KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SKIM PENSIJILAN AMALAN PERKILANGAN YANG BAIK (GOOD MANUFACTURING PRACTICE - GMP) MULAI 1 SEPTEMBER 2016

Similar documents
IEK 314 Environmental Audit [Audit Persekitaran]

Kaizen boleh diakses melalui internet di laman sesawang

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI Kod Dokumen : UPM/OPR/PKU/P002

COLLECTION OF PERSONAL INFORMATION

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI Kod Dokumen :UPM/OPR/PKU/P002

Borang V (Peraturan 97) SURUHANJAYA TENAGA AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 PERAKUAN KELULUSAN

PERATURAN-PERATURAN MAKANAN HAIWAN (PEMBUATAN DAN PENJUALAN MAKANAN HAIWAN DAN BAHAN TAMBAHAN MAKANAN HAIWAN) 2011

DUPLICATE EXAMINATION RESULT SLIP/PERFORMANCE ANALYSIS FORM

4.8 Penyenggaraan Bangunan 55

MEDICAL LABORATORIES HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA REVIEW OF CONTRACTS

Answer all questions. Jawab semua soalan.

PM502: MARKETING RESEARCH

SISTEM E-DIABETES. Rezal Mhd Johan Dr Khairul Akram Zainol Ariffin. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

enrr New User-First time login Where and how? Source file: P:\eNRR2\eNRR New user_enrr_first Time login_ ppt

Panduan Langkah Pendaftaran DAN Kawasan Ahli. - Panduan Langkah -

For more information with regard to this Notice, you may reach us at

b) BG adalah satu aku janji rasmi dan boleh dipercayai. Ia memberi sokongan kepada keperluan perniagaan.

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk dan berkaitan:-

LAND LAW AND SURVEY REGULATION (SGHU 3313)

PENGENALAN KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN

MOTOR THEFT REPORT FORM

CALL for ACTION" UITLINE. MONDAY-FRIDAY [9.00am TO 4.30pm]

CADASTRE SURVEY PRACTICE (SGHU 4323)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK11

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Notis Dan Penyerahan

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI Kod Dokumen : UPM/OPR/PKU/P005

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN BAGI JURUTEKNIK PROSTETIK/ORTHOTIK GRED J17

HakCipta Irfan Khairi Sdn. Bhd.

BIZAPP SUPERB & PRO MENCETAK SLIP POSLAJU SECARA BERTERUSAN JAN 2017 / VERSI 1.0.0

Anda tidak lagi mempunyai pilihan untuk mengemukakan salinan dokumen yang bercetak untuk memohon SAPC.

GARIS PANDUAN PENETAPAN STANDARD MINIMUM PENGINAPAN PEKERJA ASING

ELEMENT OF WARRANTY OF IBS STRUCTURAL SYSTEM FOR CONSTRUCTION INDUSTRY ANNAN VESSINUK A/L SING

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

MEDICAL CHECK-UP FORM (for Malaysian Students)

To My Parents. My father, EsmaeelArzani My mother, Zahra Asadizadeh. My brother, Parham Arzani. & My beloved son SahandRoudpishi

PERSONAL DATA PROTECTION POLICY AND NOTICE

Kadar faedah = Jumlah kredit berputar yang digunakan x Kadar faedah x Bilangan hari / 365 hari

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination Academic Session 2009/2010. November BMT 217/3 Virology [Virologi]

Manual Pembelajaran. Tajuk Kursus: Pengenalan kepada sistem OfficeCentral. Julai Authentic Venture Sdn Bhd

THE NEEDS OF HALAL TRANSPORTATION CONTROL IN MALAYSIA: A MULTIPLE CASE STUDY APPROACH ZUHRA JUNAIDA BINTI IR MOHAMAD HUSNY HAMID

b) ECR memberikan kemudahan kredit kepada pengeksport pada kadar faedah yang kompetitif.

ROLE OF LENGTH SPECIFICITY, VELOCITY SPECIFICITY AND NEURAL ADAPTATIONS IN STRENGTH TRAINING

COMPARISON STUDY OF RELAY SELECTION SCHEMES IN LONG TERM EVOLUTION (LTE) NETWORK SELINA MATTHEWS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EFFECT OF PATTERN RECOGNITION ABILITY TRAINING ON JUDGING PERFORMANCE OF MALAYSIAN RHYTHMIC GYMNASTIC JUDGES

Pelaksanaan Penggunaan Dosimeter OSL di Malaysia The Implementation of Use of OSL Dosimeter In Malaysia

Introduction We are a company incorporated under Companies Act 1965 in Malaysia and listed on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad.

- Sila gunakan borang yang disediakan SYARAT-SYARAT TAWARAN KEMASUKAN

Pengeluaran daripada bayaran lebihan di bawah Bayaran Pendahuluan dengan notis bertulis.

