NIAT KENA DI LANDASAN YANG BETUL

Similar documents
HakCipta Irfan Khairi Sdn. Bhd.

15 TIPS - SLIM & FIT

Answer all questions. Jawab semua soalan.

Gold Accumulation Program (GAP) with Public Gold Hafizul Hakim 2016

MODEL STATISTIK BERSEPADU PELBAGAI ARAS BAGI TRIGLISERIDA DAN TEKANAN DARAH MANUSIA: KAJIAN KES DI HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PROGRAM PENGUMPULAN EMAS PUBLIC GOLD

Cambridge International Examinations Cambridge International General Certificate of Secondary Education

INTRODUCE OUR WEBSITE store.brophone.my

Cambridge International Examinations Cambridge International General Certificate of Secondary Education

Nak Generate Extra Income RM200 Hingga RM1000 Sehari Secara Online?

UCLA SCTC GIT 2.0 SOAL SELIDIK

Pembuka bicara m/s 1. Macam mana dari kurus jadi gemuk? m/s 2. Realiti menampar muka m/s 3

Oleh: Sofinah Lamudin forex.mudahkaya.com. Edisi Newbie

Kandungan Alpha Lipid LifeLine

Cambridge International Examinations Cambridge International General Certificate of Secondary Education

enrr New User-First time login Where and how? Source file: P:\eNRR2\eNRR New user_enrr_first Time login_ ppt

KAUNSELING. Newsletter Title B U S I N E S S N A M E D PUNCAK

JOM BELAJAR TEKNIK SEO BERSAMA SHOPIEVO

The Bahasa Melayu version of the Global Physical Activity Questionnaire (GPAQ-M)

BIZAPP SUPERB & PRO MENCETAK SLIP POSLAJU SECARA BERTERUSAN JAN 2017 / VERSI 1.0.0

Kalau beli rumah, boleh bayar installment rumah harga RM300 ribu.

ROLE OF LENGTH SPECIFICITY, VELOCITY SPECIFICITY AND NEURAL ADAPTATIONS IN STRENGTH TRAINING

isi kandungan... 2 Sebelum kita bermula... 3

IMG 203 CHEMICAL ANALYSIS OF FOOD [ANALISIS KIMIA MAKANAN]

HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION MALAY FOR BACKGROUND SPEAKERS 2/3 UNIT (COMMON) (80 Marks)

1 of 8. Gransea (M) Sdn. Bhd. O'Kim Compound GC300 (Magnesium Calcium)

(Kertas soalan ini mengandungi 4 soalan dalam 6 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 4 questions on 6 printed pages)

Hakcipta Irfan Khairi Sdn Bhd

PM502: MARKETING RESEARCH

Kaizen boleh diakses melalui internet di laman sesawang

Cambridge International Examinations Cambridge International General Certificate of Secondary Education

IEK 314 Environmental Audit [Audit Persekitaran]

Stroke Prevention. Adding years of healthy life. A Public Education Guide to. National Healthcare Group Adding years of healthy life

CALL for ACTION" UITLINE. MONDAY-FRIDAY [9.00am TO 4.30pm]

Pintasan Gastrik Roux-En-Y Pengurusan Pemakanan selepas Pembedahan Pengurangan Berat Badan Anda

IMK 421 Primary Products Technology [Teknologi Produk Primer]

Abstract of thesis presented to the Senate of University Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy.

EFFECT OF PATTERN RECOGNITION ABILITY TRAINING ON JUDGING PERFORMANCE OF MALAYSIAN RHYTHMIC GYMNASTIC JUDGES

5/27/2011 NOMBOR BULAT (WHOLE NUMBERS)

RADIAH BINTI ALI MASTER OF SCIENCE 2014 UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Panduan Langkah Pendaftaran DAN Kawasan Ahli. - Panduan Langkah -

CHOOSE HEALTHY. BE REWARDED.

PANDUAN MUDAH MENCAPAI BERAT IDEAL

IMK 421 PRIMARY PRODUCTS TECHNOLOGY [TEKNOLOGI PRODUK PRIMER]

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PUSAT PEMBELAJARAN DIGITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH

SHADOW TEACHER TUGASAN

IMPROVING SOCIAL RESPONSIVENESS OF CHILDREN WITH AUTISM SPECTRUM DISORDER THROUGH NEURO-PHYSICAL EXERCISE WONG SIAO YEN


SET 1. Answer any four questions from this section. Jawab mana-mana empat soalan daripada bahagian ini.

KIE 356 Food and Palm Oil Chemistry [Kimia Makanan dan Minyak Sawit]

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

Autopilot Data Mobile & Closing power ID4U

IMK NUTRITION [PEMAKANAN]

Anda membaca ebook ini adalah kerana anda sedang mengalami masalah ini :- Dengan menyediakan Template untuk anda fikirkan sejenak perihal hidup anda.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

FOOD CONSUMPTION, DEVELOPMENTAL

THE NEEDS OF HALAL TRANSPORTATION CONTROL IN MALAYSIA: A MULTIPLE CASE STUDY APPROACH ZUHRA JUNAIDA BINTI IR MOHAMAD HUSNY HAMID

IMK 308 FOOD PRESERVATION PRINCIPLES [PRINSIP PENGAWETAN MAKANAN]

FACT SHEET PENYAKIT DIABETES. Wanita dan Diabetes: Kesihatan Kita, Milik Kita, Hak Kita

IMK NUTRITION [PEMAKANAN]

MEDICAL EXAMINER S CERTIFICATE / SIJIL PEMERIKSA PERUBATAN

IMG 203 Chemical Analysis of Food [Analisis Kimia Makanan]

PATIENT INFORMATION LEAFLET. Prevention of Malaria Information for Travellers. Pencegahan Malaria - Maklumat untuk Pelancong

Macam mana hidup anda mampu berubah 360 darjah, dengan hanya 4 hartanah?

