Macam mana hidup anda mampu berubah 360 darjah, dengan hanya 4 hartanah?

Similar documents
Gold Accumulation Program (GAP) with Public Gold Hafizul Hakim 2016

Nak Generate Extra Income RM200 Hingga RM1000 Sehari Secara Online?

Cambridge International Examinations Cambridge International General Certificate of Secondary Education

HakCipta Irfan Khairi Sdn. Bhd.

Cambridge International Examinations Cambridge International General Certificate of Secondary Education

Oleh: Sofinah Lamudin forex.mudahkaya.com. Edisi Newbie

Kalau beli rumah, boleh bayar installment rumah harga RM300 ribu.

PROGRAM PENGUMPULAN EMAS PUBLIC GOLD

PM502: MARKETING RESEARCH

JOM BELAJAR TEKNIK SEO BERSAMA SHOPIEVO

INTRODUCE OUR WEBSITE store.brophone.my

Cambridge International Examinations Cambridge International General Certificate of Secondary Education

Cambridge International Examinations Cambridge International General Certificate of Secondary Education

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

fulfilling my family's dreams

The Bahasa Melayu version of the Global Physical Activity Questionnaire (GPAQ-M)


IEK 314 Environmental Audit [Audit Persekitaran]

Kaizen boleh diakses melalui internet di laman sesawang

Azsha Ali [RAHSIA BUAT DUIT DI RUMAH!!!]

Autopilot Data Mobile & Closing power ID4U

Hakcipta Irfan Khairi Sdn Bhd

BIZAPP SUPERB & PRO MENCETAK SLIP POSLAJU SECARA BERTERUSAN JAN 2017 / VERSI 1.0.0

Panduan Langkah Pendaftaran DAN Kawasan Ahli. - Panduan Langkah -

enrr New User-First time login Where and how? Source file: P:\eNRR2\eNRR New user_enrr_first Time login_ ppt

CALL for ACTION" UITLINE. MONDAY-FRIDAY [9.00am TO 4.30pm]

5/27/2011 NOMBOR BULAT (WHOLE NUMBERS)

SET 1. Answer any four questions from this section. Jawab mana-mana empat soalan daripada bahagian ini.


TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

Answer all questions. Jawab semua soalan.

Stroke Prevention. Adding years of healthy life. A Public Education Guide to. National Healthcare Group Adding years of healthy life

- No. Tempat Duduk: UNlVERSlTl SAlNS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik SeptemberlOktober 2003.

IMG 203 CHEMICAL ANALYSIS OF FOOD [ANALISIS KIMIA MAKANAN]

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MOVE ANALYSIS OF PHARMACY RESEARCH ARTICLE DISCUSSION SECTIONS

A STUDY OF GENERATION Y TRAVEL BEHAVIOUR IN MALAYSIA TAN LAY YEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

7 TEKNIK ENTRY FAKEOUT

5 Langkah Ambil Pekerja Dengan Mudah

EFFECT OF PATTERN RECOGNITION ABILITY TRAINING ON JUDGING PERFORMANCE OF MALAYSIAN RHYTHMIC GYMNASTIC JUDGES

Pembuka bicara m/s 1. Macam mana dari kurus jadi gemuk? m/s 2. Realiti menampar muka m/s 3

PUSAT PEMBELAJARAN DIGITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH

PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP CIRI-CIRI PERSAHABATAN KANAK-KANAK AUTISME (Parents' Perception Towards Friendship Characteristics Of Children With Autism)

PATIENT INFORMATION LEAFLET. Prevention of Malaria Information for Travellers. Pencegahan Malaria - Maklumat untuk Pelancong

CHRONIC KIDNEY FAILURE DATA MANAGEMENT SYSTEM WITH AUTOMATIC CLASSIFICATION KHOVARTHEN A/L MURUGIAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ROLE OF LENGTH SPECIFICITY, VELOCITY SPECIFICITY AND NEURAL ADAPTATIONS IN STRENGTH TRAINING

IMPROVING SOCIAL RESPONSIVENESS OF CHILDREN WITH AUTISM SPECTRUM DISORDER THROUGH NEURO-PHYSICAL EXERCISE WONG SIAO YEN

MEDICAL EXAMINER S CERTIFICATE / SIJIL PEMERIKSA PERUBATAN

Sekalung Tahniah Hebatnya Allah, beri kekuatan saya menulis lagi.