PUSAT PEMBELAJARAN DIGITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH

Source and type of personal data obtained

Notis Privasi (Untuk Pelanggan)

USING TAM TO STUDY THE USER ACCEPTANCE OF IT IN THE YEMENI PUBLIC SECTOR (MINISTRY OF SOCIAL AFFAIRS AND LABOUR-YEMEN) ESMAT ABDULMAJID WAHDAIN

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER

KIE 356 Food and Palm Oil Chemistry [Kimia Makanan dan Minyak Sawit]

Abstract of thesis presented to the Senate of University Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy.

INDIKASI KUALITI BAGI PERKHIDMATAN DIETARI PESAKIT LUAR TEMPOH MENUNGGU DI KLINIK DIET RUKA (RAWATAN UTAMA KLINIK AM) 1 APRIL SEPTEMBER 2003

HEALTH AND SAFETY IN REFURBISHMENT PROJECTS INVOLVING DEMOLITION WORK MANSOOREH RAKHSHANIFAR

Aplikasi Pesanan Makanan Telefon Pintar

Apa-apa bayaran lebihan selepas menolak bayaran ansuran anda dan sebarang caj yang perlu dibayar, akan dianggap sebagai Bayaran Pendahuluan.

PANDUAN PELANGGAN MAKMAL ENDOKRIN HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

MEDICAL EXAMINER S CERTIFICATE / SIJIL PEMERIKSA PERUBATAN

IMK NUTRITION [PEMAKANAN]

LAPORAN PEMERIKSAAN KESIHATAN (PELAJAR PERSENDIRIAN SAHAJA) REPORT OF HEALTH EXAMINATION (PRIVATE STUDENT ONLY)

Tindakan Pentadbiran dalam Penyalahgunaan Label Halal untuk Melindungi Pengguna di Malaysia

EXPORT PERSONNEL PERCEPTIONS OF EXPORT PERFORMANCE TO CHINA MARKET FARSHID MOVAGHAR MOGHADDAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

LAPORAN PEMERIKSAAN KESIHATAN REPORT OF HEALTH EXAMINATION

PETIKAN KEPUTUSAN JAWATANKUASA TETAP KEWANGAN BIL. 2 (2014) PADA 6 JUN 2014

IMK 421 Primary Products Technology [Teknologi Produk Primer]

PANDUAN PELANGGAN MAKMAL ENDOKRIN HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 24 NOVEMBER 2013, VERSI 1 25 OGOS 2014, VERSI 2

PERATURAN-PERATURAN MAKANAN HAIWAN (LESEN UNTUK MENGIMPORT MAKANAN HAIWAN DAN/ATAU BAHAN TAMBAHAN MAKANAN HAIWAN) 2011

ZnO LIGHTNING ARRESTER EARTHING IMPEDANCE CHARACTERISTICS UNDER TRANSIENT OVERVOLTAGES MEHRDAD MOKHTARI

Oleh: Sofinah Lamudin forex.mudahkaya.com. Edisi Newbie

QUESTIONNAIRE ON THE EXISTING HUMAN RESOURCES IN SEAFDEC MEMBER COUNTRIES SOAL SELIDIK TENTANG SUMBER MANUSIA SEDIA ADA DI NEGARA AHLI SEAFDEC

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

SULIT /3. Answer all questions. Jawab semua soalan.

Program Jaminan Keselamatan Makanan (HACCP, GMP, MeSTI)

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Peribadi-i

fulfilling my family's dreams

JABATAN PENYELIDIKAN & INOVASI FORMAT PENYEDIAAN LAPORAN AKHIR UNTUK PROJEK PENYELIDIKAN JANGKA PENDEK UMP (1 ST OPTION)

TAKAFUL IKHLAS BERHAD. IKHLAS FOREIGN WORKER COMPENSATION SCHEME TAKAFUL Tarikh: dd/mm/yyyy

WORKING POSTURAL LOADS IN SMALL AND MEDIUM ENTERPRISES (SMEs) INDUSTRY MUHAMMAD HAZIM BIN HUSSIN. Degree of Master of Mechanical Engineering

MODEL STATISTIK BERSEPADU PELBAGAI ARAS BAGI TRIGLISERIDA DAN TEKANAN DARAH MANUSIA: KAJIAN KES DI HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SET 1. Answer any four questions from this section. Jawab mana-mana empat soalan daripada bahagian ini.