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination Academic Session 2009/2010. November BMT 217/3 Virology [Virologi]

Kesan sampingan ubat xanax

KETAHUI BAGAIMANA ANDA BOLEH KUMPUL MODAL UNTUK TRADE FOREX SECARA PERCUMA BERKALI-KALI! FAUZEY FX. modaltradepercuma.blogspot.com

PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP CIRI-CIRI PERSAHABATAN KANAK-KANAK AUTISME (Parents' Perception Towards Friendship Characteristics Of Children With Autism)

COMPARATIVE STUDY ON THE DIFFERENT RANGE OF NIR SENSOR MEASUREMENT FOR GLUCOSE CONCENTRATION MUHAMMAD HANIS BIN AZMI ALI

DF M5 DF M1 DF M3. Terapi Warfarin

Register your product and get support at SPA1260. MS-MY Manual pengguna

OF ARTEMIA f ED. H f. 'illl; HI SCICW UNiVHiKITl Mftlftyslft luil WWWJ. M/sl AY.SIA. y m ;':S iis lii5

A STUDY OF GENERATION Y TRAVEL BEHAVIOUR IN MALAYSIA TAN LAY YEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INVESTIGATION REGARDING THE EFFECTIVENESS OF NITROGEN SOURCES AND CONCENTRATION ON PLANT CHARACTERISTICS IN TOMATO (LYCOPERSICON ESCULENTUM)

Hubungan Sunnah Rasullullah S.A.W. Dalam Amalan Berkongsi Makanan Menggunakan Dulang Dengan Tahap Kekenyangan

IDENTIFICATION OF COMMONLY USED MEDICINAL PLANTS IN KANGKAR PULAI AND THEIR THERAPEUTIC EVALUATION AS ANTI-DIABETIC

MAKE A DIFFERENCE I S S U E N O. 1

INDIKASI KUALITI BAGI PERKHIDMATAN DIETARI PESAKIT LUAR TEMPOH MENUNGGU DI KLINIK DIET RUKA (RAWATAN UTAMA KLINIK AM) 1 APRIL SEPTEMBER 2003

Peralihan Rawatan. Klinik dewasa. Klinik pediatrik

Sekalung Tahniah Hebatnya Allah, beri kekuatan saya menulis lagi.

F U L L O F L O V E, P E A C E A N D B L E S S I N G, S E L A M A T H A R I R A Y A

Smart Nutrition. Pemakanan Bijak. for Your Growing, Active Kids. untuk Anak Anda Yang Sedang Membesar dan Aktif. A Guide Book by / Buku Panduan oleh:

Kekal Muda, Jelita. Bagaimana jika anda boleh kelihatan lebih muda, jelita?

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

DETERMINATION OF NUTRIENTS AND METALS CONTENT IN LIQUID GENERATED FROM COMPOSTED FOOD WASTE. NUR HANISMAHIZA BINTI MUDA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEDICAL CHECK-UP FORM (for Malaysian Students)

INFLUENCE OF CORE SELF-EVALUATIONS ON KNOWLEDGE SHARING BEHAVIOUR WITH EVALUATION APPREHENSION AS A MEDIATOR KHAIRULBAHIYAH BT YAAKUB

SITI BALQIS CHE OTHMAN DOCTOR OF PHILOSOPHY 2015

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PEMILIHAN MAKANAN DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA: SATU TINJAUAN

SULIT /3. Answer all questions. Jawab semua soalan.

IBG BIOANALYSIS 1 [BIOANALISIS 1]

- No. Tempat Duduk: UNlVERSlTl SAlNS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik SeptemberlOktober 2003.

To My Parents. My father, EsmaeelArzani My mother, Zahra Asadizadeh. My brother, Parham Arzani. & My beloved son SahandRoudpishi

INTEGRATION OF MEDIAN FILTER AND ORIENTATION FIELD ESTIMATION FOR FINGERPRINT IDENTIFICATION SYSTEM

EVALUATING THE SURFACE PROPERTIES OF HA COATING ON TITANIUM-ALUMINUM SUBSTRATE ALI KARANDISH

WOUND HEALING IN DIABETIC RAT BY 808 NM LASER DIODE LAU PIK SUAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MOVE ANALYSIS OF PHARMACY RESEARCH ARTICLE DISCUSSION SECTIONS

Acknowledgements. In the name of Allah, the Most Beneficent and Merciful. Salutations to the Prophet Muhammad, his family and companions.

Transcription:

Semoga apa saya kongsikan ini dapat membuka minda dan juga hati anda untuk melihat satu perspektif yang berbeza tentang kuruskan berat badan. Its not about diet anymore its about what you eat and what you do. Tapi bukanlah makan ubat kurus ya, Say No No No pada ubat kurus tau buang terus dalam laut. Ini apa yang anda perlu lakukan agar azam kuruskan badan berjaya bermula pada tahun ini. Setiap apa yang hendak kita lakukan mesti bermula dengan niatkan, betul tak? Jangan mulakan niat songsang nak kurus. Jika anda rasa nak kurus sebab nak pakai baju ketatketat nak buktikan anda cantik atau pun nak buat demi sakit hati. Saya rasa anda patut lupakan terus pasal nak kuruskan badan. Perbetulkan niat anda, WHY aku nak kurus sila jawab dengan jujur adakah sebab susah dan sukar nak solat, adakah sebab hilang keyakinan diri bila gemuk? Only you have the answer and only you know what you feel.jawab dengan jujur dan anda akan temui jawapannya. 01 NIAT KENA DI LANDASAN YANG BETUL 3