PRUcash premier. Inilah yang kami mahu memaksimumkan simpanan kami dan mendapat ganjaran pula! SIMPANAN. Wajah yang anda percayai

Langkah Demi Langkah Membina Blog Dengan Blogger.com BINA BLOG DENGAN BLOGGER.COM. 1

Manfaat premium untuk keperluan anda yang semakin bertambah.

Anda membaca ebook ini adalah kerana anda sedang mengalami masalah ini :- Dengan menyediakan Template untuk anda fikirkan sejenak perihal hidup anda.

KETAHUI BAGAIMANA ANDA BOLEH KUMPUL MODAL UNTUK TRADE FOREX SECARA PERCUMA BERKALI-KALI! FAUZEY FX. modaltradepercuma.blogspot.com

To My Parents. My father, EsmaeelArzani My mother, Zahra Asadizadeh. My brother, Parham Arzani. & My beloved son SahandRoudpishi

Risiko rendah, hasil lumayan. berjaya. Kegiatan menjual rokok tidak sah pula 'digemari' kerana selain memberi keuntungan lumayan, risiko

Perlindungan Kesihatan Pelajar Luar Negara Sokongan apabila anda memerlukannya

HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN KONSEP KENDIRI DALAM KALANGAN IBU TUNGGAL TIDAK BEKERJA DI JOHOR BHARU HELENA REMEO

ELEMENT OF WARRANTY OF IBS STRUCTURAL SYSTEM FOR CONSTRUCTION INDUSTRY ANNAN VESSINUK A/L SING

1 of 8. Gransea (M) Sdn. Bhd. O'Kim Compound GC300 (Magnesium Calcium)

MEDICAL CHECK-UP FORM (for Malaysian Students)

MANUAL RAKAN PENGHANTAR Fleet Khas GrabExpress (MALAYSIA)

DOKTOR DAN WANG KETAHUI PENGURUSAN WANG UNTUK DOKTOR. AHMAD SYUKRI JAMALUDIN doktordanwang.com

CHOOSE HEALTHY. BE REWARDED.

COLLECTION OF PERSONAL INFORMATION

15 TIPS - SLIM & FIT

UCLA SCTC GIT 2.0 SOAL SELIDIK

JENTAYU SERVICES EBOOK PANDUAN LENGKAP & STRATEGI MELABUR SHOPLOT

segala perancangan yang dibuat? Ini adalah satu cabaran bagi anda. Saya pernah teliti sikap seorang

SIGNAL INTERFERENCE TO ELECTROENCEPHALOGRAM AND ELECTROCARDIOGRAM SIGNAL NORAINI BTE ABDUL SAMAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Register your product and get support at SPA1260. MS-MY Manual pengguna

2009:NAK BERNIAGA APA DI INTERNET? Ebook PERCUMA panduan perniagaan internet kepada bakal usahawan internet.

Abstract of thesis presented to the Senate of University Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy.

(Kertas soalan ini mengandungi 4 soalan dalam 6 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 4 questions on 6 printed pages)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination Academic Session 2009/2010. November BMT 217/3 Virology [Virologi]

22 September Pelanggan yang Dihargai, MEMPERKENALKAN AFFIN HWANG CAPITAL

UNIVERSITY OF CAMBRIDGE INTERNATIONAL EXAMINATIONS International General Certificate of Secondary Education

Panduan Asas Paypal

KIE 356 Food and Palm Oil Chemistry [Kimia Makanan dan Minyak Sawit]

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Manual Pembelajaran. Tajuk Kursus: Pengenalan kepada sistem OfficeCentral. Julai Authentic Venture Sdn Bhd

TEST CASE PRIORITIZATION TECHNIQUE USING SEQUENCE DIAGRAM AND LABELED TRANSITION SYSTEMS IN REGRESSION TESTING NUR FATIMAH AS SAHRA

Lee Yoke Fah Wong Mui Hiong

MODUL 101 (C) ASAS PERANCANGAN KEWANGAN

HLM Takaful i-kudrat Hadiah Buat Yang Tersayang

JutawanNetwork.com 110 Koleksi Ayat-Ayat Promosi Tone Excel 1

Aplikasi Pesanan Makanan Telefon Pintar

Berkuatkuasa 1 Disember 2010 Ver 1.5 (Malay Version)