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: SOK/BUM/BR03/PK BORANG PEMERIKSAAN KESIHATAN MEDICAL CHECK UP FORM

IMK 308 FOOD PRESERVATION PRINCIPLES [PRINSIP PENGAWETAN MAKANAN]


alaysia perlu mencapai pertumbuhan ekonomi yang stabil dan bersedia untuk mencapai aspirasi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

PPB Hartabina Sdn. Bhd. s Privacy Policy and Personal Data Notice

PERSONAL DATA PROTECTION POLICY NOTICE

COMPARATIVE STUDY ON THE DIFFERENT RANGE OF NIR SENSOR MEASUREMENT FOR GLUCOSE CONCENTRATION MUHAMMAD HANIS BIN AZMI ALI

b) Bayaran pendahuluan daripada Bank akan mempertingkatkanaliran tunai untuk mengendalikan keperluan modal kerja anda.


<Nama Produk> Tarikh: <Tarikh Surat Tawaran ditawarkan> Sila hubungi kami untuk sebarang penjelasan lanjut, jika perlu. 1. Apakah produk ini?

IMK NUTRITION [PEMAKANAN]

Jabatan mengendalikan program Sarjana Perubatan (Perubatan Keluarga) selama empat tahun.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN / SIMBOL SENARAI LAMPIRAN

Transcription:

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SKIM PENSIJILAN AMALAN PERKILANGAN YANG BAIK (GOOD MANUFACTURING PRACTICE - GMP) MULAI 1 SEPTEMBER 2016 Hak Cipta Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia 1

1. PENGENALAN Amalan Pengilangan Yang Baik (Good Manufacturing Practice -GMP) merupakan satu sistem yang boleh digunakan bagi tujuan mengawal keadaan operasi dalam sesebuah premis makanan bagi membolehkan penghasilan makanan yang selamat. GMP juga dijadikan sebagai program asas (prerequasite programme) bagi perlaksanaan Hazard Analysis Critical Control Programme HACCP di premis pengilangan makanan. Garis panduan ini bertujuan untuk memberikan panduan kepada semua pihak yang terlibat, mengenai prosedur permohonan pensijilan GMP daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Permohonan untuk mendapatkan pensijilan ini adalah kepada premis pemprosesan makanan dan perkhidmatan makanan. Pemohon hendaklah melaksana dan mengamalkan semua elemen-elemen GMP yang terkandung di dalam Malaysian Standard MS1514 Good Manufacturing Practice (GMP). Proses pensijilan melibatkan audit kecukupan, pematuhan, pengawasan dan pembaharuan oleh juruaudit yang dilantik oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), KKM. Tujuan skim pensijilan ini adalah untuk memberi pengiktirafan ke atas premis pemprosesan makanan dan perkhidmatan makanan yang melaksanakan GMP. Pengiktirafan ini akan meningkatkan keyakinan pengguna ke atas produk yang dikeluarkan dan membantu dalam meluaskan pasaran produk mereke ke peringkat antarabangsa dan juga bagi mematuhi perundangan dan standard semasa. 2. OBJEKTIF Memberi panduan kepada pihak industri dan juga semua pihak lain yang terlibat termasok kakitangan KKM sendiri mengenai skim pensijilan GMP yang disediakan oleh pihak KKM. Garispanduan ini membolehkan pengiktirafan diberikan kepada premis pemprosesan makanan dan perkhidmatan makanan yang telah berjaya melaksana dan mengamalkan semua syarat dan keperluan di bawah Skim Pensijilan GMP KKM. 2

3. SKOP Skim ini menerangkan keperluan bagi premis makanan yang menjalankan aktiviti penyediaan, pemprosesan, penghasilan, pembungkusan, penyimpanan, pengedaran dan penjualan makanan bagi mendapatan pensijilan GMP. 4. DEFINISI Bagi tujuan skim ini, definisi berikut adalah terpakai: 4.1 Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) Satu sistem yang boleh digunapakai bagi mengawal keadaan operasi dalam sesebuah premis makanan bagi membolehkan penghasilan produk makanan yang selamat 4.2 Premis Pemprosesan makanan Premis pemprosesan makanan adalah premis yang menjalankan aktiviti pemprosesan yang meliputi proses kawalan penerimaan bahan mentah, pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan dan/atau pengedaran makanan di Malaysia. 4.3 Premis Perkhidmatan Makanan Premis perkhidmatan makanan adalah premis yang menyediakan apa juga jenis hidangan makanan untuk pengguna termasuklah dapur hospital, hotel, katering, mass katering, restoran dan kafeteria. 4.4 Manual GMP Dokumen yang menjelaskan aktiviti pelaksanaan elemen GMP di dalam premis berkenaan. 4.5 Implementasi Elemen GMP Pelaksanaan elemen GMP secara menyeluruh dan diselenggarakan secara berterusan dengan merujuk kepada Manual GMP. 3

