Panduan Setup Brochure Website. Langkah-Langkah : *Sebelum anda mula membina website, anda perlu install perisian wordpress terlebih dahulu pada website anda. Caranya adalah seperti dibawah: 1. Pertama sekali, anda perlu masuk ke Cpanel website anda. Caranya adalah dengan meletakkan /cpanel di hujung domain anda. Contoh: abc.com/cpanel Anda perlu tukarkan abc.com itu kepada domain anda sendiri..com/cpanel 2. Kemudian anda perlu login cpanel tersebut. Masukkan Username dan Password cpanel anda.
3. Kebiasaannya, anda akan lihat popup seperti ini jika anda pertama kali login ke cpanel. Klik sahaja No, I m fine. Thanks! 4. Selepas itu, scroll ke bawah sehingga bahagian Scripts: Klik pada Wordpress
5. Klik Install.
6. Paparan berikut akan muncul. Anda perlu ubah bahagian Site Settings & Admin Account sahaja. (seperti dalam kotak merah dibawah) Site Settings Site Name : Masukkan Nama Produk / Perniagaan anda. Contoh: Ubat Kurus Site Description : Masukkan Tagline Produk / Perniagaan anda. Contoh: Kurus dalam 5 hari Admin Account Admin Username : Masukkan username pilihan anda. JANGAN guna Admin sebagai username. Admin Password : Masukkan password pilihan anda. Admin Email : Masukkan email peribadi anda. Username dan password ini digunakan untuk login ke wordpress dashboard untuk edit laman web anda. SANGAT PENTING untuk anda ingat username dan password yang anda letakkan disini. Jika anda lupa, maka anda tidak boleh akses ke ruangan dashboard untuk edit laman web tersebut. Sekali lagi peringatan. Pastikan anda ingat username dan password yang anda masukkan dibahagian ini.
7. Jika anda sudah selesai mengisi ruangan tersebut, scroll ke bahagian bawah dan klik Install. Anda juga boleh memasukkan email anda di bahagian ini dimana maklumat installation ini akan dihantar ke email anda. 8. Tunggu sehingga proses install selesai, dan paparan seperti di bawah akan muncul. Perhatikan link di bahagian Administrative URL. Link ini adalah link yang perlu anda gunakan selepas ini untuk sebarang pengubahsuaian laman web. Jika anda mahu lakukan proses editing dilamanweb anda, login ke link tersebut dengan username dan password yang telah anda masukkan semasa proses installation tadi. http://www..com/wp-admin (Gantikan dengan lamanweb anda)
9. Pergi ke link http://www..com/wp-admin tersebut dan login menggunakan username dan password anda. 10. Paparan seperti ini akan muncul.
11. Lihat dibahagian kiri, klik pada Appearance. 12. Klik Add New.
13. Di sini, anda akan lihat terdapat banyak themes yang boleh anda gunakan. Anda boleh gunakan fungsi search di bahagian kanan. Atau di bahagian kiri pula anda boleh pilih samada untuk mencari themes yang popular, latest atau feature filter. Jika anda telah pun menjumpai themes yang anda mahukan, anda boleh letak cursor diatas themes tersebut dan boleh klik pada preview. Jika anda berpuas hati, anda boleh klik terus pada Install.
14. Jika TIDAK ADA themes yang anda minat, anda boleh lakukan carian di google dengan menggunakan perkataan Free Wordpress Themes For Brochure Style atau free wordpress themes for business semasa membuat carian. Pilih mana-mana website dan kebiasaannya mereka akan senaraikan beberapa themes yang cantik. Anda boleh pilih mana-mana themes yang anda suka dan DOWNLOAD themes tersebut.
15. Sebagai CONTOH, saya telah memilih salah satu website yang disenaraikan oleh google dan telah memilih themes seperti dibawah. Setelah memilih theme yang disukai, klik pada Download dan save ke dalam komputer anda.
16. Jika anda sudah selesai Download themes kesukaan anda, anda perlu kembali semula ke Dashboard Wordpress anda. Klik Upload Theme. 17. Kemudian, klik Choose file dan pilih theme yang telah anda download tadi. Selepas itu, klik sahaja Install Now.
18. Kemudian, klik Activate.
19. Selesai! Laman web anda telah pun siap dipasang dengan theme pilihan anda. Tetapi, perlu di ingatkan bahawa, setiap theme akan berlainan cara setupnya. Pada kebiasaannya, setiap theme akan disertakan sekali dengan cara setup untuk theme tersebut. Anda boleh lihat dibahagian Appearance theme documentation atau theme options. Setiap theme akan berbeza caranya. Oleh itu, anda perlu rujuk pada manual yang diberikan oleh developer themes tersebut.
20. Berikut hanya sekadar contoh. Theme documentation. 21. Ini pula adalah contoh bahagian Theme options. Selesai sudah cara untuk membuat setup awal untuk brochure website. Seterusnya, anda perlu setup sendiri mengikut manual / documentation yang disertakan bersama theme pilihan anda kerana setiap theme akan berbeza cara setupnya. Jika developers themes tersebut tidak menyediakan documentation, anda perlu cari themes lain untuk memudahkan anda.
----------------------TAMAT----------------------