02 WAJIB KENALI BADAN ANDA Setiap orang adalah unik, itu anda kena tahu. Anda dengan minah lain badannya, minah dengan makcik bawang lain badanya. Jadi anda kena kenali badan anda sendiri apa yang anda boleh makan apa yang anda patut elakkan itu semua anda kena ketahui tentang diri anda. Saya selalu buat ujikaji ke atas diri sendiri yang mana terbaik dalam proses turunkan berat badan. Ingat tau setiap dari kita punyai badan yang unik dan tak sama, jadi kenali badan anda jangan nak sibuk-sibuk badan orang lain lak. Bukanlaa nak suruh anda tinggalkan terus air teh tarik ke nescafe ke atau apa sahaja air manis itu, tetapi apa yang anda boleh lakukan adalah banyakkan minum air putih dan perlahan-lahan kurangkan minum air manis kesayangan tu. Mungkin dulu minum 3 cawan sehari cuba kurangkan jadi 1 cawan sehari dan mungkin dulu tak suka air putih, mulakan dahulu dengan 1 liter sehari. Anda akan rasai perbezaan bila amalkan air kos0ng berbanding air manis. Nak kasi sedap air putih tu letak hirisan lemon ke atau apaapa buah yang anda suka. Barula seronok nak minum kan. Big No adalah minuman 3 in 1 ini minta cerai talak 3 terus tau. 03 MULAKAN DENGAN TUKAR AIR MINUMAN KEPADA AIR PUTIH SAHAJA. 4 5

04 JANGAN TINGGALKAN NASI Ini salah faham paling besar, nasi penyebab kita gemuk, nasi pendosa utama kegemukan anda. Meh nak cerita nasi ini banyak sangat khasiat kepada kita tetapi yang jadi masalah bila makan nasi tak ingat dunia, kalau boleh seperiuk pun boleh habiskan. Untuk yang mungkin mati tak makan nasi tu, makanlah jangan tinggalkan tetapi makan dalam portion yang betul. Tapi untuk kesan yang positif cuba anda tinggalkan nasi dalam masa 30 hari dan tengok macam mana kesannya. Tak ambil nasi tetapi anda kenalah ganti karbo sihat seperti oat, kentang atau ubi keledek. Saya tahu ramai akan mengeluh bila minta tinggalkan proses food dan karbo ringkas sebab dah get use dengan makanan ini. Tapi ketahuilah makanan proses ada macam-macam bahan pengawet bahan kimia yang kita tidak dapat jangka, untuk kesihatan jangka panjang nasihat saya tinggalkan terus pun takpa go for fresh. Jangan malas nak bermula dengan makanan fresh yang banyak ada di pasaran. Maggi, gula putih, roti canai tu antara permulaan yang boleh tinggalkan terus. 05 TINGGALKAN TERUS PROSES FOOD DAN KARBO RINGKAS 6 7

06 DAPAT TIDUR BERKUALITI WAJIB 6-8 JAM SEHARI Tidur yang berkualiti dan mencukupi mainkan peranan yang besar dalam proses turunkan berat badan dan juga kesan pada kesihatan anda. Jika tidur yang tidak cukup akan beri kesan metabolisme badan rendah dan ini menganggu proses turunkan berat badan. Nasihat saya bagi yang tiada anak kecil, berpisahlah dengan dunia maya whatsapp dan facebook selewatnya jam 11pm malam. Ini apa saya lakukan saya displinkan diri tutup whatsapp tutup facebook dan readykan diri untuk tidur. Percayalah bila ini jadi amalan anda akan dapat tidur yang berkualiti. Kerap dapat soalan ini senaman wajib tak untuk turukan berat badan? Ini meh nak cerita asas utama nak turunkan berat badan adalah pemakanan sihat dan seimbang 70% dan senaman mainkan peranan 30%. So jika ada produk yang claim kata boleh turunkan berat tanpa senaman tu lupakan aje, jangan jadi mangsa penipuan lagi tau. Kenapa perlu senaman? Senaman untuk bina kekuatan jantung anda, untuk meningkatkan stamina dan metabolisme badan anda. Jadi perlu ke beli alatan senaman? Bagi saya mulakan dengan apa yang ada dahulu berjalan 20 minit sebagai titik permulaan dan tingkatkan dari masa ke semasa bila badan anda dah yakin dan selesa dengan apa amalan anda. 07 SENAMAN WAJIB DILAKUKAN DAN PENTING Tak perlu senaman macam nak masuk sukan olimpik cukup sekadar konsisten dengan apa yang anda lakukan.faham ke idok?? 8 9

08 PERLU KE MAKANAN REBUS KUKUS DAN BAKAR? Untuk Permulaan bagi saya tidaklah perlu terus tukar kepada makanan yang rebus,kukus, atau bakar. Tetapi makanan biasa kawal portion dan kurangkan makanan yang manis dan berminyak berlebihan. Dalam masa yang sama perlahan-lahan tukar kepada makanan yang lebih sihat. Makan malam sebaiknya sebelum jam 8 malam dan boleh laa tidur 2 jam selepas makan. Bagi ruang dan masa makanan di proses dahulu baru boleh lena. Makan malam pun jangan lah berat sangat, jika nak makan nasi boleh sahaja tapi kurangkan nasi dan lebihkan sayuran, ulaman dan lauk. 09 JANGAN TINGGAL- KAN MAKAN MALAM Perut kita ini bukan macam tong sampah DBKL semua benda korang nak sumbat. Berpada bila makan jangan nak ikut nafsu sangat. We are What We Eat!!! 10 11

