Panduan Asas Paypal

Similar documents
HakCipta Irfan Khairi Sdn. Bhd.

Oleh: Sofinah Lamudin forex.mudahkaya.com. Edisi Newbie

BIZAPP SUPERB & PRO MENCETAK SLIP POSLAJU SECARA BERTERUSAN JAN 2017 / VERSI 1.0.0

Panduan Langkah Pendaftaran DAN Kawasan Ahli. - Panduan Langkah -

Hakcipta Irfan Khairi Sdn Bhd

PROGRAM PENGUMPULAN EMAS PUBLIC GOLD

Kaizen boleh diakses melalui internet di laman sesawang

INTRODUCE OUR WEBSITE store.brophone.my

Gold Accumulation Program (GAP) with Public Gold Hafizul Hakim 2016

enrr New User-First time login Where and how? Source file: P:\eNRR2\eNRR New user_enrr_first Time login_ ppt

Cambridge International Examinations Cambridge International General Certificate of Secondary Education

Cambridge International Examinations Cambridge International General Certificate of Secondary Education

IEK 314 Environmental Audit [Audit Persekitaran]

Soalan Lazim MARA Electronic Payment System (MARAeps)

Langkah Demi Langkah Membina Blog Dengan Blogger.com BINA BLOG DENGAN BLOGGER.COM. 1

COLLECTION OF PERSONAL INFORMATION

KETAHUI BAGAIMANA ANDA BOLEH KUMPUL MODAL UNTUK TRADE FOREX SECARA PERCUMA BERKALI-KALI! FAUZEY FX. modaltradepercuma.blogspot.com

Kalau beli rumah, boleh bayar installment rumah harga RM300 ribu.

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Manual Pembelajaran. Tajuk Kursus: Pengenalan kepada sistem OfficeCentral. Julai Authentic Venture Sdn Bhd

Cambridge International Examinations Cambridge International General Certificate of Secondary Education

PM502: MARKETING RESEARCH

JOM BELAJAR TEKNIK SEO BERSAMA SHOPIEVO

DUPLICATE EXAMINATION RESULT SLIP/PERFORMANCE ANALYSIS FORM

Cambridge International Examinations Cambridge International General Certificate of Secondary Education

MANUAL RAKAN PENGHANTAR Fleet Khas GrabExpress (MALAYSIA)

fulfilling my family's dreams

The Bahasa Melayu version of the Global Physical Activity Questionnaire (GPAQ-M)

PUSAT PEMBELAJARAN DIGITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH

Ralat Punca Masalah Penyelesaian Kad Pintar NJOI anda tidak dimasukkan ke dalam slot kad pintar pada dekoder NJOI anda.

b) BG adalah satu aku janji rasmi dan boleh dipercayai. Ia memberi sokongan kepada keperluan perniagaan.

Panduan Pengguna Badan Pengurusan Bersama (BPB) / Perbadanan Pengurusan

MANUAL PENGENDALIAN LAMAN WEB PERSATUAN POLIS BANTUAN MALAYSIA (APA) UNTUK AGENSI POLIS BANTUAN MALAYSIA

Connect Online Soalan-Soalan Lazim

Answer all questions. Jawab semua soalan.

Connect Online Soalan-Soalan Lazim

MEDICAL CHECK-UP FORM (for Malaysian Students)

Aplikasi Pesanan Makanan Telefon Pintar

Details of your visits to the Website and the resources that you access.

Kadar faedah = Jumlah kredit berputar yang digunakan x Kadar faedah x Bilangan hari / 365 hari

TRENDLINE BREAKOUT STRATEGY[TLB]

CALL for ACTION" UITLINE. MONDAY-FRIDAY [9.00am TO 4.30pm]

MEDICAL EXAMINER S CERTIFICATE / SIJIL PEMERIKSA PERUBATAN

Pengeluaran daripada bayaran lebihan di bawah Bayaran Pendahuluan dengan notis bertulis.

- Sila gunakan borang yang disediakan SYARAT-SYARAT TAWARAN KEMASUKAN

IMG 203 CHEMICAL ANALYSIS OF FOOD [ANALISIS KIMIA MAKANAN]

For more information with regard to this Notice, you may reach us at

MANUAL OFFICE 365 PENGGUNA. Manual penggunaan Office 365

2009:NAK BERNIAGA APA DI INTERNET? Ebook PERCUMA panduan perniagaan internet kepada bakal usahawan internet.

DETERMINATION OF CHARACTERISTICS OF DISGUISED SIGNATURES AMONGST MALAYSIAN NORMAH BINTI MOHAMMED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Notis Privasi (Untuk Pelanggan)

KAD KREDIT-i BANK ISLAM SEPTEMBER Apakah konsep Shariah yang digunakan? 3. Apakah yang saya akan dapat dari BIC-i?

5/27/2011 NOMBOR BULAT (WHOLE NUMBERS)

Borang V (Peraturan 97) SURUHANJAYA TENAGA AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 PERAKUAN KELULUSAN

ROLE OF LENGTH SPECIFICITY, VELOCITY SPECIFICITY AND NEURAL ADAPTATIONS IN STRENGTH TRAINING

7 TEKNIK ENTRY FAKEOUT

MEDICAL LABORATORIES HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA REVIEW OF CONTRACTS

Perlindungan Kesihatan Pelajar Luar Negara Sokongan apabila anda memerlukannya

Apa-apa bayaran lebihan selepas menolak bayaran ansuran anda dan sebarang caj yang perlu dibayar, akan dianggap sebagai Bayaran Pendahuluan.

Nak Generate Extra Income RM200 Hingga RM1000 Sehari Secara Online?

KIE 356 Food and Palm Oil Chemistry [Kimia Makanan dan Minyak Sawit]

ELEMENT OF WARRANTY OF IBS STRUCTURAL SYSTEM FOR CONSTRUCTION INDUSTRY ANNAN VESSINUK A/L SING


UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination Academic Session 2009/2010. November BMT 217/3 Virology [Virologi]

b) ECR memberikan kemudahan kredit kepada pengeksport pada kadar faedah yang kompetitif.

Anda tidak lagi mempunyai pilihan untuk mengemukakan salinan dokumen yang bercetak untuk memohon SAPC.

Autopilot Data Mobile & Closing power ID4U

Register your product and get support at SPA1260. MS-MY Manual pengguna

INTEGRATION OF MEDIAN FILTER AND ORIENTATION FIELD ESTIMATION FOR FINGERPRINT IDENTIFICATION SYSTEM

USING TAM TO STUDY THE USER ACCEPTANCE OF IT IN THE YEMENI PUBLIC SECTOR (MINISTRY OF SOCIAL AFFAIRS AND LABOUR-YEMEN) ESMAT ABDULMAJID WAHDAIN

PERPUSTAKAAN UTHM * *

b) Bayaran pendahuluan daripada Bank akan mempertingkatkanaliran tunai untuk mengendalikan keperluan modal kerja anda.

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN INFORMASI SEBAGAI SATU BUDAYA PENEMPATAN KERJA ALTERNATIF DALAM SEKTOR PEMBINAAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK11

APLIKASI MUDAH ALIH PENEMPAHAN JUAL BELI MAKANAN (GO FOOD) Nurfilzah Hanum binti Mohd Fazi Dian Indrayani Jambari

<Nama Produk> Tarikh: <Tarikh Surat Tawaran ditawarkan> Sila hubungi kami untuk sebarang penjelasan lanjut, jika perlu. 1. Apakah produk ini?

MODEL STATISTIK BERSEPADU PELBAGAI ARAS BAGI TRIGLISERIDA DAN TEKANAN DARAH MANUSIA: KAJIAN KES DI HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SISTEM PESANAN MAKANAN BERASASKAN WEB. Zareen Sufia binti Jafry Prof Madya Dr. Masnizah binti Mohd

MODUL BENGKEL PEMBANGUNAN LAMAN WEB UNTUK SPUS 2012

1. THE PURPOSE OF THIS PRIVACY POLICY 2. WHAT INFORMATION WE COLLECT. Privacy Policy

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Peribadi-i

Penyataan Privasi Digi

COMPARATIVE STUDY ON THE DIFFERENT RANGE OF NIR SENSOR MEASUREMENT FOR GLUCOSE CONCENTRATION MUHAMMAD HANIS BIN AZMI ALI

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Introduction We are a company incorporated under Companies Act 1965 in Malaysia and listed on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad.

PERSONAL DATA PROTECTION POLICY AND NOTICE

THE NEEDS OF HALAL TRANSPORTATION CONTROL IN MALAYSIA: A MULTIPLE CASE STUDY APPROACH ZUHRA JUNAIDA BINTI IR MOHAMAD HUSNY HAMID

DINORSHUHAIDI DR Solution


Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk dan berkaitan:-

AFFIN Rewards Programme Terms and Conditions

NOTICE UNDER THE PERSONAL DATA PROTECTION ACT 2010 NOTIS DI BAWAH AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

(Kertas soalan ini mengandungi 4 soalan dalam 6 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 4 questions on 6 printed pages)

MODUL PENYEDIAAN MASSIVE OPEN ONLINE COURSE (MOOC) PLATFORM OPEN LEARNING

MANUAL PENGGUNA PROGRAM JADUAL WAKTU SEKOLAH (JWS)

Kursus Lotus Notes R8.5 - Emel, Penjadualan & Calender dan Web Mel

4. This Privacy Policy serves as a notice pursuant to the Malaysian Personal Data Protection Act 2010.

Risiko rendah, hasil lumayan. berjaya. Kegiatan menjual rokok tidak sah pula 'digemari' kerana selain memberi keuntungan lumayan, risiko

Berkuatkuasa 1 Disember 2010 Ver 1.5 (Malay Version)

Transcription:

Panduan Asas Paypal www.bengkelwebsite.com Disediakan oleh, ZAKI YUSOF 1

:: Hakcipta Hakcipta hasil kerja ini (ebook) adalah dilindungi oleh undang-undang Akta Hakcipta 1987. Barangsiapa yang menjual, mengedar atau memilik ebook ini secara HARAM (bukan melalui pembelian yang sah), maka: Penulis ebook ini tidak redha terhadap individu dan tindakan tersebut. Ia tidak akan dimaafkan melainkan pesalah memohon maaf secara terus kepada penulis. Pihak penulis dan penerbit akan mengambil tindakan tegas mengikut saluran undangundang berkaitan termasuk laporan polis. :: Penafian 1. Panduan ini telah ditulis sedaya mungkin untuk memberikan maklumat berkaitan agar dapat membantu pembaca (pembeli) memenuhi kehendak mereka. Namun pembaca juga disarankan terus menambah pengetahuan dengan cara yang lain. 2. Segala imej dan logo berkaitan, ada diambil dari laman web pihak terbabit terutamanya Paypal. Imej-imej itu adalah sepenuhnya milik hakcipta mereka. Ia digunakan sebagai bahan rujukan dan pendidikan sahaja di dalam ebook ini. Termasuklah juga nama Paypal itu sendiri, ia adalah tanda dagang (trademark) pihak Paypal, Inc. 3. Panduan ini bukanlah khidmat nasihat profesional. Segala kerugian di dalam melakukan sesuatu adalah ditanggung oleh pembaca sendiri. 4. Panduan ini adalah panduan How To mengenai Paypal dan bukan cara buat duit. HAKCIPTA TERPELIHARA ZakiYusof.com 2

Isi Kandungan Perkara Muka Surat 1.0 Pengenalan Asas Paypal... 5 2.0 Contoh Penggunaan Paypal... 13 3.0 Keperluan Pendaftaran... 17 4.0 Pendaftaran Akaun Paypal... 28 5.0 Pengesahan Akaun Paypal... 35 6.0 Pantang Larang Paypal... 47 7.0 Caj Transaksi Oleh Paypal... 53 8.0 Mengeluarkan Wang Dari Paypal... 58 9.0 Asas Penggunaan Akaun Paypal... 72 BAB BONUS 13 Cara Mengisi Duit Ke Akaun Paypal... 88 3

Bab 1 Pengenalan Asas Paypal 4

1.0 Pengenalan Asas Paypal Laman web utama Paypal: www.paypal.com Fungsi: Mengurus transaksi jual beli di Internet. Paypal adalah salah satu 'Payment Processor' (pemproses bayaran) atau pengurus transaksi jual beli di Internet. Pembeli dapat membeli sesuatu produk dengan selamat tanpa memberikan maklumat kad kredit secara terus kepada penjual. Manakala penjual pula dapat menerima bayaran dengan selamat. Kiranya, Paypal berperanan sebagai pihak tengah atau dipanggil juga sebagai 3 rd party. PEMBELI <paypal> PENJUAL Paypal dimiliki oleh Paypal, Inc. dan syarikat ini adalah milik penuh kepada ebay pada bermula pada tahun 2002. Sebenarnya, ada payment processor yang lain selain Paypal. Namun, disebabkan ia lebih banyak digunapakai oleh peniaga di Internet, caj transaksinya yang rendah dan tidak perlukan sebarang bayaran untuk membuka akaun, maka ia menjadi pilihan ramai. Maka sebab itulah saya menulis ebook ini. Dengan Paypal, kita mampu menerima bayaran daripada pembeli atau daripada manamana pihak yang ingin membayar kita sama ada terus melalui akaun Paypal itu sendiri, atau melalui kad debit atau kad kredit. Kiranya, kita mampu menerima bayaran daripada kebanyakan negara di seluruh dunia ini. 5

Selain itu, kita juga boleh membuat bayaran kepada mana-mana pihak yang menyediakan kaedah penerimaan bayaran melalui Paypal, sama ada melalui laman web mereka atau kita terus boleh menghantar melalui fungsi Send Money. Jika mahu meminta bayaran daripada seseorang ataupun pelanggan, kita boleh gunakan fungsi Request Money. Dengan cara ini, walaupun pelanggan itu tiada akaun Paypal, mereka tetap boleh membuat bayaran melalui kad debit atau kad kredit. 6

7

Tidak cukup dengan itu, jika mahu lebih profesional, boleh gunakan fungsi Invois yang disediakan di akaun Paypal anda. Lihat paparan imej berikut: 8

Menarik bukan? Anda hanya dapat melakukan semua ini jika memiliki akaun Paypal. Teruskan membaca langkah demi langkah sehingga tiba pada bab mendaftar akaun. Ada banyak lagi fungsi-fungsi lain dan ia akan diterangkan pada bab-bab yang berikut. Untuk mudah memahami, jika dilihat pada fungsi yang dicontohkan sebelum ini, ia lebih kurang sama sahaja seperti akaun bank. AKAUN BANK: Nama Akaun: Nama pemilik akaun Rujukan Akaun: Nombor akaun AKAUN PAYPAL: Nama Akaun: Nama yang didaftarkan Rujukan Akaun: Emel yang didaftarkan Contoh Sebenar: Contoh emel Paypal: paypal@inspirasimaya.com 9

Jumlah Baki Akaun Masih ingat fungsi Send Money sebelum ini? Ya, kita hanya perlu masukkan emel penerima bayaran sahaja: Jadi, secara mudah untuk difahami, nombor akaun Paypal kita adalah emel yang digunakan semasa pendaftaran akaun. Pastikan anda menggunakan emel yang selalu dibuka atau emel rasmi anda untuk digunakan pada akaun Paypal. 10

KESIMPULAN BAB 1.0 Paypal digunakan untuk membuat dan menerima bayaran dengan selamat sama ada melalui kad kredit atau terus menggunakan wang yang ada di dalam akaun Paypal. Paypal ada pelbagai fungsi seperti Send Money dan Invois. Nombor akaun Paypal adalah EMEL yang didaftarkan. Berikan emel ini kepada pihak yang ingin membuat bayaran kepada anda melalui akaun Paypal mereka. Jika menerima bayaran melalui laman web, boleh gunakan Buy Now Button tanpa perlu memberikan emel. Sumber wang kepada akaun Paypal adalah kad debit, kad kredit atau wang yang tersimpan di dalam akaun Paypal. Bagaimana mengisi wang ke akaun Paypal? Ia akan diterangkan dalam bab kemudian. Nota: Jumlah baki dalam USD adalah jumlah wang di dalam akaun yang nilainya adalah di dalam matawang USD (US Dollar). Manakala MYR pula adalah dalam nilai Ringgit Malaysia. Bagaimana ini boleh berlaku? Mudah sahaja. Apabila kita menerima bayaran dalam nilai USD, maka wang itu akan dimasukkan pada bahagian USD. Jika nilai yang diterima adalah dalam RM, maka ia diletakkan pada jumlah terkumpul MYR. 11

Bab 2 Contoh Penggunaan Paypal 12

2.0 Contoh Penggunaan Paypal Sebelum ini telah ditunjukkan beberapa fungsi dan kegunaan Paypal. Pada bab ini, akan ditunjukkan beberapa contoh sebenar yang digunakan di beberapa buah laman web. Contoh 2.1: Buy Now Button Dengan cara ini, pembeli boleh membuat bayaran terus melalui kad kredit atau kad debit walaupun tidak mempunyai akaun Paypal. Contoh 2.2: Bayaran Melalui Emel 13

Dengan cara di atas, pembeli yang mempunyai akaun Paypal, dapat membuat bayaran terus melalui akaun Paypal dengan menghantar (Send) sejumlah bayaran ke akaun kita. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, emel Paypal kita adalah umpama nombor akaun. AKAUN PEMBELI >> AKAUN PENJUAL Jadi jangan keliru di sini, kita bukan menerima bayaran ke emel, tapi emel itu adalah umpama nombor akaun atau ID kepada akaun Paypal kita sahaja. Contoh 2.3: Buy Now Link Kaedah ini sama sahaja dengan Buy Now Button. Cuma sahaja ia dalam bentuk Link (pautan). Dengan cara ini, kita dapat letak link itu di dalam emel. Jika Button Now, sudah pasti sedikit sukar untuk kita letak di dalam emel. Selain itu, link itu juga boleh digunakan pada sebarang ayat atau perkataan, di mana selepas seseorang klik pada ayat itu, mereka akan dibawa ke laman bayaran. Contohnya seperti ayat berikut: KLIK DI SINI UNTUK KE LAMAN PEMBAYARAN. 14

Contoh 2.4: Subscription (Bayaran bulanan automatik) Subscription ini membolehkan sesebuah perniagaan atau individu mengenakan bayaran secara automatik secara berkala. Biasanya sekali sebulan. Bermaksud, apabila tiba masa bayaran, pihak Paypal akan mengenakan bayaran kepada akaun Paypal pelanggan atau terhadap kad kredit/debit mereka secara automatik. Bayaran itu akan dimasukkan ke akaun Paypal pihak penjual (peniaga). Biasanya kaedah bayaran berkala ini digunakan pada laman web keahlian berbayar. KESIMPULAN BAB 2.0 Terdapat beberapa cara untuk menerima bayaran daripada pembeli. Ia adalah: Buy Now Button Melalui Emel Melalui Link Buy Subscription Berkala Jangan risau mengenai bagaimana cara melakukan itu semua. Dalam bab akan datang, anda akan ditunjukkan cara membuat bayaran melalui emel (telah diterangkan dalam Bab 1), Buy Now Button (contoh 2.1) dan juga Bayaran Melalui Link (contoh 2.2). 15

Bab 3 Keperluan Pendaftaran Akaun Paypal 16

Bab 3.0 Keperluan Pendaftaran Akaun Paypal Untuk memiliki akaun Paypal, ia hanyalah percuma sahaja. Caj (fees) yang akan dikenakan adalah apabila menerima bayaran sahaja. Tiada caj dikenakan apabila melakukan bayaran, melainkan dalam keadaan tertentu. Mengenai caj ini, ia akan diterangkan dalam bab akan datang. Untuk mendaftar akaun Paypal, kita perlukan beberapa perkara iaitu: 1. Nama penuh sebenar 2. Alamat surat menyurat 3. Kad debit atau kad kredit 4. No. telefon 5. Emel 6. Akaun bank tempatan Pastikan anda tidak menggunakan maklumat palsu kerana pihak Paypal akan membekukan atau terus menutup akaun anda tanpa sebarang notis. Jika menggunakan maklumat palsu, bermaksud ia adalah menipu. Pihak Paypal amat tegas di dalam perkara ini kerana mereka lebih mengutamakan keselamatan dan kebajikan pembeli. Alamat: Sebaik-baiknya, alamat yang dimasukkan semasa pendaftaran nanti adalah alamat yang sama seperti yang didaftarkan semasa mendapatkan kad debit. Namun jika berbeza, ia tidak mengapa. Pada proses pendaftaran, masukkan sahaja alamat surat menyurat seperti biasa. Dan apabila pada proses penambahan kad debit nanti, masukkan alamat yang digunakan semasa mendaftar kad debit. Alamat kad debit ini dipanggil sebagai Billing Address. Kad Debit: Tidak semua kad debit dan kad kredit diterima oleh pihak Paypal. Pada muka surat seterusnya, akan disenaraikan beberapa kad debit cadangan yang boleh digunakan untuk mengesahkan akaun Paypal. Tujuan kad debit ini ada dua: Mengesahkan akaun Paypal yang didaftarkan. Setelah disahkan, akaun akan diberikan status VERIFIED. Digunakan untuk mendapatkan nilai wang yang akan dimasukkan ke akaun Paypal. 17