Pemasaran Online Facebook Manfaat Media Sosial Untuk Buat Duit

MODEL STATISTIK BERSEPADU PELBAGAI ARAS BAGI TRIGLISERIDA DAN TEKANAN DARAH MANUSIA: KAJIAN KES DI HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

IMK NUTRITION [PEMAKANAN]

Senarai Semak & Transkrip Penemuduga. Pengenalan

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk dan berkaitan:-

INTEGRATION OF MEDIAN FILTER AND ORIENTATION FIELD ESTIMATION FOR FINGERPRINT IDENTIFICATION SYSTEM

OCCUPATIONAL NOISE EXPOSURE AMONGST ROAD CONSTRUCTION WORKERS KAMILAH MOHD SAID

- Sila gunakan borang yang disediakan SYARAT-SYARAT TAWARAN KEMASUKAN

PANDUAN MEMBINA KEDAI ONLINE CARA MUDAH VERSI 1.0

Borang V (Peraturan 97) SURUHANJAYA TENAGA AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 PERAKUAN KELULUSAN

IMK NUTRITION [PEMAKANAN]

TIME SERIES SUPPORT VECTOR REGRESSION MODELS WITH MISSING DATA TREATMENTS FOR WATER LEVEL PREDICTION NORAINI BINTI IBRAHIM

COMPARING THREE METHODS OF HANDLING MULTICOLLINEARITY USING SIMULATION APPROACH NORLIZA BINTI ADNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcription:

Macam mana hidup anda mampu berubah 360 darjah, dengan hanya 4 hartanah? Salam dan selamat sejahtera. Nama saya Faizul Ridzuan, dan saya mula melabur dalam hartanah bermula sejak 2005. Tak salah untuk kata, saya dapat nikmati macam-macam manfaat sebab mula melabur awal dalam hartanah. Ini telah berikan saya kelebihan tertentu pada hari ini. Dan saya ingin kongsikan kelebihan ini dengan anda semua. Harapan saya lepas anda habis baca kandungan ebook ini, anda akan idea macam mana nak : Dapatkan kereta baru (secara percuma) dengan hartanah, Guna pelaburan hartanah untuk tanggung kos melancong anda setiap tahun, Guna pelaburan hartanah untuk beli barang-barang mewah, seperti beg atau jam tangan, Guna pelaburan hartanah untuk bina tabung pendidikan anakanak anda, Guna pelaburan hartanah untuk capai tahap bebas masalah kewangan (sehingga boleh pecat bos anda), Guna pelaburan hartanah sebagai modal untuk mulakan perniagaan, Guna pelaburan hartanah sebagai modal untuk berpindah ke luar

negara, Guna duit untung pelaburan hartanah untuk mecapai matlamat yang bermakna dalam hidup, seperti membina yayasan kebajikan, dan sebagainya. Kenapa saya kongsikan semua ini kepada anda? Saya dah buat 1,000+ sesi konsultansi secara 1-ON-1 dalam tempoh 24 bulan yang lalu, dan dah bercakap dengan lebih ramai lagi semasa program Millionaire Employee Blueprint (MEB), Sarjana Hartanah, serta sesi webinar. Boleh follow Facebook di sini saya kalau nak join semua sesi percuma Webinar saya : https://www.facebook.com/faizul.ridzuan.7 Dan ini perkara yang saya perhatikan. Ramai yang masih bersikap skeptikal, tak yakin yang mereka boleh ada kehidupan yang baik bila melabur dalam hartanah dengan bijak. Mereka selalu cakap kepada saya, yang saya jadi kaya pada hari ni sebab saya special, tak sama macam orang lain. Itu tak termasuk lagi yang cakap saya berbakat. Jadi harapan saya, ebook ini dapat membuka mata dan hati, serta buatkan anda sedar. Yang saya ni, hanya seorang manusia biasa saja, sama seperti anda semua. Dan kalau saya yang anak pengusaha carwash dan kerani kerajaan boleh buat, dah tentu anda juga boleh.