10 PERLU KE ADA CHEAT DAY? Selalu saya nasihatkan permulaan ini tidak perlu ada cheat day atau makanan yang kita suka suka boleh makan. Latih diri anda lebih displin dalam pemilihan makanan yang lebih sihat. Jika diberi ruang bukan setakat cheat day akan jadi hari hari cheat pahtu tang mana yang nak kuruskan badan? Displin diri kena kuat jangan nak cepat goyah dengan asukan makcik bawang dan kakak belacan yang memang suka ganggu dan sabotaj pemakanan anda. Ignore aje manusia macam ini, tak boleh nak tengok orang sihat tau. Ini part antara paling penting, cari sahabat, komuniti yang sentiasa beri sokongan untuk anda. Cari geng zumba, geng lari, geng kayuh dan jangan cari geng kaki pukul tau nayaa haha. Anda perlukan sokongan dari sahabat dan komuniti yang positif untuk terus buat perubahan dalam pema kanan seharian dan juga aktiviti aktif anda. Jangan nak jadi kera sumbang nak menyisihkan diri dari masyarakat dengan alasan kesibukan. Orang lain sibuk juga tapi buatlah perancangan anda cari mereka yang ada minat yang sama. Macam dalam program diet yang saya wujudkan sokongan di alam maya di telegram, sebagai platform perkongsian masalah dan saling membantu. 11 PALING PENTING ADA KOMUNITI ATAU GROUP SOKONGAN 12 13

12 BANYAKKAN MEMBACA DAN CARI ILMU Bahagian paling penting adalah ILMU, jika anda buat sesuatu dengan tanpa panduan tanpa ilmu pasti akan sesat. Itu yang sampai bila keluar ubat kurus aje beli sebab terpengaruh dan percaya. Bila anda banyak membaca tentang maklumat kesihatan dengan sendirinya anda memdidik diri dan orang sekeliling. Perbetulkan niat anda, WHY aku nak kurus sila jawab dengan jujur adakah sebab susah dan sukar nak solat, adakah sebab hilang keyakinan diri bila gemuk? Only you have the answer and only you know what you feel. Jawab dengan jujur dan anda akan temui jawapannya. - Tengku Asmadi Jangan jadi manusia pemalas yang asyik tunggu suapan dari orang sahaja, dunia hujung jari buat pembacaan, buat kajian baru lah tak mudah jadi mangsa penipuan macam-macam ubat di luar sana. Ingat tau carilah ilmu, carilah maklumat dengan membaca dan banyakkan bertanya dengan mereka yang pakar dalam bidang yang kita nak ketahui. 14 15

13 FOKUS KEPADA PERUBAHAN Apa yang akan membantu anda adalah KECIL membuat perubahan kecil di dalam rutin harian anda, ini lebih bagus dari membuat perubahan secara mendadak. Pertama kali anda kawal diet anda sendiri dari mengambil makanan yang tidak sihat kepada pilihan makanan lebih sihat. Seperti memilih green tea daripada teh tarik atau kopi susu ataupun beras perang daripada beras putih ataupun makanan masin kepada kurang masin. Bila sebut sahaja penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi, sakit jantung, ini tentunya akan memberi kesan kepada anda, dan bertambah lagi jika ada ahli keluarga yang telah pun mengalami penyakit ini. Sudah tentunya anda tidak mahu menjadi sebahagian daripada mereka. Jadi untuk mengelakkan penyakit ini, menjadi semakin sihat dengan pemakanan seimbang menjadi satu keutamaan kepada anda. 14 BERI TUMPUAN KEPADA KESIHATAN ANDA Bila anda rasa selesa dengan apa yang anda lakukan, ubah kepada gaya hidup anda menjadi lebih aktif. Selalunya seseorang yang ingin kuruskan badan buat perubahan yang mendadak tetapi anda tidak sedar bahawa kuruskan badan adalah langkah demi langkah di dalam satu perjalanan yang panjang. Perubahan Kecil Bila Digabungkan bersama, Akan memberi Perubahan Besar Jadi daripada memikirkan kepada diet baik anda memberikan keutamaan kepada kesihatan dan dari situ anda akan lebih bermotivasi untuk amalkan gaya hidup sihat daripada terlalu memikirkan tentang berat badan. Dengan merubah tumpuan kepada kesihatan anda tidak akan nampak kuruskan badan adalah satu bebanan tetapi menjadi satu gaya hidup anda yang mudah untuk diikuti. 16 17

15 KAWAL BADAN ANDA SENDIRI Bila anda sedar yang anda lah yang mengawal hasil daripada usaha anda, maka anda dapat mencipta momentum dan mencipta badan yang diinginkan untuk diri sendiri. Ada anda yang lahir dari keluarga yang memang berbadan besar dan tidak pernah merasai nikmat atau erti kurus, dan anda mungkin sangka orang lain juga melalui situasi seperti anda. Tapi anda sebenarnya masih belum sedar bahawa, andalah yang mengawal badan anda sendiri, tiada istilah keturunan atau pun istimewa jika anda dari keluarga berbadan besar. Jadi sedarlah ambil kawalan ke atas badan anda sendiri dan jangan salahkan orang lain atas apa yang terjadi kepada anda. Kenapa saya sarankan anda rekod apa yang anda makan, sebab anda boleh tahu di mana silap dan di mana boleh perbaiki pemakanan anda, bila anda sudah biasa dengan pemakanan sihat anda tidak perlu lagi merekodkan apa yang anda makan. Macam yang saya beritahu we are what we eat jadi apa yang kita makan akan menentukan tahap kesihatan kita.kenapa perlu tahu apa yang anda makan, dari sini anda dapat buat perubahan dari kecil kepada perubahan besar secara perlahanlahan dan berperingkat. Jadi anda tidak terseksa dengan diet extreme, dan anda juga dapat enjoy your life without thinking about diet. 16 REKODKAN APA YANG ANDA MAKAN. Dengan merekodkan apa yang anda makan, anda dapat membuat keputusan lebih bijak apa yang masuk ke dalam badan anda.gunakan buku diari kecil untuk catatkan apa makanan yang anda ambil,dan ubah mindset anda daripada diet kepada merubah gaya pemakanan anda kepada lebih sihat. Only You Can Change Yourself, Others Only Wait And See, You Fail Or You Succeed!!Its Your Choice!! Take control of your body we are what we eat 18 19

