UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

Similar documents
TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

COMPARATIVE STUDY ON THE DIFFERENT RANGE OF NIR SENSOR MEASUREMENT FOR GLUCOSE CONCENTRATION MUHAMMAD HANIS BIN AZMI ALI

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN KONSEP KENDIRI DALAM KALANGAN IBU TUNGGAL TIDAK BEKERJA DI JOHOR BHARU HELENA REMEO

KESAN PERSONALITI SEBAGAI PENYEDERHANA TERHADAP HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI (EQ) DAN BUDAYA KESELAMATAN

ELEMENT OF WARRANTY OF IBS STRUCTURAL SYSTEM FOR CONSTRUCTION INDUSTRY ANNAN VESSINUK A/L SING

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PM502: MARKETING RESEARCH

HEALTH AND SAFETY IN REFURBISHMENT PROJECTS INVOLVING DEMOLITION WORK MANSOOREH RAKHSHANIFAR

4.8 Penyenggaraan Bangunan 55

A STUDY OF GENERATION Y TRAVEL BEHAVIOUR IN MALAYSIA TAN LAY YEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PUSAT PEMBELAJARAN DIGITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH

MODEL STATISTIK BERSEPADU PELBAGAI ARAS BAGI TRIGLISERIDA DAN TEKANAN DARAH MANUSIA: KAJIAN KES DI HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

IEK 314 Environmental Audit [Audit Persekitaran]

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MOVE ANALYSIS OF PHARMACY RESEARCH ARTICLE DISCUSSION SECTIONS

PERPUSTAKAAN UTHM * *

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

USING TAM TO STUDY THE USER ACCEPTANCE OF IT IN THE YEMENI PUBLIC SECTOR (MINISTRY OF SOCIAL AFFAIRS AND LABOUR-YEMEN) ESMAT ABDULMAJID WAHDAIN

MODIFICATION OF INTERVAL TYPE-2 FUZZY TOPSIS AND ITS APPLICATION TO FLOOD CONTROL PROJECT SELECTION NURNADIAH BINTI ZAMRI

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

VOICE ACTIVATED DOOR CONTROL SYSTEM CHONG SHEK MOI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVING SOCIAL RESPONSIVENESS OF CHILDREN WITH AUTISM SPECTRUM DISORDER THROUGH NEURO-PHYSICAL EXERCISE WONG SIAO YEN

INFLUENCE OF CORE SELF-EVALUATIONS ON KNOWLEDGE SHARING BEHAVIOUR WITH EVALUATION APPREHENSION AS A MEDIATOR KHAIRULBAHIYAH BT YAAKUB

ERGONOMICS SAFETY APPROACH IN WELDING SHOP (A CASE STUDY IN UTeM)

INSTRUCTION: This section consists of TEN (10) short questions. Answer ALL questions.

TAHAP PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH PENGENDALI MAKANAN DALAM MENGENDALIKAN MAKANAN SECARA BERSIH DAN SELAMAT

SISTEM E-DIABETES. Rezal Mhd Johan Dr Khairul Akram Zainol Ariffin. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

THE NEEDS OF HALAL TRANSPORTATION CONTROL IN MALAYSIA: A MULTIPLE CASE STUDY APPROACH ZUHRA JUNAIDA BINTI IR MOHAMAD HUSNY HAMID

HakCipta Irfan Khairi Sdn. Bhd.

Kaizen boleh diakses melalui internet di laman sesawang

A STUDY ON HAND PRESS GRIP FORCE FOR PUSH ACTIVITY IN LAY UP PROCESS AT AEROSPACE INDUSTRY SITI NURATHIRAH BT MOHD ZULKEFLLE B

THE RELATIONSHIP BETWEEN FACILITATIVE LANGUAGE LEARNING AND ORAL PERFORMANCE AMONG IRANIAN LEARNERS MOHAMMAD JAHANGIRI

KESAN PENGGORENGAN BERULANG KALI TERHADAP SIFAT-SIFAT FIZIKOKIMIA MINYAK MASAK OLEIN SAWIT LAILATUL SYEMA BINTI JURID

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KEKUATAN MENTAL PEMAIN BOLA SEPAK PIALA MALAYSIA MUSIM 2007/2008

MEDICAL CHECK-UP FORM (for Malaysian Students)

INTEGRATION OF MEDIAN FILTER AND ORIENTATION FIELD ESTIMATION FOR FINGERPRINT IDENTIFICATION SYSTEM

DEVELOPMENT OF COLOUR-MARK SENSOR-BASED CALIBRATION SYSTEM FOR TIMING DEVICES WITH SEVEN-SEGMENT LIQUID-CRYSTAL-DISPLAY

Oleh: Sofinah Lamudin forex.mudahkaya.com. Edisi Newbie

EFFECT OF PATTERN RECOGNITION ABILITY TRAINING ON JUDGING PERFORMANCE OF MALAYSIAN RHYTHMIC GYMNASTIC JUDGES

vii KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN / SIMBOL SENARAI LAMPIRAN

AN OPTIMIZATION OF MIXING PROCESS PARAMETERS FOR SOY SAUCE PRODUCTION

APLIKASI GREENGROCERYGO UNTUK MENGATASI MASALAH PEMBAZIRAN MAKANAN NOR AQILAH NUR FAZIDAH ELIAS

COMPARISON STUDY OF RELAY SELECTION SCHEMES IN LONG TERM EVOLUTION (LTE) NETWORK SELINA MATTHEWS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATING THE SURFACE PROPERTIES OF HA COATING ON TITANIUM-ALUMINUM SUBSTRATE ALI KARANDISH

