MODUL 101 (C) ASAS PERANCANGAN KEWANGAN

Similar documents
MODUL 101 ( D ) ASAS PERANCANGAN KEWANGAN

fulfilling my family's dreams

MODUL 203 ( C ) PERANCANGAN PERLINDUNGAN RISIKO (INSURANS & TAKAFUL)

Gold Accumulation Program (GAP) with Public Gold Hafizul Hakim 2016

PM502: MARKETING RESEARCH

PROGRAM PENGUMPULAN EMAS PUBLIC GOLD

Nak Generate Extra Income RM200 Hingga RM1000 Sehari Secara Online?

Manfaat premium untuk keperluan anda yang semakin bertambah.

5/27/2011 NOMBOR BULAT (WHOLE NUMBERS)

Kaizen boleh diakses melalui internet di laman sesawang

Oleh: Sofinah Lamudin forex.mudahkaya.com. Edisi Newbie


PUSAT PEMBELAJARAN DIGITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH

HakCipta Irfan Khairi Sdn. Bhd.

IEK 314 Environmental Audit [Audit Persekitaran]

The Bahasa Melayu version of the Global Physical Activity Questionnaire (GPAQ-M)

CALL for ACTION" UITLINE. MONDAY-FRIDAY [9.00am TO 4.30pm]

Cambridge International Examinations Cambridge International General Certificate of Secondary Education

BIZAPP SUPERB & PRO MENCETAK SLIP POSLAJU SECARA BERTERUSAN JAN 2017 / VERSI 1.0.0

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

CHOOSE HEALTHY. BE REWARDED.

TAKAFUL IKHLAS BERHAD. IKHLAS FOREIGN WORKER COMPENSATION SCHEME TAKAFUL Tarikh: dd/mm/yyyy

ELEMENT OF WARRANTY OF IBS STRUCTURAL SYSTEM FOR CONSTRUCTION INDUSTRY ANNAN VESSINUK A/L SING

CHRONIC KIDNEY FAILURE DATA MANAGEMENT SYSTEM WITH AUTOMATIC CLASSIFICATION KHOVARTHEN A/L MURUGIAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVING SOCIAL RESPONSIVENESS OF CHILDREN WITH AUTISM SPECTRUM DISORDER THROUGH NEURO-PHYSICAL EXERCISE WONG SIAO YEN

KAD KREDIT-i BANK ISLAM SEPTEMBER Apakah konsep Shariah yang digunakan? 3. Apakah yang saya akan dapat dari BIC-i?

PRUcash premier. Inilah yang kami mahu memaksimumkan simpanan kami dan mendapat ganjaran pula! SIMPANAN. Wajah yang anda percayai

Panduan Langkah Pendaftaran DAN Kawasan Ahli. - Panduan Langkah -

PRUmy child INSURANS BERKAITAN PELABURAN. Saya senang hati mengetahui bahawa segala harapan, hasrat dan impian untuk anak saya cukup terjamin

SET 1. Answer any four questions from this section. Jawab mana-mana empat soalan daripada bahagian ini.

Macam mana hidup anda mampu berubah 360 darjah, dengan hanya 4 hartanah?

KIE 356 Food and Palm Oil Chemistry [Kimia Makanan dan Minyak Sawit]

MODEL STATISTIK BERSEPADU PELBAGAI ARAS BAGI TRIGLISERIDA DAN TEKANAN DARAH MANUSIA: KAJIAN KES DI HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Abstract of thesis presented to the Senate of University Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy.

Cambridge International Examinations Cambridge International General Certificate of Secondary Education

Pengeluaran daripada bayaran lebihan di bawah Bayaran Pendahuluan dengan notis bertulis.

KAUNSELING. Newsletter Title B U S I N E S S N A M E D PUNCAK

Apa-apa bayaran lebihan selepas menolak bayaran ansuran anda dan sebarang caj yang perlu dibayar, akan dianggap sebagai Bayaran Pendahuluan.