4.6 Juruaudit Individu yang berkebolehan secara teknikal di dalam elemen GMP dan audit, khususnya mengenai teknologi atau bidang pemprosesan makanan dan dilantik secara formal oleh KKM. 4.7 Audit Penilaian berasaskan bukti, yang dilakukan secara bebas dan sistematik, dilakukan oleh juruaudit terlatih, bagi mengenalpasti samada elemen GMP dan keputusan yang berkaitan mematuhi perancangan yang disusun, dan sama ada ianya dilaksanakan secara efektif dan bersesuaian dalam mencapai objektif keselamatan makanan. 4.8 Senarai semak Senarai yang mengandungi perkara/elemen yang diperlukan dan dijadikan panduan semasa penilaian. Digunakan sebagai aide-memoire untuk mewujudkan penilaian yang seragam. 4.9 Pensijilan Prosedur di mana KKM sebagai badan yang bertanggungjawab memberi pengiktirafan formal secara bertulis kepada premis yang berjaya mematuhi keperluan Skim Pensijilan GMP KKM. 4.10 Pematuhan Semua elemen GMP dilaksanakan secara efektif dan berterusan berdasarkan garis panduan, perundangan dan standard semasa. 4.11 Kepatuhan Aktiviti yang dijalankan adalah mengikut prosedur yang ditetapkan di dalam Manual GMP dan dokumen sokongan. 4.12 Ketidakpatuhan Aktiviti yang dijalankan tidak mematuhi atau mengikut prosedur yang ditetapkan di dalam Manual GMP dan dokumen sokongan. 4.13 Kategori Ketidakpatuhan / Non-Conformance (NC) 4.13.1 Serius Penyimpangan daripada elemen GMP yang menjejaskan keselamatan makanan dan tidak mematuhi perundangan dan standard yang ditetapkan. Ketidakpatuhan serius membuktikan 4

kegagalan dalam sistem keselamatan makanan dan menyebabkan kesan langsung kepada keselamatan makanan. 4.13.2 Major Penyimpangan daripada elemen GMP yang boleh menjejaskan keselamatan makanan dan tidak mematuhi perundangan dan standard yang ditetapkan. Ketidakpatuhan major membuktikan terdapat risiko kegagalan dalam sistem jaminan keselamatan makanan tetapi tidak menjejaskan keseluruhan sistem keselamatan makanan dan keselamatan makanan. 4.13.3 Minor Penyimpangan daripada elemen GMP yang tidak menjejaskan keselamatan makanan dan yang tidak mematuhi perundangan dan standard yang ditetapkan. 4.13.4 Pemerhatian/Observation Cadangan yang diberikan untuk penambahbaikan kepada elemen GMP. 4.14 Arahan Tindakan Pembetulan / Corrective Action Request (CAR) Ketidakpatuhan yang didokumenkan oleh juruaudit dan memerlukan tindakan pembetulan yang memuaskan oleh pihak yang diaudit. Semua ketidakpatuhan (CAR) mestilah ditutup dalam tempoh masa yang telah ditetapkan sebelum pensijilan GMP diberikan. 4.15 Audit Pematuhan Aktiviti untuk mendapatkan bukti bahawa elemen GMP telah dijalankan secara efektif dan berterusan termasuklah audit kecukupan (adequacy), audit lapangan (on-site) dan audit susulan (follow-up). Audit pematuhan dijalankan secara bebas, adil dan secara objektif bertujuan untuk memastikan segala keperluan Skim Pensijilan GMP dapat dipatuhi sepenuhnya. 4.16 Audit Kecukupan Aktiviti pemeriksaan dokumen untuk menyemak kandungan Manual GMP dan dokumen sokongan bagi mengesahkan semua elemen GMP 5

dipenuhi dan mencukupi berdasarkan garis panduan, perundangan dan standard semasa. 4.17 Audit Lapangan Aktiviti pemeriksaan yang dijalankan di kawasan premis pihak yang diaudit bagi mengesahkan aktiviti yang dijalankan merujuk kepada manual GMP. 4.18 Audit Susulan Aktiviti pemeriksaan yang boleh dijalankan sama ada melalui dokumen atau di lapangan untuk mendapatkan bukti atau keterangan bahawa ketidakakuran yang diberikan telah diambil tindakan pembetulan yang memuaskan dan elemen-elemen GMP dilaksanakan secara efektif dan berterusan. 4.19 Audit Pengawasan (Surveilan) Aktiviti pemeriksaan yang dijalankan oleh juruaudit di premis yang telah memperolehi pensijilan GMP bagi mengesahkan elemen GMP dijalankan dilaksanakan secara efektif dan berterusan di premis tersebut. 4.20 Audit pembaharuan Aktiviti pemeriksaan yang dijalankan oleh juruaudit di premis yang telah memperolehi pensijilan GMP bagi mengesahkan elemen GMP dilaksanakan secara efektif dan berterusan dipremis tersebut bagi tujuan pembaharuan pensijilan GMP. 5.0 KRITERIA PERMOHONAN Premis pemprosesan makanan/ perkhidmatan makanan yang memohon Skim Pensjilan GMP KKM perlu memenuhi kriteria berikut: 5.1 Berdaftar dengan KKM melalui http://fosimdomestic.moh.gov.my; 5.2 Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau agensi pendaftaran yang setara; kecuali bagi premis yang diselenggara kerajaan; 6