The Ergonomic Factor of a Flexible Writing Table Chair for Left Handed Student

THE RELATIONSHIP OF EMOTIONAL INTELLIGENE, THE BIG FIVE PERSONALITY AND LIFE SATISFACTION DING I LING

EXPORT PERSONNEL PERCEPTIONS OF EXPORT PERFORMANCE TO CHINA MARKET FARSHID MOVAGHAR MOGHADDAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SENARAI SEMAKAN PUSAT KESIHATAN MAHASISWA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PERKARA ADA TIADA. Tarikh : Pegawai Perubatan Universiti

APLIKASI KENDIRI DIABETES JENIS II AMIRA WAHIDA BINTI OSMAN ASSOC PROF DR. MARYATI BINTI MOHD YUSOF DR KAILAVANI CHELLAPPAN

Answer all questions. Jawab semua soalan.

TEST CASE PRIORITIZATION TECHNIQUE USING SEQUENCE DIAGRAM AND LABELED TRANSITION SYSTEMS IN REGRESSION TESTING NUR FATIMAH AS SAHRA

CHRONIC KIDNEY FAILURE DATA MANAGEMENT SYSTEM WITH AUTOMATIC CLASSIFICATION KHOVARTHEN A/L MURUGIAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

COLLECTION OF PERSONAL INFORMATION

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination Academic Session 2009/2010. November BMT 217/3 Virology [Virologi]

SISTEM PEMAKANAN PINTAR BERASASKAN WEB. Muhammad Fazrul Bin Romli Dr. Abdul Hadi Abd Rahman

I hereby declare that I have read through this project report and to my opinion this report is adequate in term of scope and quality for the purpose

GARIS PANDUAN PENETAPAN STANDARD MINIMUM PENGINAPAN PEKERJA ASING

INDIKASI KUALITI BAGI PERKHIDMATAN DIETARI PESAKIT LUAR TEMPOH MENUNGGU DI KLINIK DIET RUKA (RAWATAN UTAMA KLINIK AM) 1 APRIL SEPTEMBER 2003

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN BAGI JURUTEKNIK PROSTETIK/ORTHOTIK GRED J17

A WEB-BASED TELEPRENATOLOGY PLATFORM FOR ANTENATAL CARE MANAGEMENT IN REMOTE AREAS NORAINI BINTI JALIL

The Bahasa Melayu version of the Global Physical Activity Questionnaire (GPAQ-M)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

APLIKASI CADANGAN MAKANAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

(Kertas soalan ini mengandungi 4 soalan dalam 6 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 4 questions on 6 printed pages)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

ROLE OF LENGTH SPECIFICITY, VELOCITY SPECIFICITY AND NEURAL ADAPTATIONS IN STRENGTH TRAINING

THE INFLUENCE OF PERSONALITY TRAITS ON KNOWLEDGE SHARING IN THE CONTEXT OF RESEARCH SUPERVISION MUMTAZ ALI MEMON

MEDICAL EXAMINER S CERTIFICATE / SIJIL PEMERIKSA PERUBATAN

TELEMEDICINE KLINIK DESA ABD AZIZ BIN BAKERI. Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer)

ZnO LIGHTNING ARRESTER EARTHING IMPEDANCE CHARACTERISTICS UNDER TRANSIENT OVERVOLTAGES MEHRDAD MOKHTARI

MATHEMATICS GRADUATES PERCEPTIONS ON SUITABILITY OF EMPLOYMENT USING LOGISTIC REGRESSION HEIRNIZAH MELATI BINTI JAMRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A GENRE ANALYSIS OF RHETORICAL STRUCTURE AND LINGUISTIC FEATURES IN PSYCHOLOGY RESEARCH ARTICLES

JABATAN PENYELIDIKAN & INOVASI FORMAT PENYEDIAAN LAPORAN AKHIR UNTUK PROJEK PENYELIDIKAN JANGKA PENDEK UMP (1 ST OPTION)

TIME SERIES SUPPORT VECTOR REGRESSION MODELS WITH MISSING DATA TREATMENTS FOR WATER LEVEL PREDICTION NORAINI BINTI IBRAHIM

FACTORS INFLEUNCING KNOWLEDGE SHARING AMONG UNIVERSITY ADMINISTRATORS SITI NOR HADIJAH BINTI MD SUPAAT

To My Parents. My father, EsmaeelArzani My mother, Zahra Asadizadeh. My brother, Parham Arzani. & My beloved son SahandRoudpishi

CALL for ACTION" UITLINE. MONDAY-FRIDAY [9.00am TO 4.30pm]

RADIAH BINTI ALI MASTER OF SCIENCE 2014 UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Cambridge International Examinations Cambridge International General Certificate of Secondary Education

PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP CIRI-CIRI PERSAHABATAN KANAK-KANAK AUTISME (Parents' Perception Towards Friendship Characteristics Of Children With Autism)

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENYAKIT ALZHEIMER NORIDAYU KAMARULZAMAN

OCCUPATIONAL NOISE EXPOSURE AMONG CONSTRUCTION WORKERS STEPHANIE STELLA ANAK DAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAR CHART PLAGIARISM DETECTION MOHAMMED MUMTAZ MOHAMMED SALIH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BIZAPP SUPERB & PRO MENCETAK SLIP POSLAJU SECARA BERTERUSAN JAN 2017 / VERSI 1.0.0

APLIKASI MUDAH ALIH PENSKORAN PROSTAT Rima Shahfira Binti. Redzuan Dr. Afzan Adam. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