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Peribadi-i

IMK NUTRITION [PEMAKANAN]

1. Apakah produk ini? 2. Apakah konsep syariah yang digunakan? 3. Apakah Kadar Asas (KA)? LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK VERSI BAHASA MALAYSIA

Cambridge International Examinations Cambridge International General Certificate of Secondary Education

Register your product and get support at SPA1260. MS-MY Manual pengguna

Answer all questions. Jawab semua soalan.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TRENDLINE BREAKOUT STRATEGY[TLB]

Menghadapi Halangan Kehidupan Berkaitan Kewangan

PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP CIRI-CIRI PERSAHABATAN KANAK-KANAK AUTISME (Parents' Perception Towards Friendship Characteristics Of Children With Autism)

BANK! TOLONG AKU MELASTIK BINTANG

EXPORT PERSONNEL PERCEPTIONS OF EXPORT PERFORMANCE TO CHINA MARKET FARSHID MOVAGHAR MOGHADDAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A STUDY OF GENERATION Y TRAVEL BEHAVIOUR IN MALAYSIA TAN LAY YEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Berkuatkuasa 1 Disember 2010 Ver 1.5 (Malay Version)

Kadar faedah = Jumlah kredit berputar yang digunakan x Kadar faedah x Bilangan hari / 365 hari

INTERNALIZED STIGMA AMONG PATIENTS WITH DEPRESSION: COMPARISON BETWEEN EMPLOYED AND UNEMPLOYED GROUP DR. NAEMAH BINTI ABDUL RAHIM

IMG 203 CHEMICAL ANALYSIS OF FOOD [ANALISIS KIMIA MAKANAN]

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

INTRODUCE OUR WEBSITE store.brophone.my

EFFECT OF PATTERN RECOGNITION ABILITY TRAINING ON JUDGING PERFORMANCE OF MALAYSIAN RHYTHMIC GYMNASTIC JUDGES

Manual Pembelajaran. Tajuk Kursus: Pengenalan kepada sistem OfficeCentral. Julai Authentic Venture Sdn Bhd

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk dan berkaitan:-

COMPARISON STUDY OF RELAY SELECTION SCHEMES IN LONG TERM EVOLUTION (LTE) NETWORK SELINA MATTHEWS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ROLE OF LENGTH SPECIFICITY, VELOCITY SPECIFICITY AND NEURAL ADAPTATIONS IN STRENGTH TRAINING

Ralat Punca Masalah Penyelesaian Kad Pintar NJOI anda tidak dimasukkan ke dalam slot kad pintar pada dekoder NJOI anda.

Cambridge International Examinations Cambridge International General Certificate of Secondary Education

15 TIPS - SLIM & FIT

PruBSN UMMAH DON T JUST PLAN FOR BIGGER THINGS, PREPARE FOR HIGHER PURPOSES - EVERYTIME FOR EVERYONE

INTEGRATION OF MEDIAN FILTER AND ORIENTATION FIELD ESTIMATION FOR FINGERPRINT IDENTIFICATION SYSTEM

<Nama Produk> Tarikh: <Tarikh Surat Tawaran ditawarkan> Sila hubungi kami untuk sebarang penjelasan lanjut, jika perlu. 1. Apakah produk ini?

APLIKASI MUDAH ALIH PENSKORAN PROSTAT Rima Shahfira Binti. Redzuan Dr. Afzan Adam. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia

MEDICAL EXAMINER S CERTIFICATE / SIJIL PEMERIKSA PERUBATAN

TIME SERIES SUPPORT VECTOR REGRESSION MODELS WITH MISSING DATA TREATMENTS FOR WATER LEVEL PREDICTION NORAINI BINTI IBRAHIM

ZnO LIGHTNING ARRESTER EARTHING IMPEDANCE CHARACTERISTICS UNDER TRANSIENT OVERVOLTAGES MEHRDAD MOKHTARI

TEST CASE PRIORITIZATION TECHNIQUE USING SEQUENCE DIAGRAM AND LABELED TRANSITION SYSTEMS IN REGRESSION TESTING NUR FATIMAH AS SAHRA

(Kertas soalan ini mengandungi 4 soalan dalam 6 halaman yang dicetak) (This question paper consists of 4 questions on 6 printed pages)

b) BG adalah satu aku janji rasmi dan boleh dipercayai. Ia memberi sokongan kepada keperluan perniagaan.

