Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Peribadi-i

Similar documents
Kadar faedah = Jumlah kredit berputar yang digunakan x Kadar faedah x Bilangan hari / 365 hari

b) BG adalah satu aku janji rasmi dan boleh dipercayai. Ia memberi sokongan kepada keperluan perniagaan.

Pengeluaran daripada bayaran lebihan di bawah Bayaran Pendahuluan dengan notis bertulis.

Apa-apa bayaran lebihan selepas menolak bayaran ansuran anda dan sebarang caj yang perlu dibayar, akan dianggap sebagai Bayaran Pendahuluan.

<Nama Produk> Tarikh: <Tarikh Surat Tawaran ditawarkan> Sila hubungi kami untuk sebarang penjelasan lanjut, jika perlu. 1. Apakah produk ini?

b) ECR memberikan kemudahan kredit kepada pengeksport pada kadar faedah yang kompetitif.

1. Apakah produk ini? 2. Apakah konsep syariah yang digunakan? 3. Apakah Kadar Asas (KA)? LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK VERSI BAHASA MALAYSIA

b) Bayaran pendahuluan daripada Bank akan mempertingkatkanaliran tunai untuk mengendalikan keperluan modal kerja anda.

KAD KREDIT-i BANK ISLAM SEPTEMBER Apakah konsep Shariah yang digunakan? 3. Apakah yang saya akan dapat dari BIC-i?

TAKAFUL IKHLAS BERHAD. IKHLAS FOREIGN WORKER COMPENSATION SCHEME TAKAFUL Tarikh: dd/mm/yyyy

COLLECTION OF PERSONAL INFORMATION

Kaizen boleh diakses melalui internet di laman sesawang

DUPLICATE EXAMINATION RESULT SLIP/PERFORMANCE ANALYSIS FORM

HakCipta Irfan Khairi Sdn. Bhd.

MOTOR THEFT REPORT FORM

HELAIAN KETERANGAN PRODUK


IEK 314 Environmental Audit [Audit Persekitaran]

Melindungi kerugian atau kerosakan akibat kemalangan kepada bangunan anda disebabkan oleh punca yang tidak dikecualikan di bawah Polisi.

Source and type of personal data obtained

Borang V (Peraturan 97) SURUHANJAYA TENAGA AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 PERAKUAN KELULUSAN

HLM Takaful i-kudrat Hadiah Buat Yang Tersayang

Notis Privasi (Untuk Pelanggan)

For more information with regard to this Notice, you may reach us at

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

NOTICE UNDER THE PERSONAL DATA PROTECTION ACT 2010 NOTIS DI BAWAH AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

fulfilling my family's dreams

PROGRAM PENGUMPULAN EMAS PUBLIC GOLD

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda:

BIZAPP SUPERB & PRO MENCETAK SLIP POSLAJU SECARA BERTERUSAN JAN 2017 / VERSI 1.0.0

FI & CAJ KAD KREDIT UOB Caj. Peringkat Setahun Kadar Kelayakan Kewangan (i) Transaksi Runcit (Berkuatkuasa

CADANGAN UNTUK TAKAFUL KELUARGA

Panduan Langkah Pendaftaran DAN Kawasan Ahli. - Panduan Langkah -

Gold Accumulation Program (GAP) with Public Gold Hafizul Hakim 2016

Oleh: Sofinah Lamudin forex.mudahkaya.com. Edisi Newbie

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination Academic Session 2009/2010. November BMT 217/3 Virology [Virologi]

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk dan berkaitan:-

PruBSN UMMAH. Don t just plan for bigger things Prepare for higher purposes. Spiritual fulfillment, Protection and Savings - all in one.

Manfaat premium untuk keperluan anda yang semakin bertambah.

4. This Privacy Policy serves as a notice pursuant to the Malaysian Personal Data Protection Act 2010.

PERSONAL DATA PROTECTION POLICY AND NOTICE

Kadar Kelayakan. (i) Transaksi Peringkat 1 15% Anda segera menjelaskan Bayaran Minimum Perlu Runcit (Berkuatkuasa

Soalan Lazim MARA Electronic Payment System (MARAeps)

PruBSN UMMAH DON T JUST PLAN FOR BIGGER THINGS, PREPARE FOR HIGHER PURPOSES - EVERYTIME FOR EVERYONE

Details of your visits to the Website and the resources that you access.

