BIZAPP SUPERB & PRO MENCETAK SLIP POSLAJU SECARA BERTERUSAN JAN 2017 / VERSI 1.0.0
SELAMAT DATANG KE APLIKASI BIZAPP. Panduan pengguna ini dibuat secara ringkas. Terima kasih kerana membeli PAKEJ SUPERB / PRO. Di dalam pakej PRO atau SUPERB, anda boleh mencetak slip poslaju. Modul / Fungsi 1. Masukkan data tempahan pelanggan 2. Lihat semula rekod tempahan pelanggan 2. Cetak slip poslaju 3. Imbas/masukkan No. Tracking pelanggan 4. SMS No Tracking pelanggan 5. Masukkan produk sendiri 6. Follow stokis lain 7. Agen lain boleh follow anda 8. Topup kredit SMS 9. Blast SMS 10. Muat turun data (MS EXCEL) PAKEJ BASIC PAKEJ PRO PAKEJ SUPERB Sebelum ini, anda telah pun diberi link pautan untuk anda muat turun fail penerangan tentang cara-cara untuk setup printer anda. Di dalam dokumen ini pula, kami akan menerangkan sedikit teknikal untuk setup printer option bagi membolehkan anda mencetak slip poslaju untuk tempahan yang banyak secara berterusan hanya dengan sekali cetak sahaja. PENCETAK DOT MATRIX Untuk mencetak alamat pengirim dan alamat penerima di slip poslaju, anda memerlukan sebuah pencetak berjenis DOT MATRIX. Ini kerana slip
poslaju adalah jenis berkarbon dan mempunyai 4 helaian salinan. Penggunaan pencetak DOT MATRIX akan membolehkan kesan cetakan pada helaian hadapan akan memberi kesan salinan kepada helaian kedua, ketiga dan keempat slip. Printer anda juga mestilah mempunyai kemudahan mencetak menggunakan fanfold paper bagi memudahkan anda memasukkan borang slip poslaju. Kami mengesorkan anda menggunakan pencetak DOT MATRIX EPSON LQ-310. Dalam tutorial ini, model pencetak yang kami gunakan ialah EPSON LQ-310.
BIZAPP WEB Untuk mencetak slip poslaju secara berterusan, kami sediakan fungsi ini hanya di BIZAPP versi WEB sahaja. 1) Buka browser anda dan layari http://web.bizapp.my 2) Klik butang Log Masuk dan ikut arahan seterusnya. 3) Pada DASHBOARD anda, tersenarai semua tempahantempahan yang anda perlu proses. Untuk mencetak slip poslaju bagi kesemua tempahan-tempahan ini, klik icon 3 titik yang berada di penjuru atas sebelah kanan skrin. KLIK DI SINI 4) Pilih CETAK SEMUA SLIP
5) Semua slip poslaju yang perlu anda cetak akan dipaparkan dalam format PDF. 6) Tekan icon CETAK. KLIK DI SINI UNTUK MENCETAK
7) Setting untuk printer akan dipaparkan. 8) Pilih printer anda. 9) Kemudian klik butang Properties. KLIK DI SINI
10) Satu lagi windows untuk Document Properties akan dipaparkan. 11) Pastikan anda memilih bahagian Orientation kepada Potrait.
12) Kemudian klik tab User Defined Paper. 13) Pada bahagian New Name, namakan sebagai POSLAJU. 14) Pada bahagian Unit, pilih cm. 15) Pada bahagian Paper Size, masukkan Width = 24.13, Height = 10.15 16) Kemudian klik butang Save. 17) Kemudian klik butang OK. KLIK BUTANG SAVE KEMUDIAN TEKAN BUTANG OK.
18) Skin anda akan kembali semula ke window setup printer. 19) Klik butang Properties sekali lagi. KLIK BUTANG PROPERTIES SEKALI LAGI
20) Klik butang Advanced. KLIK BUTANG ADVANCED 21) Window Advanced Option akan dipaparkan. 22) Pada bahagian Paper/Output Paper Size, pilih POSLAJU.
23) Pada bahagian Graphic Print Quantity, pilih 180 x 180 dots per inch. 24) Kemudian klik butang OK. 25) Kemudian klik butang OK sekali lagi. 26) Akhir sekali, anda sekarang telah bersedia untuk mencetak. Pastikan slip poslaju telah dimasukkan ke feeder printer. Klik butang OK untuk terus mencetak. KLIK BUTANG OK UNTUK MENCETAK. VIDEO : Mencetak slip poslaju menggunakan BIZAPP WEB. https://www.youtube.com/watch?v=0qifezjzzoi
PENUTUP Sampai di sini sahaja isi kandungan bagi panduan mencetak slip poslaju dari BIZAPP secara berterusan. Selamat mencuba! Untuk pertanyaan lanjut, sila emailkan persoalan anda kepada : EMEL : visionice98@gmail.com SMS/WHATSAPP : +60192105032 FB Admin : http://www.facebook.com/hasnolmizam FB PAGE : https://www.facebook.com/bizappmalaysia