Sebagai penjual atau pembeli, anda wajib memahami bagaimana Paypal mendapatkan wang untuk anda atau pembeli anda melakukan bayaran. Terdapat dua cara Paypal mendapatkan wang: 1. Melalui baki sedia ada. Jika akaun Paypal mempunyai jumlah wang yang cukup untuk dibuat bayaran, Paypal akan menggunakan terus wang yang ada (baki) di dalam akaun itu. Baki ini dipanggil sebagai Paypal Balance. AKAUN PAYPAL >> BAYARAN KEPADA PENJUAL 18

2. Jika baki akaun Paypal pembeli tidak cukup duit untuk membuat bayaran, pihak Paypal akan mengambil sejumlah wang daripada akaun kad debit yang telah didaftarkan di akaun Paypal. Jika akaun kad debit itu tidak mempunyai baki wang yang mencukupi, maka proses pembayaran tidak akan berjaya. AKAUN KAD DEBIT >> AKAUN PAYPAL >> BAYARAN KEPADA PENJUAL Nota: Di dalam panduan ini, hanya kad debit sahaja yang akan difokuskan. Boleh dikatakan kebanyakan kad kredit diterima oleh Paypal. Jika anda menggunakan kad kredit, tidak salah untuk mencubanya pada proses pengesahan akaun Paypal nanti. Akaun Bank: Kita (rakyat Malaysia) boleh memindahkan dana (wang) dari akaun Paypal terus ke akaun bank. Buat masa ini Paypal menerima kebanyakan bank tempatan. Berikut adalah senarainya: Nama Bank MEPS Bank Routing Code AFFIN BANK BERHAD PHBMMYKL ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD MFBBMYKL AMBANK BERHAD ARBKMYKL BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD BIMBMYKL BANK KERJASAMA RAKYAT BERHAD BKRMMYK1 BANK MUAMALAT BERHAD BMMBMYKL BANK OF AMERICA BOFAMY2X BANK SIMPANAN NASIONAL BSNAMYK1 CIMB BANK BERHAD CIBBMYKL CITIBANK BERHAD CITIMYKL DEUSTCHE BANK DEUTMYKL 19

EON BANK BERHAD EOBBMYKL HONG LEONG BANK BERHAD HLBBMYKL HSBC BANK MALAYSIA BERHAD HBMBMYKL MALAYAN BANKING BERHAD MBBEMYKL OCBC BANK (M) BERHAD OCBCMYKL PUBLIC BANK BERHAD PBBEMYKL RHB BANK BERHAD RHBBMYKL STANDARD CHARTERED BANK MSIA BHD SCBLMYKX THE ROYAL BANK OF SCOTLAND BERHAD (RBS) ABNAMYKL UNITED OVERSEAS BANK UOVBMYKL Nota: 1. Sebaik-baik akaun bank adalah yang selari dengan Syariah (Islamik). Saya lebih menyarankan kita menggunakan akaun bank yang bebas daripada riba. 2. Masukkan Routing Code yang betul semasa proses Add akaun bank nanti. 3. Maklumat di atas boleh didapatkan di akaun Paypal anda. Jadi tidak perlu menghafalnya. 4. Anda akan ditunjukkan cara Add akaun bank di akaun Paypal pada bab yang seterusnya nanti. 5. Peringatan Awal: Akaun bank perlu nama sama seperti yang didaftarkan pada akaun Paypal. Sebab itu dikatakan pada awal panduan ini, gunakan maklumat yang betul. Ini adalah langkah berjaga-jaga. 6. Bank yang disarankan adalah Maybank Islamik, Bank Islam, Al-Rajhi Bank, EONCAP Islamic, Public Bank Islamic dan lain-lain lagi. Sebagai tatapan mata anda, berikut adalah contoh jumlah wang yang saya terima di akaun Maybank saya setelah melakukan proses Withdraw melalui Paypal. Langkahnya akan ditunjukkan pada bab akan datang. Anda juga mampu melakukannya kelak... 20

3.1 Kad Debit Cadangan Berdasarkan kepada pengalaman saya dan juga pemerhatian (pembacaan) yang dilakukan, kad-kad debit yang akan dicadangkan berikut adalah boleh digunakan untuk mengesahkan akaun Paypal. Sebelum itu mungkin anda tertanya-tanya, mengapa perlu mengesahkan akaun Paypal dengan kad debit? Jawapannya mudah sahaja. Ia untuk memastikan pemilik akaun adalah betul-betul sah. Jika tidak dilakukan pengesahan, maka akan banyak berlaku kes penipuan melalui Paypal, termasuk penyalahgunaan maklumat peribadi. Selain itu, pengguna Paypal terutama mereka yang berniaga melalui Internet akan lebih dipercayai berbanding mereka yang akaunnya tidak verified. Pada proses pembelian, akan dipaparkan status Verified atau tidak (Unverified). Contoh: Kelak, selepas anda selesai mengesahkan akaun Paypal anda, status Verified boleh dilihat pada bahagian utama di dalam akaun anda: Apa akan jadi jika akaun tidak disahkan? Pembeli kurang berkeyakinan untuk berurusan dengan anda. Ada had (limit) jumlah wang yang boleh dikirimkan (Send) dan juga jumlah yang boleh dikeluarkan. 21

Baik, proses pengesahan akan diterangkan dengan lebih mendalam pada bab seterusnya. Sekarang kita habiskan dahulu bab ini mengenai kad debit. Kad debit yang dicadangkan adalah: Kad debit Maybankard Visa Kad debit EONCAP Islamic Kad debit Day2Day Public Bank Selain kad debit, anda juga boleh menggunakan kad prepaid yang mana ia mudah dan murah untuk diperolehi. Tidak perlu ada akaun bank untuk mendapatkannya: Kad prepaid MOL Freedom Kad Public Bank Visa Electron Kad prepaid NexG Mastercard (Ambank) Kad prepaid Visa Tune Money Anda boleh search menggunakan Google dengan menaip nama kad di atas untuk mendapatkan maklumat lanjut. Laman web rasmi kad itu biasanya akan berada di muka pertama carian Google itu. Untuk dapatkan mana-mana kad debit, ia amat mudah sahaja. Anda boleh pergi ke mana-mana cawangan bank berkenaan, dan beritahu anda ingin mendaftar kad debit. Di dalam panduan ini, saya akan menggunakan kad debit Maybankard Visa sebagai contoh. Saya gunakan kad ini kerana didapati rakyat Malaysia lebih ramai menggunakan perkhidmatan Maybank, selain ia mempunyai banyak cawangan di negara Malaysia ini. Selain itu, proses memilikinya tidak sepayah kad-kad yang lain. Saya jamin! Penafian: Pihak Maybank (MBB) tiada kaitan dengan kami sama ada secara langsung atau tidak langsung. Penggunaan nama (jenama) mereka di dalam panduan ini hanyalah sebagai pendidikan dan pengetahuan sahaja. Untuk itu, jika anda telah mempunyai kad debit yang dinyatakan, anda boleh terus 22

lakukan proses pengesahan sebaik sahaja selesai mendaftar akaun Paypal nanti. Saya amat galakkan anda menggunakan kad debit Maybank. Pastikan kad debit itu adalah kad ATM Maybank yang baru seperti ini: Nota: Kad ATM Maybank jenis baru ini adalah juga kad debit. Ya, ia adalah kad debit! Bagi anda yang masih menggunakan kad jenis lama, anda boleh lakukan penukaran di mana-mana cawangan Maybank dengan kos RM12.00 sahaja. Bayaran caj ini akan dikenakan terus pada akaun simpanan utama anda. Jika anda belum memiliki akaun Maybank, bukalah satu akaun simpanan (sebaiknya Islamik), di mana-mana cawangan Maybank terdekat. Pastikan mohon kad debit (ATM) ini sekali semasa pendaftaran. Mohon juga aplikasi Maybank2u.com. PENTING: Pengaktifan MSOS! Sebelum kad debit Maybank ini boleh digunakan, anda perlu mengaktifkan MSOS dahulu. MSOS adalah singkatan kepada Maybankard Secure Online Shopping. Tanpa mengaktifkan MSOS ini, kad anda tidak boleh melakukan pembelian atau pembayaran melalui Online (Internet), termasuklah mendaftar di Paypal. 23

Berikut adalah langkah untuk melakukannya: Langkah 1: Login ke akaun Maybank2u.com Langkah 2: Lihat pilihan menu yang ada. Klik pada Maybankard Secure Online Shopping Registration. Langkah 3: Isi maklumat yang diperlukan 24

MSOS Password: Masukkan password kehendak anda. Pastikan mengikut kriteria password yang telah ditetapkan (rujuk pada bahagian bawah itu). Secara ringkas, panjang password mesti 6 hingga 8 characters, mesti huruf A-Z dan nombor 0-9 sahaja. Confirm MSOS Password: Masukkan sekali lagi password tadi. Personal Assurance Message (PAM): Taip apa-apa ayat sekitar 1 hingga 100 characters tanpa diakhiri dengan tanda noktah. Contoh: Saya suka duit Expired Date: Masukkan tarikh expired kad debit anda. CVV: Tiga digit ini ada di belakang kad anda. Hint: Pilih yang berkenaan Answer: Jawapan kepada Hint tersebut. Sesudah siap memasukkan semua maklumat di atas, klik pada Submit. 25

