PATIENT INFORMATION LEAFLET. Prevention of Malaria Information for Travellers. Pencegahan Malaria - Maklumat untuk Pelancong

Similar documents
Berapa lamakah kesan dapat dilihat selepas mengambil Cyclophosphamide?

Cambridge International Examinations Cambridge International General Certificate of Secondary Education

Stroke Prevention. Adding years of healthy life. A Public Education Guide to. National Healthcare Group Adding years of healthy life

HakCipta Irfan Khairi Sdn. Bhd.

Cambridge International Examinations Cambridge International General Certificate of Secondary Education

IMK NUTRITION [PEMAKANAN]

Kesan sampingan ubat xanax

Answer all questions. Jawab semua soalan.

IEK 314 Environmental Audit [Audit Persekitaran]

Peralihan Rawatan. Klinik dewasa. Klinik pediatrik

IMK NUTRITION [PEMAKANAN]

PUSAT PEMBELAJARAN DIGITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH

Cambridge International Examinations Cambridge International General Certificate of Secondary Education

FACT SHEET PENYAKIT DIABETES. Wanita dan Diabetes: Kesihatan Kita, Milik Kita, Hak Kita

IBG BIOANALYSIS 1 [BIOANALISIS 1]

Cambridge International Examinations Cambridge International General Certificate of Secondary Education

The Bahasa Melayu version of the Global Physical Activity Questionnaire (GPAQ-M)

DF M5 DF M1 DF M3. Terapi Warfarin

SIGNAL INTERFERENCE TO ELECTROENCEPHALOGRAM AND ELECTROCARDIOGRAM SIGNAL NORAINI BTE ABDUL SAMAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination Academic Session 2009/2010. November BMT 217/3 Virology [Virologi]

COMPARATIVE STUDY ON THE DIFFERENT RANGE OF NIR SENSOR MEASUREMENT FOR GLUCOSE CONCENTRATION MUHAMMAD HANIS BIN AZMI ALI

ELEMENT OF WARRANTY OF IBS STRUCTURAL SYSTEM FOR CONSTRUCTION INDUSTRY ANNAN VESSINUK A/L SING

IMG 203 CHEMICAL ANALYSIS OF FOOD [ANALISIS KIMIA MAKANAN]

BOI 109/4 Biostatistics [Biostatistik]

PM502: MARKETING RESEARCH

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SET 1. Answer any four questions from this section. Jawab mana-mana empat soalan daripada bahagian ini.

COMPARISON STUDY OF RELAY SELECTION SCHEMES IN LONG TERM EVOLUTION (LTE) NETWORK SELINA MATTHEWS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Abstract of thesis presented to the Senate of University Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy.

MEDICAL EXAMINER S CERTIFICATE / SIJIL PEMERIKSA PERUBATAN

enrr New User-First time login Where and how? Source file: P:\eNRR2\eNRR New user_enrr_first Time login_ ppt

IMK 421 Primary Products Technology [Teknologi Produk Primer]

CALL for ACTION" UITLINE. MONDAY-FRIDAY [9.00am TO 4.30pm]

ROLE OF LENGTH SPECIFICITY, VELOCITY SPECIFICITY AND NEURAL ADAPTATIONS IN STRENGTH TRAINING

KIE 356 Food and Palm Oil Chemistry [Kimia Makanan dan Minyak Sawit]

(Kertas soalan ini mengandungi 4 soalan dalam 6 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 4 questions on 6 printed pages)


IN VITRO STUDY OF POLYGONUM MINUS EXTRACT EFFECT ON SKIN CELLS HEALING CAPACITY NAEMA YOUSRI FATTHALLAH ELNEHRAWY

UCLA SCTC GIT 2.0 SOAL SELIDIK

KAUNSELING. Newsletter Title B U S I N E S S N A M E D PUNCAK

(Kertas soalan ini mengandungi 8 soalan dalam 9 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 8 questions on 9 printed pages)

Post-Surgery Wound Care

IMK 421 PRIMARY PRODUCTS TECHNOLOGY [TEKNOLOGI PRODUK PRIMER]

5/27/2011 NOMBOR BULAT (WHOLE NUMBERS)

Oleh: Sofinah Lamudin forex.mudahkaya.com. Edisi Newbie

TIME SERIES SUPPORT VECTOR REGRESSION MODELS WITH MISSING DATA TREATMENTS FOR WATER LEVEL PREDICTION NORAINI BINTI IBRAHIM