No (Hardcopy) Tidak (Penyata Bercetak) Hong Leong Bank Berhad (97141-X) Hong Leong Islamic Bank Berhad ( W) 1/5

The Hong Leong Group Privacy Policy ( Privacy Policy )

IMK NUTRITION [PEMAKANAN]

PRUmy child INSURANS BERKAITAN PELABURAN. Saya senang hati mengetahui bahawa segala harapan, hasrat dan impian untuk anak saya cukup terjamin

Panduan Kumpulan Wood Pelan Saham Kakitangan - Soalan Anda. Pelan Saham Kakitangan Soalan Lazim

Agar anda sentiasa dilindungi. PruBSN Setia

enrr New User-First time login Where and how? Source file: P:\eNRR2\eNRR New user_enrr_first Time login_ ppt

Connect Online Soalan-Soalan Lazim

PERSONAL DATA PROTECTION POLICY NOTICE

PRUcash premier. Inilah yang kami mahu memaksimumkan simpanan kami dan mendapat ganjaran pula! SIMPANAN. Wajah yang anda percayai

YAYASAN KOSSAN (Company No X)

PM502: MARKETING RESEARCH

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

KOSSAN RUBBER INDUSTRIES BHD (COMPANY NO W)

BANK! TOLONG AKU MELASTIK BINTANG

Cambridge International Examinations Cambridge International General Certificate of Secondary Education

PUSAT PEMBELAJARAN DIGITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH

GARIS PANDUAN DAN PROSEDUR BAGI TUNTUTAN PENGECUALIAN CUKAI DAN DUTI SETEM KE ATAS PERBELANJAAN BAGI MEMPEROLEHI PERAKUAN INDEKS BANGUNAN HIJAU

Privacy Notice. What kind of personal data we capture and how we capture it; The purposes for processing your personal data;

PERLINDUNGAN MAKSIMUM UNTUK KESIHATAN ANDA

MAYBANK GROUP PRIVACY NOTICE

Takaful Penyakit Kritikal. CancerCare

IMK NUTRITION [PEMAKANAN]

Cambridge International Examinations Cambridge International General Certificate of Secondary Education

MEDICAL EXAMINER S CERTIFICATE / SIJIL PEMERIKSA PERUBATAN

Pelan Perlindungan Applecare untuk ipad Asia/Pasifik. Bagaimana Hak Pengguna Mempengaruhi Pelan ini

PERLINDUNGAN MAKSIMUM UNTUK KESIHATAN ANDA

Terma dan Syarat Perbankan Umum

ELEMENT OF WARRANTY OF IBS STRUCTURAL SYSTEM FOR CONSTRUCTION INDUSTRY ANNAN VESSINUK A/L SING

INTRODUCE OUR WEBSITE store.brophone.my

PERATURAN-PERATURAN MAKANAN HAIWAN (PEMBUATAN DAN PENJUALAN MAKANAN HAIWAN DAN BAHAN TAMBAHAN MAKANAN HAIWAN) 2011

SHELL HELIX DRIVE ON CONSUMER ROADSHOW TERMS AND CONDITIONS

Connect Online Soalan-Soalan Lazim

IMG 203 CHEMICAL ANALYSIS OF FOOD [ANALISIS KIMIA MAKANAN]

Personal Data Processing Statement (Group Centralised Procurement) 1. Definition. 2. Provision of Personal Data. 3. Purposes of Processing

CALL for ACTION" UITLINE. MONDAY-FRIDAY [9.00am TO 4.30pm]

- Sila gunakan borang yang disediakan SYARAT-SYARAT TAWARAN KEMASUKAN

THE NEEDS OF HALAL TRANSPORTATION CONTROL IN MALAYSIA: A MULTIPLE CASE STUDY APPROACH ZUHRA JUNAIDA BINTI IR MOHAMAD HUSNY HAMID

Hakcipta Irfan Khairi Sdn Bhd

IMK 308 FOOD PRESERVATION PRINCIPLES [PRINSIP PENGAWETAN MAKANAN]