Siapa itu Faizul Ridzuan? Ini antara perkara yang anda wajib tahu tentang saya : 1. Saya dilahirkan dekat Sentul, dalam sebuah keluarga working class. Belajar di sekolah biasa, pernah bekerja sebagai barista di Starbucks sewaktu mengaji di universiti, semata-mata cari duit untuk tanggung ansuran skuter dan makanan harian. 2. Ibu saya bekerja sebagai kerani dalam sektor awam. Ayah pula uruskan bisnes cuci kereta secara kecilan di Sentul selepas kehilangan kerja semasa Krisis Kewangan Asia 1998-1999. 3. Pernah bekerja di beberapa restoran fast food, untuk dapatkan duit belanja lebih. 4. Seorang graduan dalam bidang software ingineering di universiti tempatan. Tak tergolong sebagai pelajar yang bijaksana, dan result periksa pun biasa-biasa saja (susah nak perform sebab masa tu, saya bekerja sambil belajar). 5. Kerja pertama saya adalah sebagai seorang programmer, dengan gaji RM600 sebulan. 6. Beli hartanah pertama saya waktu umur 24 tahun, dengan modal simpanan sebanyak RM2,000. Waktu ni dah bekerja, dan dibayar gaji sebanyak RM2,500 sebulan. 7. Tak mampu dan tak ada lesen kereta sehingga berumur 28 tahun. Setiap hari akan lenjan skuter saya tu untuk pergi kerja dan ke kelas. Beli kereta pertama waktu umur 28 tahun. Seperti yang anda nampak, latar belakang saya tak pun hebat mana.

Apa yang boleh saya katakan, saya hanya komited belajar skil dan ilmu untuk melabur dalam hartanah seawal mungkin, sewaktu ramai rakan sebaya saya sibuk clubbing dan dating dengan marka. Saya amalkan semua yang saya belajar, dan saya mampu untuk : Beli lebih 30 biji hartanah sewaktu saya masih lagi makan gaji, Mampu berhenti kerja bergaji RM14,000 sebulan dengan pelaburan hartanah, Berjaya membina modal, dengan menjual beberapa hartanah untuk mulakan bisnes dan berhenti kerja 9-5, Berkahwin sewaktu umur 28 tahun, tanpa sebarang bantuan loan, Berjaya membeli 2 biji BMW dan Porsche Cayyene S melalui pelaburan hartanah, Melancong ke London, Paris, Melbourne, Qatar, Dubai, Instanbul, Capodocia, dan Utara Ireland secara percuma, semua ini dengan hanya pelaburan hartanah, Mampu merancang dana pengajian tinggi anak-anak saya untuk masuk ke universiti yang baik (dengan kos sebanyak RM2 juta) bila mereka besar nanti, Dengan izin Allah S.W.T, dapat bersara pada umur 55 tahun dengan pendapatan RM100,000 sebulan.

Kenapa bersusah-payah kongsikan kisah silam saya kepada anda? Sebab ada antara anda yang masih bersikap skeptikal walaupun selepas saya selesai kongsikan pengalaman saya dalam pelaburan ini. Tak pernah salah untuk bersikap skeptikal apabila berdepan dengan sesuatu perkara yang baru dalam hidup kita. Orang berakal, takkan senang-senang percaya sesuatu yang mereka baca di Internet. Betul tak? Dengan menganggap ada antara anda yang baru tahu tentang pelaburan hartanah, pasti ada yang pernah dengar pandangan negatif seperti ini : 1. Anda wajib ada sejumlah modal yang banyak untuk melabur dalam hartanah Tak payah tunggu sampai ada modal besar pun. Saya sendiri bermula dengah hanya RM2,000 dalam tangan, dan saya dah pun beli 10 biji hartanah dengan modal serendah RM5,000. Dengan ilmu, takde duit pun (atau dengan modal yang sangat minima), boleh beli hartanah.

2. Saya kerja biasa-biasa saja. Boleh ke saya melabur dalam hartanah? Saya berjaya beli lebih 25 hartanah sewaktu bekerja seperti kebanyakan orang. Yang penting, anda tahu cara nak yakinkan bank supaya pinjamkan duit mereka kepada anda. 3. Saya kenal beberapa orang yang rugi teruk akibat melabur dalam hartanah Saya pun sama juga. Cuma, lebih ramai orang yang boleh buat duit dengan hartanah, berbanding mereka yang rugi untuk jangka masa panjang. Poin utama kat sini adalah sentiasa cari ilmu dulu sebelum buat sebarang pelaburan. Duit sesiapa saja boleh hangus lebih pantas daripada anda sempat menyebut I LOVE PM, kalau tak sediakan diri dengan ilmu. 4. Susah nak dapatkan loan rumah sekarang ni. Dah apply sebelum ni, tapi kena reject Tak ada yang benar melainkan yang benar-benar belaka tentang perkara ini. Tapi sepanjang saya uruskan portolio pelaburan klien saya pada tahun 2016, lebih 90% tak ada masalah untuk dapatkan loan rumah.