Langkah 6: Jika tiada apa-apa masalah atau anda telah memasukkan maklumat dengan betul, maka proses pengaktifan MSOS telah selesai dilakukan. Tahniah! Pastikan anda telah mengaktifkan MSOS. Jika tidak, proses pengaktifan akaun Paypal tidak akan berjaya. Jika anda menggunakan kad debit lain, anda boleh bertanya kepada kepada saya prosesnya. Jika saya tidak tahu, anda boleh terus merujuk pihak bank (pengeluar kad debit). Sebaik-baiknya anda telah memiliki kad debit sebelum meneruskan langkah seterusnya, bagi melancarkan kerja anda. Boleh sahaja mendaftar akaun Paypal dahulu dan mengesahkannya kemudian, tetapi ada baiknya terus melakukan pengesahan akaun Paypal tanpa menundanya di kemudian hari. Rujukan: 1. Kad debit Maybank: http://www.maybank2u.com.my 2. Kad debit EONCAP Islamic: http://www.eoncap-islamicbank.com.my 26

Bab 4 Pendaftaran Akaun Paypal 27

4.0 Pendaftaran Akaun Paypal Sekarang, kita akan lakukan pendaftaran akaun Paypal dengan beberapa langkah sahaja. Kemudian pada bab seterusnya, kita akan lakukan pengesahan akaun Paypal dengan menggunakan kad debit. Langkah 1: Masuk ke http://www.paypal.com/my URL di atas adalah khas untuk rakyat Malaysia. Ini adalah laman utama Paypal: Langkah 2: Klik pada pilihan Sign Up Link Sign Up ada dua iaitu pada bahagian atas dan satu lagi pada bahagian berdekatan dengan akses Login. Klik mana-mana satu. Ia sama sahaja. 28

Langkah 3: Pilihan Jenis Akaun Ada tiga jenis akaun Paypal: Personal. Untuk menjadi pembeli dan penerima wang sahaja. Tidak sesuai untuk perniagaan. Premier. Untuk individu yang berniaga di Internet. Business. Jika anda ada perniagaan berdaftar (ada nama perniagaan), anda boleh mendaftar akaun jenis ini. 29

Untuk memudahkan, kita daftar akaun Premier dahulu. Kelak jika anda mahu menggunakan akaun jenis Business, anda boleh Upgrade sahaja tanpa sebarang kos. Apa beza Premier dan Business? Ia sama sahaja. Premier menggunakan nama individu, manakala Business menggunakan nama perniagaan. Dari segi caj, sama sahaja. Sekarang, klik pada pilihan akaun Premier: Langkah 4: Isi semua maklumat yang diperlukan. Pastikan anda mengisi maklumat yang betul. Pemalsuan maklumat akan menyebabkan akaun anda akan dibekukan atau terus ditutup tanpa sebarang rundingan. 30

Kosongkan bahagian Link my credit card... Kita akan 'link'kan kad debit selepas siap mendaftar akaun Paypal. 31

Kemudian klik pada button Agree and Create: Jika keluar paparan sebegini, abaikan dahulu dengan klik Go to My Account: Dan ini adalah paparan utama bahagian akaun Paypal anda: 32

Tahniah, anda sudah berjaya mendaftarkan akaun Paypal, tetapi ada satu langkah lagi iaitu pengesahan akaun Paypal dengan menggunakan kad debit. Pada akaun anda yang belum disahkan (unverified), akan dipaparkan sebegini: Pada bab seterusnya, anda akan pelajari bagaimana melakukan pengesahan akaun. 33

Bab 5 Pengesahan Akaun Paypal 34

5.0 Pengesahan Akaun Paypal Sekarang, kita akan lakukan proses pengesahan akaun Paypal dengan menggunakan kad debit. Sebelum itu, pastikan anda telah mendapatkan kad debit seperti yang dibincangkan di awal panduan ini. Pastikan ia sudah aktif dan sudah ada wang yang mencukupi di dalamnya (dalam akaun kad), paling kurang RM30.00 (cadangan saya). Kad debit yang akan digunakan dalam panduan ini adalah kad debit Maybank. Jika anda menggunakan kad debit lain, prosesnya tidak berbeza pada Paypal, cuma ada sedikit berbeza pada prosedur atau paparan oleh pihak pengeluar kad debit itu. Langkah 1: Keluarkan kad debit anda. Perhatikan di hadapan kad, ada dua maklumat penting iaitu nombor kad dan tarikh luput. Pada bahagian belakang pula, ada tiga digit yang dikenali sebagai CVV. Ketiga-tiga maklumat ini diperlukan. Pastikan telah mendaftar MSOS. Rujuk mukasurat 25. CVV Pastikan anda jelas dengan tiga maklumat itu dan masukkan yang betul. Jangan tersilap. 35

Langkah 2: Add Debit Card Klik pada menu Profile dan pilih Add/Edit Credit Card: Bahagian berikut akan dipaparkan: 36

Nota: Walaupun nama pilihan itu adalah Kad Kredit, kad debit tetap diterima. Langkah 3: Isi maklumat kad debit dengan betul. First Name: Automatik telah dimasukkan. Edit jika perlu. Nama ini adalah nama yang didaftarkan pada kad debit itu. Jangan masukkan nama orang lain atau tersalah eja. Last Name: Automatik telah dimasukkan. Tidak boleh diedit. Card Type: Pilih jenis kad anda. Lihat logo pada kad. Card Number: Masukkan nombor kad anda. Expiration Date: Pilih tarikh luput kad. Card Verification Number: Kod tiga digit di belakang kad. Kemudian, masukkan alamat surat-menyurat yang digunakan untuk kad debit itu. Jika ia sama dengan alamat yang dimasukkan semasa pendaftaran akaun Paypal sebelum ini, pilih sahaja. Jika berbeza, masukkan yang baru. 37

Masukkan atau pilih alamat sedia ada. PASTIKAN (saya ulangi sekali lagi, PASTIKAN), semua maklumat yang telah dimasukkan adalah betul. Pastikan: Jangan ada salah eja. Jenis kad yang betul (Visa, Mastercard,...). Tarikh luput mesti betul. Nombor kad dan kod CVV perlu betul. Pastikan wang di dalam akaun kad debit mencukupi. Rujuk pada prosedur dan syarat oleh pengeluar kad debit masing-masing. Alamat yang betul. Sama seperti yang didaftarkan pada akaun kad debit. Lakukan semakan paling kurang dua kali. Ramai yang GAGAL melakukan proses pengesahan akaun kerana salah memasukkan maklumat. Jika semua telah betul dan selesai, klik pada Add Card ; 38

Jika tiada sebarang masalah, laman success akan dipaparkan: 39

Jika anda mendapat paparan sebegini, TAHNIAH, anda telah berjaya menambah (add) kad debit di akaun Paypal anda. Tapi ia belum selesai, ada lagi beberapa langkah. Sekarang, klik pada Save and Continue : Anda akan dibawa ke laman seperti berikut: 40

41

Seperti yang dikatakan di laman itu, akaun kad debit anda telah dicaj oleh Paypal sebanyak $1.95 USD. Caj ini sebenarnya akan dipulangkan kembali ke akaun Paypal anda selepas memasukkan kod 4 digit yang akan mereka berikan nanti. Paypal akan memberikan kod 4 digit yang dinamakan sebagai Expuse Number dan dipaparkan pada statement di akaun Online banking anda (bagi contoh ini, Maybank2u.com). Berikut adalah paparan awalan selepas anda klik Save and Continue tadi: Login ke akaun Maybank2u anda dan klik pada Today's Transactions Nota: PRE-AUTH DEBIT. Secara mudah untuk memahami, ia bermaksud proses caj sedang dilakukan. Belum lagi 'complete'. Dalam tempoh 24 jam, anda akan mendapat paparan sebegini: Nota PENTING: Jika anda menggunakan kad debit selain Maybank yang tidak menyediakan kemudahan e-statement, anda boleh telefon pihak pengeluar kad debit itu selepas 24 jam atau selepas tiga hari. Beritahu mereka, anda mahukan kod yang 42

diberikan oleh Paypal. Atau paling lama, anda perlu menunggu statemet bercetak yang akan dihantarkan ke rumah anda (jika ada). Langkah 3: Memasukkan kod Expuse Number *Langkah ini dilakukan selepas anda mendapat kod Expuse Number.* Katakan anda mendapat begini: PREAUTH SALE 1234PAYPAL 1234 itu adalah kod yang perlu anda masukkan pada akaun Paypal. Ikuti caranya pada langkah berikut. Sekarang, pastikan anda sudah login ke akaun Paypal. Layari http://www.paypal.com/my dan masukkan emel dan password anda. Sama seperti langkah sebelum ini, letak pointer tetikus pada menu Profile dan pilih Add/Edit Credit Card. 43

Bahagian berikut akan dipaparkan: Sekarang, klik pada Enter Paypal Code : Masukkan kod 4 digit yang telah anda dapat dan klik pada Submit: Jika tiada apa-apa masalah (pastikan memasukkan kod yang betul), anda akan diberitahu proses di atas telah berjaya dilakukan. 44

Sekarang, klik pada menu My Account: Perhatikan pada bahagian atas sekali, akan dipaparkan status Verified: Jika ada status itu, TAHNIAH, Anda telah berjaya mengesahkan akaun Paypal anda! Baik, sebelum anda berehat selepas berpenat-lelah melakukan langkah awal sehingga berjaya mengesahkan akaun, ada satu lagi perkara. Seperti yang dikatakan, anda akan mendapat balik caj $1.95. Anda akan melihatnya di akaun anda seperti paparan ini: Anda boleh klik pada bahagian Details untuk melihat keterangannya. Maka, telah selesailah usaha anda di dalam memiliki akaun Paypal yang sah. Tugas utama anda tamat di sini. Bab-bab yang seterusnya boleh dibaca kemudian terutama Bab cara mengeluarkan wang dari akaun Paypal. Nota: Jika bacaan anda dari Bab 1 sehingga Bab 5 ini adalah pra-bacaan (baca sahaja tanpa buat), sila kembali merujuk Senarai Semak Tindakan. 45