AFFIN Rewards Programme Terms and Conditions

5/27/2011 NOMBOR BULAT (WHOLE NUMBERS)

Manual Pembelajaran. Tajuk Kursus: Pengenalan kepada sistem OfficeCentral. Julai Authentic Venture Sdn Bhd

KIE 356 Food and Palm Oil Chemistry [Kimia Makanan dan Minyak Sawit]

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SKIM PENSIJILAN AMALAN PERKILANGAN YANG BAIK (GOOD MANUFACTURING PRACTICE - GMP) MULAI 1 SEPTEMBER 2016

Terma dan Syarat Hong Leong Connect

Perlindungan Kesihatan Pelajar Luar Negara Sokongan apabila anda memerlukannya

Anda tidak lagi mempunyai pilihan untuk mengemukakan salinan dokumen yang bercetak untuk memohon SAPC.

MEDICAL LABORATORIES HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA REVIEW OF CONTRACTS

Notis Dan Penyerahan

CuepacsCare. Program Kesihatan Khas untuk Anggota Sektor Awam, Badan-badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan

Introduction We are a company incorporated under Companies Act 1965 in Malaysia and listed on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad.

Penyataan Privasi Digi

Transcription:

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK (Baca Lembaran Maklumat Produk ini sebelum anda memutuskan untuk menerima Pembiayaan Peribadi-i. Pembiayaan Peribadi-i Sila pastikan juga untuk membaca terma di dalam surat tawaran / nota jemputan. Dapatkan penerangan daripada institusi anda sekiranya anda tidak memahami mana-mana bahagian dalam dokumen ini atau terma-terma umum). 1. Apakah kemudahan Pembiayaan Peribadi-i Bank Islam? Kemudahan Pembiayaan Peribadi-i Bank Islam adalah satu pembiayaan bercagar/tidak bercagar bagi memenuhi keperluan kewangan individu yang dikira berdasarkan sama ada kadar tetap atau kadar boleh ubah. 2. Apakah konsep Syariah yang diguna pakai? Konsep Syariah yang diguna pakai adalah Tawarruq. Ilustrasi struktur product adalah seperti gambarajah dibawah: Pelanggan membeli komoditi daripada Bank berdasarkan kontrak Murabahah pada Harga Jualan Bank. Dalam proses ini, pembelian akan dilakukan oleh Bank sebagai Ejen Pembelian bagi pihak pelanggan. Sebagai Ejen Jualan untuk pelanggan, pihak Bank bertanggungjawab untuk menjual komoditi kepada pembeli komoditi pada harga kos. Hasil daripada urus niaga itu akan diberikan untuk kegunaan pelanggan. Pelanggan bertanggungjawab untuk membayar jumlah yang perlu dibayar daripada transaksi Murabahah mengikut terma-terma yang dipersetujui. Komoditi bermaksud apa-apa komoditi yang diterima oleh Bank contohnya minyak kelapa sawit, resin plastic, getah, biji koko, kacang soya, kayu balak dan logam (tidak termasuk emas dan perak) yang diurusniagakan di mana-mana platform komoditi yang diluluskan oleh Bank. Pembelian dan penjualan komoditi tersebut dibuat berdasarkan mandate yang diberikan oleh pihak pelanggan, di mana Bank Muka surat 1 dari 7