5.3 Mempunyai lesen atau kelulusan daripada kerajaan tempatan atau agensi kerajaan yang lain atau tanah persendirian yang sah; kecuali bagi premis diselenggara kerajaan; 5.4 Mempunyai Manual GMP dengan kandungan minimum seperti di Lampiran 1; dan 5.5 Program GMP telah dilaksanakan sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum permohonan dikemukakan. 6.0 PERMOHONAN BARU 6.1 Proses Permohonan 6.1.1 Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di http://fosimdomestic.moh.gov.my. Carta alir permohonan baru adalah seperti di Lampiran 2. 6.1.2 Premis hendaklah menghantar dua salinan manual GMP beserta bayaran pensijilan dalam tempoh 2 minggu selepas membuat permohonan secara atas talian. 6.1.3 Bayaran bagi permohonan baru seperti di Lampiran 3 hendaklah dibuat atas nama KETUA SETIAUSAHA, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA melalui bank draf, kiriman wang atau wang pos. 6.1.4 Permohonan yang diterima akan disemak dan pelantikan juruaudit bagi audit pematuhan akan dibuat setelah permohonan yang diterima lengkap. Manakala bagi permohonan yang tidak lengkap, permohonan akan dikembalikan semula kepada pemohon. 6.1.5 Jika pemohon gagal mengemukakan apa-apa maklumbalas dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh permohonan, permohonan akan terbatal dengan sendirinya dan pemohon perlu mengemukakan permohonan baru beserta dengan bayaran. 6.2 Pengauditan 7

6.2.1 KKM akan melantik sekurang-kurangnya dua orang juruaudit untuk menjalankan audit pematuhan dan memaklumkan kepada pemohon. Audit pematuhan merangkumi audit kecukupan, audit lapangan dan audit susulan. 6.3.2 Tarikh audit perlu dipersetujui bersama di antara Ketua Juruaudit dan pemohon. Kegagalan pemohon mempersetujui tarikh audit pematuhan dalam tempoh satu bulan daripada tarikh penerimaan lantikan, akan menyebabkan permohonan terbatal dengan sendirinya. 6.3.3 Sekiranya terdapat ketidakpatuhan semasa audit dijalankan, arahan tindakan pembetulan (CAR) akan dikeluarkan. Pemohon perlu memberi maklumbalas dalam masa sepuluh (10) hari dari tarikh ketidakpatuhan dikeluarkan. 6.3.4 Audit susulan boleh dijalankan bagi mengesahkan semua ketidakpatuhan yang telah diambil tindakan. Sekiranya semasa audit susulan dijalankan terdapat ketidakpatuhan ditemui maka CAR baru boleh dikeluarkan dan prosedur penutupan CAR adalah sama. 6.3.5 Kegagalan pemohon mengambil tindakan pembetulan ke atas ketidakpatuhan dalam tempoh enam (6) bulan (maksimum sehingga satu (1) tahun) dari tarikh CAR dikeluarkan akan menyebabkan permohonan dibatalkan. 6.3.6 Laporan audit pematuhan akan dikemukakan oleh Ketua Juruaudit kepada Jawatankuasa Pensijilan GMP untuk dipertimbangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pensijilan GMP. 6.3.7 Jawatankuasa Pensijilan GMP akan bermesyuarat sebulan sekali atau lebih mengikut keperluan dan memutuskan status permohonan GMP pemohon. 6.3.8 Sijil GMP beserta surat iringan akan dikeluarkan kepada permohonan yang diluluskan. Permohonan yang tidak diluluskan akan dimaklumkan secara rasmi melalui surat kepada permohonan. 7.0 AUDIT PENGAWASAN 7.1 Pelaksanaan audit pengawasan 8