Dengan skil yang betul, cukup senang nak dapatkan loan rumah. Kita hanya perlu fahamkan macam mana sesebuah bank approve loan, supaya setiap permohonan anda senang lulus. 5. Saya tak tahu dekat mana dan apa hartanah yang patut saya beli Ini masalah biasa buat orang yang baru melibatkan diri dengan pelaburan hartanah. Tapi, semua orang boleh belajar ilmu membeli hartanah yang betul. Saya sendiri mengambil masa selama 2 tahun sebelum membeli hartanah pertama. 6. Saya nak fokus kat kerjaya saya dulu. Dah stabil nanti, saya akan mula beli hartanah Tak salah kalau 100% nak fokus dulu kepada kerjaya anda. Tak ada siapa yang boleh menghalang anda pun. Cuma anda kena ingat. Harga hartanah, semakin lama, bukan jadi semakin murah. Saya dah saksikan orang kehilangan sumber pendapatan pada umur 45 tahun, bekerja dengan syarikat yang sama selama 15 tahun. Anda boleh cintai kerjaya sekarang. Tapi kalau fikirkan secara realisitik, mungkin satu hari nanti, syarikat tu tak hargai cinta anda yang berbunga-

bunga tu. Lebih baik beringat dulu sebelum terkena. 7. Saya dah nak berkahwin. Banyak duit nak guna untuk perkara ini Majlis perkahwinan saya sendiri, ditanggung beres oleh para penyewa saya. Anda pun boleh buat juga dengan melabur dengan 5 biji hartanah sebelum anda melangsungkan perkahwinan. 8. Saya perlu beli kereta dulu. Dah dapat kereta nanti, baru beli rumah Loan kereta lebih senang nak lulus, kalau dibandingkan dengan loan rumah. Lebih baik korang gunakan peluang untuk beli rumah dulu, then baru anda beli kereta. Dan kalau korang sabar sikit untuk tempoh 3-5 tahun dan melabur dengan bijak dalam pasaran hartanah, silap-silap korang boleh pakai kereta sport, secara percuma! Anda tak nak ke?

9. Saya nak simpan duit untuk pelajaran anak-anak. Siapa yang tak nak pelajaran anak-anak terjamin, kan? Boleh buat ini, tapi anda akan gunakan duit gaji untuk tanggung kos pengajian tinggi mereka. Kalau korang mula melabur dengan hartanah seawal mungkin, anakanak anda ada peluang untuk melanjutkan pengajian tinggi mereka dekat UK secara percuma. Semua kos yang terlibat, bakal ditanggung beres oleh penyewa anda. 10. Kerja yang ada sekarang pun tak stable. Baik tak payah mohon loan sebelum jadi perkara yang bukan-bukan Saya ada 2 maklumbalas untuk kenyataan atas ni : 1. Bila pasaran kerjaya lebih stabil, harga hartanah yang anda nak beli pun bakal meningkat lebih tinggi. Jadi, apa lagi alasan anda untuk bertangguh beli? 2. Semua ini akan berubah menjadi komitmen bila anda tersilap beli hartanah. Kalau anda bayar ansuran bulanan sebanyak RM1,000 kepada bank, tapi boleh dapat RM1,500 selepas disewakan, dekat bahagian mana yang rugi tu? Maaf. Kalau tanya saya, memang tak nampak langsung ruginya dekat

mana. 11. Saya nak beli rumah impian dulu sebelum mula melabur Kalau anda mula melabur sekarang, penyewa anda sendiri yang akan tanggung ansuran bulanan rumah impian tu. Nak tahu tak? Saya mula beli rumah impian saya di Mont Kiara selepas membeli 24 hartanah untuk tujuan pelaburan. Memang best kalau awal-awal lagi dah dapat rumah impian anda. Tapi lagi best kalau anda boleh buat orang lain bayarkan ansuran bulanan rumah impian anda. 12. Keluarga / Girlfriend / Boyfriend / Kucing saya tak bagi saya melabur dalam hartanah. Apa yang patut saya buat? Yang ini, saya tak tahu nak komen apa. Tapi saya percaya. Di mana ada kemahuan, kat situ ada jalan. Bak petikan kata-kata Jordan Belford ini :