Bab 6 Pantang Larang Paypal 46

6.0 Pantang Larang Paypal.com Di dalam bab ini, saya tidak akan senaraikan terlalu mendalam. Bab ini hanya bab tambahan sahaja TETAPI penting untuk dibaca, difahami dan dipraktikkan. Walaupun Paypal itu mudah, cepat dan cajnya murah, namun anda mesti tahu satu perkara iaitu Paypal amat tegas di dalam melaksanakan peraturan mereka. Malah sampai satu tahap, akaun Paypal kita akan digantung atau dibekukan tanpa sebab yang kukuh walaupun di dalam akaun kita ada banyak duit. Sekali baca, seperti mereka ini ambil kesempatan dan tidak berperikemanusiaan kerana menggantung akaun begitu sahaja. Jika akaun anda dibekukan walau apa sahaja alasan kukuh anda, biasanya tempoh akaun dibekukan adalah selama 180 hari. Ya, walaupun ada duit beribu-ribu di dalam akaun itu! Memang sakit hati bukan? :) Anda boleh lihat sendiri perbincangan mengenai ketegasan Paypal di Google: http://www.google.com.my/search?q=paypal+freeze+account Nota: Tidak semua informasi mengenai 'kekurangan' Paypal di Internet adalah betul dan tepat. Ada juga pihak yang mahu 'menjatuhkan' reputasi Paypal. Mesti anda tertanya-tanya, mengapa Paypal bertindak sedemikian. Sebenarnya, Paypal menjaga 100% kebajikan pembeli melalui Paypal. Kalau pun anda (sebagai) penjual tidak bersalah, tetapi jika pembeli membuat laporan (aduan) palsu kepada Paypal, kemungkinan pembeli itu untuk mendapat kembali duit bayarannya adalah tinggi. Saya menceritakan perkara ini bukan untuk menakutkan anda, tetapi sebagai pengguna Paypal (terutama jika anda seorang peniaga), hal ini wajib diketahui. Maka bertitik tolak daripada kesedaran awal ini, kita boleh merancang strategi agar kita tidak menjadi 'mangsa' Paypal. 47

Baik, jadi persoalan sekarang adalah, mengapa Paypal bertindak menggantung atau membekukan akaun Paypal kita? (Nota: Saya menulis perkara ini berdasarkan pembacaan pengalaman orang lain. Saya sendiri belum mengalami perkara ini. Mohon dijauhkan.) Pantang Larang Paypal.com Paypal mempunyai pantang larang atau undang-undang mereka sendiri. Di antara perkara yang anda perlu elakkan semasa menggunakan akaun Paypal adalah: 1. Penipuan. Jangan sesekali menjadi peniaga yang menipu pembeli. Kalau anda melakukannya, maka jangan salahkan Paypal jika akaun dibekukan atau terus ditutup. 2. Menggunakan Paypal untuk apa-apa program MLM (walaupun yang betul sekalipun) skim cepat kaya dan skim derma menderma (berantai). 3. Memberikan maklumat palsu. Dari awal ebook ini, saya telah memberitahu kita mesti menggunakan maklumat yang betul seperti nama, alamat dan lain-lain. Jika pihak Paypal dapat 'menghidu' penggunaan maklumat palsu itu, bersiap-siaplah untuk menerima tindakan tegas daripada mereka. 4. Menjual barangan terlarang. Tidak semua produk boleh dijual jika menerima bayaran melalui Paypal. Contoh mudah adalah menjual dadah, perisian cetak rompak, barangan tiruan atau apa sahaja yang salah di sisi undang-undang. 5. Jangan berurusan dengan pihak scammer (penipu). Walaupun anda jujur dan tidak melakukan kesalahan, anda akan turut dikenakan tindakan. Anda akan dianggap bersubahat dengan scammer tersebut. 6. Membuka lebih daripada dua akaun. Jangan buka lebih daripada dua akaun. Paypal hanya membenarkan kita membuka dua akaun sahaja iaitu: (1) Akaun Personal (2) Akaun Premier atau Business (salah satu). 7. Menyalahi mana-mana peraturan Paypal. Rujuk Terma & Syarat di Paypal.com. 8. Memindahkan bayaran atau wang kepada pengganas, perompak, pencuri atau mereka yang disenarai-hitamkan oleh undang-undang. 9. Mengakses akaun Paypal menggunakan laman web Proksi (anonymous proxy service) atau melalui apa-apa aplikasi yang meragukan. 10. Elakkan melibatkan diri dengan individu atau pihak dari negara-negara yang banyak berlaku kes penipuan (SCAM), seperti negara Nigeria. 48

11. Aktviti atau Transaksi mengejut. Maksudnya, jika selama ini akaun anda tidak aktif dan tiba-tiba anda menerima wang atau transaksi yang banyak secara mendadak, ia adalah salah satu sebab akaun Paypal boleh dibekukan untuk semakan pihak Paypal, walaupun anda tidak bersalah. Nah, begitu banyak sekali PANTANG LARANG atau perkar-perkara yang TIDAK BOLEH atau sebaiknya DIELAKKAN semasa menggunakan akaun Paypal. Lain-Lain Cadangan: Setiap urusan jual beli, simpan maklumat pelanggan, perbincangan, invois (jika ada) dan lain-lain dokumen (jika ada). Semua ini akan menjadi bahan bukti untuk dikemukakan kepada pihak Paypal jika akaun kita digantung atau untuk menyelesaikan aduan oleh pembeli kepada Paypal. Apabila akaun anda dibekukan dan ingin membuka akaun yang baru untuk urusan jual beli (Premier atau Business), anda perlu menggunakan maklumat yang lain iaitu nama lain, alamat lain, kad debit lain dan segalanya. Mungkin boleh menggunakan nama isteri, adik-beradik, kawan dan sebagainya. Banyakkan membaca mengenai Paypal. Boleh membaca di laman web Paypal.com itu sendiri atau di laman web dan forum komuniti berkaitan. Jika akaun anda dibekukan atau digantung, anda diberikan peluang untuk mengemukakan sebarang bahan bukti dan keterangan. Ikut segala arahan yang pihak Paypal berikan untuk menyelesaikan kes itu. Jangan buka emel atau klik sebarang link di dalam emel yang meragukan. Paypal tidak akan menghantar emel melainkan jika ada transaksi yang berlaku. Ini bagi mengelakkan akaun anda di'pecah-masuk' oleh pihak scammer. Sentiasa berdoa agar sentiasa 'selamat', dan lakukan usaha yang HALAL. Strategi atau Jalan Keluar 1. Buka satu lagi akaun, tetapi akaun Personal. Untuk akaun kedua ini, anda perlu menggunakan kad debit lain untuk pengesahan akaun. Perlu dimaklumkan, di paypal.com kita hanya boleh membuka dua akaun sahaja iaitu satu akaun Personal dan satu lagi akaun Premier ATAU Business (salah satu). 49

Akaun Personal untuk menerima wang dan membuat pembelian, manakala akaun Premier atau Business pula untuk perniagaan (jual & beli). Kiranya, akaun Personal itu adalah akaun kedua untuk simpanan. Ia lebih rendah risiko untuk disimpan wang kerana kita tidak menggunakannya untuk perniagaan (yang banyak risiko). Pendek kata, apabila banyak duit di akaun Paypal, atau apa sahaja jumlah, pindahkan sebahagiannya atau sejumlah besar ke akaun Personal itu. Atau kaedah lain, transfer wang itu ke akaun rakan atau saudara-mara jika ada. 2. Jangan simpan banyak di akaun Paypal. 'Kerapkan' mengeluarkan wang dari akaun Paypal sama ada ke kad debit, menjualnya kepada pengguna Paypal yang lain atau masukkan ke akaun bank. Amat merisikokan menyimpan banyak wang di akaun Paypal kerana andaikata akaun anda dibekukan secara tiba-tiba, wang tidak akan dapat dikeluarkan walaupun anda merayu-rayu kepada pihak Paypal. Simpan sedikit sahaja yang boleh digunakan untuk urusan jual beli. 3. Cari alternatif Paypal. Bukan bermaksud tidak menggunakan Paypal atau meninggalkannya terus, tetapi mewujudkan pelbagai pilihan selain Paypal. Di antara yang disarankan adalah seperti Alertpay.com dan 2Checkout.com. Alertpay lebih kurang dengan Paypal cara fungsinya, manakala 2Checkout memerlukan sedikit modal permulaan. Kedua-duanya boleh menerima bayaran kad kredit daripada para pembeli. Bagi pasaran tempatan, boleh pertimbangkan NbePay.com atau ipay88.com. Namun kedua-duanya memerlukan modal (setup fee). Kedua-dua ini boleh menerima bayaran kad kredit daripada pembeli atau automatik terus daripada akaun bank pembeli (bankbank tempatan). Nota Sampingan ISTILAH 1. Paypal Dispute. Aduan dalam bentuk kes yang dibuka oleh pengguna Paypal melalui akaun mereka. Jika anda tidak berjaya mempertahankan diri, mereka akan mendapat kembali wang mereka. 50

2. Freeze Account. Akaun dibekukan buat sementara. Biasanya 180 hari. 3. Paypal Limit. Berlaku dalam kes tertentu. Had untuk mengeluarkan wang akan dikenakan oleh pihak Paypal atas sebab (alasan) tertentu. Diselesaikan dengan memberikan (faks atau emel) dokumen seperti lesen memandu atau bil utiliti untuk membuktikan identiti anda. 4. Chargeback. Pemilik kad kredit yang membeli produk di laman web anda melalui Paypal boleh mengisukan 'chargeback' iaitu mendapatkan kembali wang bayaran mereka. Lebih kurang sama dengan Paypal Dispute, tetapi chargeback melibatkan bank atau pengeluar kad kredit tersebut. Jika anda terkena, akaun Paypal anda akan dicaj terus oleh pihak Paypal. Itulah sahaja perkara-perkara penting yang mungkin sedikit membosankan, tetapi amat PENTING untuk difahami agar kita boleh mengurus risiko penggunaan Paypal. Sebenarnya, mana-mana aplikasi selain Paypal pun ada peraturan masing-masing. Ia adalah normal. Jadi kita perlu menjadi pengguna yang bijak. 51