7.1.1 Premis yang telah mendapat pensijilan GMP perlu memastikan audit pengawasan dilaksanakan mengikut jadual audit pengawasan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) masing-masing. 7.1.2 JKN akan menghantar notis audit pengawasan kepada premis. Carta alir permohonan seperti di Lampiran 4. 7.1.3 Bayaran bagi audit pengawasan seperti di Lampiran 3 hendaklah dibuat atas nama PENGARAH KESIHATAN NEGERI melalui bank draf, kiriman wang atau wang pos. 7.1.4 Pelantikan juruaudit bagi audit pengawasan akan dibuat setelah bayaran diterima. 7.1.5 Audit pengawasan hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya setahun sekali. Kegagalan menjalankan audit pengawasan boleh menyebabkan sijil GMP ditarik balik atau dibatalkan. 7.2 Pengauditan 7.2.1 JKN akan melantik juruaudit di negeri/daerah masing-masing untuk menjalankan audit pengawasan ke atas premis yang diiktiraf pensijilan GMP. 7.2.2 Tarikh audit perlu dipersetujui bersama diantara juruaudit dan premis. Kegagalan premis mempersetujui tarikh audit pengawasan dalam tempoh satu bulan, boleh menyebabkan pensijilan GMP ditarik balik. 7.2.3 Premis hendaklah memastikan terdapat operasi pemprosesan semasa audit pengawasan dilakukan, juruaudit boleh membatalkan audit pengawasan sekiranya tiada operasi dijalankan semasa audit pengawasan dijalankan. Premis perlu diaudit semula dan membuat bayaran yang baru. 7.2.4 Sekiranya terdapat ketidakpatuhan semasa audit dijalankan, CAR akan dikeluarkan. Premis perlu memberi maklumbalas dalam sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh ketidakpatuhan dikeluarkan, 7.2.5 Audit susulan boleh dijalankan bagi mengesahkan semua ketidakpatuhan telah diambil tindakan pembetulan oleh premis. Sekiranya semasa audit susulan dijalankan terdapat ketidakpatuhan ditemui maka CAR baru boleh dikeluarkan dan prosedur penutupan CAR adalah sama. 7.2.6 Kegagalan premis mengambil tindakan pembetulan ke atas ketidakpatuhan dalam tempoh enam (6) bulan atau tempoh masa 9

yang dipersetujui antara juruaudit dan pemohon dari tarikh CAR dikeluarkan boleh menyebabkan pensijilan GMP ditarik balik. 7.2.7 Laporan audit pengawasan akan dikemukakan oleh Ketua Juruaudit kepada Jawatankuasa Pensijilan GMP. 7.2.8 Jawatankuasa akan memutuskan sama ada pensijilan GMP boleh diteruskan atau tidak berdasarkan laporan audit pengawasan yang diterima. 7.2.9 Surat makluman keputusan mesyuarat jawatan akan dikeluarkan kepada premis. 8. PERMOHONAN PEMBAHARUAN PENSIJILAN 8.1 Proses Permohonan pembaharuan sijil GPM 8.1.1 Pensijilan GMP perlu diperbaharui dalam tempoh 3 tahun sekali. Premis perlu mengemukakan permohonan pembaharuan melalui http://fosimdomestic.moh.gov.my sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tamat tempoh sijil. Carta alir permohonan seperti di Lampiran 5. 8.1.2 Bayaran bagi permohonan pembaharuan seperti di Lampiran 3 hendaklah dibuat atas nama KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA melalui bank draf, Kiriman wang atau wang pos. Premis hendaklah menghantar pembayaran dalam tempoh 2 minggu selepas membuat permohonan secara atas talian. 8.1.3 Pelantikan juruaudit bagi audit pembaharuan akan dibuat jika permohonan telah lengkap. Manakala bagi permohonan yang tidak lengkap permohonan akan dikembalikan semula kepada premis. 8.1.4 Jika premis gagal mengemukakan apa-apa maklumbalas dalam tempoh tiga bulan, permohonan akan terbatal dengan sendirinya dan premis perlu mengemukakan permohonan baru beserta dengan bayaran pemprosesan. 8.2 Pengauditan 8.2.1 KKM akan melantik sekurang-kurangnya dua orang juruaudit untuk menjalankan audit pembaharuan ke atas premis GMP yang diiktiraf. 10