The only thing standing between you and your goal, is the bullshit story you keep telling yourself as to why you can t achieve it Ini hasil bedah portfolio pelaburan saya. Boleh dapat sebiji Porsche secara percuma! Saya akan menggambarkan contoh dengan menggunakan 4 hartanah sebenar yang saya dah beli. Apa potensi yang ada pada 4 hartanah ini? Jom tengok gambar kat bawah ni :

NAMA HARTANAH HARGA PEMBELIA N HARGA SEMASA UNTUNG BERSIH JIKA BAYARAN SAYA JUAL BULANAN HARI INI SEWA BULANAN ALIRAN TUNAI BERSIH Titiwangsa Sentral-Unit 1 Titiwangsa Sentral-Unit 2 RM250,000 RM650,000 RM400,000 RM1200 RM2700 RM1300 RM250,000 RM650,000 RM400,000 RM1200 RM2700 RM1300 Summer Suite SOFO- RM330,000 RM540,000 RM210,000 RM1200 RM2400 RM1000 Unit 1 Summer Suite SOFO- RM335,000 RM540,000 RM210,000 RM1200 RM2200 RM800 Unit 2 Ringkasan RM1.15 Juta RM2.38 Juta RM1.23 Juta RM10,000 RM4,400 Saya simpulkan siap-siap hasil setiap satu 4 hartanah ini : 1) Beberapa tahun yang lepas,saya beli semua 4 hartanah ini dengan harga RM1.15 juta. Hari ini, nilainya dah meningkat sebanyak 2X ganda hanya dalam tempoh 6 tahun. 2) Kalau saya jual semua hartanah ni, saya dapat buat untung sebanyak lebih RM1 juta. Eh kejap, tak habis cakap lagi. Hanya dalam tempoh 6 tahun saja.

3) Setiap bulan, saya boleh dapat RM4,400 daripada hasil sewaan, atau RM52,800 setahun. Jadi, macam mana saya gunakan hartanah ini untuk membiayai objektif kewangan saya? #1 : Apa yang saya boleh buat dengan RM4,400 sebulan (atau RM52,800 setahun) Dengan jumlah wang sebanyak ini, saya boleh : Jadikan dana untuk melancong ke luar negara - Setiap tahun, saya boleh melancong ke 3 hingga 4 buah negara. Yeay! Beli kereta harga RM400,000 - Anda boleh beli kereta Porsche atau BMW second hand pada harga ini. Jam atau beg tangan jenama mewah - Jam atau beg tangan yang bagus, harganya boleh tahan mahal. Tapi dengan pendapatan RM50,000 setahun, dah lebih dari cukup untuk beli jenama mewah seperti Rolex, IWC, atau Louis V.

#2 : Macam mana pula kalau saya jual semua hartanah, dan dapat untung RM1.1 juta tu? Buat modal bisnes - Modal yang diperlukan bergantung kat jenis bisnes yang saya nak buat. Tapi dengan RM1.1 juta, dah tentu cukup, kan? Kalau saya seorang doktor dan nak buka klinik, ini dah lebih daripada cukup. Beli kereta sport mewah secara tunai - Dah ada duit berjuta, boleh saja nak beli kereta eksotik seperti Ferrari atau Lambo. Berhijrah ke luar negara - Idea ini tak mustahil bila korang dah ada RM1.1 juta dalam tangan. Boleh sangat nak mulakan hidup kat negara seperti Singapura, Australia, atau Canada. Keliling satu dunia - Dengan RM1.1 juta cash, saya boleh pilih untuk tak bekerja selama setahun, dan melancong ke serata dunia. Jamin pendidikan anak-anak - Saya boleh hantar anak-anak ke universiti di luar negara. Siapa sangka dengan hanya 4 hartanah, kita ada peluang untuk buat semua ini. Best gila, kan? Kejap Faizul. Tuan kata tadi, boleh bina portfolio hartanah dengan modal yang terhad. Ada bukti? - Mr. X Dah tentu boleh. Mari saya gambarkan macam mana nak capai objektif ini dengan gunakan contoh hartanah lain, yang saya beli dengan modal minima (atau tanpa modal) :