HEART MURMUR DETECTION AND ANALYSIS USING MULTIPOINT AUSCULTATION SYSTEM KAMARULAFIZAM BIN ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMK 421 Primary Products Technology [Teknologi Produk Primer]


COMPARING THREE METHODS OF HANDLING MULTICOLLINEARITY USING SIMULATION APPROACH NORLIZA BINTI ADNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI Kod Dokumen :UPM/OPR/PKU/P002

INTERNALIZED STIGMA AMONG PATIENTS WITH DEPRESSION: COMPARISON BETWEEN EMPLOYED AND UNEMPLOYED GROUP DR. NAEMAH BINTI ABDUL RAHIM

MUHAMMAD FARIHIN KATIMIN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI Kod Dokumen : UPM/OPR/PKU/P002

WORKING POSTURAL LOADS IN SMALL AND MEDIUM ENTERPRISES (SMEs) INDUSTRY MUHAMMAD HAZIM BIN HUSSIN. Degree of Master of Mechanical Engineering

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PERSEPSI PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TERHADAP PERKHIDMATAN MAKANAN DI KAFETARIA KAMPUS UTM, SKUDAI. NURULAINI BINTI MOHD ARIF

Transcription:

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA KAJIAN TENTANG PEMBANGUNAN SEMULA BANGUNAN KOMERSIAL YANG TERBENGKALAI DI KAWASAN MELAKA TENGAH SESI PENGAJIAN: 2017/2018 Saya NURAINI BINTI ABDUL RAHIM mengaku membenarkan Laporan Projek Sarjana Muda ini disimpan di Perpustakaan dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Laporan Projek Sarjana Muda adalah hak milik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 2. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT TERHAD oleh (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh: (TANDATANGAN PENULIS) NURAINI BINTI ABDUL RAHIM (TANDATANGAN PENYELIA) DR. SULZAKIMIN BIN MOHAMED Alamat Tetap: No. 88 Jalan Kemboja, (F) Medoi 85050, Segamat, Johor. Tarikh: Tarikh: CATATAN: **Jika Laporan Projek Sarjana Muda ini SULIT dan TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

i KAJIAN TENTANG PEMBANGUNAN SEMULA BANGUNAN KOMERSIAL YANG TERBENGKALAI DI KAWASAN MELAKA TENGAH NURAINI BINTI ABDUL RAHIM CP140008 Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Dan Perniagaan (Pembinaan) Dengan Kepujian Fakulti Pengurusan Teknologi Dan Perniagaan (FPTP) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia JANUARI 2018

ii PENGAKUAN Saya akui laporan projek ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya saya telah jelaskan sumbernya. Pelajar :. NURAINI BINTI ABDUL RAHIM Tarikh :.. Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Pembinaan) Dengan Kepujian. Penyelia :. DR. SULZAKIMIN BIN MOHAMED Tarikh :.

iii DEDIKASI Teristimewa buat, Yang memberi bimbingan; Dr Sulzakmin bin Mohamed yang tidak pernah jemu-jemu memberi nasihat, semoga menjadi panduan untuk diriku pada masa hadapan. Insan tersayang; Ayah dan ibu Abdul Rahim bin Hussin dan Rosminah binti Jaaffar Suami tercinta; Muhammad Sufi Bin Badaruzaman Rakan seperjuangan; Nurulhidayu binti Ma arof dan Farah Iffah Faqihah binti Roslan Terima kasih diatas dorongan dan sokongan disepanjang hayat hidupku dari segi masa, tenaga kewangan serta pelbagai nasihat dan kata-kata semangat yang sangat membantu Buat insan yang jauh dimata dekat dihati: Terima kasih di atas semangat yang diberikan

iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya, Laporan Projek Sarjan Muda yang bertajuk Kajian Tentang Pembangunan Semula Bangunan Komersial Yang Terbengkalai di Kawasan Melaka Tengah ini dapat disiapkan dengan jayanya. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Dr Sulzakimin bin Mohamed sebagai penyelia projek Projek Sarjana Muda yang telah banyak membimbing, memberi tunjuk ajar, panduan dan kerjasama bagi memastikan projek ini berjalan dengan lancar. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ini juga saya ucapkan kepada Dr Norliana binti Sarpin dan Pn Sharifah Meryam binti Shareh Musa iaitu panel-panel yang telah sudi berkongsi ilmu dan maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan kajian ini Terima kasih juga kepada ayah dan ibu serta suami yang disayangi kerana sentiasa memberikan kata-kata semangat dan dorongan. Tidak lupa juga penghargaan dan ucapan terima kasih ini kepada semua responden yang telah memberikan kerjasama dalam perlaksanaan projek ini. Tidak ketinggalan, kepada semua rakan seperjuangan, sahabat dan teman istimewa yang sentiasa memberikan galakan dan bantuan demi kejayaan bersama. Akhir kata, semoga Allah S.W.T melimpahkan rahmat ke atas semua pihak yang menyumbangkan kerjasama bagi menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini. Sekian Terima Kasih