SISTEM PESANAN MAKANAN BERASASKAN WEB. Zareen Sufia binti Jafry Prof Madya Dr. Masnizah binti Mohd

4.8 Penyenggaraan Bangunan 55

HLM Takaful i-kudrat Hadiah Buat Yang Tersayang

DETERMINATION OF CHARACTERISTICS OF DISGUISED SIGNATURES AMONGST MALAYSIAN NORMAH BINTI MOHAMMED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SISTEM INFOGRAFIK INTERAKTIF WABAK H1N1. Aice A/P Emin. Puan Siti Aishah Binti Hanawi

Risiko rendah, hasil lumayan. berjaya. Kegiatan menjual rokok tidak sah pula 'digemari' kerana selain memberi keuntungan lumayan, risiko

enrr New User-First time login Where and how? Source file: P:\eNRR2\eNRR New user_enrr_first Time login_ ppt

22 September Pelanggan yang Dihargai, MEMPERKENALKAN AFFIN HWANG CAPITAL

Rumah Lelong. Membeli EDISI DIS 2017 RAKAN KEWANGAN ANDA PP 16897/05/2011 (029495) Instrumen Menyediakan Wasiat

IMK NUTRITION [PEMAKANAN]

MODIFICATION OF INTERVAL TYPE-2 FUZZY TOPSIS AND ITS APPLICATION TO FLOOD CONTROL PROJECT SELECTION NURNADIAH BINTI ZAMRI

IMK 308 FOOD PRESERVATION PRINCIPLES [PRINSIP PENGAWETAN MAKANAN]

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination Academic Session 2009/2010. November BMT 217/3 Virology [Virologi]

REDEFINING HISTOGRAMS OF ORIENTED GRADIENTS DESCRIPTORS FOR HANDLING OCCLUSION IN PEOPLE DETECTION AHMAD SANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

To My Parents. My father, EsmaeelArzani My mother, Zahra Asadizadeh. My brother, Parham Arzani. & My beloved son SahandRoudpishi

GARIS PANDUAN DAN PROSEDUR BAGI TUNTUTAN PENGECUALIAN CUKAI DAN DUTI SETEM KE ATAS PERBELANJAAN BAGI MEMPEROLEHI PERAKUAN INDEKS BANGUNAN HIJAU

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

IBG BIOANALYSIS 1 [BIOANALISIS 1]

Hakcipta Irfan Khairi Sdn Bhd

MEDICAL CHECK-UP FORM (for Malaysian Students)

THE RELATIONSHIP BETWEEN FACILITATIVE LANGUAGE LEARNING AND ORAL PERFORMANCE AMONG IRANIAN LEARNERS MOHAMMAD JAHANGIRI

APLIKASI KENDIRI DIABETES JENIS II AMIRA WAHIDA BINTI OSMAN ASSOC PROF DR. MARYATI BINTI MOHD YUSOF DR KAILAVANI CHELLAPPAN

HEALTH AND SAFETY IN REFURBISHMENT PROJECTS INVOLVING DEMOLITION WORK MANSOOREH RAKHSHANIFAR

NUMERICAL SIMULATION OF WIND PRESSURE DISTRIBUTION IN URBAN BUILDINGS OF RANDOM STAGGERED ARRAYS

BOI 109/4 Biostatistics [Biostatistik]

Transcription:

MODUL 101 (C) ASAS PERANCANGAN KEWANGAN

Kandungan Objektif Fakta-fakta perancangan kewangan di Malaysia Kenali perancangan kewangan Apa itu aliran tunai Kesilapan kewangan umum dalam merancang kewangan 7 langkah ke arah kebebasan kewangan Pengenalan perancangan pelaburan Pengenalan perancangan perlindungan dan pengurusan risiko Pengenalan perancangan persaraan Pengenalan perancangan estet dan harta pusaka Kesimpulan Sesi soal jawab 1