Nama Hartanah Harga Pembelian Harga Keluar Keuntungan Bayaran Muka Tempoh Pelaburan Tropics@ Tropicana City RM260,000 RM350,000 RM120,000 Mall-2009 Axis Ampang SOHU-Unit 1- RM145,000 RM320,000 RM155,000 2011 Axis Ampang SOHU-Unit 2- RM151,000 RM337,000 RM185,000 2011 Penaga@Tama n Raintree Batu RM171,000 RM360,000 RM189,000 Caves-2011 RM0 (RM1,000 tempahan yang dibayar balik kemudiannya) RM0 (RM5,000 tempahan yang dibayar balik kemudiannya) RM0 (RM5,000 tempahan yang dibayar balik kemudiannya) RM0 (RM1,000 tempahan yang dibayar balik kemudiannya) 18 Bulan (2009-2010) 2 Tahun (2011-2012) 3 Tahun (2011-2013) 3 Tahun (2012-2014) Rumusan RM649,000 Itu dia. Tak mustahil langsung untuk beli hartanah tanpa gunakan banyak modal. Dengan syarat, kita perlu beli hartanah yang betul dan jual terus bila dah mencapai tempoh matang.

Yang menariknya, semua hartanah yang kat atas tadi tu, saya sewakan lebih daripada jumlah ansuran bulanan yang wajib dibayar kepada bank. Dengan aliran tunai positif setiap bulan, ini akan mengurangkan holding cost (kos pegangan) yang saya kena tanggung. Saya ada terdengar, pasaran hartanah bakal jatuh tak lama lagi. Patut saya beli sekarang, atau terus menunggu? Secara jujur, saya tak boleh jangka apa yang akan berlaku pada masa depan. Maaf. Cuma, saya suka kaji dan melihat balik sejarah untuk memberi petunjuk tentang apa yang mungkin berlaku.

Untuk simpulkan indeks harga kat atas tadi : Kami jejaki indeks harga hartanah Malaysia selama 2 tahun, Daripada jumlah tersebut, nilai hartanah meningkat dalam tempoh 24 tahun daripada keseluruhan 26 tahun, Dalam 2 tahun daripada keseluruhan tempoh 26 tahun, indeks ini merekodkan pertumbuhan negatif. Ini berlaku semasa krisis ekonomi negara yang berlaku (tahun 1998 hingga 1999). Jadi kalau anda tanya saya bila masa yang sesuai untuk membeli, bilabila masa pun adalah masa yang baik. Dengan syarat, anda membeli hartanah yang betul. Untuk menggambarkan yang hartanah antara pelaburan yang selamat,

cuba tanya diri anda dengan soalan berikut : Boleh ke saya beli hartanah pada hari ini, pada harga yang sama seperti 5 / 10 /15 tahun yang lepas? Pada kebanyakan masa, susah kita nak jumpa harga hartanah yang sama seperti 5 / 10 /15 tahun yang lepas. Strategi terbaik yang anda boleh gunakan adalah mula membeli selepas dah belajar skil untuk melabur dengan baik. Tak ada sebab yang baik untuk anda terus menunggu. Lebih-lebih lagi anda sendiri dah sedia tahu dan sedar. Harga hatanah pada masa depan akan jadi lebih mahal berbanding, dengan apa yang ada dalam pasaran hari ini. Siapa yang sesuai buat strategi pelaburan ini? Jawapan paling jujur yang saya boleh bagi adalah, ia bergantung. Ia tak sukar untuk dicapai, tapi tak bermakna mudah dibuat. Supaya anda dapat laksana strategi ini, anda perlu ada set kemahiran yang berikut : Cara mengkaji dan dapatkan maklumat tentang sesebuah hartanah dengan pantas, Kemahiran mendapatkan loan rumah yang betul dan supaya sentiasa senang lulus, Cara beli hartanah tanpa perlukan modal yang banyak (atau