8.2.2 Tarikh audit perlu dipersetujui bersama di antara juruaudit dan premis dalam tempoh satu bulan dari tarikh lantikan juruaudit dijalankan. 8.2.3 Sekiranya terdapat ketidakpatuhan semasa audit dijalankan, CAR akan dikeluarkan. Premis perlu memberi maklumbalas dalam masa sepuluh (10) hari dari tarikh ketidakpatuhan dikeluarkan. 8.2.4 Audit susulan boleh dijalankan bagi mengesahkan semua ketidakpatuhan telah diambil tindakan oleh premis. Sekiranya semasa audit susulan dijalankan terdapat ketidakpatuhan ditemui maka CAR baru bolehdikeluarkan dan prosedur penutupan CAR adalah sama. 8.2.5 Kegagalan premis mengambil tindakan pembetulan ke atas ketidakpatuhan akan menyebabkan pensijilan GMP tidak akan diperbaharui. 8.2.6 Laporan audit akan dikemukakan oleh Ketua Juruaudit kepada Jawatan Kuasa Pensijilan GMP untuk dipertimbangkan. 8.2.7 Jawatankuasa Pensijilan GMP akan bermesyuarat sebulan sekali atau lebih mengikut keperluan dan memutuskan status permohonan pembaharuan GMP premis. 8.2.8 Sijil GMP beserta surat iringan akan dikeluarkan kepada permohonan pembaharuan yang diluluskan. Permohonan yang tidak diluluskan akan dimaklumkan secara rasmi melalui surat kepada permohonan. 9.0 PROSES PENILAIAN PERMOHONAN 9.1 Jawatankuasa Pensijilan GMP yang dipengerusikan oleh Pengarah Kanan atau wakilnya, bertanggungjawab untuk menilai laporan pengauditan bagi setiap permohonan. 9.2 Jawatankuasa Pensijilan GMP akan mengadakan mesyuarat sekurangkurangnya sekali dalam sebulan atau mengikut keperluan. 10.0 TEMPOH SAHLAKU Tempoh sahlaku pensijilan GMP adalah tiga (3) tahun daripada tarikh kelulusan pensijilan GMP. 11

11.0 PEMBATALAN PENSIJILAN GMP Sijil GMP yang dikeluarkan boleh terbatal sah-laku dalam keadaan berikut; 11.1 Premis didapati tidak beroperasi selama enam bulan atau lebih secara berterusan atau operasi premis telah ditutup 11.2 Premis telah berpindah ke lokasi baru 11.3 Pemohon gagal mematuhi apa-apa syarat dan keperluan yang telah ditetapkan di bawah Skim Pensijilan GMP KKM. 11.4 Berlaku kekeliruan atau penyalahgunaan logo GMP KKM pada produk atau iklan atau mana-mana bahan bercetak. 11.5 Pemohon gagal mematuhi perundangan dan peraturan maknan yang berkaitan yang dikuatkuasakan di Malaysia dan/atau perundangan oleh negara pengeksport. 12. RAYUAN Pihak pemohon boleh mengemukakan rayuan kepada Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh pembatalan atau penarikan sijil GMP. 13. FAEDAH SKIM PENSIJILAN GMP 13.1 Meningkatkan taraf industri makanan terutama industri kecil dan sederhana supaya mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa melalui pengiktirafan yang diberikan. 13.2 Memudahkan industri makanan mendapat pengiktirafan dalam berurusan dengan agensi kewangan dalam urusan insentif atau bantuan kewangan. 13.3 Memastikan industri makanan mematuhi perundangan dan standard diperingkat domestik dan luar negara. 13.4 Meningkatkan pasaran dan keyakinan pengguna terhadap produk melalui penggunan logo GMP pada label produk makanan di bawah skop Skim Pensijilan GMP KKM. 12

13.5 Meningkatkan kredibiliti dan imej industri makanan. 13.6 Memberi kemudahan dalam mendapatkan Sijil Penjualan Bebas dalam tempoh satu hari tanpa dokumen sokongan. 13.7 Mendapatkan pensijilan Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) secara fast track. 13.8 Telah mencapai pra-syarat Skim Pensijilan Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) KKM. 14. PERTANYAAN Maklumat lanjut berkaitan skim dan borang permohonan boleh didapati daripada: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 4, Menara Prisma, Presint 3 No 26, Jalan Persiaran Perdana Presint 3, 62675, Wilayah Persekutuan Putrajaya. No Telefon: 03-8885 0797 No Faks: 03-8885 0798 Website :http://fsq.moh.gov.my Email :fqc-division@moh.gov.my 15. RUJUKAN 15.1 Codex Basic Food Hygiene Texts/Annex to CAC/RCP 1-1969, Rev.3 15.2.Codex Alimentarius (1997). 13

15.3 Food Act 1983 and Food Regulations 1985, Malaysia. 15.4 Guidance on Regulatory Assessment of HACCP Report of a Joint FAO/WHO Consultation on the Role of Government Agencies in 15.5 Assessing HACCP, Geneva (1998). 15.6 Laboratory Accreditation Scheme of Malaysia. Department of Standards Malaysia. 15.7 Malaysian Standard MS 1480:1999.Food Safety According to Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP) System. Department of Standards Malaysia. (1999). 15.8 Guidelines on Good Hygiene Practice for Small and Medium Scale Food 15.9 Industries Towards HACCP (2002). 14