Bab 7 Caj Oleh Paypal (Fees) 52

7.0 Caj Oleh Paypal.com Secara asasnya, pihak Paypal mengenakan caj kepada dua transaksi berikut sahaja: Menerima wang atau bayaran Mengeluarkan wang ke akaun bank atau kad debit (Withdrawal) Biasanya, dua jenis caj di atas sahaja yang kerap dikenakan kepada pengguna Paypal. Tiada caj dikenakan jika melakukan pembelian, pembayaran atau mengirimkan wang (menggunakan baki wang dalam akaun Paypal). 7.1 Caj Penerimaan Wang (Bayaran) Ebook ini difokuskan kepada rakyat Malaysia sahaja, atau mereka yang menggunakan alamat Malaysia pada akaun Paypal. Caj bagi setiap pengguna dari setiap negara adalah berbeza di antara satu sama lain. Berikut adalah caj bagi rakyat Malaysia: Menerima Wang Dari Pengguna Luar Malaysia (outside): Caj = 3.9% jumlah diterima + $0.30 Katakan anda menerima sebanyak $10.00. Maka anda akan dicaj: Caj = [(3.9x$10) / 100] + $0.30 = $0.69 Jumlah milik anda setelah ditolak caj = $10 - $0.69 = $9.31 Menerima Wang Dari Pengguna Dalam Malaysia (domestik): Caj = 3.4% jumlah diterima + $0.30 Katakan anda menerima sebanyak $10.00. Maka cajnya adalah: Caj = [(3.4x$10) / 100] + $0.30 = $0.64 Jumlah milik anda setelah ditolak caj = $10 - $0.64 = $9.36 53

Pengguna Luar Malaysia (outside): Mereka yang mendaftar akaun Paypal menggunakan alamat luar negara. Penggunaan Dalam Malaysia (domestic): Mereka yang mendaftar akaun Paypal menggunakan alamat Malaysia. Caj jika wang diterima dalam nilai USD Caj jika wang diterima dalam nilai RM Perhatikan pada imej di atas, didapati nilai caj boleh berubah mengikut jumlah wang yang diterima. Pening atau mudah? Buat permulaan mungkin sedikit memeningkan. Hanya perlu sedikit asas Matematik sahaja. Di dalam ebook ini, saya tidak akan menerangkan terlalu detail. Kelak apabila anda sudah memiliki akaun Paypal yang sah dan sudah mula menerima bayaran, pada masa itu barulah boleh belajar lebih detail. 54

Pendek kata, seperti yang saya katakan sebelum ini, bab ini dan yang seterusnya boleh dibaca pada masa lain kerana misi anda sekarang adalah mendaftar dan mengesahkan akaun Paypal dahulu. Menerima dan mengeluarkan wang ke akaun bank adalah kelak. Rujukan Caj Paypal: http://www.paypal.com 7.2 Caj Pengeluaran Wang Jika sebelum ini diterangkan mengenai caj penerimaan wang, berikut adalah caj untuk pengeluaran wang ke akaun bank dan juga ke kad debit Visa. Apabila akaun Paypal anda sudah ada wang yang banyak, sudah pasti anda mahu menggunakannya bukan? Jadi untuk itu, kita perlu 'cash out' duit itu ke alam nyata iaitu dengan memasukkan ke akaun bank kita atau ke kad debit (Visa). Caj Pengeluaran Ke Akaun Bank Had minima pengeluaran untuk rakyat Malaysia adalah RM40.00. Return Fee: Jika proses pengeluaran gagal (mungkin diakibatkan oleh maklumat akaun bank yang dimasukkan adalah salah), anda akan dicaj RM15.00.) 55

Caj Pengeluaran Ke Kad Debit Visa Jika anda tidak mahu mengeluarkan wang terus ke akaun bank, anda boleh masukkan wang itu ke mana-mana akaun kad debit anda (tetapi kad debit jenis Visa sahaja). Cajnya adalah $5.00 untuk satu transaksi pengeluaran. Anda boleh merujuk pada bab seterusnya untuk cara mengeluarkan wang. 56

Bab 8 Mengeluarkan Wang Dari Paypal 57

8.0 Mengeluarkan Wang Dari Paypal Mengeluarkan (Withdraw) wang daripada akaun Paypal terdapat dua cara: Transfer ke akaun bank Transfer ke kad debit Visa Kelak atau setelah anda mempunyai sejumlah wang di akaun Paypal, anda boleh mengeluarkannya terus ke akaun bank, atau ke kad debit (Visa) yang anda ada. Dalam bab ini, saya akan tunjukkan secara langkah demi langkah bagaimana melakukan pengeluaran wang (Withdrawal) ke akaun bank. Dan dua cara lagi saya akan terangkan secara umum dan contoh sahaja. 8.1 Mengeluarkan Wang Ke Akaun Bank Di dalam panduan ini, saya gunakan akaun bank Maybank dan juga aplikasi Online Banking Maybank2u.com. Jika anda menggunakan bank lain, ia sama sahaja, cuma yang berbeza adalah dari segi paparan aplikasi Online Banking masing-masing. Sebelum boleh mengeluarkan (memindahkan) wang ke akaun bank, kita perlu memasukkan (Add) maklumat akaun bank terlebih dahulu. 8.1.1 Maklumat Akaun Bank Langkah 1: Login ke akaun Paypal 58

Langkah 2: Klik pada menu Profile dan Pilih Add/Edit Bank Account Langkah 3: Masukkan maklumat akaun bank 59

Country of bank: Pilih negara, iaitu Malaysia. Bank Name: Masukkan nama bank (klik pada Details untuk nama penuh bank). MEPS bank routing code: Masukkan routing code bank tersebut (rujuk pada Details). Account number: Masukkan Nombor akaun bank anda. Re-enter: Masukkan sekali lagi nombor akaun. *Klik pada link Details untuk nama bank dan 'routing number'. Contoh: MAYBANK 60

Contoh: Maybank (Malayan Banking Berhad) dan Kod MBBEMYKL Seperti yang ditunjukkan sebelum ini, berikut adalah contoh yang telah siap diisi: Semak sekali lagi. Setelah mengesahkan ia betul, klik Continue. Langkah 4: Klik pada Add Bank Account 61

Kemudian klik pada Go To My Account dan kemudian klik pada Add/Edit Bank Account. Salah satu akaun bank yang telah dimasukkan. Anda boleh masukkan seberapa banyak akaun bank yang anda mahu. Proses mendaftar maklumat akaun bank telah siap. 62

8.1.2 Mengeluarkan Wang Ke Akaun Bank Setelah akaun bank dimasukkan ke dalam akaun Paypal anda, sekarang bolehlah melakukan proses pengeluaran wang dari akaun Paypal itu ke akaun bank tersebut. Pastikan anda mempunyai baki wang yang cukup untuk dikeluarkan. Minimum pengeluaran untuk rakyat Malaysia adalah RM40.00, manakala maksimum USD500 sehari. Jadi, jika nilai wang di akaun Paypal anda adalah dalam USD, darabkan sahaja dengan 3. Katakan anda ada $30 USD, maka anda boleh mengeluarkannya kerana ia telah melebihi RM40.00, iaitu RM90 ($30 x 3). Mungkin anda boleh keluarkan sebanyak $20.00. Jumlah yang akan anda terima di akaun bank adalah dalam sekitar RM60.00. Perlu diingatkan, caj pengeluaran ke akaun bank adalah sebanyak RM3.00 (dicaj oleh pada akaun Paypal anda) dan diambil daripada jumlah yang mahu dipindahkan (dikeluarkan) tersebut. Namun jika jumlah pengeluaran adalah lebih RM400, maka tiada caj dikenakan. Langkah 1: Selepas login ke akaun Paypal anda, klik pada pilihan Withdraw. Langkah 2: Klik pada Withdraw to your bank account. Langkah 3: Masukkan jumlah yang anda mahu pindahkan ke akaun bank. 63

Sebagai contoh, saya akan keluarkan sebanyak $50 USD iaitu lebih kurang dalam RM150. Anda boleh klik pada Currency converter untuk melihat nilai anggaran dalam Ringgit Malaysia yang akan anda dapat nanti (di akaun bank). Kemudian, pilih akaun bank (To). Sekarang, klik pada Continue. Paparan maklumat pindahan wang akan ditunjukkan dahulu sebelum anda mengesahkannya: 64

Jika telah berpuas hati, klik pada Submit untuk menyudahkan proses Witdrawal ini. Seperti yang dinyatakan di atas, proses pindahan wang ini akan mengambil masa paling kurang tiga hari. Bergantung kepada keadaan juga. Namun, biasanya jika maklumat akaun bank telah betul, maka tiada masalah yang akan berlaku. Jadi, tunggu dalam masa tiga hari. Selepas proses di atas selesai, anda boleh melihat transaksi yang dilakukan tadi dengan klik pada View the details of this request. 65

Status: Pending Dalam beberapa minit, status Pending itu akan berubah kepada Completed: Walaupun ia mengatakan Complete, namun ia bukan bermaksud wang sudah masuk ke akaun bank. Tetapi ia bermaksud proses pindahan melalui Paypal telah selesai. Selebihnya perlu menunggu pihak bank menerima dan mengurus wang itu ke akaun kita. Boleh klik pada Details untuk melihat butiran lengkap transaksi yang telah dilakukan: 66

Langkah 4: Semak (check) Akaun Bank anda. Selepas tiga hari... Setelah menunggu dalam masa tiga hari itu, jika proses pindahan berjaya, paparan pada akaun bank anda adalah seperti ini (jika menggunakan Maybank2u.com): Tahniah, duit dari akaun Paypal telah masuk ke akaun bank anda! 67