Objektif Berkongsi kaedah asas perancangan Kewangan dalam membantu anda: i. Mencapai kebebasan kewangan ii. Membina tabungan 2

Fakta-fakta Perancangan Kewangan di Malaysia Kurang daripada 50% rakyat Malaysia membayar bil kad kredit mereka sepenuhnya setiap bulan (berbanding Taiwan 89% dan Jepun 87%)*** Hanya 14 peratus golongan muda yang berusia antara 18 hingga 24 tahun menepati pelan perbelanjaan kewangan** Sepanjang 10 tahun bekerja di Kuala Lumpur, ibu yang dikenali sebagai Intan Hafizah ini langsung tidak pernah mempunyai wang simpanan melebihi RM1,000 di dalam akaun bank.* 47% golongan muda Malaysia membayar hutang lebih daripada 30% pendapatan kasar mereka*** *Utusan Online, 16 Dis 2017 **Barometer Celik Kewangan Global Visa 2012 ***Star R-Age, Mac 2013 3

Kajian: 93% rakyat Malaysia tidak merancang Kosmo, 19 April 2018 Sumber: Aviva 2008-Kaji Selidik Sikap Pengguna Terhadap Simpanan & Perancangan Kewangan Utusan Malaysia, 13 Nov 2013 4

Mengapa perlu merancang kewangan? Give a man a fish and you feed him for a day. Teach a man to fish and you feed him for a lifetime By: Lao Tzu, the Chinese founder of Taoism 5

Kenali Perancangan Kewangan Perancangan kewangan adalah proses memenuhi matlamat hidup anda melalui pengurusan yang sesuai bagi kewangan anda. Matlamat ini termasuk membeli rumah, menyimpan wang untuk pendidikan anak anda, memulakan perniagaan atau merancang untuk persaraan yang selesa. Sumber: http://www.fpam.org.my/fpam/frequently-asked-questions/financial-planning-in-general 6

Aliran proses perancangan kewangan Pantau tindakan dan hasilnya, jika perlu buat pembetulan Kenalpasti keutamaan & objektif kewangan anda Kumpulkan maklumat Laksanakan pelan tindakan anda Rancang dan senaraikan pelan tindakan anda 7 Analisis maklumat

Apa itu aliran tunai? Aliran tunai : Pergerakan tunai ke dalam atau keluar Aliran tunai keluar cth: perbelanjaan seperti bayaran bil bulanan, perbelanjaan harian & sebagainya Aliran tunai masuk cth: pendapatan seperti gaji, upah, komisyen & sebagainya 8

Di manakah anda? Adakah anda mempunyai lebihan aliran tunai? Melancong / Ziarah Simpanan & Pelaburan Sedekah Amal Jariah Dana Perubatan Pendapatan Membayar Hutang Tabung Kecemasan Anakanak 9

Atau. aliran tunai anda terus berkurangan? Terpaksa meminjam Stress Taraf hidup berkurangan Defisit (deficit) Tekanan sekeliling Pengunaan kredit meningkat 10

Apabila defisit tidak dapat dikawal Sumber: hartabumi.com -Berita Harian, 30 Jan 2018 Harian Metro, 15 Jun 2014 11

Bagaimana mengawal hutang anda? Keperluan vs Kehendak Keperluan kelangsungan hidup. Perkara asas yang DIPERLUKAN untuk Kehendak. Keinginan terhadap barangan atau perkhidmatan untuk hidup dengan lebih selesa dan mewah daripada keadaan asal serta dapat meningkatkan taraf hidup 12

Bagaimana mengawal aliran tunai anda? Tetapkan matlamat kewangan anda: jangka pendek; jangka sederhana; jangka panjang Buat analisis aliran tunai mengenai corak pendapatan dan perbelanjaan Buat penyata aliran tunai bagi mengesan ke mana wang anda dibelanjakan Pastikan nilai bersih wang anda Susunkan mengikut keutamaan bagi setiap perbelanjaan yang dikeluarkan: perlu/membazir? 13

