai, fikirkan cara yang lain yang lebih cocok dan sesuai dengan kemahiran anda. Tahukah anda untuk berjaya dan mengubah nasib anda, anda hanya perlu empat perkara utama iaitu: Hakcipta Terpelihara

1. Otak yang sentiasa berfikir bagaimana nak berjaya dan mencari peluang perniagaan ( winning mentality ); 2. Semangat dan tahu sebab mengapa anda perlu berjaya ( right motivation and know why you need to succeed ); 3. Matlamat untuk berjaya (di manakan anda dalam masa 2 atau 5 tahun lagi, sila bayangkan di fikiran anda). Menulis matlamat anda adalah seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan sentiasa tersemat di fikiran anda dan anda akan sentiasa mengingatinya sama ada secara sedar atau tidak sedar. Untuk menjadikan ingatannya lebih kuat, letak gambar sasaran anda sebagai latarbelakang di telefon bimbit anda, di dinding pejabat dan di rumah. Matlamat yang tidak tertulis adalah seumpama angan-angan kosong sahaja. Menulis matlamat anda membuatkan ia menjadi sesuatu yang nyata dan boleh di sentuh dan konkrit untuk dicapat; dan akhir sekali; 4. Komitmen yang tinggi! Sentiasa tidak mengenal kalah dan sanggup mengatasi pelbagai rintangan. Ini termasuklah penyakit malas anda! Malas hendak mencari pendapatan sampingan tapi ingin berkahwin juga? Jika anda benar-benar tidak mampu untuk berkahwin, tetapi ingin berkahwin juga, anda boleh menghubungi pihak Baitulmal yang berdekatan. Biasanya pihak Baitulmal ada mengadakan program pernikahan secara beramai-ramai secara percuma. Pihak Baitulmal juga ada memberi sedikit wang untuk perbelanjaan resepsi perkahwinan. Kadangkala pihak Jabatan Agama Islam Negeeri juga ada berbuat demikian. Contoh terdekat ialah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang berjaya menikahkan seramai 192 orang di satu majlis pernikahan Hakcipta Terpelihara

beramai-ramai pada penghujung tahun 2006. Di majlis itu juga anda berpeluang mendapat bantuan di antara RM3,000 RM 5,000 seorang bergantung kepada pendapatan atau bulanan anda. Sekian. Selamat berjaya menghasilkan pendapatan sampingan anda! Saya akan berasa amat gembira sekiranya anda berjaya mencapai apa yang anda citakan dengan nasihat-nasihat saya di atas! Akhir kata, jangan lupa LIKE Fanpage Syokkahwin.com ya.. kami akan kongsikan tips, promosi panas perkahwinan di sana! Hakcipta Terpelihara