v ABSTRAK Peninggalan ditakrifkan sebagai telah berlaku terhadap struktur apabila pemilik struktur tersebut tidak lagi membayar untuk perkhidmatan bangunan dan apabila cukai dan gadai janji tidak dibayar oleh pemilik bangunan tersebut. Banyak masalah timbul dari kewujudan bangunan terbengkalai termasuk sama ada masalah dari segi sosial, ekonomi dan alam sekitar. Oleh itu, satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji masalah baik pulih bangunan komersial yang terbengkalai dan langkah-langkah penambahbaikan baik pulih bangunan komersial yang terbengkalai. Untuk mencapai objektif kajian ini, pengkaji telah menggunakan data-data primer dan membuat rujukan berasaskan data sekunder, primer diperolehi melalui temu bual dengan pihak yang terlibat dalam pembangunan ini dan penggunaan borang soal selidik kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam pembangunan bangunan terbengkalai. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa masalah utama yang menyebabkan bangunan terbengkalai adalah masalah pengurusan seperti masalah pengurusan kewangan yang dihadapi oleh pemaju. Sementara itu, langkah-langkah penambahbaikan yang perlu diambil adalah dengan melantik kontrator penyelamat. Antara cadangan dan komen dari pihak responden adalah supaya pihak berkuasa memberikan kelonggaran dalam proses pengambil alihan dan juga kebenaran dalam meluluskan pelan bangunan. Beberapa cadangan juga telah diberikan kepada pengkaji seterusnya agar menggunakan kaedah-kaedah lain seperti kaedah campuran iaitu menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif untuk mendapatkan data yang lebih tepat dan terperinci dan cadangan seterusnya boleh memfokuskan kesan kepada faktor-faktor yang am/biasa dan faktor-faktor yang jarang didedahkan yang menjurus kepada permasalahan projek perumahan terbengkalai.

vi ABSTRACT Abandonment is defined as having taken place on the structure when the structure is no longer the owner to pay for the building and when taxes and the mortgage is not paid by the building owner. Many problems arise from the existence of abandoned buildings including whether there is a problem in terms of social, economic and environmental. Therefore, a study was conducted to investigate the problem overhaul of commercial buildings that are abandoned and improvement measures overhaul of abandoned commercial buildings. The researcher interviewed four (4) respondents, planning officers and assessors at the Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), developer representatives, representatives of contractors and architectural consultants. To achieve the objective of this study, researchers have used primary data and make reference based on secondary data, primary data obtained through interviews with the parties involved in this development and the use of questionnaires to those directly involved in the development of abandoned buildings. The results of this study show that the main problems that lead to abandoned buildings is a matter of management such as financial management problems faced by developers. Meanwhile, the improvement measures that should be taken is to appoint a contractor rescuers or liquidator. Among the suggestions and comments expressed by the respondents are that the authorities provide flexibility in the takeover process as well as the truth in approving the building plans. Several suggestions have also been given to the next researcher to use other methods such as a mixed method that combines quantitative and qualitative methods to obtain more accurate and detailed data and can further focus on the general / common factors and the rare factors revealed that led to the problem of abandoned housing projects.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN TAJUK PENGAKUAN PENYELIAAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL i ii iii iv v vi vii xii xiii BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Latar Belakang Kajian 1.3 Penyataan Masalah 1.4 Persoalan Kajian 1.5 Objektif Kajian 1.6 Kepentingan Kajian 1.7 Skop Kajian 1.8 Metodologi 1.9 Jangkaan Hasil Kajian 1.10 Kesimpulan 1 1 2 2 4 4 5 6 6 8 8 BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 2.2 Baik Pulih Bangunan Komersial Yang Terbengkalai 9 9 9

viii 2.2.1 Definisi Baik Pulih 2.2.2 Definisi Bangunan Komersial 2.3 Kawasan Brownfield 2.3.1 Definisi Kawasan Brownfield 2.3.2 Kategori Kawasan Brownfield 2.3.3 Mengenalpasti Kriteria Kawasan Brownfield 2.4 Definisi Bangunan Komersial Terbengkalai Dalam Industri Pembinaan 2.4.1 Jenis Bangunan Terbengkalai 14 2.5 Senario Bangunan Terbengkalai Di Negeri Melaka 2.6 Faktor-Faktor Bangunan Komersial Terbengkalai 2.6.1 Lokasi Tidak Strategik 2.6.2 Masalah Teknikal Yang Dihadapi Pemaju Semasa Pembinaan Dijalankan 2.6.3 Kerosakan Bangunan 2.6.4 Konflik Yang Dihadapi Oleh Pihak- Pihak Tertentu Seperti Pemaju, Kontraktor Dan Pemilik Tanah 2.7 Kesan Bangunan Terbengkalai 2.7.1 Kualiti Pandangan Yang Tidak Menarik 2.7.2 Kerosakan Yang Dialami Memerlukan Kos Penyelenggaraan Dan Pembaikian Yang Tinggi Untuk Memulihkan Kembali. 2.7.3 Merugikan Banyak Pihak 2.7.4 Menjadi Kegiatan Yang Tidak Sihat 2.8 Perundangan Yang Dirujuk 2.9 Prinsip-Prinsip Asas Pengeluaran Permit Bagi Kerja Baik Pulih 9 10 10 10 11 12 13 14 15 16 16 16 16 16 17 17 17 17 17 17 18

ix 2.10 Masalah Baik Pulih Bangunan Komersial Yang Terbengkalai 2.11 Langkah-Langkah Penambahbaikan Bangunan Komersial Yang Terbengkalai 2.11.1 Mengambil Alih Projek Yang Terbengkalai Dan Meneruskan Proses Pembinaan bagi menyiapkan Projek tersebut 2.11.2 Tindakan Undang-Undang Perlu Dikenakan Keatas Pemaju. 2.11.3 Membuat Pengubahsuaian Tidak Melebihi daripada Bajet 2.11.4 Memperketatkan Prosedur Pengeluaran Lesen Pemaju Bangunan Komersial 2.11.5 Pengawasan Projek Dibuat Secara Berterusan 2.11.6 Penguatkuasaan Ke Atas Akta/Peraturan Pemaju Bangunan Komersial Diperketatkan 2.12 Kesimpulan 19 22 22 22 22 22 22 23 23 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 3.2 Reka Bentuk Penyelidikan 3.2.1 Fasa 1 3.2.2 Fasa 2 3.2.3 Fasa 3 3.2.4 Fasa 4 3.3 Strategi Kajian 3.4 Kaedah Pengumpulan Data 3.4.1 Data Primer 3.4.2 Data Sekunder 25 25 25 26 27 28 29 29 30 30 30