Membuat bajet bulanan merupakan cara terbaik bagi mengawal aliran tunai X Elakkan hutang berlebihan di dalam bajet anda Ikut bajet dengan betul : jangan berbelanja melebihi kemampuan Membuat bajet bulanan memang mudah, mengikutinya merupakan suatu komitmen! Apa yang anda perlu? DISIPLIN 14

Dengan membuat bajet bulanan, anda boleh: Analisa kedudukan kewangan anda dengan membuat aliran keluar dan masuk Buat bajet bulanan anda berdasarkan pendapatan bulanan yang diterima dan anggaran perbelanjaan bulanan Utamakan perbelanjaan bagi keperluan asas Sediakan peruntukkan untuk simpanan/ pelaburan dalam bajet anda 15

Kesilapan kewangan umum dalam merancang kewangan Antara kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan: Sentiasa menangguh untuk memulakan sistem perancangan 1 Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya 2 Kekurangan disiplin untuk menabung secara sistematik 3 Sumber: Mingguan Wanita-keluaran khas untuk pemegang unit ASNB 16

Antara kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan: Tidak tahu / faham konsep nilai masa wang (time value of money) 4 Perlindungan insurans yang tidak mencukupi 5 Kegagalan menangani musuh wang yang utama iaitu inflasi 6 Keengganan menggunakan perkhidmatan penasihat kewangan bertauliah 7 Sumber: Mingguan Wanita-keluaran khas untuk pemegang unit ASNB 17

7 langkah ke arah kebebasan kewangan Langkah 1 : Bagaimana? 1. Nilai bersih ( aset liabiliti ) = positif/ negatif Contoh aset : Rumah, wang simpanan, lain-lain aset yang sudah habis dibayar. Contoh liabiliti : Baki pinjaman kereta, pinjaman kad kredit 2. Aliran tunai bersih (pendapatan perbelanjaan) positif/negatif Contoh pendapatan : Gaji, komisen Contoh perbelanjaan : Ansuran bulanan pinjaman, perumahan,makanan, petrol & tol Sumber: Mingguan Wanita-keluaran khas untuk pemegang unit ASNB 18

Langkah 2 Bagaimana? Kenal pasti dan tulis wawasan kewangan anda. Mengapa perlu tulis?? Dengan menulis akan membuat anda lebih komited terhadap matlamat anda. Contoh : Akan menyelesaikan hutang kad kredit dalam setahun. Sumber: Mingguan Wanita-keluaran khas untuk pemegang unit ASNB 19

7 langkah ke arah kebebasan kewangan Langkah 3 Bagaimana? Pelan yang dirancang untuk memenuhi matlamat di atas haruslah fleksibel,mudah cair dan bijak cukai (tax advantageous) Contoh : Wawasan anda: Akan menyelesaikan hutang kad kredit dalam setahun. Pelan tindakan: i.tangguhkan pembelian kereta baru ii.tidak menggunakan kad kredit kecuali bagi tujuan kecemasan iii.membayar lebih daripada jumlah minimum bayaran kad kredit setiap bulan Sumber: Mingguan Wanita-keluaran khas untuk pemegang unit ASNB 20

7 langkah ke arah kebebasan kewangan Langkah 4 : Failkan perbelanjaan dan pendapatan anda. Contoh: Resit tunai, kemasukan/keluaran cek (cheque butt),penyata kad kredit,dll Mengapa? 1. Anda boleh mengawal dan mengenal pasti aliran tunai wang anda 2. Tujuan taksiran percukaian (insentif percukaian) 3. Sebagai perbandingan kepada langkah seterusnya iaitu bajet dengan menyimpan rekod perbelanjaan dan pendapatan anda, anda dapat melihat ke arah mana wang hasil titik peluh anda dibelanjakan, adakah ia berbaloi dan sebagainya. Sumber: Mingguan Wanita-keluaran khas untuk pemegang unit ASNB 21