8.2 Mengeluarkan Wang Ke Kad Debit Visa Jika anda menggunakan atau memiliki kad debit jenis Visa, anda boleh gunakannya untuk mengeluarkan wang dari akaun Paypal ke kad debit itu. Tetapi, tidak semua kad debit (walaupun jenis Visa) boleh digunakan bagi tujuan ini. Pastikan hanya kad debit berlogokan Visa sahaja. Mastercard dan lain-lain tidak diterima. Kad debit saranan? Buat masa ini, saya menyarankan kad debit Al-Rajhi Bank. Kad ini 100% syariah compliant (bebas riba). Pergi ke mana-mana cawangan berdekatan dan buka akaun simpanan. Bersama akaun itu, secara automatik anda akan mendapat kad debit (yang juga sebagai kad ATM) dan juga akaun Online Banking. Kos? RM20 sahaja. Selain kad debit Al-Rajhi? Anda boleh cuba kad prepaid Visa TuneMoney. Tapi kalau dapat buka akaun di bank Al-Rajhi, lagi bagus sebab akaun itu termasuk kad akan siap dalam masa tidak sampai sejam berbanding kad yang lain (ada yang ambil masa sebulan baru boleh digunakan). Mungkin anda bertanya, bagaimana dengan kad yang pernah disebut pada awal ebook ini seperti kad debit Visa Maybank dan kad debit Visa Day2Day Public Bank? Ya, ia juga boleh digunakan. Tapi bagi saya, alang-alang guna kad itu, lebih baik transfer duit terus ke akaun simpanan. Sebab? Kad itu bersambung dengan akaun simpanan. Walau wang dari Paypal itu diset masuk ke kad debit, ia tetap masuk ke akaun simpanan utama untuk kad itu. Untuk lebih memahami mengenai kad debit-akaun, baca artikel di sini: http://blog.smartusaha.com/kad-kredit-debit-prepaid-paypal/ Baik, kembali kepada topik asal. Pada sub-topik ini, saya tidak akan tunjukkan secara terperinci cara untuk memasukkan wang dari akaun Paypal ke kad debit. Prosesnya lebih kurang sama dengan proses yang ditunjukkan sebelum ini (transfer ke akaun bank). Caranya, anda Login dahulu ke akaun Paypal dan klik pada pilihan Withdraw. Dan pada pilihan yang dipaparkan, klik pada Withdraw funds to your card. 68

Proses pindahan cara ini mengambil masa lebih kurang 5-7 hari. Caj adalah $5.00 USD. Masukkan jumlah (Amount) yang ingin dipindahkan (transfer) ke kad debit atau kad kredit. Jika anda lupa, kad yang tersenarai pada pilihan di atas adalah kad yang anda masukkan semasa pengesahan akaun Paypal. Andaikata kad itu bukan jenis Visa, maka anda perlu 'Add' kad lain (jenis Visa). Pastikan kad anda adalah jenis Visa (jika tiada, Add dahulu). Kemudian, klik pada button Continue: 69

Semak maklumat yang dimasukkan tadi. Jika sudah betul, klik pada Confirm. Proses pindahan wang dari akaun Paypal ke kad debit mengambil masa antara 5 hingga 7 hari, itu pun jika tiada sebarang masalah yang berlaku. Dalam tempoh tersebut, semak akaun anda untuk melihat wang yang dipindahkan tadi sama ada sudah masuk atau belum ke akaun kad debit anda. 70

Bab 9 Asas Penggunaan Akaun Paypal 71

9.0 Asas Penggunaan Paypal 9.1 Send Money Fungsi ini adalah untuk mengirimkan (send) wang kepada sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Paypal. Apa yang perlu dilakukan hanya memasukkan emel penerima dan jumlah wang yang ingin dihantar tersebut. Langkah 1: Login ke akaun Paypal dan klik pada Send Money Langkah 2: Pada bahagian Send Money, masukkan emel penerima (emel akaun paypal penerima), jumlah wang dan jenis transaksi sama ada pada Tab Online Purchases atau Personal Payments. 72

Setelah memasukkan maklumat berkaitan dan memilih jenis urusniaga (tujuan), klik pada button Continue. Langkah 3: Sahkan maklumat Anda akan dibawa pada bahagian seperti berikut. Sahkan maklumat berkaitan dan klik pada button Send Money. 73

Masukkan pesanan (mesej) jika mahu Jika baki wang anda mencukupi di akaun Paypal dan tiada masalah yang berlaku, maka proses 'send money' akan berjaya. 74

Klik pada View details untuk maklumat transaksi: Proses send money selesai. 9.2 Request Money Berbeza dengan Send Money, Request Money pula berfungsi untuk meminta wang daripada mana-mana pihak. Proses ini adalah dengan menghantar 'request' itu ke emel mereka di mana di dalam emel itu, akan diberikan satu link untuk mereka klik dan akan dibawa ke laman web Paypal. 75

Kemudian, mereka boleh membayar dengan baki yang ada di dalam akaun Paypal mereka (jika ada akaun Paypal), atau boleh membayar dengan kad kredit atau kad debit. Jadi, Request Money itu sama sahaja seperti kita menghantar emel biasa (makluman bayaran), cuma sahaja dengan menggunakan fungsi di Paypal, ia lebih profesional dan transaksi pula direkod. Lagipun, ia lebih cepat dan mudah. Malah hakikatnya, kita mahu pelanggan kita itu membayar melalui Paypal dan bukan melalui bank. Jadi, perlulah pakai fungsi Request di Paypal. Langkah 1: Login ke akaun Paypal jika belum. Kemudian, klik pada pilihan Request Money. Langkah 2: Masukkan maklumat yang diperlukan seperti emel (atau beberapa emel penerima) ke dalam bahagian Recipient's email address. Masukkan jumlah (amount) 76

yang anda mahu penerima bayar dan kemudian pilih jenis bentuk bayaran sama ada Services (perkhidmatan) atau Goods (jualan barang). Contoh siap diisi: Kemudian klik pada Continue. Anda akan dibawa ke bahagian seperti berikut: 77

Semak maklumat yang dipaparkan dan jika ia telah betul, klik pada Request Money. Proses Request telah selesai. Klik pada View the details untuk melihat transaksi yang telah dilakukan: 78

Dan inilah emel yang penerima (pihak yang perlu bayar) akan dapat di emel mereka: 79

Mereka perlu klik pada link yang diberikan pada emel itu dan mereka akan dibawa ke laman web Paypal untuk melakukan bayaran sama ada melalui baki wang di akaun mereka atau melalui kad kredit/debit. 9.3 Buy Now Button Buy Now Button adalah butang yang diletak pada laman web jualan di mana apabila ia diklik, pelanggan akan dibawa ke laman web Paypal untuk melakukan pembayaran. Button ini boleh dicipta melalui akaun Paypal dan kita boleh menetapkan nilai harga pada button yang dibuat itu. Contoh button buy: Cara untuk membuatnya adalah seperti berikut: Langkah 1: Pastikan telah Login ke akaun Paypal anda. Kemudian klik pada pilihan Merchant Services. Langkah 2: Klik pada Website Payment Standards. Langkah 3: Create pada Create on now pada bahagian Sell Single Items. 80

Langkah 4: Masukkan maklumat produk seperti nama produk, harga dan kod (jika mahu). Bagi harga, anda boleh pilih untuk letak dalam nilai RM (MYR) atau USD. Pada bahagian yang lain, abaikan sahaja. Anda boleh cuba pada masa lain. Buat masa ini kita belajar cara buat button buy dahulu. 81

Abaikan bahagian Step 2. Seterusnya, klik pada bahagian Step 3. Langkah 5: Klik No pada semua bahagian, melainkan anda mahu pilih Yes. Contohnya, jika menjual produk digital, kita tidak perlukan alamat pembeli. Jika menjual produk yang perlu dipos, maka sudah pasti perlu mengambil alamat daripada mereka. Dan bahagian seterusnya, masukkan URL 'cancel' dan 'success': 82

URL cancel bermaksud, jika pelanggan tidak jadi membuat belian dan mereka klik pada button Cancel di laman pembayaran Paypal, mereka akan dikembalikan ke URL atau laman web yang kita tetapkan. Begitulah sebaliknya untuk URL success, pembeli akan dibawa ke satu page (halaman) selepas mereka selesai membayar. Biasanya ia halaman ucapan terima kasih dan makluman pembelian telah berjaya. Namun, jika anda tidak mahu tetapkan kedua-dua URL di atas pun tidak mengapa. Kosongkan (jangan tick) jika tidak mahu tetapkan URL tersebut. Langakah 6: Sekarang, klik pada Create Button. 83

Langkah 7: Anda akan diberikan kod untuk dimasukkan ke laman web jualan anda. Copy kod tersebut dan 'paste' di bahagian HTML file laman web anda. Contoh: 84

Simpan (Save) file itu dan cuba buka di Browser. Akan dilihat Buy Button seperti ini: Jika diklik button itu, ia akan membawa pelanggan ke laman pambayaran di Paypal: 85

Tambahan: Selain menggunakan 'buy button', anda boleh gunakan link yang disediakan. Link ini anda boleh letak di 'blog post', di forum dan juga di emel: Perhatikan dalam emel di atas, diletak link URL pembayaran. Pembeli akan klik link itu dan akan dibawa ke laman Paypal (sama seperti sebelum ini). Dengan penerangan di atas, maka berakhirnya bab ini iaitu asas penggunaan akaun Paypal. Jika anda ada sebarang persoalan, hubungi sahaja kami melalui emel dan minta sebarang penerangan yang anda mahu. Kami akan cuba sediakan. Menggunakan Paypal tidak sukar. Anda akan menjadi biasa apabila sentiasa menggunakannya dari semasa ke semasa. 86

BAB BONUS! 13 Cara Buat Duit Untuk Isi Akaun Paypal 87

Bab Bonus: Cara Buat Duit Setelah anda mempunyai akaun Paypal, sudah pasti ia bermula dengan jumlah baki yang 'kosong', melainkan duit pulangan balik setelah pengesahan akaun dilakukan ($1.95). Di dalam bab bonus ini, saya akan berikan idea atau saranan untuk anda usahakan. Buat salah satu pun sudah memadai. Perlu dimaklumkan, penerangan di sini hanyalah umum sahaja di mana mahu memberikan anda idea (tunjuk jalan). Selebihnya, anda boleh usahakan seperti melakukan kajian, belajar atau beli mana-mana ebook berkaitan. CARA #1 BELI DANA PAYPAL Ini cara paling mudah. Walaupun dikatakan ia 'salah' di sisi Paypal, namun kita ada 'hak' untuk menjual wang yang ada di akaun kita itu. Menjual ini sama seperti membeli matawang lain di mana-mana cawangan Money Changer. Katakan di akaun Paypal anda mempunyai sejumlah wang bernilai USD, anda boleh mengeluarkan sebahagiannya dengan menjual kepada orang lain. Tetapi sekarang, kita bukan mahu menjual, tetapi mahu membeli. Caranya adalah begini. Katakan anda mahu membeli sebanyak $20.00 USD, maka anda perlu membayar kepada individu atau pihak yang akan memberikan nilai itu dalam nilai matawang Ringgit Malaysia. Kadar pertukaran matawang bergantung kepada ketetapan yang diberikan oleh penjual itu tadi. Biasanya dalam 3.0 hingga 3.3. Contoh: $20 x 3.2 = RM64.00 Jadi, anda perlu membayar sebanyak RM64.00 ke akaun bank penjual dana Paypal tadi. Perlu diingatkan, anda mungkin akan dicaj oleh pihak Paypal seperti yang dibincangkan dalam bab caj. Persoalan sekarang, di mana kita dapat membeli dana (duit) Paypal ini? Banyak cara. Di antaranya adalah: Hubungi rakan Online yang ada memiliki wang di akaun Paypal mereka. 88