x 3.4.3 Kajian Literatur 3.5 Rumusan Dan Cadangan 3.6 Kesimpulan 31 31 31 BAB 4 ANALISA DAN PERBINCANGAN 4.1 Pengenalan 4.2 Pengumpulan Data Temubual 4.3 Analisis Data 4.3.1 Bahagian A: Latar Belakang Responden 4.3.2 Bahagian B: Masalah-Masalah Kerja Baik Pulih Bangunan Komersial Yang Terbengkalai 4.3.3 Bahagian C: Langkah-Langkah Penambahbaikan Kerja Baik Pulih Bangunan Komersial Terbengkalai 4.3.4 Bahagian D: Cadangan Penambahbaikan Dan Komen Responden 4.4 Kesimpulan Temubual 4.5 Rumusan Bab 33 33 33 34 34 37 44 50 50 51 BAB 5 RUMUSAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 5.1 Pengenalan 5.2 Limitasi Kajian 5.2.1 Bilangan Responden 5.2.2 Masa 5.3 Kesimpulan 5.3.1 Objektif 1: Mengenalpasti Masalah-Masalah Bagi Kerja 5.3.2 Baik Pulih Bangunan Komersial Yang 52 52 52 52 53 53 53 53

xi Terbengkalai 5.3.3 Objektif 2: Mengenalpasti Langkah-Langkah Penambahbaikan Bagi Kerja Baik Pulih Bangunan Komersial Yang Terbengkalai 5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 5.4.1 Cadangan Kepada Pihak Industri 5.4.2 Cadangan Kajian Akan Datang 5.5 Kesimpulan 54 54 54 55 55 RUJUKAN LAMPIRAN

xii SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK HALAMAN 1.1 Kategori Kawasan Brownfield 8 3.1 Jenis Hartanah Terbiar Dan 28 Pncapeninggalan Oleh (Mallach, 2006) 4.1 Hotel Novotel 36 4.2 Bangunan terbengkalai sebelum menjadi Hotel Novotel 36

xiii SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 2.1 Kategori Kawasan Brownfield 12 3.1 Jenis Hartanah Terbiar Dan 21 Pncapeninggalan Oleh (Mallach, 2006) 4.1 Latar Belakang Responden Yang Terlibat Dalam Temubual 35 4.2 Masalah-Masalah Kerja Baik Pulih 38 4.3 Bangunan Komersial Yang Terbengkalai Langkah-langkah Penambahbaikan kerja Baik Pulih Bangunan Komersial Terbengkalai 45

1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan merupakan satu industri yang sedang pesat membangun di negara ini dan merupakan salah satu sektor yang penting dalam menjana ekonomi negara. Perkembangan sektor ini dapat dilihat apabila projek-projek mega seperti Kuala Lumpur International Airport (KLIA), Pusat Pentadbiran Kerajaan di Putrajaya, Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan sebagainya dijalankan. Selain projek-projek mega ini, pembinaan bangunan komersial seperti pusat membeli- belah dan perhotelan juga menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan. Namun begitu, industri pembinaan dan risiko adalah merupakan suatu perkara yang tidak dapat dielakkan. Semakin besar sesuatu projek, semakin besarlah risiko yang bakal ditanggung. Industri ini lebih berisiko dan mempunyai tahap ketidakpastian melebihi daripada sektor-sektor lain. Walaupun pada masa kini, teknologi dalam industri pembinaan seperti Sistem Bangunan Berindustri (IBS) dan Indeks Bangunan Hijau (GBI) sedang pesat diaplikasikan dalam industri pembinaan, tetapi industri masih tidak dapat mengawal kehadiran bangunan yang terbiar di Malaysia (Nadzri, 2013). Wallace & Schallio (2015) menyatakan bahawa bangunan terbiar ini mempunyai kesan negatif ke atas manfaat sosial dan ekonomi kepada masyarakat tempatan atau sektor awam dan swasta. Kewujudan bangunan terbiar bukan sahaja mengakibatkan kerugian kepada pelbagai pihak, malah mengancam keselamatan penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran bangunan tersebut.