7 langkah ke arah kebebasan kewangan Langkah 5 Perbelanjaan Sebenar (RM) Sasaran (RM) (+/-)(RM) Sewa rumah 500 500 0 Ansuran kereta 300 300 0 Kad kredit 250 200-50 Tambang dan Tol 100 150 +50 Bil Elektrik dan air 250 200-50 Makanan 600 450-150 Hiburan 200 150-50 Lain-lain 600 500-100 JUMLAH 2800 2450-350 22

Langkah 6 : Bagaimana? i. Kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu (Makan di restoran mewah, membeli belah) ii. Bayar pinjaman kad kredit atau langsaikan pinjaman yang mempunyai kadar faedah yang tinggi secepat mungkin iii. Gunakan wang simpanan untuk melangsaikan hutang anda iv. Konsolidasi atau pindahan hutang Contoh: Buat pindahan baki (balance transfer) daripada kad kredit yang tinggi kadar faedahnya kepada kad kredit baru dengan kadar faedah yang lebih rendah dan potong kad kredit lama tersebut Sumber: Mingguan Wanita-keluaran khas untuk pemegang unit ASNB 23

Langkah 7 Pantau semula aktiviti perbelanjaan anda. Bagaimana? Ulang semula langkah 1-6 1. Tentukan kedudukan kewangan sekarang 2. Tetapkan matlamat kewangan 3. Sediakan pelan tindakan untuk mencapai wawasan anda 4. Menyimpan rekod 5. Sediakan belanjawan/ bajet 6. Kawal dan uruskan hutang anda dengan bijak Sumber: Mingguan Wanita-keluaran khas untuk pemegang unit ASNB 24

Pengenalan perancangan pelaburan Perancangan pelaburan ialah: Meletakkan dana dalam produk-produk pelaburan yang teratur dan sesuai berdasarkan matlamat dan objektif kewangan, masa, dan keutamaan pelaburan anda. Bagaimana merancang pelaburan? http://www.investorwords.com/11657/investment_planning.html 25

Rancang pelaburan anda Langkah 1 : Mengapa anda melabur? Tahu matlamat dan objektif kewangan anda Kereta Beribadah Pendidikan Perkahwinan Rumah www. Bankinginfo.com.my Persaraan 26

Langkah 2 : Pertimbangkan isu-isu utama yang perlu diambil kira apabila mula melabur Berapa banyakkah modal pelaburan anda? Berapa lamakah tempoh pelaburan anda? Adakah anda benar-benar memahami produk pelaburan tersebut? Berapa banyakkah jangkaan pulangan pelaburan anda? Apakah risiko-risiko yang terlibat? 27

Langkah 3 : Rangka strategi dan konsep melabur anda i. Pelbagaikan jenis pelaburan Pasaran Niaga Hadapan Emas Komoditi Pasaran Bon Hartanah Simpanan Tetap Unit Amanah Pasaran Saham 28

Langkah 3 : Rangka strategi dan konsep melabur anda ii. Nilai masa wang dan kuasa pengkompaunan Lebih awal anda melabur, lebih besar potensi bagi anda untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi dan Biarkan wang bekerja untuk anda, bukan sebaliknya 29

Langkah 3 : Rangka strategi dan konsep melabur anda iii. Mengambil kira kesan inflasi Inflasi? Proses kenaikan tingkat harga umum untuk semua barang secara menyeluruh dan serentak dalam ekonomi Merendahkan kuasa beli pengguna Berita Harian, 20 Jan 2018 Harian Metro, 9 Sept 2014 30

Langkah 3 : Rangka strategi dan konsep melabur anda iv. Pemurataan nilai kos ringgit ( Ringgit cost averaging) Teknik melabur dengan sejumlah wang tertentu secara konsisten. Cth: RM50, RM100 Pelaburan dibuat dalam nilai yang sama tanpa mengambil kira jumlah harga seunit sesuatu produk pelaburan. Popular dalam pelaburan unit amanah 31

Langkah 3 : Rangka strategi dan konsep melabur anda v. Fahami risiko dan hubungan antara pulangan dan risiko Risiko - penunjuk jangkaan mengenai potensi keuntungan atau kerugian yang berkaitan dengan pelaburan yang merentangi masa. Pelaburan yang berisiko tinggi berpotensi memberikan pulangan yang tinggi atau sebaliknya. Pelaburan yang bijak dapat meminimumkan risiko dan mengoptimumkan pulangan pelaburan anda. 32