tanpa sebarang modal). Bayangkan, anda boleh beli hartanah harga RM500,000, dan dibayar untuk membeli? Mesti best, kan? Tahu langkah membeli dan menjual rumah untuk elak daripada kena kencing dengan kaki scammer, Macam mana nak pastikan unit anda dapat disewakan pada harga yang baik, untuk menampung semua komitmen bulanan anda, Skil dan strategi untuk pastikan unit anda sentiasa hot dan ada permintaan (demand) yang tinggi oleh penyewa, serta cara yang betul untuk tingkatkan nilai sewaan. Boleh ke kita belajar skill set ini sendiri? Dah tentu boleh. Lagipun, saya belajar semua ini dalam tempoh 12 tahun selepas membeli lebih daripada 40 biji hartanah. Jadi, ya. Anda boleh belajar semua skil dan ilmu ini sendiri. Tapi kalau anda tak sanggup nak luangkan masa 12 tahun untuk belajar semua ni, dan : Plan nak beli hartanah dengan harga yang ada pada hari ni, Nak pendekkan tempoh learning curve untuk tahu hartanah apa yang patut dibeli (serta yang tak patut dibeli), Nak elak tersalah beli hartanah yang susah nak jual (atau disewakan), Nak beli hartanah terbaik yang ada dalam pasaran sekarang. Berikut adalah pilihan yang boleh saya berikan kepada anda hari ini.

Anda boleh belajar dengan saya secara langsung, dan saya akan ajar apa yang saya tahu, serta segala ilmu yang saya dapat selama melabur dengan hartanah selama 12 tahun. Program asas yang saya anjurkan adalah Millionaire Employee Blueprint (MEB). Setakat ni, saya dah jalankan program pelaburan hartanah selama 4 tahun, dan dah mengajar lebih daripada 2,000 orang pelajar. Ini antara testimonial mereka yang hadir ke program ini, serta hasil yang mereka berjaya dapatkan lepas belajar dalam program ini :

Lebih cepat anda mula, lebih cepat anda boleh kaut untung dengan pelaburan hartanah. Baru anda boleh : Melancong secara percuma, Beli kereta mewah, tapi orang lain bayarkan, Boleh bersara dengan selesa, Hantar anak-anak belajar di Harvard secara percuma, Pecat bos anda, atau lain-lain. Sertai saya dalam program Millionaire Employee Blueprint (MEB), atau Sarjana Hartanah dan dapatkan harga early bird hari ini. Foundation : http://faizulridzuan.com/meb/ ( Sesuai untuk mereka yang mahu beli 1-4 hartanah ) Advance : http://faizulridzuan.com/sarjana-hartanah/ ( Sesuai untuk mereka yang mahu beli 8-10 hartanah! ) Akhir kata, saya harap ebook ini dapat berikan idea serta impak yang positif dalam hidup anda. Saya doakan anda dapat pulangan lumayan dengan pelaburan ini. Jumpa anda di sana!

Serba sedikit tentang diri saya Penulis buku WTF? 23 Properties By 30, yang dijual lebih daripada 60,000 salinan setakat ini. Pengasas Sarjana Hartanah, program pendidikan hartanah terbaik untuk nilai wang anda di Malaysia. Kami telah mendidik lebih kurang 2,000 orang pelajar sejak 2003. CEO dan Pengasas FAR Capital Sdn Bhd, firma perunding hartanah

yang beri khidmat nasihat tentang di mana, dan hartanah macam mana yang patut dibeli bagi memenuhi objektif kewangan mereka. Dah membeli lebih 40 hartanah setakat ini. Membeli lebih 10 hartanah pada tahun 2015 hingga 2016. 5 daripanyanya dah habis dibayar, dan menyasarkan untuk membayar kesemua hartanah yang ada dalam tempoh 10 tahun akan datang. Semua ini sebab saya nak bersara pada umur 55 tahun, dengan anggaran aliran tunai sebanyak RM100,000 sebulan. Sanggup berhenti daripada pekerjaan yang membayar RM18,000 sebulan pada umur 32 tahun, apabila berkerja dengan Fortune 500 MNC dari US. Sekarang telah membeli Porsche Cayenne S terbaru sebelum hari jadi saya yang ke-35. Firma saya dan saya sendiri telah dijemput untuk membentangkan kertas kerja mengenai perumahan generasi muda pada tahun 2014, di hadapan Perdana Menteri Malaysia terkini dan seluruh

kabinet sebahagian daripada Inisiatif Bajet 2015. Dan saya cukup bertuah kerana telah dijemput untuk untuk makan tengahari bersama Perdana Menteri dan seluruh kabinet (Walaupun tak berbincang mengenai 1MDB sewaktu makan tengahari). Saya pernah ditemuramah oleh pihak Astro, TV1, TV2, TV3, radio BFM, dan dalam pelbagai penerbitan hartanah seperti Focus Malaysia, Property Insight, HomeFinder, NST, The Star, The Edge, dan sebagainya.