2 1.2 Latar Belakang Kajian Industri pembinaan merangkumi sektor yang merancang, merekabentuk, memulihara, meruntuhkan dan membaiki pelbagai jenis bangunan serta semua jenis kerja kejuruteraan awam, mekanikal dan kerja bidang lain yang terlibat. Malaysia sebagai sebuah negara membangun kepada perkembangan ekonomi yang pesat. Justeru industri pembinaan memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan aspirasi disamping memenuhi keperluan asas rakyat. Dalam meninjau kepesatan pembangunan di sekitar bandar raya ini tentunya membuatkan semua orang berasa kagum dengan pencapaian yang dikecapi. Terutama dari segi pembangunan infrastruktur termasuk tumbuhnya pelbagai menara dan bangunan tinggi di pesisir jalan raya yang berselirat di pusat bandar raya (Sahbulah, 2010). Bangunan komersial yang terbengkalai meliputi bangunan kediaman seperti projek perumahan terbengkalai, bangunan komersial seperti kompleks membeli-belah dan hotel, bangunan industri seperti kilang-kilang yang tidak lagi digunakan lagi dan jenis struktur yang lain. John (2000) menyatakan bahawa, Inisiatif perobohan rumah terbiar merupakan satu program dimana kumpulan-kumpulan masyarakat mengenalpasti dan mengutamakan bangunan kosong untuk perobohan. Justeru itu, terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah ini yang merupakan pemulihan ataupun pengubahsuaian dan perobohan bangunan yang ditinggalkan. Pemulihan atau pengubahsuaian bangunan terbengkalai adalah langkah-langkah yang diambil semula untuk mengurangkan kesan sosio-ekonomi tetapi tidak semua bangunan yang ditinggalkan boleh dipulihkan (Zakaria, 2012). 1.3 Penyataan Masalah Terjadinya bangunan terbengkalai telah mengakibatkan masalah sosial di kalangan penduduk di kawasan tertentu. Kebanyakan projek terbengkalai melibatkan bangunan komersial seperti hotel dan bangunan bercampur pejabat dengan hotel (Utusan Melayu, 2012). Masalah ini telah menyebabkan kebimbangan kepada penduduk setempat dan pihak berkepentingan bangunan yang ditinggalkan (Sinar Harian, 2015).

3 Sahbulah (2010) telah menyatakan bahawa bangunan terbengkalai telah menggalakkan aktiviti tidak bermoral dan kegiatan haram dijalankan di kawasan tertentu. Bangunan terbengkalai juga dijadikan sebagai tempat kegiatan tidak bermoral termasuk pelacuran, penggunaan dan pengedaran dadah. Tahap keselamatan bagi sebuah bangunan komersial yang terbengkalai tidak diketahui kerana bangunan itu tidak diselia oleh mana-mana pihak. Disamping itu, bangunan komersial yang terbengkalai sering dijadikan tempat untuk perlindungan oleh orang yang tidak berumah (Sahbulah, 2010). Kualiti bekalan air untuk bangunan ini tidak dijamin dan mungkin menyebabkan penyakit jika diminum. Sementara itu, kebakaran mungkin berlaku disebabkan sistem bekalan elektrik yang telah lama dan tidak diselia. Nazirwan (2008) menyatakan bawah bangunan terbiar sering dilihat sebagai satu projek yang gagal. Tanpa kita sedar, sebenarnya terdapat masalah yang berlaku seperti berlakunya takungan-takungan air dalam kawasan pembinaan itu dan ianya telah menjadi koloni kepada jutaan jentik-jentik yang bakal menjadi nyamuk dan membinasakan penduduk yang tinggal berhampiran dengan bangunan terbengkalai dengan demam denggi. Kesan lain kepada penduduk sekeliling seperti pembiakan nyamuk, ianya telah menjadi punca dan ianya telah mendatangkan keburukan dari segi kesihatan (Berita Harian, 2005). Selain itu, kehadiran bangunan komersial terbengkalai juga telah menyebabkan masalah ekonomi bagi penduduk tempatan dan pihak-pihak berkepentingan bangunan terbengkalai tersebut. Penutupan bangunan terbengkalai ini telah meningkat masalah pengangguran di kalangan penduduk tempatan. Sementara itu, pihak-pihak yang bertanggungjawab terhadap bangunan komersial terbengkalai akan menanggung kerugian yang besar akibat penutupan bangunan ini. Mallach (2006) menyatakan, kerugian ini boleh menyebabkan konflik di antara pihak yang berkepentingan. Biasanya, pelabur tidak berminat untuk membangunkan kawasan berhampiran bangunan terbengkalai. Oleh itu, harga tanah di kawasan sekitar bangunan terbengkalai akan menurun dan ini akan menjejaskan pemilik tanah di kawasan itu. Menurut kepada Carrero (2009), kualiti pemandangan sekitar yang kurang menarik juga boleh menyebabkan kerugian ekonomi bagi masyarakat, perancang, kontraktor dan pemaju kerana harga penjualan rumah banyak dipengaruhi oleh pemandangan atau kesan estetik yang sebahagian besarnya ditentukan oleh landskap yang dapat dilihat dari lokasi pemerhati.

4 Oleh itu, jika bangunan yang terbengkalai ini tidak dibangunkan, kawasan tersebut tidak akan mempunyai nilai ekonomi yang boleh menjana hasil dan pendapatan melalui aktiviti ekonomi, sama ada bagi pihak kerajaan atau swasta. Kesannya akan menjatuhkan nilai hartanah dan merosakkan nilai pasaran hartanah di sekitarnya. Persoalan yang wujud adalah mengapa berlakunya kegagalan bangunan komersial seperti pusat membeli- belah dan hotel beroperasi. Apakah faktor-faktor sebenarnya yang menyebabkan mereka gagal beroperasi? Bukannya hanya satu faktor tertentu yang akan menyebabkan pusat membeli-belah dan hotel ini gagal beroperasi. Ini kerana faktor setiap kegagalan adalah tidak semestinya sama kerana masalahmasalah yang dihadapi oleh setiap pusat membeli-belah dan hotel adalah berlainan. 1.4 Persoalan Kajian Berdasarkan pernyataan masalah yang dibincangkan, terdapat persoalan kajian. Antara persoalan tersebut adalah: i. Apakah masalah-masalah bagi kerja baik pulih bangunan komersial yang terbengkalai dapat dikenalpasti? ii. Apakah langkah-langkah untuk penambahbaikan bagi kerja baik pulih bangunan komersial yang terbengkalai? 1.5 Objektif Kajian Objektif kajian berikut telah ditetapkan untuk memastikan matlamat kajian yang ditetapkan dapat dicapai sepenuhnya: - i. Mengenalpasti masalah-masalah bagi baik pulih bangunan komersial yang terbengkalai. ii. Mengenalpasti langkah-langkah penambahbaikan bagi baik pulih bangunan komersial yang terbengkalai. 1.6 Kepentingan Kajian