Langkah 4: Tentukan pelaburan yang sesuai untuk anda Setiap produk adalah unik dan mempunyai profil risiko pulangan yang berbeza yang membolehkan anda memilih untuk mencapai matlamat kewangan anda I. Risiko Rendah : Contoh: Simpanan Tetap, Bon Kerajaan. II. Risiko Sederhana : Contoh: Unit Amanah, Hartanah, Emas. III. Risiko Tinggi : Contoh: Komoditi, Pasaran Hadapan www. Bankinginfo.com.my 33

Pengenalan perancangan perlindungan dan pengurusan risiko Jenis-jenis takaful/insurans di Malaysia Insurans Hayat/Takaful Keluarga Perlindungan Perlindungan, simpanan & pelaburan Insurans/Takaful Am Kerosakan atau kehilangan harta Pelan perubatan / pampasan penghospitalan MRTA/MRTT Kematian atau kecederaan seseorang akibat kemalangan (Personal Accident) Pendidikan anak Kenderaan (Motor) Pelan perubatan / pampasan penghospitalan Kebakaran Perlindungan penyakit kritikal 34

Pengenalan perancangan perlindungan dan pengurusan risiko Isu-isu perlindungan risiko Sumber: Berita Harian, 5 Mac 2012 35

Pengenalan perancangan persaraan 36

Pengenalan perancangan persaraan Bersediakah Anda Menghadapi persaraan? Simpanan isi rumah di bandar-bandar besar serta simpanan di luar bandar, lebih 90 peratus tidak mencukupi untuk bersara dengan selesa.* Sumber: * Kajiselidik KWSP, Nov 2017 ** Kajiselidik KWSP, OKt 2017 Dengan mengandaikan seseorang hidup hingga 75, tanpa perbelanjaan perubatan besar dan hutang yang belum dijelaskan, purata simpanan sebanyak RM194,000 bermula dari umur 55 tahun akan menyaksikan mereka cuma mempunyai RM25 sehari, atau hanya RM810 sebulan.** 37

Langkah-langkah menghadapi persaraan Langkah 1.Tetapkan bila anda ingin bersara Perbelanjaan Masa hadapan Gaya Hidup anda? Bekerja lagi? Jenis perniagaan? Modal? pinjaman? Usahasama? Risiko? Sambilan? Business Succession? Tidak mahu bekerja lagi? Pelbagai aktiviti & hobi Bercuti/ Melancong Haji/ Umrah Bersama keluarga & cucu 38

Langkah 2. Berapa lamakah tempoh persaraan anda? Jangka hayat hidup lebih lama? Tahukah anda, kesan daripada kemajuan sains perubatan dan peningkatan kesedaran terhadap penjagaan kesihatan telah meningkatkan jangka hayat rakyat Malaysia Jangka hayat bagi wanita 1960 : 53.7 tahun 1990 : 71.6 tahun 2000 : 74.7 tahun 2017 : 77.4 tahun Sumber: New Straits Times, Feb 2013 Jangka hayat bagi lelaki 1960 : 50.6 tahun 1990 : 67.5 tahun 2000 : 70 tahun 2017 : 72.7 tahun 39