sebagai Agen Pembelian dan Agen Penjualan berurusniaga menggunakan komiditi yang sedia ada dan dibekalkan oleh pembekal komoditi tertakluk kepada polisi-polisi Bank yang terpakai. 3. Apakah yang saya perolehi daripada produk ini? Jumlah Amaun Pembiayaan Pembiayaan minimum sebanyak RM 10,000 dan maksimum sebanyak RM 200,000 atau lebih sekiranya dijamin dengan cagaran. Jumlah pembiayaan akhir yang diluluskan adalah berdasarkan penilaian kredit Bank. Tempoh Kadar Keuntungan Dari 1 tahun (12 bulan) sehingga 10 tahun (120 bulan). Anda boleh memilih salah satu dari dua jenis kadar: Kadar Tetap atau Kadar Terapung Kadar Keuntungan Efektif Kadar Tetap 1-10 tahun dari 4.20% hingga 8.00% setahun. Kadar Terapung 1-3 tahun Kadar Asas (KA) + 2.05%% setahun atau Kadar Asas (KA). 4-10 tahun - Kadar Asas (KA) + 3.15% setahun atau Kadar Asas (KA). Dari 5.70% hingga 13.12% bergantung kepada tempoh pembiayaan. 4. Apa itu Kadar Asas (KA)? Kadar asas untuk produk ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu penanda aras Kos Dana (COF) kami dan juga kos Keperluan Rizab Berkanun (SRR) yang dikenakan oleh Bank Negara Malaysia. Penanda aras Kos Dana (COF) kami merupakan kos bagi mendapatkan dana baharu dan adalah berdasarkan kepada KLIBOR untuk 3 bulan sebagai kadar rujukan ditambah dengan pelarasan kos dana. 5. Apakah kebarangkalian keadaan yang menyebabkan perubahan Kadar Asas Kadar Asas (KA) kami boleh menaik ataupun menurun akibat dari perubahan kepada penanda aras (COF)dan juga perubahan ke atas keperluan rizab berkanun (SRR). Perubahan ke atas penanda aras (COF) mungkin akan berlaku akibat perubahan ke atas Kadar Dasar Semalaman (OPR) seperti yang ditentukan oleh Jawatankuasa Polisi Kewangan, Bank Negara Malaysia dan juga faktor-faktor lain seperti keadaan dana pasaran disebabkan perubahan pasaran global dan ekonomi domestik. Muka surat 2 dari 7

6. Rujukan penanda aras Kos Dana (COF) untuk 3 tahun kebelakangan Nota: * Rujukan penanda Aras Kos Dana (COF) di atas adalah dari Disember 2014 bagi mematuhi kehendak Kadar Asas yang diperkenalkan dari polisi Bank Negara Malaysia iaitu Rangka Kerja Kadar Rujukan (berkuatkuasa dari 2 January 2015).Bagi Kadar Asas pada 2 Januari 2015, penanda Aras Kos Dana (COF) adalah berdasarkan kepada KLIBOR untuk 3 bulan pada 26 Disember 2014. 7. Apakah tanggungjawab saya? Jumlah ansuran bulanan Ansuran bulanan dikira mengikut formula di bawah: Kadar Tetap : ((P x R x T) + P) / t, di mana: P = Jumlah Pembiayaan Diluluskan R = Kadar keuntungan setahun T = Tempoh kemudahan dalam tahun t = Tempoh kemudahan dalam bulan Kadar Terapung: P R 1 + 1200 1200 12 * T 12 * T R 1 + - 1 1200 Di mana: P = Jumlah pembiayaan yang diluluskan R = Kadar keuntungan setahun T = Tempoh kemudahan dalam tahun Anda adalah diminta untuk memilih sama ada Potongan Gaji atau Pindahan Gaji dengan pindahan dana auto atau Arahan Tetap untuk bayaran ansuran bulanan. Muka surat 3 dari 7