17 TANYA DIRI ANDA ADAKAH AKU BENAR- BENAR LAPAR? Bila sebut tentang lapar aje makan, sebenarnya ramai yang makan ikutkan emosi, seperti tertekan anda akan makan, anda rasa bosan anda akan makan, anda rasa seperti putus harapan anda akan beri harapan kepada makanan. Apa yang anda lakukan adalah sesuatu yang merosakkan diri sendiri tanpa anda bertanya dahulu pada diri sendiri Aku makan ini sebab lapar ataupun sebab emosi. Makanan bukanlah terapi kepada masalah anda, dan makanan juga bukan jalan penyelesaian kepada masalah anda. Jadi berfikirlah dahulu sebelum jadikan makanan sebagai alasan dan jalan penyelesaian mudah kepada masalah anda. Tips dari saya, makan dengan kerap tapi pilihlan makanan ataupun snek yang sihat lupakan semua snek yang tidak sihat seperti kerepek, biskut yang akan buatkan anda bertambah lapar. Kena sediakan makanan sendiri? Saya tahu ramai akan mula mengeluh susahnya diet nak kena masak sendiri nak kena pandai memasak, pasti lecehkan.tapi sebenarnya kenapa saya sangat sarankan anda sediakan makanan sendiri, sebab anda dapat kawal gula, garam dan apa jua bahan yang akan masuk ke dalam badan anda. Nak jadi master dalam penyediaan makanan sendiri tidaklah susah sangat, perlukan inisiatif diri anda sendiri, dan hanya gunakan bahan-bahan segar yang ada di sekeliling anda sahaja. Bila anda sediakan makanan sendiri, ia akan cut down chances untuk anda gunakan khidmat penghantaran makanan yang semestinya bukan satu pilihan yang bijak. 18 JADILAH MASTER DALAM PENYEDIAAN MAKANAN SENDIRI 20 21

19 EAT FOR PERFORMANCE Tujuan anda mengambil sesuatu makanan juga perlu ditetapkan.mungkin anda membuat pilihan sihat ini sebab mempunyai matlamat yang ingin dicapai. Katakan ada telah membuat keputusan untuk sertai marathon, jadi apa yang anda makan akan pengaruhi rutin latihan anda untuk sertai marathon. Jadi dari fokus makan untuk kuruskan badan, anda boleh tukar dengan merubah pemakanan anda bersesuaian dengan matlamat sertai marathon dan sudah pasti bila mempunyai rutin sebegini anda akan lebih berdisplin dalam memilih makanan. Selain itu tekanan untuk kuruskan badan juga akan berkurangan sebab fokus anda adalah lebih kepada performance anda di dalam latihan dan juga sertai pertandingan. Switch Your Goal! Mindset anda di masa lalu yang menafikan anda mengalami masalah berat badan dan berharap masalan itu akan berlalu pergi dengan sendiri adalah tidak betul. Anda sepatutnya mengaku yang anda ada masalah berat badan dan membuat pilihan untuk bertindak dengan masalah yang ada bukannya membiarkan masalah itu bertambah parah. Tukar mindset anda menjadi manusia yang sihat dan memilih pemakanan sihat sebagai rutin harian anda. Sama ada anda boleh memilih untuk menonton TV ataupun melakukan senaman dengan berjalan di taman, atau anda boleh memilih dari memakan kerepek masin dari buah segar sebagai snek, setiap kali anda membuat pilihan, ingatlah anda membuat pilihan untuk menjadi insan yang sihat. Put your Mindset in the right track, Its your choice!! 20 HIDUP DENGAN PENUH MAKNA LIVE MINDFULLY 22 23

21 BEYOND THE SCALE AND DITCH THE SCALE Terlalu fokus kepada timbangan atau scale akan membuatkan anda jadi lebih tertekan, stress jika apa yang anda harapkan tidak menjadi. Jika timbangan tidak menunjukkan perubahan sudah pasti anda merasakan segala usaha anda selama ini tidak berbaloi dan buatkan anda putus asa untuk kuruskan badan. Sekarang ini tukar fokus anda daripada melihat kepada timbangan semata-mata, anda tukar fokus kepada gaya hidup sihat. Masih ramai yang tidak sedar bahawa minuman 3 in 1 adalah salah satu punca yang menyebabkan berat badan susah nak turun tetapi juga akan memberikan kesan kepada kesihatan. Kenapa saya kata minuman 3 in 1 tidak sihat?sebabnya adalah kandungan gula dalam minuman 3 in 1 adalah bersamaan dengan 3 sudu gula, dan kreamer juga adalah dalam kategori lemak tepu yang tidak sihat kepada kesihatan serta terlebih kalori. 22 TINGGALKAN MINUMAN 3 IN 1 Bila anda menukar gaya hidup sihat dan tanpa terlalu memikirkan sangat tentang kuruskan badan, anda akan rasa satu pencapaian yang lebih bagus dan seterusnya meningkatkan keyakinan diri anda. anda juga akan menjadi orang yang lebih positif dan gembira dengan perubahan gaya hidup lebih sihat dan seterusnya memberi kesan kepada hubungan anda dengan kawan dan juga ahli keluarga. Loss weight its not all about the scale, Its Way Beyond The Scale. Selain itu ada minuman 3 in 1 yang ada kandungan kacip fatimah, tongkat ali, dan bermacam lagi tapi ingatlah kandungan itu tersangatlah sikit dalam minuman kita dan tiada pun kesan yang besar pada kita. jadi ubahlah tabiat anda dengan buang semua minuman 3 in 1 dan kalau nak minum kopi atau teh bancuh sendiri dan kawal kandungan gula anda sendiri. Bukan tak boleh minum kopi,teh dan sebagainya tapi anda kena tahu kandungan gula yang anda ambil. 24 25

