Risiko rendah, hasil lumayan» Keuntungan hingga RMSjuta jika cubaan bawa masuk rokok seludup berjaya Rokok murah tidak sah seperti John antara yang diseludup oleh sindiket jenayah. Anda boleh dipenjara dua tahun atau denda RM 10,000 jika bersalah memiliki rokok tidak sah. Hubungi Kastam Diraja Malaysia di talian 1 800 88 8855 jika anda melihat aktiviti penyeludupan di kawasan anda. Oleh Fitri Nizam bhnews@bh.com. my * Kuala Lumpur Pulangan lumayan berkali ganda dengan risiko rendah dari segi undang undang menjadikan sindiket penyeludupan rokok tidak sah semakin berleluasa hingga puluhan jenis bahan itu mudah didapati di negara ini. Ditambah pula dengan kedudukan geografi Malaysia yang terbuka dengan kadar perokok yang tinggi menyebabkan sindiket memilih negara ini sebagai sasaran untuk mengaut keuntungan mudah sehingga jutaan ringgit. Kajian syarikat AC Nielsen Malaysia mendapati, antara Mac hingga Mei tahun ini, permintaan rokok tidak sah tinggi di empat negeri di Semenanjung iaitu Selangor dengan 408,344 kotak bersaiz 20 batang setiap satu, Johor (192,973), Perak (148,244 kotak) dan Kuala Lumpur (136,262 kotak). Selain diseludup dari beberapa negara luar, rokok tidak sah turut dikesan dikeluarkan di negara ini. BH difahamkan, kebanyakan aktiviti penyeludupan dilakukan melalui jalan darat kerana ia lebih mudah dan menguntungkan jika rokok tidak sah yang diseludup tiba ke destinasi. Keuntungan lumayan Sumber memberitahu BH, sindiket penyeludupan mampu meraih sehingga RM5 juta jika sekali percubaan menyeludup rokok tidak sah berjaya. Kegiatan menjual rokok tidak sah pula 'digemari' kerana selain memberi keuntungan lumayan, risiko yang ditanggung jika ditangkap pihak berkuasa juga rendah termasuk denda yang agak ringan berbanding kegiatan penyeludupan lain seperti dadah atau senjata api. "Berdasarkan kajian, tahun lalu, kira kira 34 peratus daripada jumlah rokok di pasaran Malaysia adalah rokok tidak sah termasuk yang diseludup. "Walaupun peratusan itu menurun daripada tahun sebelumnya, ia tidak memberikan kesan positif kepada negara. "Ditambah pula dengan peningkatan harga rokok di pasaran beberapa minggu lalu, ia dijangkakan memberi impak besar pada kadar permintaan terhadap rokok tidak sah ini kerana ia jauh lebih murah berbanding rokok sah," katanya. Guna pelbagai taktik Sumber berkata, kepelbagaian taktik penyeludupan yang digunakan sindiket juga mampu mengelirukan dan ia meletakkan mereka 'selangkah di hadapan' daripada pihak berkuasa. "Sindiket tegar biasanya tidak menggunakan 'lorong tikus' untuk menyeludup masuk rokok tidak sah ke negara ini kerana cara itu dilihat tidak memberikan keuntungan kepada mereka kerana hanya boleh dilakukan dalam jumlah yang sedikit," katanya. Sebaliknya, katanya, sindiket lebih memilih menggunakan pintu masuk utama di beberapa kawasan di utara tanah air seperti Kompleks Kastam, Imigresen & Kuarantin (CIQ) di Bukit Kayu Hitam, Wang Kelian serta Padang Besar, Perlis dan Durian Burung, Kedah. Bjjak tukar taktik Sindiket pula dikesan menggunakan laluan laut untuk menghantar rokok tidak sah di beberapa negara jiran sebelum diseludup masuk ke Malaysia menggunakan lori kontena. "Kita mendapat maklumat bahawa sindiket kini menggunakan Pelabuhan Laem Chabang, Thailand sebagai kawasan utama untuk menurunkan muatan mereka sebelum diangkut menggunakan lori atau treler ke Malaysia. "Sekiranya kegiatan mereka terancam di jalan darat, sindiket akan menggunakan jalan laut untuk menyeludup masuk ke negara ini namun ia agak sukar kerana kawasan pelabuhan negara dikawal ketat oleh pihak berkuasa," katanya. Sumber berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sindiket rokok tidak sah didapati tidak lagi menggunakan jalan udara untuk menyeludup masuk rokok haram ke negara ini kerana gagal meraih keuntungan besar walaupun berjaya melepasi pihak berkuasa.
Tiga kategori rokok tidak sah di Malaysia Hi IWKOK puiin UlKlldllg di luar negara diseludup masuk a Rokok putih tidak berlesen dikilang dalam negara is] Rokok kretek dikilang di luar negara diseludup masuk Komander UPPKedah Abdul Latif Abdul Rahman (dua dari kin) menunjukkan rokok bernilai hampir sejuta ringgit yang dirampas di Alor Mengkudu. [FOTO RAHMAT OTHMAN/BH]
Antara bot yang ditahan membavua rokok kretek pelbagai jenis dalam operasi oleh Pasukan Gerakan Marin Wilayah 2 di Johor.
rimbalan Ketua Polis Jaerah Muar, > uperintenden ihahadan Jaafar (kiri) nenunjukkan lori ian rokok seludup rang dirampas dalam ;atu sekatan jalan, mru baru ini. [FOTO SHAIFFULAZHAR MISRI/BH] INFO Kemasukan rokok tidak sah melalui pengangkutan darat dan laut
Jumlah permintaan rokok tidak sah di Semenanjung antara Mac hingga Mei