Anda adalah diwajibkan untuk membayar ansuran bulanan sehingga pembiayaan selesai. Sekiranya tempoh pembiayaan dianjakkan melangkaui umur persaraan, anda masih lagi diwajibkan untuk membayar ansuran bulanan. Walaubagaimanapun, anda boleh memilih untuk membuat penyelesaian penuh pembiayaan pada bila-bila masa. 8. Apakah jenis-jenis yuran dan caj yang perlu saya bayar? Duti setem (sebagaimana yang diperuntukan di bawah Akta Duti Setem 1949 (Semakan semula 1989). Fi Wakalah atau agensi berjumlah RM 50.00. 6% GST termasuk dalam yuran/caj di mana berkenaan. Pembatalan kemudahan yang diberikan Anda perlu membuat bayaran kos kepada Bank (jika ada) untuk penyediaan dan pendaftaran dokumen sekuriti yang telah ditanggung oleh Bank berkenaan dengan kemudahan pembiayaan ini termasuk sebarang perbelanjaan yang ditanggung oleh Bank semasa proses tuntutan jika kemudahan ini dibatalkan. 9. Adakah Bank Islam memerlukan bayaran pendahuluan? Ya. Bank Islam memerlukan 2 bulan ansuran bulanan sebagai bayaran pendahuluan. 10. Bagaimana sekiranya saya gagal memenuhi tanggungjawab saya? Jika anda gagal untuk memenuhi tanggungjawab anda tepat pada masanya:- 1. Caj Pembayaran Lewat Bank akan mengenakan Ta widh (ganti rugi ke atas caj pembayaran lewat) kepada anda seperti berikut:- Sebelum tarikh matang kemudahan pembiayaan Jumlah yang bersamaan dengan satu peratus (1%) setahun dikira ke atas tunggakan ansuran sehingga tarikh penyelesaian penuh; Formula: Bayaran tertunggak x 1% x Jumlah hari tertunggak / 365 Selepas tarikh matang kemudahan Jumlah yang bersamaan dengan kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam dikira ke atas baki Kemudahan iaitu baki Harga Jualan setelah ditolak ibra' (jika ada); Formula: Baki Harga Jualan (tolak ibra/rebat) x Kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam x Jumlah hari tertunggak / 365 Hutang selepas penghakiman Jumlah yang bersamaan dengan kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam ke atas jumlah asas penghakiman dikira dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh. Formula: Baki Harga Jualan (tolak ibra/rebat) x Kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam x Jumlah hari tertunggak / 365 Muka surat 4 dari 7

Nota : Pengenaan Ta'widh hendaklah mengikut cara yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia. 2. Sekiranya berlaku kemungkiran Sekiranya berlaku kemungkiran pembayaran, Bank boleh melalui notis bertulis kepada pelanggan, meminta pembayaran segera terhadap jumlah tertunggak sama ada daripada pelanggan dan/atau penjamin. Bank berhak untuk mendebit sebarang baki kredit dalam deposit dan/atau akaun pelaburan pelanggan yang diuruskan oleh Bank terhadap sebarang bayaran tertunggak di bawah pembiayaan ini. Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya pelanggan gagal untuk memberi maklum balas terhadap notis peringatan. Sebarang sekuriti (cagaran) yang dicagarkan kepada Bank (seperti hartanah, jentera dan lain-lain (aset) boleh dirampas/ditarik dan anda perlu menanggung semua kos yang berkaitan dalam penjualan aset tersebut. Pelanggan juga bertanggungjawab untuk menyelesaikan sebarang kekurangan jumlah pembayaran selepas aset tersebut dijual. Tindakan undang-undang terhadap pelanggan boleh memberi kesan kepada penarafan kredit pelanggan yang membawa kepada penilaian kredit masa depan yang lebih sukar atau mahal untuk anda. Mencetuskan kemungkiran bersilang terhadap kemudahan lain dengan Bank. 11. Bagaimana sekiranya pelanggan melangsaikan pembiayaan sepenuhnya sepanjang tempoh Lock In? Lock-in period tidak terpakai untuk Produk ini. 12. Bagaimana sekiranya saya menyelesaikan pembiayaan sebelum tempoh matang? Sekiranya berlaku Penyelesaian Awal Pembiayaan, Bank berakujanji untuk memberi anda Ibra (rebat) yang bersamaan dengan Keuntungan Tertangguh semasa penyelesaian. Formula Ibra (rebat): Ibra /rebate ke atas penyelesaian awal = Keuntungan Tertangguh. Nota: i. Keuntungan Tertangguh = Jumlah Keuntungan Dikontrakkan Keuntungan Terakru. ii. Jumlah Keuntungan Dikontrakkan = Harga Jualan Harga Belian (atau Jumlah Pembiayaan). iii. Keuntungan Terakru dikira berdasarkan Kadar Keuntungan Efektif ke atas baki Harga Belian belum selesai (atau jumlah Pembiayaan) yang dikeluarkan (atau digunakan). 13. Adakah saya memerlukan perlindungan takaful? Ya. Pelan Takaful Pembiayaan Peribadi ( PFTP ) adalah disyaratkan bagi melindungi pelanggan sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal. Perlindungan ( PFTP ) ini boleh diperolehi dari Pengendali Takaful yang telah dilantik oleh pihak Bank. Walau bagaimanapun, pelanggan masih boleh memilih untuk melantik pengendali Takaful yang lain namun perlu diuruskan sendiri oleh pelanggan. Untuk kemudahan bercagar, perlindungan takaful adalah tidak diwajibkan. 14. Adakah saya memerlukan penjamin atau cagaran? Jika anda tidak memenuhi keperluan kredit minimum, Bank mungkin akan memerlukan seorang / lebih penjamin atau cagaran bagi membolehkan anda untuk menghantar permohonan. 15. Apa yang perlu saya lakukan sekiranya terdapat perubahan kepada butiran Muka surat 5 dari 7