EFFECT OF PATTERN RECOGNITION ABILITY TRAINING ON JUDGING PERFORMANCE OF MALAYSIAN RHYTHMIC GYMNASTIC JUDGES

PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP CIRI-CIRI PERSAHABATAN KANAK-KANAK AUTISME (Parents' Perception Towards Friendship Characteristics Of Children With Autism)

MEDICAL CHECK-UP FORM (for Malaysian Students)

MODEL STATISTIK BERSEPADU PELBAGAI ARAS BAGI TRIGLISERIDA DAN TEKANAN DARAH MANUSIA: KAJIAN KES DI HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

(Kertas soalan ini mengandungi 5 soalan dalam 9 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 5 questions on 9 printed pages)

OF ARTEMIA f ED. H f. 'illl; HI SCICW UNiVHiKITl Mftlftyslft luil WWWJ. M/sl AY.SIA. y m ;':S iis lii5

Register your product and get support at SPA1260. MS-MY Manual pengguna

ZnO LIGHTNING ARRESTER EARTHING IMPEDANCE CHARACTERISTICS UNDER TRANSIENT OVERVOLTAGES MEHRDAD MOKHTARI

Cholestin. Cholesterol Health Paras Kolesterol Yang Sihat. English / Bahasa Melayu

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

IMPROVING SOCIAL RESPONSIVENESS OF CHILDREN WITH AUTISM SPECTRUM DISORDER THROUGH NEURO-PHYSICAL EXERCISE WONG SIAO YEN

COLLECTION OF PERSONAL INFORMATION

UNIVERSITI MALAYA LAPORAN PEMERIKSAAN PERUBATAN MEDICAL EXAMINATION REPORT

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH LAPORAN PEMERIKSAAN PERUBATAN MEDICAL EXAMINATION REPORT

Norlaila Mustafa, MD Pakar Perunding Endokrinologi. Hospital Serdang, 10 hb Mei 2016

PROGRAM PENGUMPULAN EMAS PUBLIC GOLD

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

IMK 308 FOOD PRESERVATION PRINCIPLES [PRINSIP PENGAWETAN MAKANAN]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MOVE ANALYSIS OF PHARMACY RESEARCH ARTICLE DISCUSSION SECTIONS

Kandungan Alpha Lipid LifeLine

Panduan Langkah Pendaftaran DAN Kawasan Ahli. - Panduan Langkah -

SENARAI SEMAKAN PUSAT KESIHATAN MAHASISWA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PERKARA ADA TIADA. Tarikh : Pegawai Perubatan Universiti

1 of 8. Gransea (M) Sdn. Bhd. O'Kim Compound GC300 (Magnesium Calcium)

PROTOCOL FOR MANAGEMENT OF HAND, FOOT AND MOUTH DISEASE (HFMD) AND HERPANGINA AT CLINICS AND HOSPITALS IN SARAWAK

PEPERIKSAAN IJAZAH SARJANA MUDA SAINS DENGAN PENDIDIKAN EXAMINATION FOR THE DEGREE OF BACHELOR OF SCIENCE WITH EDUCATION

TEST CASE PRIORITIZATION TECHNIQUE USING SEQUENCE DIAGRAM AND LABELED TRANSITION SYSTEMS IN REGRESSION TESTING NUR FATIMAH AS SAHRA

Health Information Regarding Zika Virus Disease

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

INTRODUCE OUR WEBSITE store.brophone.my

BBT 301/3 - Plant Genetic [Genetik Tumbuhan]

INTEGRATION OF MEDIAN FILTER AND ORIENTATION FIELD ESTIMATION FOR FINGERPRINT IDENTIFICATION SYSTEM

Iibrary.utem.edu.my Perpustakaan Laman Hikmah Perpustakaan Laman Hikmah Perpustakaan Laman Hikmah

FOOD CONSUMPTION, DEVELOPMENTAL

IMG 203 Chemical Analysis of Food [Analisis Kimia Makanan]

A STUDY OF GENERATION Y TRAVEL BEHAVIOUR IN MALAYSIA TAN LAY YEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SCES2260 : KAEDAH SPEKTROSKOPI DALAM KIMIA ORGANIK SPECTROSCOPIC METHODS IN ORGANIC CHEMISTRY