LAMPIRAN 1 A. KANDUNGAN MINIMA MANUAL GMP 1. Profil syarikat dan polisi keselamatan makanan 1.1 Profil syarikat 1.2 Polisi pengurusan keselamatan makanan 1.3 Objektif keselamatan makanan 1.4 Carta organisasi 1.5 Carta ahli GMP dan latar belakang ahli GMP (nama, kelulusan akademik, pengalaman kerja, jawatan dan senarai latihan); Ketua dan/atau ahli GMP perlu mempunyai latihan secara formal berkaitan GMP 1.6 Pelan lokasi- pelan kedudukan kemudahan (lampu, penghawa dingin, kipas, ekzos dll), kedudukan peralatan, aliran keluar dan masuk pekerja, aliran bahan mentah, produk akhir, aliran bahan buangan, serta pemprosesan dan kedudukan kemudahan sanitasi dan tandas serta kedudukan kawalan makhluk perosak. 2. Manual GMP perlu mengandungi beberapa perkara berikut: 2.1 Penjelasan setiap elemen GMP 2.2 Program pengawalan dan pemantauan dari aspek keselamatan dan kebersihan makanan di setiap elemen 2.3 Dokumen sokongan seperti jadual pembersihan, Standard Sanitation Operation Procedure (SSOP), proedur/program kawalan dan penyelengaraan, rekod

LAMPIRAN 2 CARTA ALIR PERMOHONAN BARU GMP Permohonan atas talian Terima 2 salinan manual GMP dan bayaran pensijilan Lengkap Tidak Lengkap Status permohonan Pelantikan juruaudit bagi audit pematuhan Penetapan tarikh audit pematuhan Audit pematuhan dijalankan Pengeluaran CAR Ada Tiada Maklum balas & tindakan pembetulan

CARTA ALIR PERMOHONAN BARU GMP Audit susulan (jika perlu) Penyediaan laporan audit pematuhan oleh Ketua Juruaudit Penghantaran laporan audit pematuhan ke BKKM Penilaian oleh Jawatankuasa Pensijilan GMP Lulus Keputusan Jawatankua sa Tidak diluluskan Pengeluaran surat makluman kepada premis Pengeluaran sijil GMP dan surat iringan Pengawasan oleh Jabatan Kesihatan Negeri

LAMPIRAN 3 Jadual 1: Fi Pensijilan GMP Perkara Industri Besar Industri Kecil Mikrodan Sederhana Enterprise Permohonan baru 4700.00 3500.00 2300.00 Pembaharuan 3500.00 2600.00 1800.00 Audit Pengawasan 800.00* 800.00* 800.00* Definisi Jenis Industri 1. Industri Besar i) Mempunyai lebih dari 150 orang pekerja tetap ii) Pulangan Jualan Tahunan melebihi daripada RM25juta 2. Enterprises Kecil dan Sederhana i) Mempunyai bilangan pekerja tetap antara 5 hingga 150 orang ii) Pulangan Jualan Tahunan antara RM250,000 hingga RM25juta 3. Mikro-enterprise i) Mempunyai bilangan pekerja tetap kurang daripada 5 orang ii) Pulangan Jualan Tahunan kurang daripada RM 250,000 Nota (*) Mulai 1 Januari 2019 fi pengawasan ialah RM1,600.00

LAMPIRAN 4 CARTA ALIR AUDIT PENGAWASAN GMP Rujuk jadual pengawasan oleh JKN JKN mengeluarkan notis kepada premis Terima bayaran audit pengawasan Pelantikan juruaudit bagi audit pengawasan Penetapan tarikh audit pengawasan Audit pengawasan dijalankan Pengeluaran CAR Ada Tiada Maklum balas & tindakan pembetulan

CARTA ALIR AUDIT PENGAWASAN GMP Audit susulan (jika perlu) Penyediaan laporan audit pengawasan oleh Ketua Juruaudit Penghantaran laporan audit pengawasan ke BKKM Penilaian oleh Jawatankuasa Pensijilan GMP Sokong Keputusan Jawatankuasa Tidak disokong Pengeluaran surat pemberitahuan kepada premis Pensijilan GMP diteruskan dan surat makluman dikeluarkan

LAMPIRAN 5 CARTA ALIR PEMBAHARUAN GMP Permohonan atas talian Terima bayaran pensijilan Tidak Lengkap Status permohonan Lengkap Pelantikan juruaudit bagi audit pembaharuan Penetapan tarikh audit pembaharuan Audit pembaharuan dijalankan Pengeluaran CAR Ada Tiada Maklum balas & tindakan pembetulan

CARTA ALIR PEMBAHARUAN GMP Audit susulan (jika perlu) Penyediaan laporan audit pembaharuan oleh Ketua Juruaudit Penghantaran laporan audit pembaharuan ke BKKM Penilaian oleh Jawatankuasa Pensijilan GMP Lulus Keputusan Jawatankuasa sa Tidak diluluskan Pengeluaran surat makluman kepada premis Pembaharuan sijil GMP dan surat iringan Pengawasan oleh Jabatan Kesihatan Negeri