23 TINGGALKAN MAKANAN SEGERA Ini lah yang paling membimbangkan, alasan kesibukan dan takda masa menyebabkan anda terjebak dengan makanan segera yang sangat mudah di dapati di pasaran sekarang. Saya selalu perhatikan ibu bapa bawa anak-anak ke MCd, Kfc, dan pelbagai premis lagi, tapi mereka tidak sedar tabiat makanan segera ini akan mempengaruhi kesihatan dan gaya hidup anak anda. Seperti mereka yang bekerja juga, jalan pintas untuk rasa kenyang adalah makanan segera tapi mereka sedar atau tidak yang makanan itu hanyalah beri kesan kenyang sementara dan anda akan lebih rasa nak makan selepas itu. Jadi bukanlah saya kata haramkan terus makanan segera tapi berpada-pada, kalau nak makan pun sebulan sekali atau pun setahun 2 kali, ini apa saya buat, saya kalau nak makan makan aje cuma saya makan sangat jarang. Ubahlah gaya hidup anda sebelum terlambat. Ini yang saya tak faham sebenarnya, macam mana waktu tidur tapi anda makan?sudah pastinya akan memberikan kesan kepada berat badan dan kesihatan secara keseluruhannya. Terutama anda yang bersukan lewat malam, balik main futsal badminton tu bagus dah bakar lemak tapi aktiviti selepas itu makan roti canai, teh tarik, jadi segala usaha anda yang bakar lemak tadi dah jadi sia-sia dan tiada kesan pun. Tabiat makan lewat malam jam 12 tengah malam ke atas ini dah jadi semacam budaya yang menyerap masuk dalam masyarakat kita, kedai-kedai mamak 24 jam masih penuh dengan manusia. Please ubah tabiat ini, mungkin masa ini anda tak merasa kesannya tapi bila usia menganjak tua baru anda akan nampak kesannya. We can change. 24 JANGAN MAKAN LEWAT MALAM 26 27

25 KURANGKAN MAKAN DI LUAR Saya faham anda sibuk dengan kerja dan memilih untuk makan di luar daripada masak sendiri di rumah. Tapi tabiat ini menjadi bila 7 hari seminggu 30 hari sebulan dan 365 hari setahun anda asyik makan di luar sahaja, satunya sudah tentu akan pengaruhi belanja anda tapi yang lagi besar masalahnya adalah kita tidak dapat kawal kandungan garam, gula, minyak dan juga bahan perisa tambahan yang dimasukkan ke dalam makanan kita. Tahukah anda makanan di luar tu memang sedap tetapi sedarlah yang makan diluar akan memberikan peluang kepada orang lain yang tentukan kesihatan anda. Cubalah masak setiap hujung minggu sabtu dan ahad sebagai permulaan, dengan ini anda tahu apa yang masuk di dalam perut anda dan dapat kawal apa yang tidak perlu masuk dalam diri anda. Hanya Anda dapat tentukan Kesihatan anda dengan ubah tabiat anda. Ini tabiat yang saya selalu temui, suka sangat skip atau tidak ambil sarapan, kononnya makan sikit akan cepat kurus. Apa yang anda tidak tahu sarapan adalah komponen yang anda perlu wajib ambil setiap hari. Sebab sarapan akan bantu meningkatkan metabolisme badan anda tapi penting juga ambil sarapan yang lebih sihat. Kita di bukanlah diet zaman batu kena berlapar baru dapat kuruskan badan, kita perlu bijak dalam memilih makanan dan tahu cara yang betul untuk kuruskan badan. Bukanlah buat sesuatu tu tanpa ada ilmu dan guide, dan akhirnya kita tak sedar pun tabiat yang kita amalkan selama ini bukanlah tabiat yang baik tapi tabiat buruk yang beri kesan pada kesihatan anda. 26 JANGAN SKIP SARAPAN 28 29

27 BANYAKKAN MAKAN BUAH DAN SAYURAN HIJAU Buah dan sayuran hijau ini macam musuh kepada anda, terasa pelik kan kalau makan buah, dan lagi teruk kalau ada yang makan buah dengan sayur ini diperli katanya kambing sebab makanan hijau macam rumput. Apa punya mentaliti manusia pun saya tak tahu orang macam ni, sayuran dan buah-buahan adalah pemakanan sihat dan orang yang amalkan sayur dan buah insyaallah akan berikan kesihatan yang lebih baik. Bersahabat baiklah dengan sayuran dan buah-buahan, sehari kalau buah dalam 3 hidangan tapi kalau buah tu janganlah buah durian, rambutan bukan tak boleh makan cuma buah tempatan ini berpadapada sebab kandungan gula agak tinggi. Ubah tabiat anda, mulakan membeli buah-buahan seperti epal hijau, betik, nenas, buah naga ikut budget anda sendiri dan masukkan semua ini dalam senarai pembelian anda. Ingat tau.. Mudah sangat kita tertipu dengan mainan pemasaran produk yang dikatakan sihat dan bagus untuk kita amalkan tapi hakikat sebenarnya makanan itu adalah tidak sihat kepada kita. Sebagai contoh ada minuman Bliss, yang katanya sesuai untuk kuruskan badan dan ada pula cabaran kurus dengan minuman ini tapi anda tak sedar dan tak baca pun label minuman ini kan, cuba tengok label mula-mula tu tengok kandungan gula, sekali tengok terbeliak biji mata kandungan gula 18-20 gram, sangat tinggi gula tau. Jadi kena ada ilmu dan lihat sendiri dan jangan mudah tertipu dengan taktik pemasaran yang pengaruhi kita. Selain itu contoh adalah minuman 100 plus dan minuman bikarbonat itu pun tabiat buruk yang anda perlu buang jauh-jauh. You Are What You Eat. 28 JANGAN TERTIPU DENGAN MINUMAN KESIHATAN 30 31