ENHANCING HUMAN BREAST CANCER CELLS DESTRUCTION USING COMBINATION OF ADENOVIRUS EXPRESSING P53 AND HYPERTHERMIA TREATMENT ASITA A/P ELENGOE

IDENTIFICATION OF COMMONLY USED MEDICINAL PLANTS IN KANGKAR PULAI AND THEIR THERAPEUTIC EVALUATION AS ANTI-DIABETIC

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: SOK/BUM/BR03/PK BORANG PEMERIKSAAN KESIHATAN MEDICAL CHECK UP FORM

Hakcipta Irfan Khairi Sdn Bhd

DETERMINATION OF NUTRIENTS AND METALS CONTENT IN LIQUID GENERATED FROM COMPOSTED FOOD WASTE. NUR HANISMAHIZA BINTI MUDA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

WOUND HEALING IN DIABETIC RAT BY 808 NM LASER DIODE LAU PIK SUAN

TARGET SELECTION USING SINGLE ELECTROENCEPHALOGRAM ELECTRODE BASED ON MENTAL TASK HUSNAINI BINTI AZMY

NUMERICAL SIMULATION OF WIND PRESSURE DISTRIBUTION IN URBAN BUILDINGS OF RANDOM STAGGERED ARRAYS

HEALTH EXAMINATION REPORT

To My Parents. My father, EsmaeelArzani My mother, Zahra Asadizadeh. My brother, Parham Arzani. & My beloved son SahandRoudpishi

UNIVERSITITEKNOLOGI MARA

Project Saringan Status Kesihatan (W.D):Layout 1 1/15/14 10:03 AM Page 1. Saringan Status Kesihatan (Wanita Dewasa) BSSK/ W/ 2008 Pind

DETERMINATION OF CHARACTERISTICS OF DISGUISED SIGNATURES AMONGST MALAYSIAN NORMAH BINTI MOHAMMED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SULIT /3. Answer all questions. Jawab semua soalan.

Perlindungan Kesihatan Pelajar Luar Negara Sokongan apabila anda memerlukannya

World Health Organization Quality of Life Assessment: Brief Version in Bahasa Malaysia

Transcription:

PATIENT INFORMATION LEAFLET 1. Apakah malaria? Prevention of Malaria Information for Travellers Pencegahan Malaria - Maklumat untuk Pelancong Malaria ialah penyakit yang disebabkan oleh parasit malaria yang dikenali sebagai Plasmodium. Terdapat 5 spesies parasit malaria dan semua spesies ini boleh menyebabkan penyakit malaria. Penyakit ini biasanya dijangkiti manusia melalui gigitan nyamuk Anopheles betina yang dijangkiti parasit malaria. Walaupun jarang, malaria juga boleh merebak melalui Kehamilan: daripada ibu kepada bayi dalam kandungan Pemindahan darah yang dijangkiti dengan malaria Kontak langsung dengan darah yang dijangkiti dengan malaria seperti perkongsian picagari di kalangan penagih dadah Penyakit ini biasanya ditemui di kawasan tropika, terutamanya di kawasan yang kurang maju. Kawasan bandar di sesetengah negara mungkin bebas daripada malaria tetapi ia mungkin biasa ditemui di kawasan lain negara tersebut. Risiko jangkitan penyakit bagi pelancong di sesebuah negara tertentu adalah berbeza bergantung kepada kawasan yang ditujui dan jenis aktiviti-aktiviti yang terlibat. 2. Apakah tanda-tanda penyakit malaria? Tanda-tanda malaria mungkin akan muncul dalam tempoh kitaran 24,48 atau 72 jam. Ini adalah disebabkan oleh kitaran hidup parasit malaria yang mana parasit malaria akan dibiak dan dibebaskan ke seluruh badan. Tanda-tanda termasuk: Demam yang tinggi ( 38.5⁰C) Kesejukan (menggigil dengan tidak terkawal dan berpeluh dengan berlebihan) Sakit kepala Sakit otot Letih atau lemah Penyakit kuning (kekuningan mata dan kulit) untuk sesetengah kes PH005-004-M-0617-V1 Page 1 of 5