Langkah 3. Kaji dan nilai status kewangan semasa anda Contoh : Jika mempunyai simpanan RM500k Sekiranya RM 3,000 di perlukan setiap bulan Untuk menampung perbelanjaan bulanan sepanjang tempoh persaraan, Dengan Simpanan Tetap sebanyak RM 500,000 Berapa lama ia dapat bertahan? Umur Tahun Dana Persaraan (RM) Inflation adj. WITHDRAWAL (RM) PULANGAN DARI FD (RM) BAKI(RM) 3.5% 4.0% 55 1 500,000 (36,000) 18,560 482,560 56 2 482,560 (37,260) 17,812 463,112 57 3 463,112 (38,564) 16,982 441,530 58 4 441,530 (39,914) 16,065 417,681 59 5 417,681 (41,311) 15,055 391,425 60 6 391,425 (42,757) 13,947 362,615 61 7 362,615 (44,253) 12,734 331,096 62 8 331,096 (45,802) 11,412 296,706 63 9 296,706 (47,405) 9,972 259,272 64 10 259,272 (49,064) 8,408 218,616 65 11 218,616 (50,782) 6,713 174,548 66 12 174,548 (52,559) 4,880 126,869 67 13 126,869 (54,398) 2,899 75,369 68 14 75,369 (56,302) 763 19,830 69 15 19,830 (58,273) (1,538) (39,981) Hanya 14 tahun *Kadar Inflasi & Pulangan FD: anggaran sahaja sahaja! ** Contoh di atas - sekiranya seseorang itu tiada sumber pendapatan yg lain 40

Langkah 4. Berapakah jumlah dana yang diperlukan selepas bersara? Sasaran Tabung Persaraan Umur Sekarang RM 300k RM 500k RM 700k RM 1 Juta Pelaburan bulanan yang di perlukan 35 650 1,082 1,515 2,164 40 1,032 1,720 2,407 3,439 45 1,831 3,051 4,272 6,102 50 4,300 7,167 10,033 14,333 Andaian: Pulangan Pelaburan sepanjang tempoh pelaburan = 6%. Umur persaraan: 55. End mode Pelbagaikan tabung persaraan anda dari pelbagai sumber Melabur di institusi pelaburan yang memberikan pulangan yang kompetitif 41

Langkah 5. Kenalpasti sumber-sumber pendapatan persaraan anda Sewa hartanah Dividen pelaburan Wang Pencen Anak-anak? Simpanan Khas Persaraan seperti PRS & KWSP Bekerja Lagi? Wang simpanan 42

Pengenalan perancangan harta pusaka Proses perancangan pemindahan dan pengurusan harta selepas berlakunya kematian Bagaimana merancang harta pusaka anda? 43

Kaedah perancangan harta pusaka Kaedah Perancangan Harta Perwarisan Islam Wasiat Hibah Bukan Islam Wasiat Amanah Harta Sepencarian Wakaf Amanah 44

Bagaimana merancang harta pusaka anda? Rancang harta pusaka anda dengan Ketahui siapa waris-waris anda Senaraikan kesemua aset dan hutang yang anda miliki Kenal pasti wasi dan penjaga bagi harta yang anda tinggalkan Pilih kaedah perancangan harta perwarisan yang bersesuaian dengan situasi anda Kemaskini dan pantau perancangan perwarisan anda 45

Kelebihan melabur dengan produk ASNB i. Kepelbagaian produk Pelabur boleh memilih tabung unit amanah berdasarkan matlamat pelaburan dan risiko yang mampu ditanggung ii. Pengurus profesional dan berpengalaman ASNB berpengalaman lebih 30 tahun dalam mengendalikan tabung unit amanah dengan disokong kakitangan berpengalaman dan berkemahiran 53

Kelebihan melabur dengan produk ASNB iii. iv. Kecairan Pelabur boleh membeli dan menjual unit pada bila-bila masa yang diperlukan Modal pelaburan yang rendah Pelabur boleh memulakan pelaburan dengan serendah 10 unit 54

Kesimpulan Kawalan aliran tunai yang baik merupakan langkah pertama dalam merancang kewangan dengan lebih sempurna Perancangan kewangan perlu merangkumi perlindungan kewangan, pembinaan kekayaan, pengurusan cukai, jaminan persaraan hinggalah ke perancangan dan pengurusan harta pusaka. Pelaburan menerusi produk ASNB dapat membantu anda dalam merancang kewangan. 55

Perlukan maklumat? Berjumpa terus dengan Penasihat Pelaburan di pejabat cawangan ASNB yang berhampiran Layari www.asnb.com.my E-melkan sebarang pertanyaan kepada: salesupport@pnb.com.my 56

Sesi Soal Jawab 57