29 KURANGKAN MAKANAN BERGORENG DAN BERMINYAK Kita suka sangat makanan bergoreng kan sebut aje ayam goreng berempah, nasi goreng kampung, mee goreng, kentang goreng, apa sahaja yang enak katanya bergoreng dan berminyak. Anda tahu yang makanan bergoreng ini tidak sihat kepada anda kalau terlebih makan, tapi kenapa anda masih lagi tidak dapat ubah tabiat ini. Sebabnya anda rasa anda belum lagi kena penyakit dan bagi anda itu takpa biar kena dulu kita ubah atau pun dah kena penyakit tapi masih belum sedar untuk berubah. Pilihan di tangan anda.. Selalunya yang jadi wakil majils perbandaran ataupun DBKL adalah insan bergelar mak, isteri atau ibu, makanan anak yang tak habis, mak biasanya akan habiskan, macam mana tak gemuk akak kan, semua jenis makanan di sapu hanya ditolak batu, kayu dan besi aje yang lain selagi boleh kunyah dah telan semua dia bedal. Buruk bebenor tabiat tu, udahlah stop jadi DBKL dan didik anak anda makan lah ikut perut dan jangan ikut sangat nafsu makan. Makan sikit kalau nak lagi tambah barulah boleh kita elakkan pembaziran dan tidaklah kejadian ngeri berlaku lagi. 30 JANGAN JADI WAKIL MAJLIS PERBANDARAN Jadi anda tahu kan apa tabiat buruk anda yang anda perlu ubah dan diperbaiki untuk jalani hidup yang lebih sihat dan berkualiti. Buat pilihan dengan bijak untuk diri anda sendiri, untuk keluarga dan untuk orang yang tersayang. Kita mampu berubah. 32 33

31 KURANGKAN MINUMAN MANIS Minuman manis biasanya tinggi dengan gula. Samada air soda atau minuman kordial atau minuman berkotak pasti mengandungi gula. Gula apabila diambil dalam jumlah yang sedikit tidak memberi kesan kepada kenaikan berat badan. Namun, apabila diambil berlebihan akan memberikan kesan yang besar kepada pengawalan berat badan. 1 sudu besar gula memberikan 15g karbohidrat dan 60 kcal. Bayangkan jika sekiranya setiap hari sebanyak 8sudu besar gula diambil sehari sudah memberikan hampir 500kalori sehari. 500kalori yang berlebihan setiap hari secara konsisten mampu menaikkan berat badan sehingga 2kg sebulan. Bayangkan jika sekiranya setiap hari sebanyak 8sudu besar gula diambil sehari sudah memberikan hampir 500kalori sehari. 500kalori yang berlebihan setiap hari secara konsisten mampu menaikkan berat badan sehingga 2kg sebulan. Air manis dikategorikan sebagai makanan yang mempunyai nutrien yang rendah. Ia hanya mempunyai kalori daripada gula, namun kandungan mineral dan vitaminnya tersangat rendah dan tidak memenuhi keperluan tubuh. Saranan WHO untuk menghadkan pengambilan gula sebanyak 10% daripada jumlah pengambilan kalori sehari. Sekiranya keperluan tubuh hanyalah 1800kcal sehari, hanya sebanyak tiga sudu besar gula daripada minuman dan makanan sahaja dibenarkan. Buah mengandungi gula ringkas glukosa dan fruktosa. Apabila buah diambil secara asli, serat yang terkandung di dalam buah memperlahankan kenaikan gula darah. Glukosa daripada buah digunakan sebagai sumber tenaga. Fruktosa pula dibawa ke hati dan ditukarkan menjadi asid lemak yang akan disimpan di bahagian perut, punggung, dada dan pinggang. Namun begitu, apabila buah-buahan dijadikan jus, seratnya dibuang. Menyebabkan kandungan glukosa fruktosa tadi menjadi lebih pekat. Jus mengandungi kandungan gula yang tinggi. Namun kandungan serat yang rendah. Apabila diambil dengan kerap dan dalam jumlah yang banyak, ia akan menyebabkan lebih banyak asid lemak disimpan di dalam tisu tubuh. Secara tak langsung, kenaikan berat badan akan terjadi. Hadkan pengambilan jus buah segar sebanyak 120ml sehari sahaja. Atau ambil buah 2-3 hidangan sehari. Elakkan jus buah terproses kerana kandungan seratnya yang rendah dan telah ditambahkan gula menyebabkan ia mempunyai kalori yang tinggi. 32 JANGAN TERTIPU JUS BUAH 34 35