5 Kajian baik pulih bangunan komersial yang terbengkalai dilakukan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang terlibat dalam masalah bangunan komersial yang terbengkalai. Punca-punca yang dikenalpasti boleh membantu pihak-pihak yang berkepentingan untuk mengelakkan kerugian besar disebabkan oleh masalah bangunan terbengkalai. Oleh itu, masalah yang disebabkan oleh bangunan komersial yang terbengkalai dapat dikurangkan. Disamping itu, kajian ini juga akan memberikan manfaat yang lebih besar jika bangunan komersial yang ditinggalkan dipulihkan semula. Proses pemulihan bangunan itu bergantung kepada pemilik bangunan dan tidak semua bangunan komersial yang terbengkalai boleh dipulihkan. Ianya dapat memberi manfaat dan menyumbang kepada: - i. Pemaju Pemaju merupakan pihak utama dalam meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi Negara melalui industri pembinaan. Oleh itu, dengan hasil kajian yang dijalankan ini, sedikit sebanyak dapat memberi idea serta tanggapan baru pihak pemaju terhadap bangunan terbengkalai yang akan dibaik pulih bangunan tersebut agar lebih banyak dipraktikkan dalam projek-projek yang akan datang. Di samping itu, kajian ini juga memberi kesedaran kepada pemaju bahawa bangunan terbengkalai boleh memberi manfaat yang lebih besar jika bangunan yang ditinggalkan dipulihkan semula. ii. Kontraktor Kontraktor juga merupakan antara pihak utama dalam industri binaan. Kebanyakkan kontraktor lebih tertumpu kepada projek-projek yang lebih besar dan menguntungkan. Melalui kajian ini, kontraktor juga mendapat sedikit sebanyak maklumat mengenai baik pulih bangunan komersial yang terbengkalai dengan lebih lanjut. iii. Akademik Ahli akademik dapat menjadikan kajian ini sebagai sumber rujukan mahupun bahan lampiran yang berkaitan dengan tajuk kajian yang ditekankan. Dengan itu, diharapkan dapatalah digunakan bagi membantu menjalankan kajian pada masa hadapan bagi rujukan akademik yang berkaitan dengan kajian ini.

6 1.7 Skop Kajian Kajian ini adalah berkaitan dengan isu membaik pulih bangunan komersial terbengkalai. Bagi mencapai objektif yang telah dicadangkan, beberapa perkara penting di dalam kajian ini akan dibuat. Kajian yang dibuat adalah lebih menjurus kepada permasalahan dalam baik pulih bangunan komersial yang terbengkalai. Ini adalah untuk mengetahui sebab dan punca bagaimana masalah ini boleh berlaku. Selain itu, kajian ini juga membincangkan tentang langkah-langkah penambahbaikan bagi baik pulih bangunan komersial yang terbengkalai. Kawasan kajian ini akan dibuat di negeri Melaka. Kepesatan pembangunan merupakan faktor kawasan kajian ini dipilih untuk dijadikan lokasi penyelidikan. Selain itu, di kawasan kajian ini terdapat bangunan komersial yang terbengkalai. Oleh itu, kajian berkenaan baik pulih bangunan komersial yang terbengkalai sesuai dilakukan di kawasa kajian ini. Kajian ini akan memberi tumpuan kepada mana-mana responden yang mempunyai pengalaman dalam mengendalikan, mengurus dan memulihkan bangunan komersial terbengkalai satu atau lebih di Malaysia. Kajian ini akan mengenalpasti pihak berkuasa tempatan atau pihak pemaju yang bertanggungjawab dalam mengendalikan bangunan yang dibaik pulih. 1.8 Metodologi Untuk mencapai matlamat dan objektif sebenar bagi penyelidikan ini, terdapat beberapa prosedur yang telah diatur secara berperingkat agar segala maklumat dan data yang diperoleh dapat menjamin kelancaran perjalanan kajian. Kerangka kajian adalah merujuk seperti Rajah 1.1 berikut: -

7 TAJUK Kajian Tentang Pembangunan Semula Bangunan Komersial Yang Terbengkalai Di Kawasan Melaka Tengah OBJEKTIF Mengenalpasti masalah-masalah bagi baik pulih bangunan komersial yang terbengkalai OBJEKTIF 2 Mengenalpasti langkah-langkah penambahbaikan bagi baik pulih bangunan komersial yang terbengkalai PERSOALAN 1 Apakah masalah-masalah bagi kerja bangunan baik pulih komersial yang terbengkalai dapat dikenalpasti? PERSOALAN 2 Apakah langkah-langkah untuk penambahbaikan bagi kerja baik pulih bangunan komersial yang terbengkalai? SKOP KAJIAN Tapak Bina Sekitar Melaka Tengah METODOLOGI KAJIAN PENGUMPULAN DATA Temubual DATA PRIMER ANALISA KAJIAN HASIL KAJIAN DATA SEKUNDER Laman web Tesis terdahulu Jurnal Bahan bercetak lain KESIMPULAN DAN KAJIAN Rajah 1.1 Carta Alir Penyelidikan, 2017)