Kekeliruan mental/koma 3. Apakah langkah-langkah perlindungan diri yang boleh anda ambil? Perlindungan am adalah langkah yang paling penting untuk mencegah penyakit malaria atau penyakit lain yang disebabkan oleh nyamuk. Oleh sebab nyamuk Anopheles adalah lebih aktif pada waktu malam, parasit malaria lebih kerap disebar kepada manusia pada waktu subuh dan waktu senja. Oleh itu, langkah-langkah untuk mengelakkan gigitan nyamuk terutamanya pada kedua-dua waktu tersebut adalah amat penting. Langkah-langkah perlindungan yang boleh dilakukan adalah seperti berikut: Pakai pakaian yang menutupi kawasan tangan dan kaki seluas yang mungkin. Guna ubat penghalau nyamuk yang mengandungi lebih daripada 30% DEET (diethyltoluamide) pada bahagian kulit yang terdedah. Nyalakan lingkaran ubat nyamuk atau menggunakan kelambu semasa tidur Semburkan ubat nyamuk pada kawasan nyamuk yang biasa menghinggap. Larva nyamuk hidup dengan baik di tempat yang mana air jernih dan kurang mengalir) Elakkan kawasan malaria sebagai destinasi 4. Apakah perkara lain yang harus saya tahu? Tanda-tanda malaria boleh muncul seawal 7 hari selepas anda terdedah kepada parasit tersebut ataupun selewat beberapa bulan selepas anda meninggalkan kawasan malaria. Oleh itu, anda harus tahu bahawa sebarang tanda-tanda yang muncul dalam tempoh 1 tahun terutamanya dalam tempoh 3 bulan selepas anda kembali dari kawasan malaria adalah berkemungkinan tanda-tanda penyakit malaria, walaupun anda telah mengambil langkah-langkah pencegahan malaria. Jika anda mempunyai sebarang tanda penyakit, terutamanya dalam tempoh 3 bulan selepas anda kembali dari kawasan malaria, anda harus berjumpa doktor dengan segera dan maklumkan doktor bahawa anda telah kembali dari kawasan malaria. 5. Nasihat untuk wanita hamil atau merancang untuk hamil Wanita hamil: Malaria akan meningkatkan risiko kematian bayi daripada penyakit malaria,keguguran, kematian bayi dalam kandungan atau bayi mempunyai berat badan yang rendah. Jangan tuju ke kawasan malaria kecuali betul-betul perlu. Berhati-hati dan elakkan diri daripada gigitan nyamuk. PH005-004-M-0617-V1 Page 2 of 5

Jumpa dengan doktor jika anda mengesyaki diri anda dijangkiti penyakit malaria. Wanita yang merancang untuk hamil: Elakkan rancangan untuk hamil untuk tempoh pengambilan ubat pencegah malaria. Elakkan rancangan untuk hamil selama 3 bulan selepas pengambilan ubat mefloquine atau selama 1 minggu selepas pengambilan ubat doxycycline. Jika anda hamil semasa anda sedang mengambil ubat pencegah malaria, sila maklumkan doktor anda. Jika kehamilan anda adalah tidak dirancangkan, anda tidak perlu menggugurkan kandungan anda demi mengambil ubat pencegah malaria. 6. Nasihat untuk ibu-bapa yang membawa bayi dan kanak-kanak Elakkan daripada membawa bayi dan kanak-kanak ke kawasan malaria kecuali betul-betul perlu. Lindungi bayi dan kanak-kanak daripada gigitan nyamuk dengan menggunakan kelambu, terutamanya pada waktu subuh dan senja. Ubat pencegah malaria harus diberikan kepada bayi yang disusui susu ibu ataupun susu formula. Anda boleh menghancurkan ubat dan mencampurkannya dalam jem, pisang atau makanan lain sebelum diberikan kepada bayi atau kanakkanak. Jauhi ubat malaria daripada bayi dan kanak-kanak. Anda harus memaklumkan doktor dengan segera jika anak anda sakit. Tanda-tanda malaria bagi kanak-kanak mungkin berbeza daripada orang dewasa dan haruslah disyaki sebagai penyakit malaria. 7. Apakah ubat yang boleh anda ambil untuk mencegah penyakit malaria? Mefloquine Doxycycline Atovaquone / Proguanil (Malarone ) Bolehkan ubat ini diperolehi di farmasi NHG? Ya. Ubat ini boleh diperolehi melalui ahli farmasi atau doktor Ya. Ubat ini hanya boleh diperolehi melalui doktor Tidak. Ubat ini hanya boleh diperolehi melalui doktor Bilakah harus saya mula mengambil ubat ini? Bilakah harus saya berhenti mengambil ubat ini? 1-2 minggu sebelum 4 minggu selepas kembali 1-2 hari sebelum 4 minggu selepas kembali 1-2 hari sebelum 7 hari selepas kembali PH005-004-M-0617-V1 Page 3 of 5