Menyertai forum komuniti Online seperti WangCyber.com. Di sana ramai peniaga Online yang mahu dan boleh menjual dana Paypal mereka. Di sana ada satu ruangan khas untuk jual-beli Paypal. http://www.wangcyber.com/forum/jual-beli-paypal/ AWAS! Elakkan berurusniaga dengan individu yang tidak dikenali untuk mengelak penipuan. Sudah ramai yang mengalaminya. 89

Tip Penting: Semasa berjual-beli dana Paypal, elakkan menulis buy paypal atau sell paypal di mana-mana bahagian proses transaksi untuk mengelak pihak Paypal menjejaki urusan ini. Pilih pada bahagian Personal Payments >> Others. 90

Langkah Pembelian: 1. Hubungi penjual dana Paypal sama ada melalui emel atau di forum. Nyatakan jumlah dalam USD atau MYR yang anda mahukan. Kemudian minta kadar tukaran yang mereka mahu letakkan. Biasanya 3.0 hingga 3.3. Bergantung kepada nilai matawang semasa. 2. Mereka akan menghubungi anda dengan memberikan jumlah bayaran dalam nilai Ringgit yang perlu anda transfer ke akaun bank mereka. Pastikan mereka memberikan maklumat akaun bank mereka. 3. Lakukan bayaran tersebut ke akaun bank mereka dan simpan rekod transaksi bayaran. 4. Hubungi mereka semula dengan memberikan emel paypal anda dan juga bukti bayaran yang telah dilakukan. 5. Mereka akan mengirimkan bayaran (send money) melalui fungsi Send Money. 6. Anda akan menerima wang yang dikirimkan itu. Sedikit caj mungkin akan dikenakan oleh pihak Paypal (rujuk bab caj). 91

Masih tidak faham? Mungkin anda masih lagi keliru dengan beberapa perkara: 1. Dana? Ia bermaksud duit. 2. Nilai wang di Paypal? Dana di Paypal? Duit Paypal? Semuanya membawa maksud yang sama. Seperti yang dinyatakan di awal ebook ini, akaun Paypal adalah lebih kurang sama sahaja seperti akaun bank. 3. Kita membeli dana Paypal sebab ia cara cepat untuk menerima wang terus daripada akaun Paypal orang lain. Sama seperti transfer duit dari akaun bank ke akaun bank orang lain. CARA #2 DONATION (DERMA) Cara seterusnya untuk buat duit adalah dengan meminta derma atau dalam bahasa lain, membuka peluang kepada orang lain memberikan sokongan dalam bentuk 'dana' kepada sesuatu usaha kita. Cara ini adalah normal dilakukan oleh pemilik blog, pembangun perisian percuma dan sebagainya. Contoh: 92

93

Untuk meminta derma, kita perlu create Donate Button. Caranya lebih kurang sama sahaja dengan button buy iaitu masuk ke bahagian Merchant Services, klik pada Website Payments Standard dan klik pada Sell Single Items. Dan kemudian pilih Donations: Rujuk (tonton) video panduan ringkas yang dibekalkan bersama ebook ini. CARA #3 PROGRAM AFFILIATE Buat duit dengan program affiliate adalah salah satu cara yang dilakukan oleh ramai orang. Namun, tidak seperti cara lain, cara ini mengambil masa, tetapi baik untuk jangka waktu yang panjang dan secara pasif. Anda boleh menyertai mana-mana program affiliate yang ada di Internet. Cadangan saya adalah sertai laman besar Affiliate seperti E-junkie.com dan juga Paydotcom.com: 94

http://www.e-junkie.com http://paydotcom.com/affiliates.php Daftarkan diri secara percuma di laman web tersebut dan kemudian anda boleh memilih mana-mana produk yang anda berminat untuk mempromosikannya. Anda boleh cari program affiliate di Internet yang membayar terus ke akaun Paypal. Cari di Google.com dengan menaip affiliate program + paypal. CARA #4 CONTEST (PERTANDINGAN) Tiada kos untuk cara ini. Anda boleh mencuba nasib dengan menyertai mana-mana pertandingan kecil yang banyak diadakan di Internet. Ia biasanya dilakukan di kebanyakan forum yang aktif. Contohnya di: http://forums.digitalpoint.com/forumdisplay.php?f=94 Anda perlu mendaftarkan diri dahulu di forum tersebut dan perlu aktif berforum. Pelbagai bentuk pertandingan yang dilakukan seperti mencipta logo, grafik, menulis dan banyak lagi. Jangan berputus-asa untuk mencubanya. Kebanyakan cara bayaran untuk pemenang akan dilakukan ke akaun Paypal anda. Salah satu contoh lain adalah membuat logo dan mendapat bayaran melalui Paypal: http://www.48hourslogo.com/ Di laman web itu, setiap orang perlu menyiapkan logo untuk mana-mana pihak yang membuka job design logo. Selepas tamat 48 jam tempoh contest bagi setiap design, pihak mereka akan memilih design yang menarik hati mereka sebagai pemenang. Bayaran akan dilakukan oleh pihak 48HoursLogo terus ke akaun Paypal anda. Anda boleh mencari pelbagai contest di Internet dengan menaip contest + paypal. Namun hati-hati agar tidak tertipu. 95

CARA #5 DESIGN GRAFIK Jika anda tahu merekabentuk grafik (design), anda boleh memberikan perkhidmatan itu kepada mereka yang memerlukan (dalam dan luar negara). Salah satu cara mudah adalah dengan menggunakan forum. Ada orang yang membuka peluang atau kita sendiri yang membuat promosi. Anda boleh lihat contoh di forum ini: http://wangcyber.com/forum/wtb-perkhidmatan-bebas/6124-senarai-designer.html http://wangcyber.com/forum/wtb-perkhidmatan-bebas/ CARA #6 SEWA SIGNATURE DI FORUM Jika anda seorang yang aktif di mana-mana forum Online, anda sebenarnya boleh menjual ruang 'signature' bagi setiap post anda kepada mereka yang berminat. Contoh signature: Sebelum anda mula menjual ruang signature itu, pastikan anda seorang yang aktif di forum kerana ia menjadi salah satu sebab orang mahu menyewa ruang signature anda. Kedua, pastikan pihak forum membenarkan ahlinya menyewakan ruang signature. Boleh baca peraturan yang ditulis di forum itu atau hubungi pihak Admin forum untuk pengesahan. Untuk menyewakan ruang itu, ada dua cara: Satu, buka iklan di bahagian pengiklanan (WTS: Want To Sell) di forum itu. Kedua, letak iklan (tawaran) di bahagian signature anda seperti ayat Ruang ini untuk disewa dengan RMXX sebulan atau jika forum berbahasa Inggeris, perlulah tulis di dalam bahasa Inggeris. 96

http://forums.digitalpoint.com/forumdisplay.php?f=129 CARA #7 JUAL PRODUK DIGITAL Produk digital adalah seperti ebook, perisian, pangkalan data, file dokumen (.doc, Excel), template grafik dan banyak lagi. Anda boleh menjualnya sama ada di forum, di laman web sendiri, di blog atau menggunakan perkhidmatan laman web seperti yang dinyatakan sebelum ini iaitu: http://www.e-junkie.com http://www.paydotcom.com http://www.payloadz.com Ya, selain anda boleh menjadi affiliate (agen) di laman web itu, anda juga boleh menjual produk dengan menggunakannya. Malah, orang lain boleh mempromosikan juga produk anda itu. 97

Anda boleh masuk ke forum WangCyber dan lihat, ramai orang yang menjual produk digital seperti ebook dengan harga sekitar $3.00 hingga $10.00 USD. Kalau 10 orang beli, sudah boleh dapat dalam $100 USD. Lebih kurang RM300+ dalam duit Malaysia. http://www.wangcyber.com/forum/wts-pengiklanan-and-pemasaran/ Case Study: Untuk tahu bagaimana boleh mendapat duit seperti di atas, anda boleh merujuk ebook Case Study yang anda dapat secara percuma, iaitu Case Study menjual ebook di forum. Case study ini amat-amat bernilai dan anda dapat secara percuma sahaja. Mohon tidak dikongsikan kepada orang lain atau disebarkan secara percuma. CARA #8 SEWAKAN RUANG IKLAN DI BLOG Cara ini hanya dapat dilakukan jika anda mempunyai paling kurang sebuah blog. Caranya adalah anda buka peluang untuk yang berminat meletak iklan mereka di mana-mana bahagian blog anda, biasanya di bahagian sidebar. Jika anda seorang yang suka membaca blog atau mana-mana website (seperti laman web akhbar Online), anda pasti ada melihat iklan-iklan beranimasi. Itu adalah sebenarnya iklan yang dibayar oleh pengiklan kepada pemilik blog atau laman web tersebut. Dan, anda juga boleh melakukan perkara yang sama. 98

Contoh iklan (di forum Wangcyber.com): Kalau satu iklan katakan berharga $5.00 untuk seminggu atau sebulan, anda sudah boleh menghasilkan $25.00 untuk lima buah iklan banner seperti di atas. Andaikata blog anda mempunyai trafik yang tinggi, maka harga iklan akan menjadi lebih tinggi. CARA #9 JADI VIRTUAL ASSISTANT Jika anda mempunyai banyak masa atau tidak bekerja, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk menjadi Virtual Assistant (VA). Tugas VA adalah pelbagai seperti menguruskan perkara tertentu yang ditentukan oleh pihak yang membayar anda. Contohnya, seorang usahawan memerlukan seorang VA untuk mengurus emel, membalas emel, menjawab panggilan telefon, menaip artikel dan apa sahaja tugas lain yang akan diberitahu pada bila-bila masa. 99