8 1.9 Jangkaan Hasil Kajian Apabila hasil kajian ini berjaya dilaksanakan, objektif kajian dapat dicapai melalui kajian yang dilakukan dan dijangka hasil kajian akan: i. Mengatasi masalah-masalah dalam kerja membaik pulih bangunan komersial yang terbengkalai. ii. Mengetahui langkah-langkah yang perlu dilakukan dalam kerja penambahbaikan bagi kerja baik pulih bangunan komersial yang terbengkalai. 1.10 Kesimpulan Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan di sini bahawa permasalahan bangunan terbengkalai mampu memberikan kesan dari sudut aspek ekonomi dan sosial. Kajian ini dijangka dapat menjelaskan kepada pihak terlibat dan juga pengetahuan umum mengenai baik pulih bangunan komersial yang terbengkalai di negara kita yang dilaksanakan memandangkan semakin hari semakin banyak bangunan yang kian dimamah usia dan perlu kepada pemuliharaan serta dibaik pulih. Diharapkan kajian ini akan dapat memberikan hala tuju baru khususnya kepada kontraktor binaan yang terlibat melaksanakan baik pulih bangunan komersial yang terbengkalai ini agar dapat dijadikan spesifikasi dan rujukan berguna dimasa hadapan.

9 BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Pembangunan mampan adalah untuk memastikan negara-negara maju dalam mengekalkan kestabilan dari sudut yang berbeza. Pembangunan bandar yang mampan adalah dengan mengambil keupayaan, mengoptimumkan sumber-sumber, dan mengawal pencemaran di bandar dan kawasan sekitarnya. Perancang bandar secara perlu aktif mengambil bahagian dalam perancangan bangunan komersial yang telah terbengkalai dan guna tanah (Nurlaila et al, 2014). Zakaria (2012) menyatakan dalam kesibukan dan keghairahan pelbagai pihak yang ingin mengaut keuntungan dalam membina pelbagai jenis bangunan-bangunan mega, terdapat aspek-aspek yang sering diabaikan ketika pembinaan dijalankan ini termasuk dengan isu projek terbengkalai separuh jalan. Oleh itu, terdapat Brownfield pembangunan semula bangunan atau tanah yang telah terbengkalai, yang menyokong perancangan tapak yang mampan dan pengurusan melalui inovasi bagi pendudukan bangunan atau tanah yang sedia ada dengan car a yang inovatif (Nurlaila et al, 2014). 2.2 Baik Pulih Bangunan Komersial yang Terbengkalai 2.2.1 Definisi Baik Pulih Baik pulih bermaksud satu kerja pembinaan, perubahan dan tambahan yang dilakukan ke atas bangunan yang telah disiapkan tanpa melibatkan perubahan terhadap struktur, ruang, tampak rupa luaran dan fungsi sesuatu bangunan. Kerja baik pulih yang

10 memerlukan permit iaitu kebenaran Pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melaksanakan kerja hendaklah mematuhi syarat dan prosedur yang ditetapkan dalam garis panduan. Shah, (2012). 2.2.2 Definisi Bangunan Komersial Kamus Dewan Bahasa (edisi ketiga) mendefinisikan bangunan komersial sebagai sesuatu yang dibangunkan berkaitan dengan atau bersifat perdagangan atau kepentingan seperti gedung, rumah dan kedai. 2.3 Kawasan Brownfield 2.3.1 Definisi Kawasan Brownfield Kawasan brownfield yang ditafsirkan dalam Dasar Pembangunan Negara (DPN) bahawa kawasan brownfield adalah: Sebarang tanah atau premis yang dibangunkan atau digunakan tetapi masih belum dieksploitasi secara sepenuhnya, walaupun mempunyai kecenderungan untuk digunakan atau didirikan bangunan di atasnya. Kawasan brownfield adalah kawasan yang telah dibangunkan sebelum ini tetapi ditinggalkan atau terbiar atau mempunyai struktur pembangunan yang usang atau kawasan pembangunan yang tidak siap sepenuhnya dan terbengkalai. Kawasan ini mungkin tercemar atau tidak tercemar. Tanah kawasan Brownfield ini juga termasuk tanah kerajaan atau tanah persendirian (DPN, Ogos 2006). Selain itu, istilah brownfield juga meliputi bangunan yang telah lama terbengkalai atau bangunan yang telah siap tetapi tidak terjual. Tafsiran ini juga merujuk kepada projek-projek terbengkalai yang tidak siap dalam tempoh pelaksanaan pembangunan melebihi 10 tahun. Kawasan brownfield adalah merangkumi situasi berikut: i. Kawasan yang telah lama terbengkalai. ii. Kawasan yang telah siap tetapi tiada pemilik. 2.3.2 Kategori kawasan brownfield

11 Kawasan brownfield mempunyai beberapa kategori yang berbeza. Berikut adalah kategori-kategori yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. Jadual 2.1 Kategori kawasan brownfield Kategori Kategori brownfield Gambar foto A Bekas lombong/kuari B Kawasan bekas tapak pelupusan sisa pepejal yang telah penuh/ tidak lagi digunakan secara kekal. C Kawasan kilang/perniagaan/ Perumahan/institusi yang telah ditinggalkan melebihi 10 tahun. D Projek projek pembangunan terbengkalai yang tidak siap dalam tempoh pelaksanaan pembangunan melebihi 10 tahun. E Deretan lot-lot bangunan yang terbiar melebihi 10 tahun.