perhubungan saya? Adalah penting bagi anda untuk memaklumkan kami dengan segera sebarang perubahan kepada butiran perhubungan bagi memastikan semua urusan surat menyurat sampai kepada anda dalam tempoh yang ditetapkan. 16. Di mana boleh saya dapatkan bantuan dan cara penyelesaian? Sekiranya anda menghadapi kesulitan dalam membuat pembayaran ansuran bulanan, anda perlu menghubungi kami dengan segera untuk membincangkan pilihan pembayaran. Anda boleh menghubungi kami di: Jabatan Khidmat Pelanggan 17 th Floor, Menara Bank Islam, No. 22, Jalan Perak, 50450 Kuala Lumpur. Tel: 03-26 900 900 Faks: 03 2782 1337 Email: customercare@bankislam.com.my Sebagai alternatif, anda boleh mendapatkan khidmat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk memberikan khidmat percuma mengenai pengurusan kewangan, kaunseling kredit, pendidikan kewangan dan penstrukturan semula hutang seseorang. Anda boleh menghubungi AKPK di: Tingkat 8, Maju Junction Mall 1001, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. Tel: 1-800-88-2575 Email: enquiry@akpk.org.my Sekiranya anda ingin membuat aduan berkenaan produk atau perkhidmatan yang diberikan oleh kami, anda boleh menghubungi kami di: Jabatan Khidmat Pelanggan 17 th Floor, Menara Bank Islam No 22, Jalan Perak 50450 Kuala Lumpur. Tel: 03-2782 1284 Faks: 03 2782 1337 Email: customercare@bankislam.com.my Sekiranya pertanyaan atau aduan anda tidak diselesaikan dengan memuaskan oleh kami, anda boleh menghubungi Bank Negara Malaysia LINK atau TELELINK di: Block D, Bank Negara Malaysia, Jalan Dato Onn, 50480 Kuala Lumpur. Tel: 1-300-88-5465 Fax: 03-2174 1515 Email: bnmtelelink@bnm.gov.my 17. Di mana saya boleh dapatkan maklumat lanjut? Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan berkenaan Pembiayaan Peribadi-i, sila rujuk kepada buku kecil bankinginfo berkenaan pembiayaan peribadi-i, yang boleh didapati di semua cawangan kami Muka surat 6 dari 7

dan di laman web www.bankinginfo.com.my. 18. Pakej-pakej lain Pembiayaan Peribadi-i yang ada? Selain pakej biasa yang ditawarkan, pakej lain yang boleh didapati adalah: i. Pembiayaan bukan pakej. ii. Pembiayaan bercagar. PERINGATAN PENTING: TINDAKAN UNDANG-UNDANG MUNGKIN DIAMBIL KE ATAS ANDA SEKIRANYA ANDA GAGAL UNTUK MEMBAYAR ANSURAN BULANAN KEMUDAHAN PEMBIAYAAN PERIBADI-i ANDA. Maklumat yang diberi di dalam Lembaran Maklumat Produk ini adalah sah diterima pakai dari (hh/bb/tttt) / The information provided in this disclosure sheet is valid as at (dd/mm/yyyy). Nota: 1. Maklumat di atas adalah untuk kegunaan ilustrasi sahaja. Keuntungan dan caj-caj mungkin akan berubah dan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat Bank. 2. Maklumat yang diberikan di dalam Lembaran Maklumat Produk ini adalah sah diterima pakai sehingga tarikh terkini. 3. KA yang ditunjukkan di dalam Lembaran Maklumat Produk ini adalah tertakluk kepada perubahan. Muka surat 7 dari 7