33 ELAKKAN MINUMAN ISOTONIK Minuman isotonik adalah antara minuman yang kaya dengan elektrolit dan gula. Ia diformulasikan untuk menggantikan garam mineral yang hilang semasa bersukan atau berlaku perpeluhan yang banyak seperti membuat kerja berat. Minuman isotonik ini tinggi kandungan gula dengan tujuan membekalkan tenaga dan mengekalkan hidrasi dan elektrolit kepada atlit semasa sesi latihan atau sukan yang mengambil masa yang lama seperti marathon. Pengambilan minuman ini tanpa menjalani latihan sukan yang panjang menyebabkan tenaga yang diambil tidak digunakan dengan baik dan dikaitkan dengan masalah obesiti dan penyakit kronik. Untuk satu hidangan 240ml minuman ini membekalkan 3-4 sudu teh gula. Manakala minuman tenaga membekalkan sebanyak 11 sudu teh gula. Hadkan pengambilan minuman ini mengikut keperluan. Ambil air kosong atau mineral sekiranya bersenam. Krimer pekat manis atau dikenali dengan susu pekat manis atau susu tin sering ditukar ganti dengan susu tepung atau susu segar. Hakikatnya, krimer pekat manis dihasilkan daripada campuran gula, pepejal susu dan minyak kelapa sawit. Ia tinggi kandungan kalori, gula dan lemaknya namun rendah protein. Untuk satu hidangan 20g krimer pekat manis (1 sudu besar) ini boleh menyumbangkan sebanyak 60-70kalori, 2-3g lemak dan 12-15g gula. Namun begitu protein yang disumbangkan hanyala lebih kurang 1-2g sahaja. Untuk satu hidangan protein yang baik ia perlulah menyumbang 7-8g protein untuk satu hidangan iaitu 4kali ganda hidangan krimer pekat manis. 1 gelas susu penuh krim memberikan 150kalori, 15g gula, 8gram protein dan 5gram lemak. Namun 4 hidangan krimer pekat manis memberikan 240kalori, 48g gula, 8 gram protein dan 8gram lemak. Bandingkan perbezaan nutriennya. Mengambil krimer pekat manis umpama menambah minyak dan gula sahaja ke dalam minuman. 34 BUANGAN TERUS KRIMER PEKAT MANIS 36 37

35 JANGAN TERTIPU YOGURT BERPERISA DAN MINUMAN YOGURT Yogurt adalah antara hasil tenusu yang bagus untuk tubuh. Selain ia kaya dengan protein, ia juga merupakan sumber kalsium yang baik untuk tubuh. Probiotik yang terkandung di dalamnya juga membantu proses penghadaman makanan. Namun begitu, kebanyakan yogurt yang terdapat di pasaran mempunyai kandungan lemak yang rendah atau 0 lemak. Apabila dilihat kembali pada label makanan, kandungan gulanya adalah tinggi. Tambahan buah-buahan juga turut menaikkan kandungan gulanya. Ambil yogurt asli atau Greek Yogurt tanpa tambahan gula di dalam diet. Tambah potongan buah asli ke dalam yogurt bagi meningkatkan rasanya. Hadkan pengambilan minuman berkultur 1-2 botol kecil, seminggu. Kerepek dan keropok segera biasanya tinggi kandungan garam dan lemaknya. Ini adalah kerana ia telah diproses dan ditambahkan pengawet bagi memastikan ia tahan lama dan sedap dimakan. Namun begitu, kandungan vitamin dan mineralnya rendah dan tidak berkualiti untuk keperluan tubuh badan. Sesetengah snek yang disira gula atau madu pula akan meningkatkan kalori dan kandungan gulanya. Mengambil dalam jumlah yang sedikit tidak mengapa, satu ke dua minggu. Namun, menjadikan ia sebagai snek harian mnggalakkan budaya mindless eating di mana kita makan sambil menontkn TV, memandu atau membaca tanpa mengambilkira jumlah yang diambil. Sedar tidak sedar satu pek sudah habis dimakan dan hampir 400kalori sudah diambil. Secara tak langsung pengambilan kalori sehari telah melebihi keperluan tubuh. 36 KURANGKAN SNEK TERPROSES 38

7 RAHSIA DIET CARA TENGKU ASMADI 36 Tips Untuk Pastikan Azam Kuruskan Ebook 36 Tips Untuk Pastikan Azam Kuruskan Badan ini merupakan sedikit info untuk membuka minda dan juga hati anda untuk melihat satu perspektif yang berbeza tentang kuruskan berat badan. Untuk pengetahuan anda, saya akan melancarkan Ebook Premium : 7 Rasa Diet Cara Tengku Asmadi dimana di dalam Ebook ini saya akan mendedahkan secara terperinci kepada anda : - Cara menetapkan matlamat yang betul - Mengenal pasti jenis gemuk yang anda alami - Cara melakar plan pemakanan dengan betul - Bagaimana untuk mengawal nafsu makan dengan baik - Panduan memilih makanan bila diluar - Cara buang toxin dalam badan secara semula jadi - Senaman mudah yang sangat berkesan yang boleh anda lakukan Dan yang paling penting sekali, di setiap pemberitahuan saya di dalam Ebook yang terperinci ini tidak mengandungi apa-apa jenis pengambilan ubat kurus! 100% anda akan lalui proses Diet Cara Tengku Asmadi ini secara sihat. Ebook ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dan juga pengetahuan serta rujukan yang saya lakukan dengan mereka yang berada di dalam industri ini. E-book premium ini belum dibuka untuk orang ramai, kami akan mengumumkan pelancarannya melalui email. Jadi pastikan anda sentiasa alert dengan email daripada saya, saya juga akan selalu berkongsikan tips-tips kesihatan dan pemakanan yang sihat kepada anda selepas ini. Link pembelian ini akan dibuka pada : 27 March 2018 *100 orang terawal menerima tawaran khas daripada saya. DAPATKAN SEKARANG http://mrtengkuasmadi.com/offer 40