Kekerapan pengambilan ubat Dos untuk orang dewasa Dos untuk kanak-kanak Kesan-kesan sampingan Tempoh yang paling lama bagi pengambilan ubat ini Satu kali setiap minggu Satu kali setiap hari Satu kali setiap hari 250mg (1 biji) Berdasarkan berat badan: 45kg: 1 biji 31-45kg: ¾ biji 20-30kg: ½ biji 10-19kg: ¼ biji Rasa loya Sakit kepala, pening Gelisah, mimpi ngeri Jarang berlaku: sawan, kemurungan, psikosis 100mg (1 kapsul) Sila bincang dengan doktor atau ahli farmasi anda. Ubat ini tidak disyorkan untuk kanak-kanak 8 tahun dan ke bawah. Rasa loya, ketidakselesaan perut Lebih sensitif terhadap cahaya matahari 250mg atovaquone / 100mg proguanil (1 biji) Sila bincang dengan doktor atau ahli farmasi anda. Rasa loya,muntah, ketidakselesaan perut Sakit kepala 1 tahun 2 tahun 28 hari Anda harus ambil ubat malaria sebelum anda meninggalkan Singapura ke destinasi yang berisiko malaria. Ini membolehkan ubat untuk mencapai paras yang berkesan di dalam badan anda sebelum anda terdedah kepada parasit malaria. Anda juga harus habiskan ubat malaria untuk tempoh yang ditetapkan selepas anda kembali ke Singapura supaya sebarang parasit yang masih berada dalam badan dapat dihapuskan. Jika anda mengambil Mefloquine, Ambil ubat selepas makan dengan segelas air penuh pada hari yang sama setiap minggu. Jika anda terlupa mana-mana dos ubat, ambil dos tersebut sebaik saja anda teringat dan sambung dos berikutnya seperti biasa. Jika anda mengalami kesan-kesan sampingan mefloquine yang tidak dapat anda tahan, anda mungkin perlu berjumpa doktor supaya ubat malaria dapat ditukarkan 8. Adakah anda perlu mengambil ubat untuk mencegah malaria? Anda harus berbincang dengan ahli farmasi anda untuk mengetahui sama ada anda perlu mengambil ubat untuk mencegah malaria. Maklumkan ahli farmasi anda mengenai tempat yang anda akan pergi, termasuk maklumat seperti wilayah,daerah atau negeri untuk negara tersebut. Risiko malaria dan rintangan ubat malaria mungkin berbeza dalam sesebuah negara. PH005-004-M-0617-V1 Page 4 of 5

Ubat malaria tidak dapat memberikan jaminan perlindungan yang sepenuhnya. Oleh itu, anda juga harus mengelakkan diri daripada gigitan nyamuk. Jadual berikut mengandungi maklumat mengenai ubat yang boleh digunakan bagi kawasan tertentu berdasarkan risiko malaria. Risiko Malaria Ubat yang disyorkan untuk mencegah malaria Perlindungan daripada gigitan nyamuk Risiko malaria amat rendah Tidak perlu mengambil ubat untuk mencegah malaria Risiko malaria wujud Atovaquone/ proguanil Doxycycline Mefloquine Risiko malaria wujud dengan rintangan mefloquine Atovaquone/ proguanil Doxycycline Perlu Perlu Perlu 9. Bagaimanakah saya tahu bahawa saya mempunyai alahan terhadap ubat ini? Tanda-tanda alahan ubat termasuk salah satu atau beberapa yang berikut: Muka/mata/bibir bengkak Kesukaran bernafas Ruam kulit yang gatal pada seluruh badan Jika anda mengalami mana-mana tanda di atas, anda seharusnya berhenti ambil ubat tersebut dan berjumpa dengan doktor dengan segera. Risalah ini hanya menjawab sesetengah soalan lazim mengenai ubat ini. Ia tidak mengandungi segala maklumat yang sedia ada. Ia juga tidak menggantikan perbincangan anda dengan doktor atau ahli farmasi anda. PH005-004-M-0617-V1 Page 5 of 5